You are on page 1of 13

BAB 4

DAPATAN DAN ANALISA

3.1 Pengenalan

Di dalam proses menghasilkan rekabentuk sistem kawalan pam menggunakan


softstater ini, terdapat beberapa analisis yang dilakukan oleh pengkaji bagi memastikan
projek yang dihasilkan dapat memenuhi objektif dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
Analisis yang dilakukan ialah analisis litar.

3.2 Analisis Litar

Pembangunan projek sistem kawalan pam menggunakan softstater ini


melibatkan dua jenis litar iaitu litar yang dikendali oleh bekalan arus ulang-alik dan litar
yang dikendali oleh bekalan arus terus. Bagi bekalan arus terus, litar yang telah dibina
terdiri dari litar pengesan paras air dan litar bekalan kuasa manakala bagi bekalan arus
ulang-alik, litar yang telah dibina ialah litar kawalan. Analisis litar yang dilakukan
bertujuan untuk melihat kefungsian litar yang telah dibina dan bagaimana ia beroperasi.
Perkara-perkara yang telah dianalisis ke atas kedua-dua litar ini seperti dalam Jadual 4.1.

24
Jadual 3.1: Analisis yang dilakukan ke atas litar
Litar Kendalian Bekalan Arus Ulang-Alik Litar Kendalian Bekalan Arus Terus

i) Voltan Masukan i) Voltan Masukan

ii) Voltan Keluaran ii) Voltan Keluaran

iii) Arus Kendalian iii) Pengujian Kekutuban

iv) Pengujian Kekutuban iv) Pengujian Keterusan

v) Pengujian Keterusan

3.2.1 Analisis Voltan Masukan Arus Ulang-Alik

Analisis voltan masukan dilakukan dengan menggunakan meter voltan. Penggunaan


meter voltan membolehkan pengujian bekalan kuasa sama ada bekalan arus terus atau
ulang-alik boleh dijalankan. Pengukuran nilai bekalan kuasa bagi semua litar yang
terlibat di dalam projek ini adalah amat penting. Hal ini kerana suatu sistem yang baik
adalah bercirikan kestabilan dan kebolehfungsian yang tinggi. Oleh itu, untuk mencapai
tahap ini, pengkaji perlu memastikan litar yang telah dibina mencapai tahap boleh
berfungsi seperti yang dikehendaki dan stabil apabila berkendali. Di dalam projek ini,
setiap litar menggunakan nilai voltan yang berbeza. Oleh itu, julat pelarasan untuk
pengukuran bagi voltan masukan juga adalah berbeza. Berikut dinyatakan analisis
voltan masukan yang telah dijalankan.

Jadual 3.2: Voltan masukan arus ulang-alik


Fasa dengan Fasa Bacaan Voltan
Fasa Merah (R) dengan Kuning (Y) 411 Volt
Fasa Kuning (Y) dengan Biru (B) 414 Volt
Fasa Biru (B) dengan Merah (M) 415 Volt

25
Pembangunan projek sistem kawalan pam menggunakan softstater melibatkan
penggunaan komponen elektrik dan elektronik. Merujuk kepada litar yang telah dibina,
terdapat beberapa komponen elektronik iaitu litar bersepadu (IC), transistor, diod,
perintang, diod pemancar cahaya (LED) dan geganti. Oleh itu apabila proses analisis
dijalankan ke atas litar yang melibatkan komponen-komponen seperti yang dinyatakan,
maka proses perlu dilakukan mengikut prosedur yang betul. Bagi menjalankan analisis
voltan masukan ini, penggunaan peralatan pengujian hendaklah betul. Setelah
dipastikan betul, julat voltan ujian ditentukan bersesuaian dengan kadaran voltan yang
hendak diuji. Seterusnya, letakkan prob penguji ke terminal kaki komponen yang hendak
diuji. Bacaan nilai voltan yang diukur dapat dilihat pada alat penguji. Rajah 3.1
menunjukkan bacaan nilai voltan masukan pada meter voltan.

