You are on page 1of 50

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62804 PUTRAJAYA

NOTA PEMBELAJARAN
NOTA PEMBELAJARAN

NAMA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK


SEMESTER 1
KOD DAN NAMA KURSUS CEB 1112 PENGENALAN BAHAGIAN ELEKTRONIK

STANDARD KANDUNGAN 1. Persediaan Keperluan Pengujian Bahagian Elektronik


2. Pengujian PCB elektronik.

BIL NOTA PEMBELAJARAN 2/2 BIL MUKA SURAT 01 daripada 50

TAJUK:
PENYEDIAAN PENGUJIAN KOMPONEN ELEKTRONIK

TUJUAN:
Kertas Penerangan ini bertujuan memberikan kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih
tentang jenis komponen elektronik, jenis Printed Circuit Board Assembly (PCBA), jenis
peralatan pengujian dan penyusunan tempat kerja, prosedur pencegahan penyahcas
Electrostatic Discharge (ESD) dan peralatan pencegahan ESD dan Personal Protective
Equipment (PPE).
KOD DAN NAMA KURSUS CEB 1112 PENGENALAN BAHAGIAN Muka Surat: 2/50
ELEKTRONIK

PENERANGAN:

Komponen elektronik ialah peranti yang di gunakan untuk mencipta sesuatu litar elektronik
dari litar asas sehinggalah ke litar yang sukar. Pelbagai jenis komponen elektronik dengan
pelbagai fungsinya yang tersendiri dan kegunaan serta kepentingan komponen-komponen
tersebut di dalam litar elektronik.

1) JENIS KOMPONEN ELEKTRONIK

Jenis-jenis komponen elektronik adalah seperti di bawah.

1.1) Perintang

Perintang ialah komponen yang mempunyai rintangan elektrik. Kegunaannya


adalah untuk mengawal atau mengehadkan pengaliran arus di dalam litar.

a) Jenis perintang
i) Perintang Tetap
Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tetap. Perintang tetap
biasanya mempunyai jalur-jalur warna tertentu untuk menentukan nilai
rintangannya. Terdapat pada perintang jenis Komposisi Karbon.
 Perintang Komposisi Karbon
Perintang Komposisi Karbon seperti Rajah 1 di buat daripada
campuran serbuk karbon dan bahan penebat. Nilai rintangan didalam
perintang ini bergantung kepada percampuran antara kedua- dua
serbuk tersebut.

Rajah 1: Perintang Komposisi Karbon


KOD DAN NAMA KURSUS CEB 1112 PENGENALAN BAHAGIAN Muka Surat: 3/50
ELEKTRONIK

 Perintang Wayar Berlilit


Bahan pengalir yang mempunyai rintangan yang dinamakan
Manganin. Dawai Manganin seperti Rajah 2 ini dibelit pada penebat
seperti porselin dan simen. Nilai rintangannya berubah mengikut
berapa banyak lilitan dawai Manganin di dalam perintang tersebut.

Rajah 2: Perintang Wayar Berlilit

 Perintang Saput Karbon


Perintang Saput Karbon seperti Rajah 3 di buat daripada karbon
keras yang dimasukkan dalam satu rod seramik. Rintangan yang
diperlukan diperolehi melalui pemotongan jejak-jejak lingkaran
melalui saput tersebut

Rajah 3: Perintang Saput Karbon

 Perintang Saput Logam


Perintang Saput Logam seperti Rajah 4 ini ialah gabungan ciri-ciri
stabil jenis wayar berlilit dengan jenis saput karbon yang diubahsuai
dan dipermudahkan. Satu saput nipis sebatian platinum emas
disalutkan ke atas tiub kaca atau plit.

Rajah 4: Perintang Saput Logam


KOD DAN NAMA KURSUS CEB 1112 PENGENALAN BAHAGIAN Muka Surat: 4/50
ELEKTRONIK

 Perintang Saput Simen


Perintang Saput Simen seperti Rajah 5 mempunyai lapisan karbon di
atas substrate ceramic. Tujuannya adalah untuk mendapatkan nilai
rintangan yang lebih tepat dan kestabilan yang tinggi.

Salutan silikon ke atas Salutan vitreous enamel


tiub seramik ke atas tiub seramik
Perintang kuasa tinggi dengan
badan seramik dan teras

Rajah 5: Perintang Saput Simen

ii) Perintang Boleh Ubah (Variable Resistor)


Perintang boleh ubah digunakan apabila nilai rintangan di dalam sesuatu
litar perlu berubah pada bila-bila masa. Rintangan perintang boleh ubah
ini boleh diubah-ubah secara berterusan antara sifar ohm hingga nilai
rintangan yang berkadar. Perintang boleh ubah adalah dalam berbagai-
bagai bentuk Reostat dan Meter Upaya (potentiometer).
 Rheostat
Rajah 6 merupakan perintang berubah yang mempunyai dua
terminal. Terminal ini digunakan untuk melaraskan nilai arus dalam
litar. Ia disambung bersiri dengan beban dan punca bekalan.

Rajah 6: Rheostat
KOD DAN NAMA KURSUS CEB 1112 PENGENALAN BAHAGIAN Muka Surat: 5/50
ELEKTRONIK

 Meter Upaya (Potentiometer)


Rajah 7 merupakan pembahagi voltan yang boleh berubah dengan
menggunakan tiga terminal. Digunakan dalam litar untuk
mendapatkan pembahagi voltan yang diperlukan oleh litar itu.

Rajah 7: Meter Upaya (Potentiometer)

iii) Perintang Boleh Laras (Adjustable Resistor)


Perintang boleh laras digunakan untuk mendapatkan nilai sesuatu
perintang yang diperlukan dalam litar.
 Praset
Rintangan dalam perintang jenis ini boleh disetkan dari suatu nilai
yang dikehendaki hingga kepada kadar nilai rintangannya. Binaan
luarnya lebih kecil berbanding dengan perintang boleh laras yang
lain. Lihat Rajah 8.

Rajah 8: Praset
KOD DAN NAMA KURSUS CEB 1112 PENGENALAN BAHAGIAN Muka Surat: 6/50
ELEKTRONIK

iv) Perintang Khas


 Varistor [Voltage Dependent Resistor (VDR)]
Varistor seperti Rajah 9 bergantung kepada voltan. Perintang tidak
linear ini tidak digunakan untuk menjana voltan tinggi. Oleh itu,
varistor digunakan untuk menghadkan voltan yang boleh keluar
merintangi satu-satu terminal pada sistem sensitif. Metal Oxide
Varistor biasa digunakan untuk melindungi peralatan daripada voltan
lebihan (voltan surges).

Rajah 9: Varistor

 Thermistor
Thermistor seperti Rajah 10 ialah sejenis perintang khas yang
mempunyai sedikit perbezaan dengan perintang. Ia direka dengan
sifat-sifat yang amat sensitif terhadap perubahan suhu. Kebanyakan
perintang biasa akan hanya mengalami perubahan nilai rintangan
yang sedikit apabila dipanaskan, tetapi bagi thermistor nilainya akan
berubah dengan lebih besar mengikut perubahan suhu. Keadaan ini
dikenali sebagai Negative Temperature Coefficient (NTC) resistor di
mana nilai rintangan berkurangan apabila suhu meningkat.

Rajah 10: Thermistor


KOD DAN NAMA KURSUS CEB 1112 PENGENALAN BAHAGIAN Muka Surat: 7/50
ELEKTRONIK

 Light Dependent Resistor (LDR)


LDR seperti Rajah 11 mempunyai nilai rintangan yang berubah
mengikut kepekaan cahaya. LDR diperbuat daripada Cadmium
Sulphide yang merupakan sejenis bahan semikonduktor. Ia dikenali
juga sebagai photo conductive cells.

