You are on page 1of 23

E1001 / UNIT 2/ 1

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

UNIT 2 KOMPONEN ELEKTRIK


(PASIF)

OBJEKTIF

Objektif am : Mempelajari dan memahami konsep asas bagi komponen-


komponen elektrik (pasif) seperti perintang, pearuh dan pemuat.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

➢ Mentakrifkan rintangan.
➢ Menerangkan jenis-jenis perintang.
➢ Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan.
➢ Menyatakan kod warna bagi perintang.
➢ Mentakrifkan pearuh.
➢ Menerangkan jenis-jenis pearuh.
➢ Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi aruhan.
➢ Mentakrifkan pemuat.
➢ Menerangkan jenis-jenis pemuat.
➢ Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pemuat.
E1001 / UNIT 2/ 2
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

PERINTANG

2.0 PENGENALAN

Rintangan (R) ialah komponen ketiga yang terdapat dalam litar. Rintangan melawan
pengaliran arus dalam litar dan diukur dalam ohm (). Satu ohm adalah sama
dengan rintangan yang berada di dalam litar di mana tekanan elektrik 1 V
menyebabkan arus 1 A mengalir.

Simbol bagi rintangan ialah R


Unitnya adalah ohm ()
Nilai rintangan (ohm) dikod mengikut warna di atas perintang.

2.1 TAKRIF PERINTANG


Perintang ditakrifkan sebagai sesuatu komponen atau bahan yang boleh
menghalang atau menghadkan aliran arus dalam litar. Ia juga menghasilkan
susutan voltan dan melesapkan tenaga elektrik.

Simbol bagi perintang

R
E1001 / UNIT 2/ 3
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)
2.2 JENIS-JENIS PERINTANG
Secara umumnya, perintang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
perintang tetap dan perintang boleh ubah.

2.2.1 Perintang tetap


Perintang tetap ialah dimana nilai sesuatu perintang itu boleh didapati
daripada kod warna atau kod bercetak pada perintang tersebut. Nilai
yang dinyatakan oleh kod warna dan kod bercetak disebut sebagai
nilai namaan (nilai terkadar). Empat perkara yang penting perlu
diambil kira apabila memilih perintang ialah nilai perintang, had
terima, kadar kuasa dan kestabilan. Had terima ialah nilai kelegaan
bagi nilai sebenar. Jika satu perintang dengan nilai namaan sebanyak
100 dan had terima 10%, perintang tersebut mempunyai nilai sebenar
antara 90 dan 110. Lebih kecil nilai had terima maka lebih tepat
bacaan nilai perintang. Kadar kuasa ialah kuasa maksimum yang
boleh diterima oleh perintang tanpa mengalami kerosakan. Jika kadar
kuasa dilampaui, perintang akan rosak disebabkan oleh haba yang
berlebihan. Saiz fizikal sesuatu perintang biasanya berkait rapat
dengan kadar kuasa. Kestabilan ialah keupayaan sesuatu perintang
untuk mengekalkan nilai rintangannya walaupun suhu sekitar berubah
dan umur perintang bertambah.

2.2.2 Perintang boleh ubah


Perintang boleh ubah ialah perintang yang boleh diubah nilai
rintangannya dengan menggerakkan sesentuh di atas elemen
perintang. Perintang boleh ubah digunakan pada litar yang
memerlukan perubahan arus dan voltan. Terdapat tiga jenis perintang
boleh ubah iaitu perintang gelangsar, reostat dan meter upaya.

1) Perintang gelangsar mengubah rintangan dengan menggerakkan


kolar gelangsar di sepanjang elemen rintangan belitan dawai. Ia
digunakan pada litar yang tidak memerlukan perubahan rintangan
yang kerap.

2) Reostat mempunyai dua tamatan dan disambung bersiri dengan


beban yang dikawal. Ia diguna untuk mengawal arus litar.
E1001 / UNIT 2/ 4
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)
3) Meter upaya mempunyai tiga tamatan. Rintangannya diubah
dengan menggerakkan pengelap di atas elemen karbon. Meter
upaya yang lebih kecil dipanggil perapi atau praset. Ia banyak
digunakan pada litar bercetak yang tidak memerlukan perubahan
rintangan yang kerap untuk mengawal voltan dan beza upaya
seperti mengawal bunyi dan nada radio.

