You are on page 1of 8

Reka Bentuk

Elektrik

By: Cottagebunny Notes


@nurzxhirah
Elemen ➝ sumber
➝ medium
sistem
➝ beban
elektrik ➝ kawalan

➝ sumber
berpunca daripada jana kuasa, bateri, solar
dan sebagainya.
i) tenaga boleh diperbaharui
- boleh digunakan semula
- kekal selama-lamanya
ii) tenaga tidak boleh diperbaharui
- akan habis
- tidak dapat dikitar semula

➝ medium
perantara antara sumber dengan beban.
i) medium berwayar
ii) medium tanpa wayar

Cottagebunny Notes
➝ beban
sebarang peralatan elektrik yang
disambungkan pada litar elektrik
untuk membolehkannya berfungsi
dan beroperasi.

➝ kawalan
pengawalan arus elektrik secara
selamat iaitu dengan cara memutus
dan menyambungkan litar.

➝ jenis arus
i) Arus ulang-alik (AU)
– arus yang mengalir ke rumah adalah
menggunakan arus ulang-alik
– voltan boleh dinaikkan dan diturunkan
menggunakan transformer
ii) Arus terus (AT)
– sistem kuasa dengan hanya satu
kekutuban voltan atau arus
– arus ini mengalir secara sehala

Cottagebunny Notes
Menunjukkan cara reka bentuk
litar peralatan elektrik

1) Keselamatan
– ciri-ciri keselamatan adalah penting untuk
melindungi pengguna daripada berlakunya
litar pintas.
✩ contoh ciri-ciri keselamatan ✩
kedudukan litar adalah tersembunyi tidak
dapat dicapai tangan dan tidak terdedah.

2) Kedudukan peranti dalam litar


– reka bentuk kedudukan peranti-peranti
diletakkan bersama dengan litar elektrik
bertujuan untuk menjimatkan ruang selain
menekankan aspek keselamatan, kemas
dan menarik.

Cottagebunny Notes
Menunjukkan cara reka bentuk
litar peralatan elektrik

3) Sambungan litar
– reka bentuk sambungan litar elektrik
pada komponen atau peranti disusun
mengikut fungsi yang dikehendaki.
i) litar tertutup (suis on)
– mempunyai satu kitaran lengkap
pergerakan arus, voltan dan kuasa dalam
satu litar elektrik
ii) litar buka (suis off)
– litar yang tidak mempunyai satu kitaran
lengkap arus, voltan dan kuasa dalam satu
litar elektrik.
iii) litar pintas
– berlaku apabila wayar positif yang bocor
bersentuhan dengan wayar negatif yang
bocor tanpa melalui beban dan
menghasilkan percikan api yang dapat
menyebabkan kebakaran.

Cottagebunny Notes
Membuat pengiraan parameter elektrik

I = arus (A)
V = voltan (V)
R = rintangan (Ω)
P = kuasa elektrik (W)

Formula Formula
Rintangan Arus

Cottagebunny Notes
☁ Menghasilkan lakaran ☁

– gambaran awal projek, untuk memastikan


kuantiti dan kedudukan yang betul bagi
komponen-komponen. Setelah litar dibina,
langkah seterusnya melakar reka bentuk
litar skematik.
– pengiraan parameter

☁ Menganalisis elemen sistem elektrik ☁


– dilakukan untuk memastikan setiap elemen


dalam litar elektrik mencukupi dan mematuhi
nilainya
– analisis sistem elektrik
– analisis elemen sistem elektrik

Cottagebunny Notes
☁ Membina gajet elektrik berfungsi ☁

Langkah-langkah:
1) Sediakan bahan diperlukan merujuk lakaran
2) Tentukan susunan dan kedudukan gajet
3) Lakukan penyambungan litar gajet
4) Pasang penyambungan litar gajet di
tempat yang ditetapkan

☁ Membuat pengujian dan penilaian ☁


Pengujian – untuk memastikan gajet pada litar


dapat berfungsi seperti yang dikehendaki
Penilaian – dilakukan selepas pengujian, untuk
memudahkan apa yang perlu dilakukan
penambahbaikkan fungsi agar menjadi lebih
cekap dan kemas

☁ Mencadangkan penambahbaikan ☁

1) Litar siri
2) Litar selari

Cottagebunny Notes

You might also like