Rajah 11: Light Dependent Resistor (LDR)

b) Kod warna perintang


Terdapat dua cara dalam mengenali nilai-nilai rintangan pada satu-satu
perintang iaitu:
i) Sistem pengenalan body-end-dot
Sistem ini menggunakan 3 kod warna seperti Rajah 12, iaitu:
 Satu warna pada keseluruhan badan perintang
 Warna kedua pada hujung badan perintang
 Warna ketiga adalah sebagai titik (dot) di bahagian tengah badan
perintang.

Rajah 12: Body-End-Dot

Untuk mengetahui nilai rintangan ialah, warna pada badan memberikan


digit pertama, warna pada hujung badan perintang memberikan digit
KOD DAN NAMA KURSUS CEB 1112 PENGENALAN BAHAGIAN Muka Surat: 8/50
ELEKTRONIK

kedua dan dot memberikan bilangan kosong mengikut nombor pertama


dan kedua. Fungsi dot ini dipanggil pendarab (multiplier).

Contoh: Warna-warna yang terdapat ialah kuning pada badan, merah


pada hujung badan dan coklat pada dot. Bacaannya ialah 420 ohm. Ciri-
ciri perintang adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1: Jenis Dan Ciri Perintang


Jenis Kadar Kuasa Rintangan Catatan
Komposisi 1/16 – 3 W 1 - 25 M Digunakan dalam litar kuasa yang rendah
Karbon bagi semua frekuensi yang tidak
mementingkan kestabilan
Saput Karbon 1/8 – 2 W 1 - 20 M Digunakan dalam litar kuasa yang tidak
memerlukan kestabilan yang besar
Wayar Berlilit 1/4 – 3 W 1 - 5 M Digunakan dalam litar kuasa yang
(kecil) memerlukan ketepatan yang konsisten
pada kegunaan yang kritikal
Wayar Berlilit 1 – 30 W 1 - 5 M Digunakan dalam litar kuasa yang
(Besar) memerlukan ketahanan pada setiap
keadaan bagi mencapai sesuatu lesapan
yang tinggi
Saput Logam 1/8 – 2 W 1 - 5 M Digunakan dalam litar kuasa rendah yang
memerlukan kestabilan lebih besar
daripada yang diperolehi melalui perintang
karbon yang dipecahkan. Ia lebih kecil
daripada perintang wayar berlilit dari segi
nilai rintangan.

ii) Sistem jalur warna


Sistem jalur warna menggunakan jalur 4 atau 5 warna. Dalam sistem ini
warna adalah dalam bentuk jalur pada satu hujung perintang. Bacaannya
diambil dari hujung ke bahagian tengah. Pada hujung perintang
memberikan digit pertama, jalur kedua ialah digit kedua, jalur ketiga ialah
pendarab dan jalur keempat ialah had terima (tolerance).
KOD DAN NAMA KURSUS CEB 1112 PENGENALAN BAHAGIAN Muka Surat: 9/50
ELEKTRONIK

Contoh: Jika satu perintang mempunyai warna-warna merah, biru, hijau


dan emas. Nilainya ialah 26 x 100000, had terima 5%.

Had Terima (Tolerance)


Had terima (tolerance) ialah nilai campur atau tolak sesuatu nilai perintang
yang boleh diterima. Jika perintang mempunyai nilai 3.5 ± 10% maka
dapatlah dihuraikan sebagai 3.5 ialah nilai perintang yang dikehendaki
tetapi nilai yang akan diberikan oleh perintang ialah 3.5 + 0.35 dan 3.5 –
0.35. Dalam jadual emas ialah 5%, perak 10% dan tiada warna 20%.

Rajah 13 di bawah ini menyenaraikan warna yang digunakan dalam kod


warna perintang dan nilai yang terdapat pada jalur warna.

Rajah 13: Kod Warna Perintang

Jalur 1 ialah nilai kepada digit pertama.


Jalur 2 ialah nilai kepada digit kedua.
Jalur 3 ialah nilai kepada digit ketiga atau pendarab (multiplier).
Jalur 4 ialah nilai had terima (tolerance).
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 10/50

Contoh 1:
Jalur Warna Nilai
A Merah 2
B Ungu 7
C Oren 3
D Perak ±10%

Penyelesaian berdasarkan kod warna dalam jadual.


Warna merah mewakili nombor 2.
Warna ungu mewakili nombor 7.
Warna oren mewakili pendarab 1000.
Warna perak mewakili had terima ±10%.

Oleh itu, Nilai rintangan, R = (AB x C) ± D = (27 x 1000) Ω ± 10%


= 27 000 Ω ± 10% = 27 KΩ ± 10%
Nilai had terima = 27 000 Ω x 10% = ±2700 Ω
Maka, had terima bawah = 27 000Ω – 2700 Ω = 24 300 Ω
Had terima atas = 27 000Ω + 2700Ω = 29 700 Ω

iii) Kod tercetak


Perintang jenis ini mempunyai cetakan nilai pada badannya. Rujuk Rajah
14 di bawah.

Rajah 14: Kod Tercetak

Jadual 2 berikut menunjukkan abjad yang digunakan sebagai tanda untuk


mewakili pendarab nilai rintangan kod tercetak dan had terimanya. Abjad yang
pertama dari kiri kod tercetak mewakili pendarab dan kedudukan titik
perpuluhan bagi nombor yang tercetak. Abjad yang terletak di hujung kod
mewakili had terima bagi nilai rintangan tersebut.
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 11/50

Jadual 2: Pendarab Nilai Rintangan Kod Tercetak Dan Had Terima


Abjad J R K M
Pendarab - 1 1000 1 000 000
Had Terima ±5% - ±10% ±20%

1.2) Kapasitor

Kapasitor ialah satu komponen penting dalam litar elektronik dan bertugas untuk
menyimpan cas dan menyahcas elektrik. Kapasitor terdiri daripada dua plat
pengalir yang berhadapan antara satu sama lain serta dipisahkan oleh bahan
penebat yang dinamakan “dielektrik”. Dielektrik yang biasa digunakan ialah udara,
kertas, mika dan sebagainya.

Kapasitor seperti Rajah 15 juga bekerja sebagai penapis (filter), menahan arus
Direct Current (DC) dan melepaskan arus Alternating Current (AC), sebagai
penjodoh (coupling) dan melepaskan voltan yang tidak dikehendaki ke bumi (by-
pass).

Rajah 15: Kapasitor

Rajah 16: Pengecasan Dan Penyahcasan Kapasitor

Rajah 16 menunjukkan bateri yang disambung merentangi kapasitor melalui suis.


Apabila suis ditutup, punca elektrod positif bateri akan mengeluarkan electron dari
plat A dan ini menjadikan plat tersebut bercas positif. Elektrod negatif bateri pula
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 12/50

akan mengarahkan electron ke plat B dan menyebabkan plat B bercas negatif pada
jumlah yang sama banyak dengan plat A. Pengaliran begini dikenal sebagai arus
pengecasan. Arus ini akan terus mengalir sehingga voltan yang merentangi
kapasitor sama dengan voltan bekalan bateri. Ketika ini kapasitor itu dikatakan
bercas penuh. Simbol cas ialah Q dan unitnya Coulomb.

a) Kemuatan (Capacitance)
Kemampuan kapasitor menyimpan cas dikenali sebagai capacitance (C). Unit
capacitance ialah Farad (F). Satu Farad menyimpan satu coulomb cas dengan
bekalan voltan satu volt. Rajah 17 menunjukkan binaan kapasitor.

