You are on page 1of 45

ALAT – ALAT PENGUKUR

ELEKTRIK

Pendawaian Elektrik 3 Fasa


PENGENALAN
 Tujuan kertas tugas ini adalah bagi membantu pelatih
memahami dan mengenali jenis jenis alat pengukur
Elektrik yang digunakan untuk menguji kerosakan
elektrik dan litar elektrik.
 Alat pengukur yang biasa digunakan ialah
jangkaampiar, jangkavolt, jangkawatt dan jangkaohm
 Kesemuanya mempunyai rekabentuk binaan dengan
alat pengukur asas yang dinamakan jangkagalvano
yang bertindak mengikut kesan magnet dan
mempunyai arus yang rendah.
Pengenalan Data Peralatan Pengukur

 V Volt ( mV,V,KV… ) Voltage 

 A Ampere ( mA,A,KA… ) Current


 
 W Watt ( mW,kW,MW… ) Power
 
  Ohm ( m,K,M… ) Resistance

 Hz Hertz ( KHz,MHz… ) frequency


Jenis Arus
 Jenis bekalan hendaklah bersesuaian dengan alat
pengukur seperti symbol yang diberi :-
 ____ arus terus

~ arus ulangalik

  ~ arus terus dan arus ulangalik

  ~
~
~
arus
pengukuran pelbagai fasa
ulangalik satu fasa

  ~
~
~
arus
pengukuran pelbagai fasa
ulangalik tiga fasa
Jenis-jenis Simbol Alat Ukuran
Alat pengukur gelung bergerak

Alat pengukur besi bergerak

Alat pengukur hasilbahagi electrodynamic

Alat pengukur hasil bahagi yang terkandung


dalam electrodynamic

Alat pengukur gelung bergerak bersama


rectifier

Alat pengukur dengan didalamnya terbina pengukur


rectifier

Perintang pirau
!
Perhatikan arahan untuk penggunaan
JANGKA GALVANO GEGELUNG
BERGERAK
 Jangka galvano gegelung bergerak sebenarnya ialah
merupakan sebuah motor arus terus yang mana
angkirnya bergerak disekitar satu julat terhad.
 Alat ini digunakan untuk menunjukkan laluan arus
dalam satu litar arus terus dan ianya tidak
menunjukkan nilai nilai kuantiti tertentu.
 Bagi kendalian jangkagalvano gelung bergerak
terdapat satu bentuk silinder besi lembut yang
diletakkan bersimetri antara kutub kutub ( U dan S )
sebuah magnet kekal daripada keluli kobalt.
 Silinder ini dipegang oleh sebuah bar bukan magnet B.
 Ruang udara antara kutub kutub besar ini dapat
membenarkan pergerakan sudut bagi sebuah gegelung
segiempat tepat dawai kuprum halus yang disanggakan
pada dua alas permata supaya bergerak daripada ruang
itu mengikut arah lawan jam.
 Pengaliran arus elektrik yang bermula dari punca positif
alat itu kesatu spring rerambut halus melalui gegelung
bergerak dan keluar kepunca negatif melalui spring
tersebut yang berfungsi mengawal pergerakan gegelung.
 Apabila ia menerima arus elektrik maka terbentuk
medan magnetnya tersendiri dan bertyindak dengan
medan magnet kekal yang menyebabkan gegelung itu
bergerak , dimana terdapat sebatang jarum
penunjukyang sedia terlekat pada gegelung yang
bergerak disekitar satu skala bertanda.
Rajah Jangka Galvano Gelung Bergerak
JANGKA VOLT GEGELUNG BERGERAK
 Terdiri daripada satu elemen gegelung bergerak
sebagaimana yang diterangkan dalam nota jangka
galvano dengan satu rintangan yang mempunyai nilai
rintangan (ohm) yang besar dimana ianya disambung
secara sesiri.
 Perintang ini mempunyai pekali suhu yang boleh
diabaikan , diperbuat daripada sejenis bahan yang boleh
menghadkan arus kerja kepada beberapa miliampiar
(mA) yang diperlukan untuk pesongan skala penuh
apabila alat ini disambungkan kepada satu daya gerak
elektrik yang ditetapkan nilainya – contohnya 250 Volts.
Rajah Jangka Volt Gegelung Bergerak
L

V1 L1 V2 L2
Vj

Rajah sambungan jangkavolt dalam litar


Contoh Pengiraan
 Satu elemen gegelung bergerak dengan rintangan 5 ohm memberi
pesongan skal penuh bila disambungkan kepada daya gerak elektrik
150 V arus terus.
 Penyelesaian