Rajah 3.1: Paparan voltan masukan yang diukur pada meter volt

Litar pengesan merupakan litar yang dibina untuk mengesan paras air dalam
tangki. Litar ini dibangun menggunakan komponen-komponen elektronik seperti
bersepadu (IC), transistor, diod, perintang, diod pemancar cahaya (LED) dan geganti.
Litar ini menggunakan voltan bekalan sebanyak 12V untuk berkendali di mana ia
menerima bekalan dari unit bekalan kuasa arus terus. Jadual bacaan voltan pada
pengesan paras air seperti dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.3: Voltan masukan pada pengesan


Voltan Masukan Pada Pengesan Bacaan Voltan
Pengesan No.1 12.2 Volt
Pengesan No.2 11.8 Volt

26
Bagi menganalisis nilai voltan masukan, maka pengkaji telah menjalankan
pengukuran menggunakan meter voltan. Meter voltan ini dilaras ke julat maksima
sebanyak 50V. Seterusnya prob penguji diletakkan pada terminal voltan bekalan dan
meter akan menunjukkan nilai bacaan voltan bekalan litar tersebut. Gambarajah bacaan
nilai voltan litar dapat dilihat pada Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Paparan voltan masukan yang diukur pada meter voltan

Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan ke atas kedua-dua iaitu litar bekalan
kuasa dan litar pengesan paras air, maka dapatlah dinyatakan bahawa komponen-
komponen yang disambung di dalam litar menggunakan nilai voltan yang mencukupi
untuk menghidupkan litar. Meskipun terdapat susutan nilai voltan dari paras yang
sepatutnya disebabkan faktor-faktor tertentu, namun litar masih berfungsi dengan baik.
Setelah dijalankan analisis voltan masukan pada litar arus terus, pengkaji
seterusnya menjalankan analisis voltan masukan pada litar arus ulang-alik. Komponen
elektrik yang menerima bekalan arus ulang-alik perlu dianalisis bertujuan untuk
memastikan komponen tersebut tidak rosak dan selamat digunakan. Komponen elektrik
yang dilakukan pengujian seperti dalam Rajah 3.4. Proses analisis masih lagi
menggunakan alat pengujian yang sama iaitu meter voltan. Hasil dapatan dari analisis
yang direkod dan perbandingan yang dibuat merujuk kepada spesifikasi pembuat
komponen tersebut.

27
Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan ke atas komponen-komponen yang
menerima bekalan arus ulang-alik mendapati semua komponen ini menggunakan nilai
voltan yang mencukupi untuk berfungsi. Jadual 3.4 menunjukkan hasil dapatan dari
analisis voltan masukan bagi komponen-komponen elektrik.

Jadual 3.4: Voltan masukan pada komponen elektrik

Komponen Kaedah Voltan

Pemutus litar utama Spesifikasi pembuat 415V

Meter Voltan 415V

Pemutus litar bocor ke bumi Spesifikasi pembuat 415V

Meter Voltan 415V

Geganti kawalan Spesifikasi pembuat 415V

Meter Voltan 415V

Penyentuh Spesifikasi pembuat 415V

Meter Voltan 415V

Lampu pandu Spesifikasi pembuat 415V

Meter Voltan 415V

Geganti beban lampau Spesifikasi pembuat 415V

Meter Voltan 415V

Oleh itu, hasil dari analisa voltan masukan yang dijalankan ke atas komponen
elektrik dan elektronik, mendapati semua komponen yang telah dipasang boleh
digunakan. Dari aspek voltan kendalian, terdapat sesetengah komponen yang berkendali
mengikut voltan bekalan sebenar manakala sesetengah komponen yang lain boleh
berkendali pada nilai voltan melebihi dari kadaran yang ditetapkan

28
3.2.2 Analisis Voltan Keluaran

Analisis voltan keluaran dilakukan pada bahagian keluaran litar dengan menggunakan
meter voltan. Analisis ini amat penting dijalankan kerana, perbandingan voltan bekalan
dapat dibuat pada kedua-dua bahagian iaitu pada bahagian masuk dan keluar. Seterusnya
melalui hasil dapatan yang diperolehi, maklumat ini dibandingkan dengan teori untuk
mengetahui nilai sebenar. Proses analisis ini adalah sama dengan proses yang dijalankan
untuk mengukur voltan masukan cuma perbezaannya adalah pengukuran dibuat pada
bahagian keluaran litar. Rajah 3.5 menunjukkan nilai voltan keluaran yang telah diukur
pada bahagian keluaran litar.