Rajah 17: Binaan Kapasitor

Cas, Capacitance dan Voltan

Q = CV
Q = cas tersimpan dalam coulomb
C = capacitance (Farad)
V = beza keupayaan merentasi kapasitor dalam volt.

Tenaga
Tenaga yang tersimpan dalam kapasitor dapat dikira dengan:

W = ½ CV2
W = tenaga diukur dalam unit Joules
C = dalam Farad
V = dalam Volt
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 13/50

b) Voltan kendalian
Selain nilai kapasitor dalam farad, voltan kendalian kapasitor juga perlu sesuai
dengan kadaran voltan yang hendak digunakan. Voltan kendalian ialah
kadaran voltan maksimum yang mampu ditanggung oleh kapasitor tanpa
merosakkan dielektriknya.

c) Jenis kapasitor
i) Pemuat tetap (Fixed capacitor)
 Kapasitor Kertas
Kapasitor seperti Rajah 18 ini paling banyak digunakan kerana
harganya murah. Plat kapasitor ini dibina daripada jalur kerajang
aluminium yang dipisahkan oleh dielektrik, kertas lilin atau kertas tisu
yang telah dibubuh minyak. Kapasitor ini biasanya berkadar 250 pF
hingga 10 µF pada voltan kendalian 150 kV DC.

Rajah 18: Kapasitor Kertas

 Kapasitor Mika
Mutu kapasitor seperti Rajah 19 ini amat baik. Platnya dibuat
daripada kerajang logam yang dipisahkan oleh lapisan mika. Setelah
digulung kemas, kapasitor ini akan di isi ke dalam bekas plastik atau
logam (biasanya aluminium). Kapasitor ini berkadar 25 pF hingga
0.25 µF pada kadar voltan kendalian 2 kV DC.

Rajah 19: Kapasitor Mika


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 14/50

 Kapasitor Seramik
Kadar capacitance bagi kapasitor seperti Rajah 20 ini di antara 0.5
pF hingga 0.1 µF pada kadar voltan kendalian sehingga 500 V DC.
Biasanya kapasitor ini berwarna coklat atau hijau. Nilai capacitance
ditulis secara langsung pada badan kapasitor itu supaya mudah
dibaca.

Rajah 20: Kapasitor Seramik

 Kapasitor Elektrolitik
Kadar capacitance kapasitor ini besar, iaitu dari 1 µF hingga 1000 µF,
pada kadar voltan kendalian 600 V DC dan menurun ke 6 V DC
dengan pertambahan nilai capacitance.

Kapasitor seperti Rajah 21 ini mempunyai kekutuban jika digunakan


pada arus terus. Dielektrik kapasitor ini dibina daripada boraks, fosfat
atau karbon. Kapasitor ini mempunyai polarity dan ditandakan pada
badannya.

Rajah 21: Kapasitor Elektrolitik

 Kapasitor Tantalum
Binaan kapasitor seperti Rajah 22 ini serupa dengan kapasitor
elektrolit, bezanya hanya pada bahan dielektriknya yang digunakan,
iaitu tantalum. Di samping itu, pada ukuran fizikal yang serupa
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 15/50

dengan kapasitor elektrolit, kapasitor tantalum memberikan nilai yang


lebih jitu, stabil dan kurang arus bocor.

Rajah 22: Kapasitor Tantalum

 Kapasitor Mylar
Pada asasnya binaan kapasitor seperti Rajah 23 ini serupa dengan
kapasitor kertas, bezanya bahan dielektrik yang digunakan ialah
mylar dan dibungkus dalam bekas plastik supaya nilainya menjadi
lebih baik.

Rajah 23: Kapasitor Mylar

 Kapasitor Polycarbonate
Kapasitor seperti Rajah 24 ini menggunakan tebatan plastik.
Kapasitor jenis ini tidak disyorkan dalam penggunaan berterusan
dalam Main Power Supply.

Rajah 24: Kapasitor Polycarbonate


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 16/50

 Kapasitor Polypropylene
Kapasitor Polypropylene seperti Rajah 25 dibuat daripada kerajang
polypropylene disalut dengan polyester sebagai protection.
Kebocoran dielektrik rendah dan sesuai untuk penggunaan yang
berterusan pada voltan tinggi.

Rajah 25: Kapasitor Polypropylene

ii) Pemuat boleh ubah (variable capacitor)


Kapasitor boleh ubah yang paling banyak digunakan ialah kapasitor
udara. Kapasitor ini mempunyai plat tetap dan plat boleh bergerak. Plat
kapasitor ini dipasang berselang-seli.

Contoh penggunaan kapasitor ini adalah dalam litar penalaan radio bagi
mendapatkan frekuensi radio yang dikehendaki.

iii) Pemuat boleh laras (adjustable capacitor)


Kapasitor boleh laras seperti Rajah 26 hanya membenarkan pelarasan
capacitance pada nilai yang kecil. Kapasitor ini dibina sama seperti
kapasitor boleh ubah udara, hanya saiznya yang kecil (dibina daripada
dua plat yang dipisahkan oleh kertas mika).

Rajah 26: Trimmer Capacitor (TC)


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 17/50

d) Jenis-jenis kerosakan
i) Litar buka
 Disebabkan oleh bahagian dalam terminal yang tertanggal dari plat
pemuat.
 Dikesan dengan menggunakan multimeter dengan jarum multimeter
akan menunjukkan bacaan infiniti.

ii) Litar pintas


 Berlaku disebabkan oleh kerosakan pada penebat dielektrik kerana
voltan yang berlebihan atau terlampau panas.
 Dikesan dengan melakukan ujian penerusan melalui multimeter
dalam julat ohm (Ω).

iii) Kebocoran berlebihan


 Pemuat disifatkan sebagai bocor berlebihan apabila ia tidak dapat
menyimpan cas.
 Diuji dengan multimeter dalam julat ohm, jarum penunjuk meter akan
turun ke bacaan rendah dan perlahan-lahan bergerak ke bacaan
yang tinggi (pemuat jenis elektrolitik).

e) Simbol kapasitor
Simbol kapasitor seperti Rajah 27.

+ +

_ _

(a) (b) (c) (d) (e)


Fixed Capacitor Elektrolitik Variable Capacitor DwiGang Capacitor
Trimmer/Preset
Rajah 27: Simbol Kapasitor

Simbol Capacitor

Unit kapasitan ialah Farad (f). Unit kapasitan adalah kecil, iaitu beberapa
mikro, nano atau pico.
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 18/50

1 mikrofarad /f = 1x10ˉ6 = 1/1000 000 f


1 nanofarad/ nf = 1x10ˉ9 = 1/1000 000 000 f
1 picofarad/ pf = 1x10ˉ12 = 1/1000 000 000 000 f

1.3) Peraruh (Inductor)

Rujuk Rajah 28 bagi bentuk induktor dan simbolnya. Berikut adalah penerangan
bagi peraruh (inductor).
 Inductor ialah komponen yang dibuat daripada gegelung dawai jenis bertebat.
Lilitan dawainya pada satu bekas berbentuk silinder kosong atau berteraskan
logam.
 Inductor diperbuat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Inductor digunakan untuk
antena, litar penalaan, litar pembentuk gelombang, pembesar suara, geganti
dan transformer.
 Unit kearuhan ialah L. Kearuhan diukur dalam unit Henry (H). 1 Henry
bermakna 1 volt yang diaruhkan oleh perubahan arus dengan kadar 1 amp
sesaat.
Bentuk Inductor Simbol
1. Bentuk Inductor

2. Simbol Inductor

3. Teras Udara

4. Teras Besi

5. Variable Inductor

Rajah 28: Bentuk Inductor Dan Simbol


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 19/50

a) Jenis peraruh
Inductor dibahagikan kepada dua jenis, iaitu inductor tetap dan inductor boleh
ubah. Inductor banyak digunakan dalam peralatan elektrik. Setiap inductor
berbeza dari segi saiz, nilai kearuhan, bilangan lilitan, saiz gegelung dan jenis
penebatan seperti Jadual 3.