Arus pesongan skala penuh (I) =V


R
= 0.075 = 0.015 A
5
bagi arus pada 150 Volts,
jumlah rintangan alat (Rt) = V = 150 = 10 000 
I 0.015
 
Dengan itu rintangan siri = 10 000 – 5 = 9995 
JANGKA AMPIAR GEGELUNG
BERGERAK
 Alat ini terdiri daripada satu elemen gegelung
bergerak yang disambung dalam bentuk
selari denagn satu bahan rintangan pirau
daripada jenis aloi dan seumpamanya.
 Jangkaampiar mesti disambungkan dalam
bentuk siri dengan litar yang hendak disukat
arusnya yang membawa arus penuh.
 Oleh kerana nilai arus dalam satu gegelung
bergerak sangat kecil, maka rintangan pirau
perlu disusun untu mengambil keseluruhan
arus minus pada arus elemen.
JANGKA AMPIAR GEGELUNG BERGERAK
Contoh Pengiraan
 Satu elemen gegelung bergerak yang mempunyai nilai
rintangan 5  dan memberi pesongan skala penuh dengan
bezaupaya 75 mV. Kirakan nilai rintangan pirau yang
membolehkan alat itu menunjukkan bacaan sehingga 60 A.
 Penyelesaian
Jumlah susutan voltan merentangi terminal = 0.075 volts 
Jumlah arus diberi = 60 A 
Maka jumlah rintangan = V = 0.075 = 0.001 25 
I 60 
Jumlah rintangan selari 1/RT = 1/5 + 1/ (nilai rintangan pirau )
 1/ (nilai rintangan pirau ) = 1/RT - 1/5 = 1 - 1 = 4000 - 1

0.001 25 5 5
maka nilai rintangan pirau = 5 3999
= 1.2503 m
JANGKAOHM
 Ia merupakan satu alat yang digunakan untuk menyukat
atau mengukur suatu bahan perintang diukur dalam
ukuran ohm.
 Jangkaohm mempunyai bateri untuk membekalkan daya
gerak elektrik melalui perintang yang akan disukat.
 Oleh yang demikian , adalah perlu mengelakkan adanya
arus yang mengalir pada perintang tersebut.
Kaedah Mengguna dan Membaca Jangka Ohm
 Pada jangka ohm ini terdapat satu suis pemilih dimana
kedudukan suis ini biasanya dilaraskan pada mana man
salah satu tanda X1, X10, X1k dan X10k.
 Apabila suis ini dilaraskan pada X1, maka kita akan
dapat bacaan yang sebenar pada skala tersebut.
 Apabila suis pemilih dilaraskan pada tanda X10, maka
bacaan pada skala hendaklah didarabkan dengan X10.
 Begitu juga sekiranya suis pemilih dilaraskan pada X10k,
bacaan pada skala hendaklah didarabkan pada 10,000.
 Sebelum kerja mengukur atau menyukat sesuatu bahan
perintang di lakukan, pastikan jarum penunjuk jangka
berada pada angka sifar.
 Ini boleh dilakukan dengan mencantumkan kedua dua hujung dawai
penguji.
 Kita akan melihat jarum penunjuk jangka berada pada satu bacaan
di skala.
 Pusingkan tombol pelaras sehingga jarum tersebut betul betul
menunjukkan pada angka sifar.
 Langkah langkah ini mestilah dilakukan setiap kali mengubah julat
atau mula menggunakan alat jangka ini.
 Apabila kita hendak palamkan dawai penguji pada alat jangka ini.
Pastikan hujung dawai penguji yang berwarna merah dimasukkan
ke terminal (+) dan hujung dawai penguji hitam N dimasukkan ke
terminal (-).
JANGKA KILOWATT JAM ( KWJ)
 Alat ini digunakan untuk mencatat tenaga yang
digunakan dalam pemasangan.
 Unit ukuran ialah kilowatt jam ( 1 kilowatt = 1000 watt).
 Beban 1 kilowatt bagi penggunaan dalam satu jam akan
menggerakkan bacaan skala sebanyak satu unit.
 Alat jangka ini disambung kepada bekalan sepertiman
yang ditunjukkan pada gambarajah. Ia mempunyai 2
gegelung lilitan iaitu satu daripadanya gegelung untuk
voltan dan satu lagi untuk arus.
 Gegelung arus disambung bersiri dengan beban
manakala gegelung voltan disambung merentasi
bekalan.
Gegelung
arus

