You are on page 1of 7

PEKAKASAN KEJURUTERAAAN MEKANIK DAN

ELEKTRIK (KM 2453)


MODUL AMALI ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK

1. Pengenalan asas pendawaian


Sistem pendawaian elektrik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ;
a) Sistem pendawaian 1 fasa – biasa di kawasan kediaman kecil dan serderhana.
b) Sistem pendawaian 3 fasa – kawasan industri dan komersial.
Sistem Pendawaian 1 fasa
i. Bekalan elektrik diterima di rumah kediaman biasanya AC 1 fasa 240 VAC.
ii. Bekalan ini diperolehi daripada sambungan antara talian ( sama ada R, Y atau B) dan
neutral dari sistem 3 fasa 4 dawai.
Sistem Pendawaian 3 fasa
i. Bekalan elektrik diterima di kawasan industri dan komersial AC 3 fasa 415 VAC.
ii. Bekalan ini diperolehi daripada sambungan antara talian (R, Y , B) Neutral fasa 4 dawai.
iii. Sumber 3 fasa dari pencawang yang berhampiran .

2. Ujikaji yang diperlukan dimakmal


 Membuat asas pendawaian litar lampu.
 Membuat asas pendawaian litar socket .
 Melakukan pengujian .
MEGENAL PASTI PERANTI PERLINDUNG DAN FUNGSI:
1.Suis Utama
i. Pengasing litar / Main Switch / Molded Case Circuit Breaker (MCCB)
ii. Berfungsi sebagai alat yang boleh memutuskan bekalan agihan kepada pengguna
dengan membuka sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu
kutub bekalan itu tidak dibumikan dengan menggunakan suis dua kutub berangkai.

2.Pemutus Litar Arus Baki (RCCB / RCB)


i. Pengasing RCCB iaitu Residual Case Circuit Breaker atau Eath Leakage berfungsi
sebagai perlindung kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar.

3.Pemutus litar kecil (MCB)


i. Miniature Circuit Breaker berfungsi sama dengan suis utama teteapi untuk kadaran arus
elektrik yang kecil terdapat saiz yang berbeza iaitu 6amp, 10amp, 16amp, 20amp,dan
32 amp.
Jenis Litar MCB
Litar Lampu 6amp – 10 amp
Litar Socket 16amp – 20 amp
Litar Pemanas / Aircond 32 amp
ALAT TAMBAH DAN PERALATAN DIGUNAKAN:
1.Pemegang Lampu (Lamp Holder )
i. Digunakan untuk memegang lampu dan ia dapat memudahkan sambungan lampu ke
bekalan.

2.Suis
i.
ii. Suis adalah alat tambah yang boleh memutuskan dan menyambungkan litar elektrik
secara mekanik (kawalan tangan) sama ada secara terus atau melalui perantaraan tali
atau tombol pemetik. Terdapat pelbagai jenis suis antaranya ialah satu hala , dua hala,
perantaraan, dua kutub , suis dua hala dan suis tiga kutub.

3.Socket Alur Keluar


i. Soket alur keluar (SAK) ialah punca sambungan (sentuhan) betina yang dipasang ke
pemasangan tetap.Soket alur keluar boleh menerima satu palam untuk
menyambungkan bekalan ke alat mudah alih.
PERALATAN:
1.Pemotong kabel (cutter)
i. Digunakan untuk pemotong kabel atau pembalut pvc (insulation) pada kabel.

2.Pliers Gabungan
i. Digunakan untuk memegang, mencengkam, memotong, membengkok dan membentuk
kabel.

3.Pemutar Skru (screw driver)


i. Digunakan untuk memutarkan screw jenis yang berbeza iaitu jenis lepir atau bunga.
4.Pena ujian (test pen)
i. Digunakan untuk menguji kebocoran arus elektrik atau memeriksa arus elektrik
semasa litar hidup.

5. Kabel
Kabel digunakan untuk perantara sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada
peralatan elektrik.Oleh sebab kadaran arus, kadaran voltage, keadaan alatan, dan tempat yang
berbeza – beza, kabel – kabel dibuat berbagai – bagai jenis dan saiz bagi meyesusaikannya
dengan keperluan tersebut.
Jenis kabel yang digunakan untuk amali :
Saiz kabel / Warna Litar
1.5mm (R/Y/B/Blck/Green) Litar Lampu
2.5mm (R/Y/B/Blck/Green) Litar Socket
PENGUJIAN:
Terdapat pelbagai jenis pengujian untuk pendawaian elektrik salah satu pengujian yang
dilakukan oleh pelajar semasa amali adalah pengujian penebatan. Pengujian ini dilakukan
adalah untuk memeriksa dan menguji litar yang telah disiapkan dari sebarang kerosokan kabel
dan kebocoran arus elektrik. Peralatan digunakan adalah dengan menggunakan (Isulation
tester).
Amaran : Pengujian perlu dilakukan bersama/diawasi oleh demo untuk mengelak kemalangan
elektrik yang tidak diingini berlaku.
A. Pastikan suis utama, RCD, dan MCB di litar di matikan dan semua beban
ditanggalkan.
B. Sambungkan test lead penguji seperti rajah 8.1 di bawah.
C. Nilai bacaan hendaklah dibawah 1 ohm.
TUGASAN AMALI LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK:

You might also like