Jadual 3: Bentuk Dan Simbol

Jenis Inductor Penggunaan Jenis Teras Simbol


Umum Nilai kearuhan tetap
Teras besi Penapis frekuensi rendah Besi berlapis
dalam litar bekalan kuasa dan bersalt
pencekik dalam lampu penebat nipis
pendaflour
Teras besi Litar talaan penerima radio Besi serbuk
serbuk pada bahagian IF mampat
diselaputi
Tetap penebat

Teras Berkendalian pada frekuensi Udara


udara tinggi, iaitu sebagai pencekik
frekuensi radio
Ferit Litar talaan penerima radio
pada bahagian pengayun

 Nilai kearuhan boleh diubah


dengan cara menggerak-
gerakkan teras dari
Boleh gegelung
Ubah
 Nilai kearuhan bertambah
jika teras digerakkan masuk
ke dalam gegelung
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 20/50

1.4) Transformer (Pengubah)

Transformer seperti Rajah 29 ialah satu komponen yang bertugas untuk


menyalurkan voltan dan arus secara elektromagnetik dari satu litar ke satu litar
yang lain. Transformer digunakan untuk menaikkan atau merendahkan voltan
bekalan AC mengikut berkurangan atau bertambahnya arus.

a. Teras Udara b. Teras Besi c. Variable Transformer


Rajah 29: Simbol Transformer

a) Binaan Transformer
Transformer terdiri daripada cantuman kepingan besi dan mengandungi dua
bahagian, iaitu gelung primary dan gelung secondary dan dipisahkan oleh
teras yang diperbuat dari logam, udara atau sebagainya.

Kedua-dua gelung ini mempunyai aruhan saling yang tinggi, dan jika gelung
utama (primary coil) disambungkan kepada bekalan AC, arus akan mengalir
mewujudkan fluks ulang alik di dalam teras (core). Kebanyakan fluks ini akan
merangkal (berpindah) ke gelung kedua (secondary coil).

b) Jenis-Jenis Transformer
Transformer kuasa direka untuk menangani masalah pengeluaran kuasa dan
digunakan di dalam sistem penjanakuasaan dan pengagihan kuasa sama ada
untuk meninggi atau merendahkan voltan.

Terbahagi kepada empat, iaitu:


i) Transformer Peninggi/Penaik (Step-Up Transformer)
Rajah 30 mempunyai voltan keluaran yang lebih tinggi daripada voltan
masukan. Voltan secondary lebih tinggi dari voltan primary.
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 21/50

ii) Transformer Perendah/Penurun (Step-Down Transformer)


Rajah 31 mengurangkan kemasukan voltan ke nilai yang lebih rendah.
Voltan secondary lebih rendah dari voltan primary.
iii) Transformer Pengasingan (Isolation Transformer)
Nilai voltan masukan di gelung primary adalah sama dengan voltan
keluaran di gelung secondary.

iv) Autotransformer
Mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada transformer lain, di mana
gelung primary dan gelung secondary tidak diasingkan sebaliknya
menggunakan gelung yang sama. Rujuk Rajah 32 dan Rajah 33.
 Transformer Audio
Transformer audio digunakan di dalam penguat audio sama ada di
radio atau di dalam peralatan-peralatan lain yang menggunakan
sistem suara.

 Transformer RF
Digunakan di dalam bahagian penghantaran dan penerimaan
frekuensi radio.

Iron Core Transformer (Teras Besi Transformer)

Rajah 30: Step-Up Transformer


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 22/50

Rajah 31: Step-Down Transformer

Rajah 32: Step-Up Autotransformer

Rajah 33: Step-Down Autotransformer

 Center Tapped Transformer


Pada secondary terdapat satu nilai yang ditetapkan (tapped) di
tengahnya. Merujuk Rajah 34 di bawah, Centre Tapped Transfomer,
jika jumlah voltan pada secondary yang hendak digunakan 24 VAC,
maka gunakan terminal 12 V dengan 12 V. Jika hendak 12 V sahaja,
guna terminal 0 V dan 12 V.
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 23/50

Rajah 34: Center Tapped Transformer

1.5) Diod

Diod seperti Rajah 35 ialah peranti separuh pengalir yang digunakan dengan
meluas dalam litar elektronik.

a. Diod untuk kegunaan kuasa rendah b. Diod untuk kegunaan kuasa


sederhana

c. Diod untuk kegunaan kuasa tinggi d. Penentuan tamatan diod

Rajah 35: Bentuk Fizikal Diod


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 24/50

a) Binaan Diod
Diod seperti Rajah 36 ialah peranti separuh pengalir yang mempunyai dua
tamatan. Tamatan yang menyentuh bahan separuh pengalir jenis Pdinamakan
anod, manakala tamatan yang menyentuh bahan separuh pengalir jenis N
dinamakan katod.

Binaan diod

Anod Katod
+ -

Simbol diod
Rajah 36: Binaan Dan Simbol Diod
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 25/50

b) Simbol
Rajah 37 adalah gambar fizikal dan simbol khas bagi diod.

DIOD GAMBAR FIZIKAL SIMBOL KHAS


Diod Isyarat

Diod Zener

Diod Terowong

Diod Varactor

Diod Pemancar
Cahaya (LED)

Diod Foto

Diod Laser

Rajah 37: Diod Dan Simbol

c) Jenis Diod
i) Diod Isyarat
Diod isyarat dikendalikan dalam keadaan pincang hadapan seperti yang
telah diterangkan. Diod ini membenarkan arus mengalir pada satu arah
sahaja. Diod isyarat banyak digunakan dalam litar pengesan isyarat
seperti di dalam radio dan litar pemotong isyarat di dalam televisyen.

ii) Diod Zener


Diod zener ialah diod khas yang dikendalikan dalam keadaan pincang
songsang. Diod zener bertindak sebagai litar terbuka sebelum nilai voltan
melebihi nilai voltan pecah tebat. Diod ini digunakan untuk menghadkan
voltan pada paras yang tertentu dalam litar pengatur voltan bekalan kuasa
dan litar pelindung.
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 26/50

iii) Diod Terowong


Diod ini dinamakan diod terowong kerana diod ini mempunyai lapisan
susutan yang nipis. Elektron melintasi sawar upaya dengan mudah
apabila diod dipincang hadapan. Diod terowong mempunyai ciripensuisan
yang terpantas sebagai peranti logik storan ingatan, pengayun santaian
dan pengayun gelombang mikro.

iv) Diod Foto


Diod foto ialah diod yang peka cahaya. Diod ini berkendali apabila
simpang diod terkena cahaya. Diod foto dikendalikan dalam keadaan
pincang songsang. Diod foto digunakan sebagai pengesan cahaya di
dalam litar penggera, litar perakam video, kamera dan litar kawalan jauh
(televisyen dan radio).

v) Diod Laser
Diod ini diperbuat daripada bahan separuh pengalir galium aluminium
arsenida. Semasa diod dipincang hadapan tenaga diberi kepada elektron.
Elektron di dalam diod terjana dan menghasilkan cahaya inframerah
koheren. Diod ini digunakan di dalam talian penghantaran optik gentian,
pembaca cakera padat dan pencetak laser.

vi) Diod Pemancar Cahaya (LED)


LED ialah peranti separuh pengalir yang dapat mengeluarkan cahaya
apabila arus pincang hadapan dikenakan padanya.
 Voltan kendalian yang rendah.
 Jangka hayat yang panjang (lebih 20 tahun).
 Pensuisan yang laju (nano saat).
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 27/50

1.6) Transistor

Transistor seperti Rajah 38 adalah antara komponen terpenting dalam litar


elektronik. Diperbuat daripada bahan separuh pengalir silikon dan germanium.
Fungsi utama transistor ialah sebagai penguat. Selain itu, komponen ini juga
berfungsi sebagai litar pensuisan dan komponen pemecah fasa.