Gegelung
voltan N

beban
fasa
Beban
bekalan

Rajah Jangka Kilowatt Jam ( kWj )


JANGKAPELBAGAI ( AVO)
/ MULTIMETER
 Jangkapelbagai juga dikenali sebagai jangka AVO
( ampere – voltan – ohm ).
 Kegunaan jangkapelbagai ( multimeter ) adalah untuk
menguji arus, voltan dan rintangan.
 Ujian arus terbahagi kepada ujian arus terus ( direct
current ) dan arus ulangalik (alternating current ).
 Setiap jenis ujian terbahagi kepada beberapa ruang kecil
( scale range ).
 Alat jangkapelbagai adalah sangat berguna untuk
menguji peralatanelektrik untuk menggunakan samaada
peralatan / perkakas elektrik tersebut boleh digunakan
atau sebaliknya.
BINAAN JANGKAPELBAGAI
 Bahagian yang terpenting bagi alat jangka pelbagai ini
ialah jangka arus terus gelung gerak ( moving coil dc
meter ).
 Terdapat keluli magnet kekal dengan kutub utara dan
kutub selatan.
 Kedudukan gelung gerak diletakkan menegak antara
dua kutub magnet.
 Bahagian atas dan bawahnya adalah tiang pusat
penahan supaya gelung bergerak dengan licin dengan
bantuan spring.
 Di tiang pusat juga terdapat jarum penunjuk yang
bergerak mengikut gegelung.
 Apabila arus melalui gelung gerak, ia akan menghasilkan
medan magnet yang bertindak dengan magnet kekal
dan menyebabkan gelung bergerak berpusing bersama
jarum penunjuk bagi menunjukkan nilai bacaan angka
sukatan.
 Apabila tiada arus melintasi gelung gerak spring akan
menolak jarum penunjuk ketempat bacaan sifar.
 Arus kepekaan jangka yang biasa digunakan untuk
jangka pelbagai adalah antara 20 A hingga 1 A.
Bentuk Serta Nama Nama Bahagian
Bahagian Jangka Pelbagai

a)      Pembetulan Bacaan Sifar


b)      Butang Suis Pemilih
c)      Punca Positif (+)
d)      Punca Common (-)
e)      Punca Keluaran ( Kondenser sesiri )
f)       Butang Pelaras Sifar Ohm
g)      Jarum Penunjuk
1000
250
DC
100
V
10

- +

Binaan Multimeter
 Sukatan Julat Bagi Rintangan

R x 1 0 – 2 k, nilai rintangan pusat 20 


R x 10 0 – 20k, nilai rintangan pusat 200 
R x 1k 0 – 20M, nilai rintangan pusat 20 k
R x 10k 0 – 20M, nilai rintangan pusat 200 k

 Sukatan Julat Bagi Voltan Arus Terus


   
0 – 0.1, voltan bacaan pusat 0.05 V
0 – 0.5, voltan bacaan pusat 0.25 V
0 – 2.5, voltan bacaan pusat 1.25 V
0 – 10, voltan bacaan pusat 5V
0 – 50, voltan bacaan pusat 25 V
0 – 250, voltan bacaan pusat 125 V
0 – 1000, voltan bacaan pusat 500 V
 Sukatan Julat Bagi Voltan Arus Ulangalik
0 – 10 V, voltan bacaan pusat 5 V
0 – 50 V, voltan bacaan pusat 25 V
0 – 250 V, voltan bacaan pusat 125 V
0 – 1000 V, voltan bacaan pusat 500 V