2.3 FAKTOR–FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RINTANGAN


Nilai bagi rintangan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut;

a) Panjang pengalir (wayar)


Panjang pengalir adalah dalam unit meter (m). Rintangan adalah berkadar terus
dengan panjang pengalir R  L di mana semakin panjang sesuatu pengalir, maka
nilai rintangan juga akan meningkat.

b) Luas muka keratan rentas pengalir


Luas keratan rentas adalah dalam bentuk meter persegi (m2). Rintangan pula
1
berkadar songsang dengan luas keratan rentas pengalir R  di mana semakin
A
kecil luas keratan rentas pengalir, maka semakin tinggilah nilai rintangannya dan
begitulah sebaliknya.

c) Jenis bahan
 atau kerintangan adalah mewakili sifat atau jenis bahan pengalir. Kerintangan
ditakrifkan sebagai rintangan di antara permukaan-permukaan yang bertentangan
bagi sesuatu kiub yang berukuran 1 meter padu.
L
R
A

d) Suhu
E1001 / UNIT 2/ 5
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)
2.4 KOD WARNA PERINTANG
Kod warna perintang digunakan pada perintang bersaiz kecil. Nilai perintang
didapati dengan membaca jaluran kod warna pada perintang. Jadual di bawah
menunjukkan jadual kod warna perintang. Kebanyakkan perintang mempunyai
empat jalur. Tiga jalur yang pertama memberikan bacaan nilai namaan perintang,
manakala jalur yang keempat menunjukkan nilai had terima.

Warna Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3 Jalur 4


No. 1 No. 2 Pendarab Had
Terima
Hitam 0 0 1 -
Coklat 1 1 10 -
Merah 2 2 100 -
Jingga 3 3 1000 -
Kuning 4 4 10000 -
Hijau 5 5 100000 -
Biru 6 6 1000000 -
Ungu 7 7 10000000 -
Kelabu 8 8 100000000 -
Putih 9 9 1000000000 -
Emas 0.1  5%
Perak 0.01  10%
Tiada  20%

Kod warna perintang

Contoh 2.1 :

Satu perintang mempunyai jaluran warna berikut : kuning, ungu, merah dan emas.
Tentukan :
i) Nilai namaan
ii) Julat nilai sebenar rintangan
E1001 / UNIT 2/ 6
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)
Penyelesaian 2.1 :
i) Diberi

Kuning Ungu  Merah Had terima


4 7  100 = 4700 atau 4.7 k

Oleh itu, namaan perintang ialah 4.7 k

ii) Diberi :
Jalur had terima ialah emas iaitu  5%.
Oleh itu, had terima =  4700  0.05
=  235

Oleh itu, julat nilai rintangan = (4700 + 235) hingga (4700 - 235)
= 4935 (had atas) hingga 4465 (had bawah)
E1001 / UNIT 2/ 7
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

AKTIVITI 2a

• UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA.
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

2.1) Berikan takrif bagi perintang.

2.2) Nyatakan 4 perkara penting yang perlu di ambil semasa memilih perintang.

2.3) Nyatakan 3 jenis perintang boleh ubah.

2.4) Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi rintangan.


E1001 / UNIT 2/ 8
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

MAKLUMBALAS 2a

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan
dalam aktiviti 2b.

JAWAPAN :

2.1) Takrif bagi perintang ialah sesuatu komponen atau bahan yang boleh menghalang
atau menghadkan aliran arus dalam litar.

