You are on page 1of 33

Cas Kuantiti dan Unit Elektrik

Struktur atom terdiri dari neutron, proton dan


elektron.
Proton bercas positif, elektron bercas
negatif dan neutron tidak bercas (neutral).
Atom yang mempunyai bilangan proton dan
elektron yang sama banyak dikenali sebagai
atom neutral atau stabil
Bilangan elektron yang lebih banyak pada suatu
atom akan bercas negatif. Bilangan yang kurang
elektron akan bercas positif.
Unit bagi cas elektrik ialah coulomb (C) dan
Struktur atom asas
Arus
Ialah kadar pergerakan cas melalui satu
titik pada masa tertentu.
Unit arus ialah Ampere (A). Simbol, I.
Satu ampere = satu coulomb cas elektrik.
Arus bergerak dari punca positif ke punca
negatif.
Elektron bergerak dari punca negatif ke punca
positif.
Voltan

Ialahsuatu bentuk tenaga keupayaan yang


membolehkan arus mengalir dalam litar.
Tenaga keupayaan diperoleh daripada sumber bekalan
seperti bateri atau penjana.
Tenaga keupayaan ini dikenali sebagai daya gerak
elektrik (dge).
Dge memberi tekanan berbentuk medan elektrik
hingga menyebabkan arus mengalir melalui beban
dalam suatu litar.
Tamatan yang mempunyai tekanan tinggi diberi simbol
+ manakala tamatan yang mempunyai tekanan
rendah diberi simbol -.
Susut voltan pada beban dipanggil beza upaya.
Simbol dge ialah VS dan simbol beza upaya ialah
V, unitnya volt.
Rintangan

Suatu kuantiti yang menghadkan


pengaliran arus elektrik.
Rintangan rendah arus mengalir tinggi,
rintangan tinggi arus yang mengalir
berkurangan atau sifar.
Sifat ini akan menentukan sama ada sesuatu
bahan bersifat pengalir atau penebat.
Pengalir yang baik mempunyai rintangan
rendah, penebat yang baik mempunyai
rintangan tinggi.
Simbol rintangan ialah R dan unitnya
Ohm, .
Tenaga
Ialah kemampuan untuk melakukan kerja
pada sesuatu masa.
Tenaga elektrik boleh mengendalikan sebuah
mesin elektrik.
Tenaga diukur dalam unit joule.
Satu joule = satu watt saat.
Simbol tenaga W, unit joule, J.
Kuasa
Ialah kadar melakukan kerja.
Simbol kuasa, P unit watt, W.
P = W/t dimana W adalah kerja yang
dilakukan dan t adalah masa.
ALAT PENGUKURAN KUANTITI ELEKTRIK

Kuantiti elektrik seperti rintangan, arus,


voltan, kuasa dan tenaga dapat diukur
menggunakan meter.
Terdapat dua kategori meter iaitu meter
analog dan meter berdigit.
Meter analog menggunakan prinsip
keelektromagnetan, meter berdigit
menggunakan litar bersepadu.
Paparan meter berdigit lebih mudah dan
tepat.
Jenis meter dan kaedah
penyambungan

Meter ampere, meter volt, meter ohm


dan meter galvano jenis analog masing-
masing mempunyai garis skala, jarum
penunjuk, julat, pangkalan, tombol dan
skru pelaras penunjuk.
Meter ampere

Digunakan untuk mengukur arus


elektrik.
Disambung bersiri dengan beban.
Skala sifar berada disebelah kiri panel.
Meter volt

Digunakan untuk mengukur


voltan.
Disambung selari dengan beban.
Skala sifar berada disebelah kiri
panel.
Meter ohm

Digunakan untuk mengukur rintangan.


Disambung selari dengan beban.
Skal sifar berada disebalah kanan panel

Meter galvano

Digunakan untuk menentukan


arah aliran arus beban
Disambung siri dengan beban.
Skala sifar berada ditengah-
tengah panel.
Meter watt

Digunakan untuk mengukur nilai kuasa.


Mempunyai dua jenis pangkalan iaitu
pangkalan arus yang disambung siri dan
pangkalan voltan yang disambung selari.
Pangkalan yang bertanda merupakan
pangkalan sepunya bagi pangkalan arus
dan voltan.
Bacaan dinyatakan dalam watt (W).
Meter tenaga

Digunakan untuk mengukur kuantiti


tenaga elektrik yang digunakan dalam
unit kilo-watt jam (kWj).
Meter tenaga yang terdapat di rumah
kediaman adalah untuk mengukur
kuantiti tenaga oleh pengguna di rumah
itu.
Meter pelbagai

Digunakan untuk mengukur pelbagai


kuantiti elektrik seperti arus, voltan dan
rintangan.
Cara penyambungan pada litar bergantung
kepada jenis kuantiti elektrik yang hendak
diukur.
Mempunyai beberapa tombol kawalan
untuk dilaraskan sebelum meter ini
digunakan.
Langkah-langkah yang perlu dipatuhi untuk
menjaga keselamatan dan jangka hayat meter
PERINTANG

Merupakan komponen yang menghadkan


pengaliran arus.
Empat perkara perlu dipertimbangkan untuk
memilih perintang.
Nilai perintang dibaca sama ada
menggunakan kod warna atau kod tercetak
pada badan perintang.
Had terima menunjukkan had minimum dan
had maksimum bagi perintang.
Kadar kuasa saiz perintang menunjukkan
kadar kuasa maksimum yang boleh diterima
oleh perintang.
Kestabilan perintang yang mempunyai
kestabilan yang tinggi dapat mengekalkan
rintangan dengan perubahan suhu dan jangka
hayat
Perintang terbahagi kepada dua jenis
iaitu perintang tetap dan perintang boleh
ubah
Perintang tetap nilai rintangannya tidak
boleh diubah-ubah.
Kod warna perintang sesuatu perintang
dapat ditentukan dengan mentafsirkan
warna jalur yang tercetak pada badannya.
Formula berikut digunakan
untukmenentukan nilai rintangan
perintang.

Nilai rintangan, R = (AB + C) D

Jalur A digit pertama


Jalur B digit kedua
Jalur C nilai pendarab
Jalur D had terima
Contoh
Merujuk kepada jadual di atas warna suatu perintang tetap
adalah seperti berikut.
Jalur A = Merah Jalur B = Ungu Jalur C = OrenJalur D =
Perak
R = (AB + C) D
= (27 x 1000) 10%

Nilai had terima = 27 000 x 10 % = 2700


Maka, Had terima bawah = 27 000 2700 = 24 300
Had terima atas = 27 000 + 2700 = 29 700
Kod tercetak mempunyai cetakan nilai
pada badannya
Abjad J R K M
Pendara 1 000
- 1 1 000
b 000
Had
5% - 10% 20%
terima
Contoh

4K7M R = 4.7 x 1000 = 4700 had terima


perintang = 20%
5K6J R = 5.6 x 1000 5% = 5600
5%
Nilai had terima = 5600 5% = 280
Maka Had terima bawah = 5600 - 280 =
5320
Had terima atas = 5600 + 280 = 5880
3R9M = 3.9 x 1 20% = 3.9 20%
Nilai had terima = 3.9 x 20% = 0.78
Maka,
Had terima bawah = 3.9 0.78 = 3.12
Had terima atas = 3.9 + 0.78 = 4.68
Perintang boleh ubah

Rheostat, meter upaya dan preset


mempunyai nilai rintangan yang boleh
diubah mengikut keperluan.
Termistor dan varistor pula adalah
peranti elektronik yang masing-masing
berubah nilai rintangannya mengikut
perubahan suhu dan voltan.

You might also like