 Sukatan Julat Ampiar Arus Terus


50 A bagi sukatan 0 – 50 A.
2.5 A bagi sukatan 0 – 2.5 mA.
25 A bagi sukatan 0 – 25 mA.
250 A bagi sukatan 0 – 250 mA

 Sukatan Julat Desibel


0 – 22db menggunakan skil AC 10 V
14 – 36db menggunakan skil AC 50 V
28 – 50db menggunakan skil AC 250 V
34 – 56db menggunakan skil AC 500 V
40 – 62db menggunakan skil AC 1000 V
Cara Memeriksa Rintangan
 Dua pin pendek iaitu probe hitam disendal masuk kepunca
negatif ( -COM) dan probe merah (+).sebelum kerja
mengukur atau menyukat sesustu perintang , pastikan
jarum penunjuk jangka berada pada angka “0 volt” .
 Jika kedudukan jarum penunjuk tidak tepat, laraskan jarum
pada kedudukan “0volt”. Kaedah ini ditunjukkan pada
gambarajah dibawah.
 Setelah itu pintaskan kedua dua hujung probe dawai
penguji dan pastikan jarum itu berada pada bacaan sifar  (
0 ).
 Sekiranya perlu pusingkan tombol pelaras ( 0adjV)
sehingga jarum tersebut betul betul menunjukkan pada
angka sifar  ( 0 ).
 Langkah langkah ini mestilah dilakukan setiap kali
mengubah julat atau mula menggunakan alat jangka ini,
bagi tujuan mengukur rintangan.
Sukatan Julat Menguji Rintangan
 Sukatan julat terbahagi kepada empat skil.
 Bacaan rintangan panel sebelah kanan adalah lebih mudah
dibaca dan dapat bacaan yang lebih tepat.
Contoh :-
Bagi perintang yang kurang daripada 300  , boleh gunakan sukatan
rintangan 0 – 2k dengan julat R X 1.

Bagi perintang yang kurang daripada 5k  , boleh gunakan sukatan


rintangan 0 – 20k dengan julat R X 10.

Bagi perintang yang kurang daripada 500k  , boleh gunakan sukatan


rintangan 0 – 2M dengan julat R X 1k.

Bagi perintang yang kurang daripada 5M  , boleh gunakan sukatan


rintangan 0 – 2M dengan julat R X 10k.

Kalau perintang yang ingin diperiksa itu tidak diketahui nilai rintangannya
bolehlah gunakan julat yang tinggi sekali.
Cara Memeriksa Voltan Arus Terus
 Kaedah memeriksa sukatan voltan arus terus adalah sama
seperti membuat pemeriksaan rintangan, iaitu dengan mulakan
dengan memasukkan probe merah kepunca (+) yang juga
berwarna merah, sementara probe hitam masukkan kepunca
negatif (-).
 Sekiranya kesilapan memasukkan probe kepunca punca
tersebut dilakukan , kekutuban (polarity) voltan arus terus tidak
betul dan jarum penunjuk akan menunjukkan arah yang
berlawanan.
 Sekiranya kita hendak membuat pemeriksaan sesuatu litar yang
anggaran nilai voltan yang hendak diuji telah diketahui, maka
kita boleh laraskan butang suis pemilih kejulat yang lebih sesuai.
 Sekiranya bacaan voltannya tidak dapat dibaca dengan tepat,
laraskan semula suis pemilih kejulat yang lebih rendah lagi,
sehinggalah bacaan voltan dapat dibaca dengan lebih tepat,
begitulah sebaliknya.
Skala bacaan
Hitam

1000
DC 250
100
V 10

1000 - +
250
DC 100
V 10

- +
Ruang Sukatan Voltan Arus Terus
Cara Memeriksa Voltan Arus Ulang Alik
 Cara membuat sukatan voltan arus ulangalik adalah
sama seperti kaedah membuat sukatan voltan arus
terus.
 Bezanya jangka voltan arus ulangalik ini hanya terbahagi
kepada empat julat sahaja iaitu:-
0 – 10V                                               
0 – 50 V
0 – 250 V
0 – 1000 V
 Langkah langkah keselamatan pada alat jangka ini,
sekiranya kita tersilap melaraskan butang suis pemilih
pada kadar nilai voltan yang sesuai akan mengakibatkan
kerosakan pada alat jangka ini dan membahayakan
pengguna.
Plug
Susi Tutup dan
Buka

1000
250 A
100
10 C
V
- +
1000
250
100
AC
10 V

- +

Skala Bacaan Merah


Cara Memeriksa Arus Terus
 Kaedah memeriksa arus terus adalah berbeza dengan kaedah
memeriksa voltan arus terus atau voltan arus ulangalik.
 Semasa membuat pengukuran arus, pastikan suis pemilih
dilaraskan pada mana mana julat ampiar yang sesuai dan probe
ujian diletakkan sesiri dengan litar beban.
 Litar pula mestilah dalam keadaan tiada bekalan ( off).
 Julat bagi jangka ampiar terbahagi kepada :-
 a.                   50 A bagi sukatan 0 - 50 A
 b.                  2.5 mA bagi sukatan 0 - 2.5 mA
 c.                   25 mA bagi sukatan 0 - 25 mA
 d.                  250 mA bagi sukatan 0 - 250 mA