Rajah 3.5: Voltan keluaran yang diukur menggunakan meter voltan

Merujuk kepada analisis bagi kedua-dua litar maka hasil dapatan analisis voltan pada
komponen dalam litar dinyatakan dalam Jadual 3.5.

Jadual 3.5: Voltan keluaran pada komponen elektrik


Ujian Pengukuran Voltan Keluaran Bacaan Voltan (V)
Fasa Merah (R) dengan fasa Kuning (Y) 411 Volt
Fasa Kuning (Y) dengan Fasa Biru (B) 415 Volt
Fasa Biru (B) dengan Fasa Merah (M) 413 Volt
Fasa Biru (B) dengan Neutral (N) 240 Volt
Fasa Merah (R) dengan Neutral (N) 240 Volt
Fasa Kuning (K) dengan Neutral (N) 240 Volt

29
Oleh itu, hasil dari analisis voltan keluaran yang dijalankan ke atas kedua-dua litar iaitu
litar bekalan kuasa dan litar pengesan mendapati semua komponen yang telah dipasan
boleh digunakan. Dari aspek voltan keluaran, terdapat sesetengah komponen yang
mengeluarkan voltan kurang dari nilai voltan bekalan sebenar. Perkara ini disebabkan
berlakunya kehilangan kuasa dalam litar.

Setelah dijalankan analisis voltan keluaran pada litar arus terus, pengkaji
seterusnya menjalankan analisis yang sama pada litar arus ulang-alik. Komponen
elektrik yang menerima bekalan arus ulang-alik perlu dianalisis bertujuan untuk
memastikan komponen tersebut tidak rosak dan selamat digunakan. Pengujian ke atas
komponen elektrik yang digunakan masih lagi menggunakan alat pengujian yang sama
iaitu meter voltan. Hasil dapatan dari analisis yang dibuat seterusnya direkod dan
perbandingan.

Oleh itu, hasil dari analisis voltan keluaran yang dijalankan ke atas komponen
elektrik dan elektronik, mendapati semua komponen yang telah disediakan boleh
digunakan. Dari aspek voltan kendalian, terdapat sesetengah komponen yang
mengeluarkan voltan kurang dari nilai voltan bekalan sebenar manakala sesetengah
komponen yang lain mengeluarkan voltan menyamai nilai voltan bekalan masukan.

3.2.3 Analisis Isyarat Keluaran

Pembangunan projek sistem kawalan pam menggunakan softstater melibatkan


penggunaan pengesan yang dibina menggunakan komponen elektronik. Merujuk kepada
litar yang telah dibina, kesemua komponen elektronik di dalam litar berfungsi untuk
mengeluarkan isyarat keluaran setelah menerima isyarat masukan dari medium yang
dikesan. Analisis isyarat keluaran hanya dilakukan ke atas komponen elektronik sahaja
iaitu geganti. Analisa ini dilakukan dengan menggunakan meter rintangan (ohm) di

30
mana probe alat penguji ini diselarikan ke geganti litar tersebut. Pada bahagian pengesan
isyarat, pengesan yang terdiri daripada elektrod dikenakan dengan air dari paras yang
berbeza.
Air merupakan medium pengalir arus yang baik akan menyambungkan
pengaliran arus di antara elektrod dengan elektrod. Litar seterusnya akan berfungsi
untuk mengeluarkan isyarat ke bahagian geganti keluaran. Apabila voltan masukan
sebanyak 12V diberikan, maka geganti akan bertenaga untuk menutup sesentuh dari
lazim terbuka kepada lazim tertutup. Pada keadaan yang lain, apabila berlaku kenaikan
atau penurunan paras air, maka air akan menjauhi elektrod. Litar tidak berfungsi
sepenuhnya menyebabkan isyarat tidak dikeluarkan oleh litar. Pada ketika ini tiada
sebarang nilai voltan (0V) dibekalkan ke geganti. Oleh itu, melalui analisa isyarat
keluaran mendapati, litar pengesan berfungsi dengan baik dan boleh bertindakbalas
dengan air untuk mengeluarkan isyarat keluaran pada bahagian geganti.