2.2) Semasa memilih perintang, 4 perkara penting yang perlu diambil kira ialah ;
i) Nilai perintang
ii) Had terima
iii) Kadar kuasa
iv) Kestabilan

2.3) 3 jenis perintang boleh ubah ialah ;


i) Perintang gelangsar
ii) Reostat
iii) Meter upaya

2.4) 4 faktor yang mempengaruhi rintangan ialah ;


i) Panjang pengalir (wayar).
ii) Luas muka keratan rentas pengalir.
iii) Jenis bahan.
iv) Suhu
E1001 / UNIT 2/ 9
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

PERARUH

2.5 TAKRIF PEARUH


Pearuh ialah komponen yang mempunyai sifat menentang sebarang
perubahan pengaliran arus. Pearuh menghasilkan kearuhan. Kearuhan adalah
arus yang dialirkan melalui satu pengalir, satu medan magnet kecil terbina
mengelilingi pengalir itu. Sekiranya pengalir ini berbentuk gelung, medan
magnet akan membantu satu sama lain, menjadikannya lebih kuat. Untuk
menguatkan lagi medan magnet, satu teras boleh ditambah. Prinsip gegelung
pengalir dikenali sebagai kearuhan. Pearuh dibuat daripada gegelung dawai
dengan satu bahan teras seperti udara, besi dan bahan ferit. Setiap bahan
tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu untuk mendapatkan nilai kearuhan.
Unit ukuran kearuhan ialah Henry (H). Peraruh diwakili oleh L.

2.6 JENIS-JENIS PEARUH


Pearuh boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pearuh tetap dan
pearuh bolehubah.

2.6.1 Pearuh Tetap


Pearuh tetap digunakan bagi litar yang memerlukan nilai kearuhan
yang tidak berubah. Empat jenis pearuh tetap ialah teras udara, teras
besi, teras besi serbuk dan teras ferit.

a) Pearuh teras udara


Pearuh teras udara biasanya mempunyai nilai aruhan mikro henry
atau kurang. Oleh kerana nilai kearuhannya rendah, ia biasanya
digunakan pada frekuensi yang tinggi. Contohnya, pearuh ini
digunakan sebagai pencekik frekuensi radio bagi menghalang arus
frekuensi radio (frekuensi tinggi) daripada melalui laluan tertentu
dalam litar.
E1001 / UNIT 2/ 10
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

b) Pearuh teras besi


Teras besi yang digunakan ialah teras besi berlapis yang bersalut
penebat nipis. Nilai kearuhan pearuh teras besi adalah daripada
beberapa mili henry hingga beberapa henry. Pearuh teras besi
digunkan sebagai penapis frekuensi rendah dalam litar bekalan
kuasa. Ia juga digunakan sebagai pencekik dalam litar lampu
pendaflour.

c) Pearuh teras besi serbuk dan teras ferit.


Teras besi serbuk dihasilkan dengan menampakkan serbuk besi
yang diselaputi oleh penebat. Teras ferit pula dibuat daripada
bahan magnet bukan pengalir. Dengan menggunakan teras besi
serbuk atau teras besi ferit, nilai kearuhan akan lebih tinggi dan
saiz pearuh dapat dikecilkan. Pearuh teras besi serbuk dan teras
ferit mempunyai tiga bentuk iaitu solenoid, toroid dan teras pot.
Jenis solenoid mempunyai nilai kearuhan 1mikro henry atau
kurang manakala toroid dan teras pot pula mempunyai nilai
kearuhan di antara beberapa mikro henry hingga beberapa mili
henry. Pearuh teras besi serbuk dan teras ferit biasanya digunakan
di dalam litar talaan radio.

2.6.2 Pearuh Bolehubah


Kearuhan bagi pearuh bolehubah akan bertambah apabila teras
digerakkan ke dalam belitan dan akan berkurangan apabila
digerakkan keluar belitan. Teras yang biasa digunakan ialah teras ferit
dan teras besi serbuk. Terdapat beberapa bentuk pearuh boleh ubah
iaitu di antaranya ialah pearuh yang menggunakan skru logam
(tembaga) bagi melaraskan kedudukan teras itu sendiri mempunyai
bebenang untuk pelarasan teras. Bagi pearuh boleh ubah berperisai, ia
dipasangkan pada papan litar bercetak. Kelebihannya ialah perisai
logam dapat mengelakkan komponen berhampiran daripada gangguan
yang dihasilkan oleh pearuh.
E1001 / UNIT 2/ 11
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)
.
2.7 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ARUHAN
Kekuatan arus teraruh (induced current) bergantung kepada ;

1) Bilangan lilitan (winding) dalam gelung.