Rajah 38: Contoh Transistor Yang Terdapat Dalam Litar Elektronik

a) Jenis dan binaan transistor


i) Transistor diperbuat daripada tiga lapisan bahan separuh pengalir dan
mempunyai dua simpang.
ii) Apabila bahan N diapit antara dua lapisan bahan P dinamakan transistor
PNP. Rujuk Rajah 39.
iii) Apabila bahan P diapit antara dua lapisan bahan N, transistor jenis ini
dinamakan transistor NPN. Rujuk Rajah 40.
iv) Komponen ini mempunyai tamatan, iaitu tapak (B), pengeluar (E), dan
pemungut (C). Rujuk Rajah 41.

a. Struktur binaan transistor PNP b. Simbol


Rajah 39: Struktur Binaan Dan Simbol Transistor PNP
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

Rajah 40: Struktur Binaan Dan Simbol Transistor NPN

Rajah 41: Rajah Keratan Sebuah Transistor PNP

Jadual 4 menunjukkan contoh transistor dan pandangan bawah transistor


dan Rajah 42 menunjukkan sambungan transistor.

Jadual 4: Contoh Transistor Dan Pandangan Bawah Transistor


Contoh
Transistor

Pandangan
Bawah
Transistor

Terdapat tiga penyambungan transistor seperti pada Rajah 42, iaitu:


i) Tapak sepunya
ii) Pengeluar sepunya
iii) Pemungut sepunya
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

Rajah 42: Sambungan Transistor

2) JENIS PCBA

Jenis PCBA diterangkan dengan lanjut seperti di bawah.

2.1) Definisi Papan Litar Bercetak [Printed Circuit Board (PCB)]

Rujuk Rajah 43 bagi contoh PCB. Berikut adalah definisi Papan Litar Bercetak
[Printed Circuit Board (PCB)]:
a) PCB ialah suatu komponen penting dalam dunia elektronik hari ini.
b) PCB berfungsi untuk menyambung dan menyokong komponen elektronik
secara elektrik.
c) Komponen elektronik dipasang padanya mengikut reka bentuk yang telah
dihasilkan oleh pereka bentuk papan litar bercetak.
d) Sambungan kuprum yang direka bentuk akan menyambungkan kesemua
komponen elektronik bagi menghasilkan satu sistem elektronik, dipanggil
pemasangan papan litar bercetak (PCBA).

Rajah 43: Contoh Papan Litar Bercetak


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

2.2) Fungsi PCB

Berikut adalah fungsi PCB:


a) PCB berfungsi sebagai tempat yang digunakan untuk menyusun setiap
komponen elektronik yang ada dalam peranti elektronik.
b) Sehingga menjadikan setiap komponen dapat dipasang dengan baik, kemas
dan lebih tersusun.
c) PCB juga boleh menyambung pelbagai jenis komponen dengan tepat.
d) Kedua-dua komponen ialah komponen yang berbeza atau serupa ia juga
boleh menyambungkan komponen aktif atau komponen pasif.
e) Selain itu juga, PCB mempunyai fungsi yang boleh digunakan sebagai
pengganti kabel untuk menyambung pelbagai komponen supaya menjadikan
litar elektronik lebih cekap, kemas dan ringkas.

2.3) Lapisan dan Bahan Binaan PCB

Berikut adalah lapisan dan bahan binaan PCB:


a) PCB mempunyai struktur yang sama seperti kek lapis kerana ia terdiri
daripada beberapa lapisan.
b) Lapisan ini kemudiannya dilaminasi menjadikan satu unit yang dipanggil PCB.
c) Pada satu PCB, ada yang mempunyai satu lapisan tembaga atau single sided,
ada juga yang mempunyai dua lapisan tembaga atau double sided dan juga
ada yang mempunyai beberapa lapisan tembaga atau dikenali sebagai PCB
berbilang lapisan.
d) Rajah 44 menunjukkan bahan-bahan dan lapisan pada PCB.

Rajah 44: Bahan Dan Lapisan Printed Circuit Board (PCB)


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

Struktur asas komposis PCB adalah seperti yang berikut:


a) Substrat (lapisan asas)
Bahan lapisan asas pada papan litar tercetak (PCB) biasanya adalah dari
bahan tahan api dari tahap 2 hingga tahap 4. Tahan api tahap 2 atau FR2 ialah
bahan komposit yang terdiri daripada kertas yang diresapi dengan resin plastik
fenol formaldehid (kertas pengikat resin sintetik). Manakala flame resistant 4
atau FR4 pula ialah tenunan fiberglass yang disalut dengan resin epoksi yang
mempunyai daya serapan air yang rendah. Tetapi ia mempunyai sifat penebat
terbaik dan tahan pada sahu panas yang mencecah sehingga 140 darjah
celsius. Malangnya, PCB yang diperbuat daripada FR4 ini mempunyai
perbandingan harga yang lebih mahal daripada PCB dengan substrat FR2.

b) Tembaga (copper)
Pada lapisan seterusnya PCB selepas substrat ialah lapisan kuorum nipis
yang dilaminasi ke dalam lapisan substrat dengan suhu tinggi dan pelekat
tertentu. Lapisan kuprum nipis disalut bergantung pada jenis PCB itu sendiri.
Dalam PCB single sided, tembaga nipis hanya disalut pada satu sisi substrat,
manakala dalam PCB dua sebelah lapisan tembaga nipis disalut pada kedua-
dua belah substrat. Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, kini
pembuatan PCB telah dibuat sehingga 16 lapisan atau lebih bergantung
kepada reka bentuk PCB dan litar yang dikehendaki.

c) Topeng solder (solder mask)


Solder Mask ialah lapisan yang berada di atas lapisan kuprum. Lapisan ini
menyaluti laluan tembaga atau konduktor pelindung daripada sentuhan yang
tidak sengaja. Lapisan ang berupa penebat PCB ini hanya berada pada
bahagian yang tidak dipateri pada PCB. Ini bertujuan untuk mengelakkan
berlakunya solder short. Biasanya warna topeng pateri ialah hijau, tetapi
terdapat juga topeng pateri biru atau merah.

d) Silkscreen
Secara umumnya, lapisan silkscreen ini mempunyai warna putih atau hitam,
terdapat juga silkscreen yang berwarna merah, kelabu, malah kuning
keemasan. Silkscreen ialah cetakan nombor, simbol dan huruf pada papan
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

litar bercetak. Fungsi lapisan silkscreen ini adalah sebagai penunjuk


komponen elektronik pada PCB supaya mudah dipasang.

2.4) Jenis PCB

Berikut adalah jenis PCB:


a) Jenis PCB berdasarkan bilangan lapisan
i) Single layer
 VDR Single Sided PCB atau Papan Rangkaian Cetak satu sisi ialah
jenis PCB yang hanya terdiri dari satu lapisan tembaga yang
tertempel di satu sisi lapisan PCB seperti Rajah 45.
 PCB jenis ini biasanya digunakan pada rangkaian elektronik yang
sederhana dan lebih murah.