 Kesemua julat diatas mestilah dipastikan supaya sesuai kepada


nilai arus yang tertentu apabila kerja kerja memeriksa atau
menyukat arus dilakukan bagi mengelakkan kerosakan pada alat
jangka ini.
Putuskan
disini
1000
D 250
100
C 10
V
- +
CLIP-ON METER
 Clip-on meter adalah salah satu daripada pelbagai jenis
alat ukur yang biasa digunakan untuk menguji.
 Clip-on meter juga di panggil sebagai clamp meter atau
tong tester.
 Ia boleh digunakan untuk mengukur Arus(A), Voltan(V),
Rintangan(Ω), Frekuensi(Hz) dan Faktor Kuasa.
 Kebiasaannya ia digunakan untuk mengukur Arus(A).
 Clip-on meter terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
Analog
Digital

 Clip-on meter ini digerakkan dengan kuasa bateri (sel


kering).
 Diantara kelebihan penggunaan clip-on meter adalah
memudahkan kerja-kerja mengukur kerana satu
masalah dengan bacaan arus ialah bahawa litar itu
mestilah diputuskan bagi menyambungkan ammeter
bersiri.
 Clip-on meter adalah sesuai bagi keadaan ini oleh
kerana ia boleh mengukur arus pada pemasangan tanpa
membuat sambungan iaitu dengan klipkan saja di
sekeliling konduktor berkenaan dan fluks magnet akan
menunjukkan nilai arus yang mengalir di dalam litar.
 Oleh itu ia lebih cepat dan mudah bebanding dengan
penggunaan Jangka Ampiar.
clip-on meter jenis analog clip-on meter jenis digital
1. Klip
2. Picu klip
3. Suis pilihan
4. Papan Pemapar
5. Input kabel pengukur

Clamp On Meter
Cara untuk menggunakan clip-on meter adalah seperti
berikut:

Mengukur Arus

1. Periksa bateri
2. Laraskan suis pilihan kepada ~A untuk mengukur
arus.
3. Tentukan konduktor yang hendak diukur, tekan picu
klip. Kemudian masukkan konduktor dan tutup
semula klip(rajah 2). Jika clip-on meter tersebut
mempunyai suis pilihan untuk menetapkan julat.
Pilihan julat mestilah menurun iaitu bermula dari
julat tertinggi ke julat rendah hingga nilai ukuran
dapat dibaca dengan tepat.
4. Baca dan catatkan nilai bacaan dari papan pemapar.
5. Setelah kerja-kerja mengukur selesai, keluarkan
klip dari konduktor dan laraskan suis pilihan pada
kedudukan off.

rajah 2
Cara untuk menggunakan clip-on meter adalah
seperti berikut:
Mengukur Voltan dan Rintangan

1. Periksa bateri
2. Pasang kabel pengukur pada clip-on meter,
kabel hitam pada COM soket dan kabel
merah pada simbol V- Ω.
3. Laraskan suis pilihan kepada ~V atau ~ Ω.
4. Seandainya hendak mengukur voltan
Sambungkan kabel penguji hitam pada
polariti negatif (ground) manakala kabel
penguji merah disambungkan pada polariti
positif(voltan tinggi) pada litar yang hendak
diuji(rajah3). Jika hendak mengukur
rintangan, putuskan satu kaki perintang jika
ia masih di litar. Sambungkan kedua-dua
kabel penguji pada perintang tersebut(rajah
4).
5. Baca dan catatkan nilai bacaan dari papan
pemapar.
6. Setelah kerja-kerja mengukur selesai,
keluarkan klip dari konduktor dan laraskan
suis pilihan pada kedudukan off.
METER LUX

 Meter Lux atau Fotometer ialah sejenis alat yang


digunakan untuk menyukat nilai pencahayaan.
 Ianya digunakkan ditempat – tempat yang ingin
diketahui nilai pencahayaannya atau boleh juga
digunakan untuk menyukat kuasa lilin dari berbagai
bagi arah dan sumber cahaya.
 Kebanyakan fotometer menggunakan prinsip hukum
kuasa dua songsang.
 Dua jenis fotometer ialah :-

I. Fotometer pegun
II. Fotometer mudah alih
Fotometer Pegun
 Meter ini kebiasaannya dipasang di dalam bilik yang
gelap dan digunakan untuk menyukat nilai kuasa lilin
daripada sumber yang berlainan.
 Peralatan ini dibiarkan dan tidak boleh dialih alihkan.

Fotometer Mudah Alih


Meter ini dibuat dalam satu badan yang rapi tetapi ringan
dan mudah dialihkan.
 Ia digunakan untuk menyukat pencahayaan di rumah, di
pejabat dan di kilang perusahaan.
Binaan Fotometer Bentuk Fotometer

Binaan Fotometer Dan Bentuk Fotometer

You might also like