2) Ketelapan bandingan (jenis teras).
3) Luas muka keratan rentas.
4) Arus yang mengalir
5) Panjang laluan fluks magnet.
6) Jumlah fluks.
7) Kekuatan magnet
8) Kecepatan magnet itu ditujah ke dalam gelung.
E1001 / UNIT 2/ 12
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

AKTIVITI 2b

• UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA.
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

2.5) Berikan takrif bagi pearuh.

2.6) Berikan 3 jenis pearuh tetap dan jelaskan kegunaannya.

2.7) Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi aruhan.


E1001 / UNIT 2/ 13
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

MAKLUMBALAS 2b

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan
dalam aktiviti 2c.

Jawapan :

2.5) Pearuh ditakrifkan sebagai komponen yang mempunyai sifat menentang sebarang
perubahan pengaliran arus.

2.6) 3 jenis pearuh tetap ialah;


i) Pearuh teras udara
Digunakan sebagai pencekik frekuensi radio bagi menghalang arus frekuensi
radio (frekuensi tinggi) daripada melalui laluan tertentu dalam litar.
ii) Pearuh teras besi
Digunakan sebagai penapis frekuensi rendah dalam litar bekalan kuasa. Ia juga
digunakan sebagai pencekik dalam litar lampu pendaflour.
iii) Pearuh teras besi serbuk dan teras ferit
Digunakan di dalam litar talaan radio.

2.7) 4 faktor yang mempengaruhi aruhan ialah;


i) Bilangan lilitan (winding) dalam gelung.
ii) Ketelapan bandingan (jenis teras).
iii) Luas muka keratan rentas.
iv) Arus yang mengalir
E1001 / UNIT 2/ 14
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

PEMUAT

2.8 TAKRIF PEMUAT


Satu pemuat mengandungi lapisan bahan penebat yang terapit di antara dua
plat logam. Medan elektrik di dalam pemuat mempunyai banyak kesamaan
dengan medan magnet. Nilai kemuatan pemuat ialah ukuran jumlah cas
elektrik yang boleh distor di dalam peranti. Kemuatan boleh dikira daripada
pengetahuan mengenai matra pemuat dan kebertelusan bahan penebat.
Pemuat menggunakan unit Farad (F).
Pemuat ialah komponen yang menyimpan cas elektrik. Pada asasnya,
pemuat terdiri daripada dua plat logam atau 2 pengalir yang selari dan
dipisahkan oleh penebat yang dipanggil dielektrik. Dielektrik ini boleh
terdiri daripada udara, kertas, mika, polister atau elektrolitik.

Logam

Dielektrik

Nilai kemuatan bergantung kepada nilai pemalar dielektrik, luas permukaan


plat dan jarak di antara kedua-dua plat.

C = A
D

Di mana,
C = Kemuatan
 = Pemalar dielektrik
A = Luas
d = Jarak kedua-dua plat
E1001 / UNIT 2/ 15
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

2.9 JENIS-JENIS PEMUAT


Pemuat boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pemuat tetap dan
pemuat boleh ubah.

2.9.1 Pemuat Tetap

Simbol bagi pemuat tetap

Pemuat tetap ialah pemuat yang mempunyai nilai kemuatan yang


tetap. Pemuat tetap terbahagi kepada dua jenis iaitu berkutub dan
tidak berkutub. Pemuat berkutub hanya sesuai untuk litar arus terus.
Kekutuban pemuat perlu disambung dengan betul bagi mengelakkan
pemuat daripada rosak atau meletup. Jenis-jenis bagi pemuat tetap
ialah pemuat udara, pemuat kertas, pemuat mika, pemuat seramik atau
pemuat elektrolitik.
Apabila memilih pemuat, faktor yang perlu diambil kira ialah nilai
kemuatan, had terima, voltan kerja dan bocoran.

1) Nilai kemuatan boleh dibaca dengan menggunakan kod bercetak


atau kod warna.

