You are on page 1of 7

KOLEJ YAYASAN SABAH

PUSAT PENGAJIAN TEKNIKAL YAYASAN SABAH, JALAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, OFF JALAN SULAMAN, TELUK LIKAS, 88857 KOTA KINABALU, SABAH

KERTAS PENERANGAN
KOD NAMA DAN PROGRAM / PROGRAMS CODE & NAME NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE TAHAP / LEVEL PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU FASA

PENDAWAIAN SATU FASA 2 (TWO) 1. Identify single phase wiring specifications and procedures. 2. Identify single phase wiring tools, equipment and materials. 3. Carry out wiring activities. 4. Carry out single phase earthing system installation. Carry out single phase Distribution Board (DB) 5. (metallic or insulated) installation. 6. Carry out fitting and accessories installation. 7. Carry out wiring system visual inspection. 8. Cary out dead circuit test. 9. Carry out live circuit test. 10. Prepare single phase work activities report. Muka / Page : 1 EE-320-2:2013/CO2/P(5/10) Drpd / Of : 7

NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / ACTIVITIES NO. AND STATEMENT

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID

TAJUK : PENGENALAN KEPADA PAPAN AGIHAN ELEKTRIK SATU FASA TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan persediaan yang diperlukan oleh setiap pelajar untuk menjalani pembelajaran yang akan dipelajari. Selain itu juga ia dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang kemahiran. PENERANGAN : Kertas penerangan ini akan menjelaskan mengenai definisi bagi papan agihan elektrik satu fasa. Di samping itu, ciri-ciri dan fungsi-fungsi bagi setiap komponen-komponen papan agihan elektrik satu fasa diterangkan bagi memberi pemahaman & pengetahuan di dalam bidang pendawaian elektrik satu fasa.

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID PENGENALAN

EE-320-2:2013/CO2/P(5/10)

Muka / Page Drpd / Of

: :

2 7

Gambar di atas menunjukkan kotak agihan ( Distribution Board - DB) sistem bekalan elektrik 1 fasa. Ia biasanya terdapat di rumah2 teres, rumah Semi-D dan rumah2 di kampung. Papan agihan (distribution board) ialah satu tempat pengagihan bagi kabel litar akhir dimana bekalan elektrik utama diagihkan kepada litar-litar yang lebih kecil mengikut sesuatu lokasi / penggunaan. Litar bekalan elektrik dari papan agihan disambung secara selari. Kerosakan pada sebarang litar tidak akan mengganggu litar yang lain. Binaan papan agihan dibuat daripada PVC atau logam. Perkara yang perlu diambilkira semasa membeli sebuah papan agihan ialah :o o o o Bilangan hala Jenis binaan (Logam atau PVC) Jenis MCB, ELCB dan Suis Utama. Jenis bekalan (satu fasa atau tiga fasa)

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID 1. Jenis-Jenis Papan Agihan.

EE-320-2:2013/CO2/P(5/10)

Muka / Page Drpd / Of

: :

3 7

1.1. Papan agihan terlitup logam kutub tunggal dan neutral lengkap dengan pemutus litar kecil (MCB)

1.2. Papan agihan terlitup PVC kutub tunggal dan neutral lengkap dengan pemutus litar kecil (MCB)

2. Komponen-Komponen Pada Papan Agihan Satu Fasa. Komponen papan agihan terdiri daripada :a) b) c) d) Suis utama (Suis fius). Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB, RCCB, RCD) Pemutus litar kecil (MCB). Busbar

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID 2.1. Suis Utama (Suis Fius)

EE-320-2:2013/CO2/P(5/10)

Muka / Page Drpd / Of

: :

4 7

Fungsi Dan Ciri Ciri - Suis utama berfungsi untuk mengawal pengaliran arus elektrik ke seluruh litar elektrik di dalam rumah. - Wayar hidup dan neutral dari meter kWj disambungkan ke suis utama. - Suis utama adalah sejenis suis dua kutub satu arah (DSPT) yang mengandungi fius. - Suis ini perlu dimatikan terlebih dahulu apabila hendak memperbaiki sebarang kerosakan pada litar elektrik atau menukar fius. - 63 A SPN (Single pole and neutral) 2.2. Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB, RCCB, RCD)

Gambarajah Suis Utama

Gambarajah Skematik

Fungsi Dan Ciri Ciri - Pemutus litar bocor ke bumi berfungsi sebagai alat pemutus bekalan elektrik secara automatik apabila berlaku kebocoran elektrik ke wayar bumi atau litar pintas. - Dari suis utama, wayar bekalan disambungkan ke Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB). - Alat ini perlu diuji dari masa ke semasa untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik.

Gambarajah Earth leakage circuit breaker (ELCB)

Gambarajah Residual Current Circuit Breaker (RCCB)

- Cara menguji ialah dengan menekan butang


berwarna kuning/putih, iaitu punat tekan uji. Apabila punat tekan uji ditekan, bekalan elektrik ke rumah akan terputus. Keadaan ini menunjukkan ELCB masih berfungsi dengan

baik. Jika tidak, ELCB perlu digantikan. ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2013/CO2/P(5/10) COMPETENCY UNIT ID 2.3. Pemutus Litar Kecil (MCB).

Muka / Page Drpd / Of

: :

5 7

Fungsi Dan Ciri Ciri - Pemutus litar kecil / Miniature circuit breaker (MCB) adalah satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi yang disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu / kipas. - Ianya berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB. - Apabila berlaku kerosakan alatan elektrik atau pendawaian, litar akan terputus dengan sendirinya. - Suis ini tidak akan berfungsi selagi kerosakan tidak diperbaiki.

Gambarajah MCB SP (Single Pole)

Gambarajah MCB SP (Single Pole and Neutral)

2.4. Busbar - Busbar diperbuat daripada kuprum

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID

EE-320-2:2013/CO2/P(5/10)

Muka / Page Drpd / Of

: :

6 7

3. Fius Perkhidmatan Dan Meter Kilowatt Jam (kWj) Fius Perkhidmatan Fungsi Dan Ciri Ciri - Fius ini berfungsi untuk mengawal bekalan elektrik jika berlaku arus berlebihan. - Ia juga berfungsi sebagai pemutus litar sekiranya berlaku lebihan arus mengalir pada pendawaian di rumah. - Fius perkhidmatan biasanya diletakkan di luar rumah dan dihubungkan dengan wayar hidup bekalan. Gambarajah

Meter Kilowatt Jam (kWj) Fungsi Dan Ciri Ciri - Meter kilowatt jam berfungsi menyukat dan merekodkan kuantiti tenaga elektrik yang digunakan oleh pengguna setiap bulan. - Meter kilowatt jam biasanya diletakkan di luar rumah untuk memudahkan pegawai TNB membaca bacaan penggunaan meter tersebut. - Alat ini adalah hak milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) - Terdapat dua (2) jenis meter kilowatt jam, iaitu :a) Jenis analog b) Jenis digital Gambarajah

ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID SOALAN :

EE-320-2:2013/CO2/P(5/10)

Muka / Page Drpd / Of

: :

7 7

1. Jelaskan apakah definisi papan agihan (distribution board). ................................................................................................................................................................. ................................................................................................................................................................. ................................................................................................................................................................. ............................................................................................ 2. Komponen komponen yang terdapat pada sesebuah papan agihan satu fasa ialah : a. b. c. d.

RUJUKAN : 1. A Samad Hanif (2004), Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Edisi ke 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2. Haji Mohd Nasir Haji Abdul Manan (2005), Panduan Pendawaian Elektrik Domestik Edisi ke 2, IBS Buku Sdn. Bhd, Selangor.

You might also like