Rajah 45: Single Layer PCB

ii) Double layer


 Double Sided PCB atau Papan Rangkaian Cetak dua sisi ialah jenis
PCB yang terdiri dari dua lapisan tembaga. Lapisan Tembaga
tersebut tertempel di kedua sisi lapisan PCB seperti Rajah 46.
 Lubang pada PCB double sided juga berfungsi sebagai jalur
penghubung antara satu lapisan tembaga di satu sisi dengan lapisan
tembaga di sisi lainnya.

Rajah 46: Double Layer PCB


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

iii) Multi-layer
 Multilayer PCB seperti Rajah 47 ialah jenis PCB yang terdiri dari
beberapa lapisan dan lapisan tembaga yang dipisahkan oleh lapisan
insulator.
 Multilayer PCB ini biasanya digunakan pada rangkaian elektronik
yang kompleks. Umumnya terdiri dari 4 lapisan, 6 lapisan, 8 lapisan,
10 lapisan hingga 16 lapisan.

Rajah 47: Multi Layer PCB

b) Jenis PCB berdasarkan fleksibiliti.


i) Rigid PCB

Rajah 48: Contoh Rigid PCB

Rigid PCB seperti Rajah 48 ini ialah papan litar bercetak tegar dan tidak
fleksibel. PCB ini terdiri daripada substrat yang tegar dan padat seperti
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

gentian kaca. Rigid PCB ini sengaja dibuat bukan untuk dilipat atau
dibengkokkan. Rajah 48 di atas ialah contoh jenis PCB rigid.

ii) Flex PCB

Rajah 49: Contoh PCB Flex

Flex PCB seperti Rajah 49 atau juga dikenali sebagai Flexible Printed
Circuit Board ialah PCB yang mempunyai substrat plastik yang
menjadikannya fleksibel. Bahan asas yang digunakan oleh Flex PCB
membolehkan PCB dibengkokkan tanpa menyebabkan kerosakan litar
pada PCB itu sendiri. Rajah 49 di atas ialah contoh jenis PCB flex.

iii) Rigid – Flex PCB


Tegar – Flex PCB seperti Rajah 50 ialah PCB yang menggabungkan
teknologi Tegar dan Flex PCB. Secara umum, PCB Tegar dalam peranti
ini disambungkan ke PCB Flex.

Rajah 50: Contoh Jenis Rigid – Flex PCB


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

2.5) Prinsip Kerja PCB

Prinsip kerja atau cara kerja PCB adalah apabila litar diberi sumber arus elektrik,
talian pendawaian dalam PCB akan bertindak sebagai konduktor. Talian
pendawaian juga akan menyambungkan komponen di dalam PCB secara
bersepadu.

Hal ini menjadikan fungsi litar elektronik dapat dikendalikan dengan baik. Dengan
Papan Litar Bercetak digunakan sebagai bekas untuk memasang litar elektronik,
terdapat beberapa kelebihan yang boleh diperolehi, antaranya seperti berikut:
a) Jika salah satu komponen di dalamnya mengalami gangguan, kerosakan dan
gangguan boleh dicari dengan mudah.
b) Dengan menggunakan PCB, boleh membuat litar elektronik kecil kerana
saiznya boleh dikecilkan. Sebagai contoh, PCB pada telefon bimbit, sarung
atau telefon bimbit itu sendiri mempunyai saiz yang agak kecil. Jadi sudah
tentu PCB di dalamnya juga kecil, berbeza dengan komputer riba atau
komputer.
c) Kekerapan setiap komponen di dalamnya boleh dikawal dengan selamat.
d) PCB lebih selamat digunakan dan menjadikan komponen di dalam tidak
mudah rosak.

3) JENIS PERALATAN PENGUJIAN DAN PENYUSUNAN TEMPAT KERJA

Kuantiti elektrik seperti rintangan, arus, voltan dan tenaga dapat diukur dengan
menggunakan pena pengujian dan meter.

3.1) Jenis Peralatan Pengujian

Jenis peralatan pengujian adalah seperti berikut:


a) Test Pen
i) Pena pengujian (test pen) dan cara menggunakannya
 Pena pengujian (test pen) seperti Rajah 51 merupakan salah satu
alat yang paling sering digunakan oleh juruteknik dan juruelektrik
dalam melakukan pekerjaannya. Bentuknya yang relatif kecil dan
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

seperti sebuah pena membuatnya sangat mudah untuk dibawa ke


mana-mana.
 Hujung test pen yang berbentuk minus dapat dijadikan sebagai
pemutar skru Philips untuk melonggarkan atau mengetatkan kepala
skru.
 Test pen ialah suatu alat ukur yang digunakan untuk mengetahui atau
memeriksa kehadiran arus elektrik sesuatu peralatan atau
pemasangan direct current.

ii) Cara menggunakan test pen


 Cara penggunaan test pen ialah mudah. Hanya dengan beberapa
langkah, kita dapat mengetahui kehadiran elektrik samada baik
ataupun rosak.

Rajah 51: Test Pen

b) Ammeter
Meter seperti Rajah 52 ini digunakan untuk mengukur arus yang melalui
beban. Ianya disambung secara siri dengan beban. Skala sifar pada meter ini
terletak pada bahagian kiri panel.

+ -

Simbol Meter Ampere

Meter Ampere

Sambungan secara sesiri

Rajah 52: Meter Ampere


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

c) Ohmmeter
i) Meter seperti Rajah 53 ini digunakan untuk mengukur nilai rintangan.
Selain daripada meter ohm, multimeter juga sering digunakan untuktujuan
yang sama.
ii) Meter ohm disambungkan secara selari dengan beban.
iii) Berbeza dengan meter ampere dan meter volt, kedudukan skala sifar
pada meter ohm ialah di bahagian kanan panel.

Simbol Meter Ohm

Sambungan secara selari

Rajah 53: Meter Ohm

d) Voltmeter
Meter seperti Rajah 54 ini digunakan untuk mengukur nilai voltan pada beban.
Ianya disambung secara selari dengan beban. Sama seperti meter ampere,
skala sifar pada meter volt juga terletak pada bahagian kiri panel.

Simbol Meter Volt

Meter Volt

Sambungan secara selari

Rajah 54: Meter Volt


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

e) Multimeter
i) Meter Analog
 Meter analog seperti Rajah 55 menggunakan prinsip elektromagnet
untuk menggerakkan jarum penunjuk meter.
 Jarum penunjuk bergerak merentasi permukaan garis skala bacaan
meter.
 Pesongan jarum penunjuk ialah berkadaran dengan magnitude
kuantiti yang diukur.

Rajah 55: Paparan Meter Analog

ii) Meter Digital


Binaan meter digital seperti Rajah 56 menggunakan litar bersepadu. Bagi
memaparkan angka berdigit, penggunaan meter digital adalah lebih
mudah dan tepat.