2) Had terima ialah nilai kelegaan bagi nilai sebenar sesuatu pemuat.
Pemuat biasanya mempunyai had terima sebanyak lebih kurang
10%.

3) Voltan kerja merupakan voltan AT dan voltan AU (puncak) yang


boleh dikenakan sebelum penebatan dielektrik pecah. Voltan
kerja biasanya ditandakan pada pemuat dengan huruf WV. (Jika
voltan kerja bagi sebuah pemuat dilampaui, maka penebatan
dielektrik akan pecah dan plat pemuat akan dilitarpintaskan.
Apabila menggunakan pemuat hendaklah pastikan bahawa voltan
kerja pemuat lebih tinggi daripada voltan maksimum di dalam
litar.

4) Bocoran ialah kehilangan cas yang sedikit yang sepatutnya tidak


berlaku dalam penebatan dielektrik pada pemuat.
E1001 / UNIT 2/ 16
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

2.9.2 Pemuat Boleh ubah

Simbol bagi pemuat boleh ubah

Pemuat boleh ubah mempunyai nilai kemuatan yang boleh diubah


mengikut keperluan litar. Kemuatan bagi sesebuah pemuat boleh ubah
boleh diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang
berkesan atau jarak antara plat.
Berikut merupakan contoh-contoh pemuat boleh ubah serta cara
mengubah kemuatannya:

a) Perapi atau Praset.


Bagi kemuatan perapi seramik, ia diubah dengan melaraskan aci
bagi mengubah luas permukaan di antara plat. Dielektrik yang
digunakan sebagai penebat ialah seramik yang diletakkan di
antara plat. Manakala, untuk pemuat perapi mika, kemuatannya
diubah dengan melaraskan skru bagi mengawal jarak di antara
plat. Plat pemuat dipisahkan oleh dielektrik mika. Kedua-dua
jenis pemuat ini dinamakan pemuat perapi kerana ia digunakan
bagi merapi litar (Pelarasan yang kecil) supaya mempunyai
jumlah kemuatan yang tepat. Kemuatan maksimum pemuat
perapi ialah 100pF.

b) Pemuat berputar
Kemuatan pemuat diubah dengan melaraskan aci bagi mengubah
luas permukaan berkesan di antara tindihan plat pegun dipisahkan
oleh dielektrik udara. Pemuat berputar yang lebih kecil biasanya
menggunakan dielektrik saput plastik nipis di antara plat. Nilai
maksimum untuk pemuat berputar ialah 500pF. Ia digunakan
dalam litar talaan radio.
E1001 / UNIT 2/ 17
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

2.10 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUATAN


Kemuatan adalah bergantung kepada :

1) Jarak antara plat.


Untuk menghasilkan satu nilai kemuatan yang lebih tinggi, ukuran jarak
di antara kedua-dua plat hendaklah diperbesarkan. Kemuatan di antara
plat berkadar songsang dengan jarak di antara keduanya.
1
C
S

2) Luas permukaan plat.


Kedua-dua permukaan plat hendaklah diperluaskan untuk mendapatkan
nilai kemuatan yang tinggi. Kemuatan di antara dua plat berkadar terus
dengan luasnya.
CA

3) Bahan dielektrik yang digunakan.


Kemuatan bergantung kepada bahan dielektrik yang digunakan iaitu
ketelusan di antara dua plat.

4) Ketebalan dielektrik.
E1001 / UNIT 2/ 18
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

AKTIVITI 2c

• UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA.
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

2.8) Lakarkan simbol bagi pemuat tetap dan pemuat boleh ubah.

2.9) Nyatakan 5 jenis bagi pemuat tetap.

2.10) Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi pemuat.


E1001 / UNIT 2/ 19
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

MAKLUMBALAS 2c

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan
dalam penilaian kendiri.

JAWAPAN :

2.8)

Simbol bagi pemuat tetap Simbol bagi pemuat boleh ubah

2.9) 5 jenis bagi pemuat tetap ialah ;


i) Pemuat udara
ii) Pemuat kertas
iii) Pemuat mika
iv) Pemuat seramik
v) Pemuat elektrolitik

2.10) 4 faktor yang mempengaruhi pemuat ialah ;


i) Jarak antara plat.
ii) Luas permukaan plat.
iii) Bahan dielektrik yang digunakan. (Ketelusan antara dua plat)
iv) Ketebalan dielektrik.
E1001 / UNIT 2/ 20
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!

