You are on page 1of 18

Alat Pengukuran Elektrik

KERTAS PENERANGAN -07.1


TAJUK : ALAT PENGUKUR ELEKTRIK

KURSUS :PENDAWAIAN SATU FASA

PENERANGAN :

Voltmeter
la mengukur beza upaya antara dua titik dalam suatu litar dan mesti disambungkan selari
dengan bekalan atau komponen berkenaan (Rajah 2.1 dan 2.2).
Ammeter
Ini mengukur arus dalam sesuatu litar atau dalam bahagian sesuatu litar dan mesti
disambungkan bersiri dengan litar yang berkenaan (Rajah 2.3). Kedua-dua alat adalah
dipesongkan oleh daya yang dikenakan antara arus yang membawa konduktor dan medan
magnet.
Gegelung bergerak
Dalam alat gegelung bergerak, segelung dawai diampaikan dalam suatu medan magnet;
apabila sesuatu arus mengalir dalam gegelung itu suatu daya dikenakan yang
menyebabkan ia berputar.

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

KERTAS PENERANGAN -07.1


TAJUK : ALAT PENGUKUR ELEKTRIK

KURSUS :PENDAWAIAN SATU FASA

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

Gegelung bergerak itu dihalang oleh sepasang pegas pilin dan jumlah
pesongan adalah bergantung kepada arus yang mengalir dalam gegelung (Rajah 2.4
2.6). la akan hanya dipesongkan oleh suatu arus terus. Kesan arus ulang-alik ialah untuk
menghasilkan suatu ayunan lebih daripada pesongan, supaya arus gegelung mesti
diperbetulkan bagi kegunaan dalam litar arus ulang-alik. Pada praktiknya, ia mungkin
didapati bahawa arus yang dikehendaki untuk memberi pesongan sepenuhnya adalah agak
kecil, secara tipikalnya ialah 20^A, dan untuk sebab ini satu perintang akan

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

KERTAS PENERANGAN -07.1


TAJUK : ALAT PENGUKUR ELEKTRIK

KURSUS :PENDAWAIAN SATU FASA

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

disambungkan kepada pergerakan meter yang akan menghadkan arus kepada nilai
yang dikehendaki. Sambungan perintang inilah akan menentukan penggunaan alat itu.
a.(iv) Ukuran voltan
Untuk ukuran voltan, pergerakan meter akan disambungkan bersiri dengan perintang yang
mempunyai nilai yang sangat tinggi (Rajah 2.7). Julat alat itu akan ditentukan oleh nilai
perintang ini, dan arus yang dikehendaki untuk memberi pesongan sepenuhnya adalah
sangat kecil, dengan itu memastikan bahawa voltmeter itu tidak melibatkan, kepada
sebarang darjah yang nyata, perjalanan litar tersebut apabila disambungkan.

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

KERTAS PENERANGAN -07.1


TAJUK : ALAT PENGUKUR ELEKTRIK

KURSUS :PENDAWAIAN SATU FASA

a.(v) Ukuran arus


Bagi ukuran arus ia biasanya perlu mempunyai suatu perintang, dikenali sebagai suatu
pirau (Rajah 2.8a dan 2.9), yang mempunyai nilai terendah disambungkan selari dengan
pergerakan meter untuk memesongkan kebanyakan arus di sekeliling gegelung. Oleh itu,
suatu arus 1 A pantulan sepenuhnya akan membentuk keadaan litar seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 2.8b. Dalam kedua-dua kes gegelung bergerak dilekatkan kepada
suatu penunjuk yang mencatatkan jumlah pesongan pada skala bersenggat (Rajah 2.10).

a.(vi) Alat besi bergerak


Selain daripada meter gegelung bergerak alat besi bergerak selalunya berguna dan pilihan
yang lebih tegap. Prinsipnya adalah ditunjukkan oleh tindakan fluks magnet di atas
sekeping besi lembut yang mana sebaliknya menyebabkan pengumpar (spindle) untuk
berputar (Rajah 2.11 2.13). Pergerakan itu dikawal oleh pegas pilin dan makanisma
meredam udara yang biasanya dipasang untuk mencegah pergerakan itu daripada berayun
ke sana sini sebelum berhenti pada satu titik pada skala itu. Alat besi bergerak mempunyai
kelebihan sebagai yang sesuai untuk ukuran arus ulang-alik dan arus terus kerana
kekutuban medan magnet bertukar dengan arus. Keburukan yang utama ialah tak
kelulurusan skalanya yang bermakna bahawa alat itu tidak mungkin mudah untuk dibaca
keseluruhan julatnya yang lengkap.

