You are on page 1of 22

assalamualaikum

Disediakan oleh :
Rasyidah Binti Yahya
Pengenalan
kepada
perintang
PENGENALAN
 Perintang ialah sejenis komponen pasif yang kerap
digunakan.
 Perintang tidak mempunyai polariti.
 Ia boleh didapati di dalam pelbagai bentuk dan saiz.
 Dua ciri utama perintang iaitu rintangan (R) dalam ohm dan
kadar kuasanya dalam watt.
KEGUNAAN PERINTANG
 Perintang digunakan untuk menghadkan arus dalam litar atau
untuk mendapatkan voltan susut merentasinya.
 Jika nilai rintangan tinggi, arus yang kecil dihadkan
melaluinya
 Jika rintangan rendah, arus yang besar boleh melaluinya.
 Dua kesan terjadi apabila arus melalui perintang
a. Haba dihasilkan
b. Voltan susut merentasinya
UNIT PERINTANG
• Unit rintangan ialah ohm.
• Satu ohm merupakan nilai pertentangan perintang kepada
aliran arus. Besar unit ohm, besarlah pertentangannya
kepada arus dan sebaliknya.
• Pecahan unit ohm adalah seperti berikut:
a. 1000Ω bersamaan dengan 1kΩ
b. 100000Ω bersamaan dengan 100kΩ
c. 1 000000Ω bersamaan dengan 1MΩ
d. 1.5 juta ohm bersamaan 1.5MΩ
JENIS PERINTANG
 Terdapat 2 jenis perintang iaitu:

1. Perintang tetap
 Perintang komposisi karbon
 Perintang wayar berlilit
 Perintang saput karbon
 Perintang saput logam
 Perintang saput simen
2. Perintang boleh ubah
- Reostat
- Meter upaya

3. Perintang boleh laras


- Preset
KOD WARNA PERINTANG
 Terdapat dua cara dalam mengenali nilai-nilai rintangan
pada satu-satu perintang iaitu:-
a. Sistem pengenalan “body-end-dot”
b. Sistem jalur warna.
a. Sistem pengenalan “Body-End-Dot”
 Sistem ini menggunakan 3 kod warna iaitu:-
- satu warna pada keseluruhan badan perintang
- warna kedua pada hujung badan perintang
- warna ketiga adalah sebagai titik (dot)
dibahagikan tengah badan perintang.
 Untuk mengetahui nilai rintangan ialah, warna pada badan
memberikan digit pertama, warna pada hujung badan
perintang memberikan digit kedua dan dot memberikan
bilangan kosong mengikut nombor pertama dan kedua. Fungsi
dot ini dipanggil pendarab/multiplier. Sila rujuk jadual kod
warna.

 Contoh
 warna-warna yang terdapat ialah kuning pada badan, merah
pada hujung badan dan coklat pada dot. Bacaannya ialah 420
ohm.
b. Sistem Jalur Warna

 Sistem jalur warna lazimnya digunakan pada masa sekarang.


 Ia mungkin menggunakan jalur 4 atau 5 warna.
 Dalam sistem ini warna adalah dalam bentuk jalur pada satu
hujung perintang.
 Bacaannya diambil dari hujung ke bahagian tengah.
 Pada hujung perintang memberikan digit pertama,jalur kedua
ialah digit kedua,jalur ketiga ialah pendarab dan jalur ke empat
ialah tolerance/had terima.
 Contoh:-

 Jika satu perintang mempunyai warna-warna merah,biru,hijau


dan emas.
- Nilainya ialah 26 X 100000, had terima 5%
• Tolerance

 Tolerance/had terima ialah nilai campur atau tolak sesuatu


nilai perintang yang boleh diterima.
 Jika perintang mempunyai nilai 3.5 10% maka dapatlah
dihuraikan sebagai 3.5 adalah nilai perintang yang dikehendaki
tetapi nilai yang akan diberikan oleh perintang ialah 3.5 + 0.35
dan 3.5 – 0.35.
 Dalam jadual emas ialah 5%, perak 10% dan tiada warna 20%.
 Cara Membaca Kod Warna Perintang
1. Kod warna berbentuk jalur pada badan perintang.

2. Kod warna dibaca dari kiri ke kanan


3. Jalur pertama adalah untuk digit pertama dan jalur kedua untuk
digit kedua. Jalur ketiga untuk pendarab iaitu memberi
bilangan angka sifir selepas digit kedua.
4. contoh bacaan :

Jalur 1 = 2 Jalur 1 = 2
Jalur 2 = 0 Jalur 2 = 2
Jalur 3 = 10⁴ Jalur 3 = 10⁴
Jalur 4 = ±10% Jalur 4 = ±5%
Nilai perintang = 20 x 10⁴ = 200000Ω Nilai perintang = 22 x 10⁴ = 200000Ω
= 200KΩ = 220KΩ
 Contoh 1:-

Jalur Warna Nilai

1 Merah 2
2 hitam 7
3 kuning 0
4 Perak 10%

- Nilai perintang di atas ialah 270 Ohm 10%.Oleh kerana itu


nilai perintang ini ialah di antara 270 Ohm + (10% dari 270
Ohm)dan- (10% dari 270 Ohm), atau di antara 270 + 27 Ohm
dan 270 – 27 Ohm.Nilai sebenarnya yang boleh digunakan ialah
di antara 243 dan 297 Ohm.
 Contoh 2:-

Jalur Warna Nilai


1 Kuning 4
2 Unggu 7
3 Merah 00
4 Emas 5%

- Nilai perintang di atas ialah 4700 Ohm lebih atau kurang


dari 5%. Nilainya ialah 4.7 KΩ
 Cara-cara untuk mengukur perintang dengan
menggunakan multimeter

 Setkan julat pemilih ke bahagian julat ohm.


 Pintaskan kedua-dua probe untuk membuat pelarasan sifar
bagi menentukan kedudukan jarum penunjuk pada pelarasan 0
ohm.
 Jangan menyentuh kaki perintang atau kedua-dua probe kerana
ianya aka menjejaskan ketepatan bacaan yang diperolehi.
 Bagi mendapatkan bacaan yang tepat, gunakan julat dimana
jarum penunjuk menunjukkan bacaan di kawasan tengah.
 Bacaan skala yang dibahagian atas sekali iaitu untuk bahagian
rintangan.
 Pastikan perintang yang hendak diukur tidak mengalami
kerosakkan seperti;

• Terbuka
- keadaan jarum penunjuk berada di keadaan asal iaitu infiniti
dan tidak bergerak. Ia disebabkan oleh pengaliran arus yang
berlebihan yang menyebabkan komponen perintang terputus
sambungan di dalamnya.

• Tinggi nilai
-keadaan di mana nilai yang diperolehi lebih besar daripada
biasa. Nilai yang diukur dengan multimeter tidak serupa
dengan nilai yang terdapat pada perintang tersebut.
SEKIAN
TERIMA
KASIH

You might also like