SOALAN 2-1
Jelaskan mengapakah faktor-faktor berikut penting semasa pemilihan sesuatu perintang?
a) Kadar kuasa
b) Kestabilan

SOALAN 2-2
Jelaskan kegunaan bagi perintang-perintang boleh ubah berikut.
a) Perintang gelangsar
b) Reostat
c) Meter upaya

SOALAN 2-3
Satu perintang mempunyai jaluran warna berikut : jingga, biru, merah dan perak. Kirakan
julat sebenar nilai perintang tersebut.

SOALAN 2-4
Berikan takrif bagi pemuat dan lakarkan binaan sebuah pemuat.

SOALAN 2-5
Jelaskan cara mengubah kemuatan bagi komponen-komponen pemuat berikut.
a) Perapi atau praset
b) Pemuat berputar
E1001 / UNIT 2/ 21
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)
SOALAN 2-6
Jelaskan bagaimana faktor-faktor berikut boleh mempengaruhi kemuatan.
a) Jarak antara plat
b) Luas permukaan plat

SOALAN 2-7
Jelaskan kegunaan bagi pearuh tetap.

SOALAN 2-8
Nyatakan 4 jenis bagi pearuh tetap.
E1001 / UNIT 2/ 22
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ???


Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI

2-1 a) Kadar kuasa


Kadar kuasa ialah kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang tanpa
mengalami kerosakan. Jika kadar kuasa dilampaui, perintang akan rosak
disebabkan oleh haba yang berlebihan.
b) Kestabilan
Kestabilan ialah keupayaan sesuatu perintang untuk mengekalkan nilai rintangannya
walaupun suhu sekitar berubah dan umur perintang bertambah.

2-2) a) Perintang gelangsar


Digunakan pada litar yang tidak memerlukan perubahan rintangan yang kerap.
b) Reostat
Diguna untuk mengawal arus litar.
c) Meter upaya
Digunakan pada litar bercetak yang tidak memerlukan perubahan rintangan yang
kerap untuk mengawal voltan dan beza upaya seperti mengawal bunyi dan nada
radio.

2-3) Diberi :
Jalur pertama (Jingga) = 3
Jalur kedua (Biru) = 6
Jalur ketiga (Merah) = 100
Jalur had terima ialah perak iaitu  10%.
Oleh itu, had terima =  3600  0.1
=  360

Oleh itu, julat nilai rintangan = (3600 + 360) hingga (3600 - 360)
= 3960 (had atas) hingga 3240 (had bawah)
E1001 / UNIT 2/ 23
KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

2-4) Pemuat ditakrifkan sebagai komponen yang menyimpan cas elektrik. Binaan sebuah
pemuat adalah seperti berikut ;

Logam

Dielektrik

2-5) a) Perapi atau praset


• Bagi kemuatan perapi seramik, ia diubah dengan melaraskan aci bagi mengubah
luas permukaan di antara plat.
• Untuk pemuat perapi mika, kemuatannya diubah dengan melaraskan skru bagi
mengawal jarak di antara plat.

b) Pemuat berputar
Diubah dengan melaraskan aci bagi mengubah luas permukaan berkesan di antara
tindihan plat pegun dipisahkan oleh dielektrik udara.

2-6) a) Jarak antara plat


Apabila ukuran jarak di antara kedua-dua plat diperbesarkan, satu nilai kemuatan
yang lebih tinggi dapat dihasilkan.

b) Luas permukaan plat


Apabila kedua-dua permukaan plat diperluaskan, nilai kemuatan yang tinggi
diperolehi.

2-7) Pearuh tetap digunakan bagi litar yang memerlukan nilai kearuhan yang tidak berubah.

2-8) 4 jenis pearuh tetap ialah ;


a) Teras udara.
b) Teras besi.
c) Teras besi serbuk.
d) Teras ferit.

You might also like