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

KERTAS PENERANGAN -07.1


TAJUK : ALAT PENGUKUR ELEKTRIK

KURSUS :PENDAWAIAN SATU FASA

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

(b) Ukuran kuasa


Dalam semua litar a.t. dan litar a.u yang tertentu adalah mungkin untuk menentukan kuasa
yang dibekalkan menggunakan voltmeter dan ammeter (Rajah 2.14) dan
mendarabkan bacaan, iaitu
K (watt) = V (volt) x 7 (ampere)
Fungsi ini boleh dilakukan oleh suatu alat yang memberi tanda kuasa secara langsung. la
adalah Dynamometer Wattmeter dan butir-butir binaannya boleh dilihat pada Rajah 2.15.
Alat tersebut mempunyai satu gegelung tetap, disambung sebagai suatu ammeter, untuk
menyediakan fluks magnet bagi gegelung bergerak yang kedua, yang disambungkan
sebagai suatu voltmeter (Rajah 2.16). Tindakbalas di antara kedua-dua itu akan
memberikan satu pesongan yang berkaitan kepada kuasa dalam watt, S| Pegas Pilin

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

KERTAS PENERANGAN -07.2


TAJUK : ALAT PENGUKUR ELEKTRIK

KURSUS :PENDAWAIAN SATU FASA

Seperti yang dapat dilihat daripada gambarajah (Rajah 2.17) arah pesongan gegelung
adalah sama tanpa mengendalikan arah arus dalam kedua-dua gegelung. Ini bermakna
bahawa alat itu adalah sesuai bagi kegunaan pada litar a.u. dan a.t.
Nota Kuasa boleh juga didapati oleh: P = V X I
(c) Ukuran tenaga
Meter kilowatt-jam (Rajah 2.18) adalah disambungkan seperti yang ditunjukkan pada Rajah
2.19 dan 2.20, dan mencatatkan jumlah tenaga yang digunakan dengan meningkatkan
skala sebanyak satu unit bagi setiap kilowatt-jam yang dibekalkan.
1 kWj = 3 600 000 J
Satu kilowatt-jam adalah digunakan apabila 1 Kw beban digunakan bagi 1 jam, atau 500
W beban bagi 2 jam, atau 3 kW beban bagi 20 minit dan sebagai.
Meter kWj mempunyai satu cakera yang berputar pada satu kelajuan yang berkadaran
secara langsung kepada kuasa yang dihantar. Selepas bilangan putaran diberi skala itu
akan meningkat kepada satu unit lagi. Satu perwakilan pihak berkuasa bekalan akan
membaca meter itu setiap suku (13 minggu) dan pengguna akan menerima suatu bil
berdasarkan kepada tenaga yang digunakan.
CONTOH
Bacaan

461 730 kWj

Bacaan dahulu

461 200 kWj

Unit yang digunakan

1 530 kWj

Bil akhir akan berdasarkan kepada angka ini.


CONTOH
Bayaran tiap-tiap tiga bulan yang ditetapkan
1530 unit pada 6 p/kWj

9.00
91.80
RM 100.80

(Tarif lain boleh didapati secara berurusan dengan pihak berkuasa bekalan tempatan).
http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