Rajah 56: Paparan Meter Digital


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

3.2) Penyusunan Tempat Kerja

Meja kerja ESD seperti Rajah 57 perlu disediakan pada stesen dan proses yang
terdedah dengan kejadian Nyahcas Elektrostatik (ESD) kerana ianya boleh
merosakkan produk atau litar elektronik yang sedang diuji. Meja kerja ESD
menyepadukan permukaan pelesapan rintangan tinggi, iaitu antara 1x05 dan1x1011
ohms/square dan bukannya permukaan konduktif. Permukaan pelesapan
berkerintangan tinggi mempunyai galangan tinggi yang dapat menghalang litar
pintas dan nyahcas pantas yang dapat mengurangkan kemungkinan kerosakan
kepada produk. Manakala bahan konduktif mempunyai permukaan yang hanya
berkerintangan lebih rendah, iaitu sekitar 1x105 ohms/square. Keselamatan
pekerja perlu diutamakan bagi memastikan tiada renjatan caj elektrik bernilai tinggi
yang mungkin hadir dengan menggunakan permukaan meja kerja berkerintangan
tinggi.

Rajah 57: Meja Kerja ESD

Ciri-ciri meja kerja ESD


Meja kerja ESD biasanya merangkumi beberapa elemen berbeza. Meja kerja khas
untuk melakukan kerja pembaikan ataupun sebagai stesen kerja.
a) Permukaan kerja dissipative statik: Permukaan kerja meja kerja ESD harus
mempunyai nilai rintangan antara 1.0 x 10 9 Ω dan 1.0 x 106 Ω. Sebarang isu
keselamatan hanya yang disebabkan oleh nyahcas voltan tinggi.
b) Rak: Bahagian elektronik produk dan alat kerja mungkin diletakkan di dalam
rak, oleh itu, untuk mengelakkan pengumpulan cas statik, ini perlu juga
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

dissipative statik. Malah, semua elemen meja kerja ESD mestilah dissipative
statik.
c) Almari: Almari meja kerja ESD mungkin digunakan untuk menyimpan alatan
kerja, oleh itu, bagi rak, ini sepatutnya mempunyai permukaan dissipative
statik.
d) Tali pergelangan tangan ESD: Walaupun bukan elemen meja kerja ESD, tali
pergelangan tangan ESD ialah peralatan yang diperlukan untuk ruang kerja
ini. Setiap pengendali harus memakai tali pergelangan tangan ESD untuk
memastikan tiada pelepasan berlaku.
e) Pendawaian: Semua permukaan dissipative statik, tali pergelangan tangan
dan kerja logam hendaklah disambungkan ke titik asas yang sama.

4) PROSEDUR PENCEGAHAN PENYAHCAS ESD

Nyahcas Elektrostatik (ESD) Diterangkan dengan lebih lanjut di bawah.

4.1) Pengenalan ESD

Pengenalan ESD adalah seperti di bawah:


a) ESD ialah satu masalah yang besar pada industri-industri yang menggunakan
alat-alat elektronik. Kebanyakan alat-alat ini amat sensitif kepada ESD dan
akan mengalami kerosakan.
b) Contoh komponen-komponen elektronik adalah seperti transistor, IC CMOS
(Integrated Circuit Metal Oxide Semiconductor) dan sebagainya.
c) Kesan kerosakan ini dicatatkan dengan lengkap. Barangan yang gagal tidak
selalunya reject catastrophic.
d) Komponen itu hanya menjadi lemah sedikit atau menjadi kurang daya tahan
kepada pendedahan ESD dan akan menjadi masalah yang tidak boleh
memberi jaminan.
e) Papan tanda Jangan Sentuh akan menghalang sesiapa dari terus menyentuh
barang-barang sensitif ESD untuk apa-apa tujuan dan bila-bila masa tanpa
mengambil langkah-langkah keselamatan ESD.
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

4.2) Prinsip Asas Kawalan Static Discharge

Enam prinsip asas ESD adalah seperti yang berikut:


a) Reka bentuk dalam perlindungan dengan mereka bentuk produk dan
pemasangan supaya teguh dan munasabah daripada kesan ESD.
b) Tentukan tahap kawalan yang diperlukan dalam persekitaran anda.
c) Kenal pasti dan tentukan kawasan terlindung elektrostatik (EPA) atau
kawasan di mana item sensitif ESD (ESDS) dikendalikan.
d) Kurangkan penjanaan cas elektrostatik dengan mengurangkan dan
menghapuskan proses penjanaan statik, mengekalkan proses dan bahan
pada potensi elektrostatik yang sama, dan dengan menyediakan laluan tanah
yang sesuai untuk mengurangkan penjanaan dan pengumpulan cas.
e) Meneutralkan (membumikan), pengionan, dan penggunaan bahan kawalan
statik konduktif dan pelesapan.
f) Lindungi produk daripada ESD dengan pembumian (shunting) yang betul dan
penggunaan pembungkusan kawalan statik dan produk pengendalian bahan.

4.3) Proses Menentukan Keperluan ESD

Proses menentukan keperluan ESD adalah seperti berikut:


a) Mengenal pasti kawasan bermasalah dan tahap pengawalan
Pengurusan sesebuah organisasi perlu menyediakan kemudahan, usaha
mengawal ESD dan perlu bertumpu kepada lima prinsip terakhir yang meliputi
bahan dan prosedur utama yang mengurangkan penjanaan cas elektrostatik,
mengeluarkan cas ke tanah dan meneutralkan cas untuk melindungi item
ESDS.

b) Grounding
Pembumian amat penting untuk kawalan ESD yang berkesan. Konduktor
pembumian peralatan menyediakan laluan untuk membawa bahan dan
kakitangan pelindung ESD ke potensi elektrik yang sama. Perlindungan ESD
boleh dikekalkan pada cas atau potensi di atas rujukan tanah voltan "sifar"
selagi semua item dalam sistem berada pada potensi yang sama. tidak boleh
kehilangan cas elektrostatiknya melalui sambungan ke tanah.
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

4.4) Langkah Pencegahan ESD

Mengawal ESD boleh dalam berbagai bentuk. Namun ianya dapat di klasifikasikan
ke dalam tiga kategori utama:
a) Pencegahan melalui sentuhan.
b) Melalui alat pencegahan manusia.
c) Melalui pembumian alatan atau komponen.

Di dalam industri pembuatan produk elektronik, asas pencegahan dan kawalan


statik adalah dengan menyediakan ruangan kerja yang dilengkapi dengan semua
peralatan dan pencegahan ESD. Antara langkah pencegahan ESD yang boleh
dilaksanakan adalah seperti yang berikut:
a) Menambah litar pelindung elektrostatik pada stesen pengujian PCB elektronik.
b) Prosedur dan proses yang di sediakan dengan betul.
c) Ionization (penjana ion) untuk meneutral dan mengawal jumlah elektrik statik.
d) Meningkatkan kelembapan.
e) Penggunaan aditif anti-statik.

4.5) Jenis-Jenis Kerosakan Elektrostatik

Jenis-jenis kerosakan elektrostatik adalah seperti berikut:


a) Discas secara terus (Direct discharge – human body)
Seseorang boleh menghasilkan cas dengan pergerakan yang mudah seperti
berjalan, duduk, membuka bungkusan dan sebagainya. Apabila cas seseorang
menyentuh peranti seperti tangan di operasi pemasangan separuh dari tenaga
yang tersimpan di anggota tubuh badan akan di pindahkan atau dicas sama ada
ke peranti atau melalui peranti bumi.

Mengecas secara Triboelektrik (Triboelectric charging charge device). Kejutan


triboelektrik adalah punca kejutan elektrik. la berlaku apabila dua bahan yang
berlainan bersentuhan dan dipisahkan atau bergeseran antara satu sama lain.
Contoh kesan triboelektrik adalah apabila peranti melungsur dari tube atau
membuka cellophone tape seperti rajah di bawah.
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

b) Medan Elektrostatik (Electrostatic Field)


Pengkaji telah menyelidik bahawa tidak semestinya cas yang tersimpan dalam
badan (charged body) yang mempunyai penyentuhan yang rapat akan
mendatangkan kerosakan pada peranti tetapi kehadiran medan elektrostatik
juga merosakkan peranti yang sensitif.