3.2.4 Analisis Operasi Sistem

Analisis operasi sistem dilakukan bagi memahami bagaimana sistem beroperasi dan
perkara-perkara yang terlibat. Di dalam analisis ini, setiap bahagian masukan softstater
dan bahagian keluaran softstater dipastikan betul penyambungannya. Bagi memastikan
hasil analisis yang dilakukan adalah betul dan tepat, penilaian parameter kedua-dua
bahagian telah dilakukan bagi mendapat pengesahannya.

Jadual 3.6: Analisa operasi sistem yang telah dijalankan


Tindakan Pengendali Jenis Peranti Proses Berlaku

Menekan punat tekan hidup pam no. 1 Punat tekan hidup pam no.1 Pam no.1 berputar

Menekan punat tekan hidup pam no. 2 Punat tekan hidup pam no.2 Pam no.2 berputar

Menekan punat tekan henti pam no. 1 Punat tekan henti pam no.1 Pam no.1 berhenti

Menekan punat tekan henti pam no. 2 Punat tekan henti pam no.2 Pam no.2 berhenti

Menekan punat tekan set semula Punat tekan set semula Lampu amaran dipadamkan.

31
Menekan punat tekan uji lampu pandu Punat tekan uji lampu pandu Semua lampu menyala.

Memilih suis kendalian automatik Suis pemilih automatik Sistem akan beroperasi secara
automatik selepas punat tekan
hidup pam ditekan.

Memilih suis kendalian manual Suis pemilih manual Sistem akan beroperasi secara
manual selepas punat tekan
hidup pam ditekan.

3.3 Analisis Rintangan Penebatan, Keterusan dan Kekutuban

3.3.1 Pengujian Kabel

Tujuan utama pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemasangan elektrik


adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangan telah terlaksana mengikut
peraturan IEE, JKR dan TNB dan litar berfungsi dengan betul serta selamat digunakan.
Dalam kerja pemasangan ini terdapat 3 jenis pengujian telah dilakukan setelah kerja-
kerja penamatan kabel siap dilakukan iaitu :-
i. Pengujian rintangan penebatan
ii. Pengujian keterusan
iii. Pengujian kekutuban

3.3.2 Ujian Rintangan Penebatan

• Memastikan tiada kebocoran arus di antara pengalir–pengalir bertebat


• Memastikan tidak berlaku kebocoran arus ke bumi
• Kebocoran pada mana-mana bahagian logam akan menyebabkan
terdapatnya arus elektrik pada bahagian logam tersebut dan
membahayakan pengguna.

32
• Rintangan penebatan antara konduktor hidup dan konduktor hidup
dengan bumi hendaklah diukur sebelum pemasangan disambung kepada
bekalan.

3.3.3 Fasa Dengan Bumi

Sebelum ujian rintangan penebatan kabel dijalankan pada kedua-dua


hujung kabel hendaklah dibuka. Kabel bekalan yang menggunakan satu fasa ia
hendaklah menggunakan Insulation Tester 500 volt berjenama Kyoritsu.
Manakala bekalan tiga fasa menggunakan Insulation Tester 1000 volt juga
berjenama Kyoritsu.

Ujian yang dilakukan adalah antara:


• Fasa Merah (R) dengan Bumi (E)
• Fasa Kuning (Y) dengan Bumi (E)
• Fasa Biru (B) dengan Biru (E)
• Fasa Neutral (N) dengan Bumi (E)

Hasil pengujian rintangan penebatan di antara pengalir fasa dan bumi, fasa dan
neutral.

Jadual 3.7: Bacaan ujian rintangan penebatan kabel


Ujian Rintangan Penebatan Bacaan MΩ
Fasa Merah (R) dengan fasa Kuning (E) 150
Fasa Kuning (Y) dengan Fasa Biru (E) 100
Fasa Biru (B) dengan Fasa Merah (E) 150
Fasa Biru (B) dengan Neutral (N) 80
Fasa Merah (R) dengan Neutral (N) 80
Fasa Kuning (K) dengan Neutral (N) 80

33
Fasa dengan Fasa

Untuk ujian antara fasa dengan fasa, pengujian adalah seperti berikut,
• Fasa Merah (R) dengan fasa Kuning (Y)
• Fasa Merah (R) dengan fasa Biru (B)
• Fasa Biru (B) dengan fasa Kuning (Y)
• Fasa Neutral (N) dengan tiap-tiap fasa (R,Y,B)

Hasil pengujian rintangan penebatan di antara pengalir fasa dan fasa, fasa dan
neutral.