10

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

11

KERTAS PENERANGAN -07.3


TAJUK : ALAT PENGUKUR ELEKTRIK

KURSUS :PENDAWAIAN SATU FASA

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

12

(d) Ukuran rintangan


Ohmmeter ialah suatu alat yang berguna yang boleh digunakan untuk memeriksa
keterusan elektrik bagi komponen dan untuk mengukur rintangannya. Alat tersebut
membawa baterinya sendiri, dengan memberikan ia suatu bekalan kuasa bebas. Sebelum
mengambil bacaan ia mestilah ditentukan bahawa:
1 komponen yang rintangannya akan diukur tidak disambungkan secara selari dengan
komponen yang lain
2 tidak terdapat voltan atau arus yang sudahpun ada dalam litar
3 alat itu telah dipasang atas infiniti dengan penghujungnya diputuskan
4 alat itu telah dipasang atas 0 ohm dengan penghujungnya disambungkan bersama
Ukuran diambil dengan menyambungkan meter itu merentasi perintang yang tidak
diketahui. Adalah penting untuk memilih skala yang paling sesuai bagi rintangan dibawah
ujian.. Arus yang mengalir melalui rintangan yang tidak diketahui akan menyebabkan
penunjuk itu memesong, dan pesongan ini, apabila dikalikan dengan skala faktor, akan
memberikan rintangan sebenar yang diukur. Ohmmeter dengan julat rintangan yang tinggi
adalah digunakan untuk mengukur rintangan penebatan litar. Skala pada meter ini
tertentukur dalam Megohm, (M Q ). Bagi memastikan bahawa penebatan itu diuji di bawah
keadaan tegasan suatu voltan dua kali ganda voltan bekalan, hingga ke maksimum 500V
arus terus, adalah digunakan. Meter yang direkabentuk bagi ujian ini biasanya bekerja di
atas voltan yang maksimum. Bekalan untuk ujian didapati sama ada melalui penjara engkol
tangan atau litar elektrik yang dikuasakan daripada bateri-bateri kecil.
(e) Ukuran faktor kuasa
Seperti yang telah disebutkan, kuasa dalam setengah-setengah litar arus ulang alik tidak
boleh didapati dengan mengkalikan arus dan voltan. Ini hanya akan memberikan 'kuasa
ketara' atau volt ampere. Kuasa sebenar hanya diberikan oleh wattmeter. Nisbah kuasa
kepada volt ampere dikenali sebagai faktor kuasa, yang diberikan oleh simbol kos 0 (Rajah
2.27). Ukuran faktor kuasa adalah penting kepada jurutera bekalan kuasa dan kepada
pengguna-pengguna kuasa yang besar. la melibatkan ukuran serta-rnerta arus dan voltan
clan untuk sebab ini, ia mesti disambungkan selari bagi ukuran voltan dan siri ini adalah
popular bagi kegunaan mudah alih (Rajah 2.29).

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

13

KERTAS PENERANGAN -07.3


TAJUK : ALAT PENGUKUR ELEKTRIK

KURSUS :PENDAWAIAN SATU FASA

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

14

e. (i) Bacaan tak langsung


Satu masalah dengan bacaan arus ialah bahawa litar itu mestilah diputuskan bagi
menyambungkan ammeter bersiri. Ini akan menjadi lebih rumit lagi apabila konduktorkonduktor besar yang membawa arus berat terlibat. Ammeter tong (Rajah 3.30) adalah
sesuai bagi keadaan ini oleh kerana ia diklipkan saja di sekeliling konduktor berkenaan dan
fluks magnet melakukan yang lain.
Suatu susunan yang tetap boleh melibatkan penggunaan transformer arus (Rajah
2.31 dan 2.32), suatu alat yang 'melangkah turun' arus kepada aras yang lebih selaras
dengan ammeter konvensional. Di mana voltan tinggi terlibat, transformer voltan boleh
digunakan untuk tujuan 'langkah turun', dengan demikian membolehkan ukuran dibuat
dalam keselamatan yang relatif kerana tidak terdapat sambungan langsung dengan
bekalan (Rajah 2.33).
Untuk ukuran kuasa dan tenaga ke atas voltan tinggi arus pemasangan dan
transformer voltan boleh digunakan (Rajah 2.34). Dalam semua hal, kedua-dua ammeter
dan voltmeter
mestilah ditentukur dan disepadankan dengan transformer masing-masing.
NOTA: Suatu arus transformer mestilah jangan sekali-kali dibiarkan dalam litar terbuka.
Sebelum mengubah ammeter itu satu dawai penyambung hendaklah disambungkan
merentasi terminal itu.

e.(ii) Alat berbilang julat


Pelajar mungkin lebih biasa dengan alat berbilang julat yang boleh digunakan untuk
mengukur arus dan voltan beberapa julat dan kedua-dua bekalan a.u. dan a.t. Selain
daripada ini, kebanyakan alat berbilang julat mempunyai beberapa julat rintangan dan
bekalan dalam yang perlu bagi pengendaliannya. Paparannya mungkin analog atau berdigit
(Rajah 2.36).

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

15

KERTAS PENERANGAN -07.3


TAJUK : ALAT PENGUKUR ELEKTRIK

KURSUS :PENDAWAIAN SATU FASA

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

16

Raj. 2.30 Ammeter jenis Tong

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

17

KERTAS PENERANGAN -07.4


TAJUK : ALAT PENGUKUR ELEKTRIK

KURSUS :PENDAWAIAN SATU FASA

http://abmutara.com

Alat Pengukuran Elektrik

18

Raj. 2.32

http://abmutara.com

You might also like