4.6) Barang-barang yang Boleh Mengawal ESD Pembungkusan

Peralatan yang digunakan untuk mengawal ESD adalah seperti berikut:


a) ESD bag.
b) Static.
c) Dissipative bags.
d) Static shielding bags.
e) Conductive bags.
f) Tote boxes.
g) DIP tubes.
h) Foams.
i) ESD warning labels.
j) ESD buble wrap.

4.7) Peranti Pengesahan

Peranti pengesahan ESD yang digunakan adalah seperti berikut:


a) Penyemak wrist strap.
b) Peranti pengawalan berterusan.
c) Penyemak kelengkapan kaki konduktif.
d) Meter statik.
e) Meter surface resistivity.
f) Meter decay.

4.8) Kawasan Protektif ESD

Kawasan protektif ESD adalah seperti berikut:


a) Tiada plastik biasa.
b) Kelembapan antara 45 ± 10 %.
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

c) Tiada medan elektrostatik.


d) Baju besar (smock) untuk operator.

4.9) Cara Mengurangkan ESD

Cara mengurangkan ESD adalah seperti berikut:


a) Wrist-strap (on bare skin).
b) Baju besar (smock) untuk operator.
c) Persekitaran kerja anti static dan konduktif.
d) DIP atau penyambungan strap mudah tanggal.
e) Bahan lantai yang konduktif.

4.10) Pencegahan E0S (ESD – Warning Label)

Berikut adalah tanda amaran untuk ESD seperti Rajah 58 dan Rajah 59.

Rajah 58: ESD Susceptibility Symbol

Rajah 59: ESD Protective Symbol


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

4.11) ESD Keselamatan Tempat Kerja

ESD Keselamatan tempat kerja adalah seperti berikut:


a) Series connected wrist strap (Rujuk Rajah 60)

1. Personal Wrist Strap


2. EOS Protective table
top
3. EOS protective floor or
mat
4. Building floor
5. Common ground point
6. Ground

Rajah 60: Series Connected Wrist Strap

b) Handling considerations (gloves and finger cots) (Rujuk Rajah 61)

Rajah 61: Pemakaian Wrist Strips

5) PERALATAN PENCEGAHAN ESD DAN PPE

Peralatan pencegahan ESD dan PPE diterangkan seperti di bawah.

5.1) Peralatan Pencegahan Electrostatic Discharge (ESD)

Peralatan Pencegahan Electrostatic Discharge (ESD) adalah seperti berikut:


a) Rintangan plastik sangat tinggi, jadi plastik boleh menyimpan elektrik statik untuk
masa yang lama.
b) Rintangan logam adalah sangat rendah, dan logam yang dikisar dikenakan
elektrik statik untuk masa yang singkat.
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

c) Elektrik statik biasanya dinyatakan dalam volt. Walaupun kuasa AC 220V


berbahaya, elektrik statik 100kV adalah sangat biasa. (Rujuk Jadual 5)

Jadual 5: Fungsi Dan Kegunaan Peralatan ESD


Nama Alatan Fungsi/ Kegunaan
Gelang Anti-Statik (Anti-Static Wrist Band)

Gelang boleh menghilangkan elektrik statik dari tubuh


manusia sebelum produk elektronik rosak oleh elektrik
statik.
Tikar Anti Statik ESD (Anti-Static Mat)

Tikar anti statik ESD, Letakkan butang di permukaan


tikar ESD dan sambungkan hujung yang lain ke
konduktor tanah. Melepaskan elektrik statik yang
dikumpulkan di atas meja melalui kabel asas anti-statik.
Berus Plastik ESD Anti Statik (Anti-Static Cleaning
Brush)

Sesuai untuk membersihkan pelbagai komponen,


menyapu kotoran di permukaan papan PCB dan peranti
sensitif, dan melaksanakan elektrik statik yang terhasil
ke tanah, sesuai untuk pembersihan, pembersihan,
kawasan pembungkusan, dan lain-lain lagi.

5.2) Personal Protective Equipment (PPE)

Personal Protective Equipment (PPE) adalah seperti berikut:


a) Direka untuk melindungi pelbagai bahagian badan seperti cermin mata
keselamatan untuk melindungi mata, topeng untuk melindungi muka, helmet
(hard hat) untuk melindungi kepala, kasut keselamatan dan but untuk melindungi
kaki, sarung tangan untuk tangan, alat penutup telinga.
b) Tujuan penggunaan PPE adalah untuk memastikan pekerja dilindungi dari
sebarang kemalangan semasa melaksanakan tugas di tempat kerja.
c) Aplikasinya adalah untuk mengurangkan risiko kecederaan atau menghindari
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

kematian yang berpunca daripada bahaya di tempat kerja. Rujuk Rajah 62.

Rajah 62: Kategori Kelengkapan Perlindungan Diri

Jadual 6 adalah fungsi dan kegunaan PPE.

Jadual 6: Fungsi dan Kegunaan PPE


Nama Alatan Fungsi/ Kegunaan
Alat pelindung kepala (ESD hood)

Digunakan untuk mengurangkan penjanaan


zarah dengan berkesan.

Alat pelindung mata dan muka

Berfungsi untuk melindungi mata dan muka dari


bahan kimia berbahaya, paparan partikel-partikel
yang melayang di udara, percikan benda-benda
kecil, panas atau wap panas.

Alat pelindung lengan

Berfungsi untuk melindungi lengan daripada


aliran ESD.
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

Nama Alatan Fungsi/ Kegunaan


Alat Pelindung Pernafasan

Berfungsi untuk melindungi organ pernafasan


dengan cara menyalurkan udara bersih dan sihat
atau menyaring pencemaran bahan kimia, mikro-
organisma, partikel yang berupa debu, kabut
(aerosol), wap asap dan sebagainya.
Alat Pelindung Tangan

Berfungsi untuk melindungi tangan dan jari-jari


tangan dari kepanasan api, suhu panas, suhu
dingin, radiasi elektromagnetik, radiasi mengion,
arus elektrik dan bahan kimia.

Alat Pelindung Kaki

Digunakan untuk membocorkan elektrik statik


dari pengendali peranti ESDS dan mencegah
pengumpulan statik badan manusia.

Pakaian Pelindung (Smock)

Berfungsi untuk melindungi sebahagian badan


atau seluruh bahagian badan dari bahaya suhu
panas atau dingin yang ekstrem, pajanaan api
dan benda-benda panas, percikan bahan-bahan
kimia, cairan dan logam panas, wap panas,
peralatan dan bahan, radiasi dan mikro-
organisma.
NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

SOALAN:

1. Senaraikan lima (5) jenis lukisan elektronik.


i)
ii)
iii)
iv)
v)

2. Senaraikan tiga (3) jenis PCB.


i)
ii)
iii)

3. Nyatakan empat (4) ruang pengukuran yang terdapat dalam sesebuah multimeter.
i)
ii)
iii)
iv)

4. Nyatakan bahagian-bahagian utama bagi sesebuah multimeter analog.


NO. KOD C261-001-2:2020-C01/KP(2/7) Muka Surat: 28/50

RUJUKAN:
1. V.A.W. Hillier. (1986) Fundamental Of Automative Eelctronic. Crydon College: Stanley
Thomes Ltd. System.
2. Malcolm, Doughlas R. Malcolm. (1995). Asas Elektronik. Penterjemah Salwani Daud,
Edisi kedua. Penerbit UTM.
3. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2004) Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
Tingkatan 4. Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like