Jadual 3.8: Bacaan ujian rintangan penebatan kabel


Ujian Rintangan Penebatan Bacaan MΩ
Fasa Merah (R) dengan fasa Kuning (Y) 150
Fasa Kuning (Y) dengan Fasa Biru (B) 100
Fasa Biru (B) dengan Fasa Merah (M) 150
Fasa Biru (B) dengan Neutral (N) 110
Fasa Merah (R) dengan Neutral (N) 80
Fasa Kuning (K) dengan Neutral (N) 80

3.4 Ujian Keterusan

Tujuan ujian keterusan dilakukan untuk memastikan hujung ke hujung kabel


mempunyai keterusan atau ada sambungan. Sebelum ujian keterusan untuk kabel
dijalankan, pengalir fasa Merah, Kuning, Biru dan neutral di bahagian hujung kabel
mestilah dilitar pintaskan bersama-sama. Ujian keterusan dilakukan antara,
• Fasa Merah (R) dengan Fasa Kuning (Y)
• Fasa Kuning (Y) dengan Fasa Biru (B)
• Fasa Merah (R) dengan Fasa Neutral (N)
• Fasa Biru (B) dengan Fasa Neutral (N)

34
Hasil pengujian rintangan di antara pengalir fasa dan fasa, fasa dan neutral.

Jadual 3.9: Bacaan ujian rintangan penebatan kabel


Ujian Rintangan Pengalir Bacaan Ω
Fasa Merah (R) dengan fasa Kuning (Y) 0.5
Fasa Kuning (Y) dengan Fasa Biru (B) 0.5
Fasa Biru (B) dengan Fasa Merah (M) 0.5
Fasa Biru (B) dengan Neutral (N) 0.4
Fasa Merah (R) dengan Neutral (N) 0.6
Fasa Kuning (K) dengan Neutral (N) 0.6

3.5 Tamatan Kabel

Setelah kerja pemasangan kabel siap dilakukan pada panel kawalan pam, tamatan
ini perlu dilakukan sebelum bekalan elektrik diberikan. Kerja-kerja pemasangan cable
gland hendaklah dilakukan pada peringkat pertama diikuti, cable lug dipasang pada
tamatan pada terminal R(red), Y(yellow), B(blue) dan N(neutral). Pemasangan cable lug
pada 1600 A TPN MCCB hendaklah kemas dan ketat.

Analisa keterusan dan kekutuban melibatkan semua komponen yang telah


dipasang mesti berada pada tempat yang betul dan mempunyai keterusan. Bagi
memastikan perkara ini telah dipatuhi, maka pemeriksaan ke atas setiap komponen yang
dipasang dilakukan. Komponen-komponen yang telah dipasang di dalam litar mesti
dirujuk kepada gambarajah skematik yang sah. Secara teorinya, litar skematik yang telah
siap perlu dianalisis dari segi pergerakan arusnya dan reaksi yang berlaku pada bahagian
beban perlulah diketahui. Setelah berbuat perkara ini, barulah pemeriksaan keterusan
dan kekutuban dilakukan ke atas litar yang dibina. Jadual 3.5 menunjukkan hasil dapatan
dari analisa yang dilakukan ke atas setiap komponen.

35
Jadual 4.0: Analisa Keterusan dan Kekutuban
Litar kawalan (bekalan kuasa arus ulang-alik)

Bil Komponen Keterusan Kekutuban

1 Pemutus litar utama Bersambung Betul

2 Pemutus litar bocor ke bumi Bersambung Betul

3 Geganti kawalan Bersambung Betul

4 Penyentuh Bersambung Betul

5 Lampu pandu Bersambung Betul

6 Geganti beban lampau Bersambung Betul

Oleh itu, hasil dari analisis kekutuban dan keterusan ke atas komponen
elektronik dan elektrik, mendapati semua komponen yang telah disediakan telah
dipasang pada tempat yang sepatutnya dan komponen-komponen ini juga mempunyai
keterusan sambungan berdasarkan kepada litar skematik yang telah disahkan. Setiap
analisis memberikan keputusan yang baik di mana komponen boleh berfungsi dengan
baik.

36

You might also like