You are on page 1of 34

ETE 1033

SINGLE PHASE ELECTRICAL


WIRING MAINTENANCE
Siti Roslida Binti Muhammad Yusof
Content Standard 1: Identify Single Phase
Wiring Maintenance Requirement

1.1 TYPES OF 1.2 TYPES OF FAULT FOR 1.3 TYPES OF 1.4 PROCEDURE TO 1.5 PROCEDURE TO 1.6 ELECTRICAL ACT &
MAINTENANCE SINGLE PHASE WIRING: SCHEMATIC DIAGRAM CARRY OUT SINGLE CARRY OUT SITE VISIT REGULATION
ACTIVITIES: PREVENTIVE SHORTED, OPEN & FOR SINGLE PHASE PHASE WIRING STANDARD
& CORRECTIVE LOOSE WIRING MAINTENANCE

1.7 OCCUPATIONAL 1.8 AUTHORISATION


SAFETY & HEALTH ACT REQUIREMENT TO
514 (OSHA) 1994 ACCESS SITE SUCH AS:
GREEN CARD AND
SAFETY PASSPORT
1.1 TYPES OF MAINTENANCE ACTIVITIES: PREVENTIVE &
CORRECTIVE
(C1P1: Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti penyenggaraan: pencegahan dan
pembetulan)
Namakan jenis- Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance).
jenis aktiviti
penyenggaraan Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau
plan perancangan yang ditetapkan berdasarkan polisi
penyelenggaraan, tempoh hayat premis dan pemeriksaan berkala

Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Corrective Maintenance).


Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan
kerosakan pelanggan atau kerosakan yang ditemui semasa
pemeriksaan berkala atau dengan kata lain kerja penyelenggaraan
selepas berlaku kerosakan.
1.2 TYPES OF FAULT FOR SINGLE PHASE WIRING :
SHORTED, OPEN & LOOSE
(C1P2: Mengenal pasti jenis-jenis kegagalan pendawaian satu fasa: Litar pintas,
Litar buka)
Membuat
pengelasan 1. Litar Pintas (Shorted Fault)
mengenai
jenis
2. Litar Buka (Open Fault)
kegagalan 3. Kerosakan Alat Perlindungan (Loose Fault)
pendawaian
Apa itu LITAR PINTAS?

◦ Litar pintas (Shorted Fault)


◦ Litar pintas berlaku apabila punca hidup / fasa bersentuh dengan punca neutral. Kerosakan ini akan
menyebabkan peranti perlindungan iaitu pemutus litar kenit (MCB) terpelantik atau fius putus. Jika peranti
perlindungan ini tidak berfungsi dengan sempurna, kabel pepasangan akan menjadi terlampau panas dan
menyebabkan kebakaran. Diantara punca berlakunya litar pintas adalah:-
◦ a. Kerosakan mekanikal pada penebat kabel.
◦ b. Tamatan kabel tak sempurna.
◦ c. Kerosakan alat lengkap pepasangan.
◦ d. Kerosakan peralatan elektrk.
◦ Kerosakan litar pintas ini dapat dikesan apabila MCB sering terpelantik atau fius putus ketika litar-kecil-akhir
digunakan. Sekiranya kerosakan ini berlaku pada peti suis utama (PSU), fius utama akan terputus apabila
bekalan dihidupkan (ON).
Rajah LITAR PINTAS
Langkah-langkah mengesan kerosakan
LITAR PINTAS ialah:
◦ a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya renjatan semasa kerja-kerja
mengesan kerosakan dilakukan.
◦ b. Matikan (OFF) Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan MCB litar kecil akhir. Sekiranya suis utama, PLAB dan
semua MCB tidak dapat dimatikan kerana bekalan elektrik sedang digunakan, matikan MCB litar yang
dijangka mengalami kerosakan sahaja.
◦ c. Tanggalkan semua beban yang tersambung pada litar yang rosak.
◦ d. Dengan menggunakan Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Tester), uji penebatan
antara pengalir fasa dengan pengalir nuteral.
◦ e. Sekiranya bacaan penguji merekodkan bacaan kurang daripada 0.5 megaohm (MΩ), ini
menunjukkan litar pintas telah berlaku.
Apa itu LITAR BUKA?
◦ Litar buka adalah kerosakan yang mengakibatkan arus elektrik tidak dapat mengalir dengan sempurna
kedalam litar pepasangan. Ini menyebabkan peralatan elektrik yang dipasang pada litar itu tidak
dapat beroperasi kerana tidak mendapat bekalan elektrik.
◦ Diantara punca-punca berlakunya litar buka adalah:-
◦ a. Kabel putus.
◦ b. Sambungan pada terminal tertanggal.
◦ c. Sesentuh suis tidak berfungsi dengan baik.
◦ d. Kerosakan mekanikal pada alat lengkap pepasangan.
◦ e. Kerosakan mekanikal pada alat perlindungan pepasangan.
Rajah LITAR BUKA
Langkah-langkah Mengesan Kerosakan
LITAR BUKA ialah:
◦ a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya renjatan semasa kerja-kerja
mengesan kerosakan dilakukan.
◦ b. Matikan (OFF) Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan MCB litar kecil akhir. Sekiranya suis utama, PLAB dan
semua MCB tidak dapat dimatikan kerana bekalan elektrik sedang digunakan, matikan MCB litar yang
dijangka mengalami kerosakan sahaja.
◦ c. Tanggalkan semua beban yang tersambung pada litar yang rosak.
◦ d. Dengan menggunakan Jangka Pelbagai (Multimeter), uji keterusan pada pengalir fasa, pengalir
nuteral, terminal alat lengkap dan terminal peralatan elektrik.
◦ e. Sekiranya bacaan penguji merekodkan bacaan 0 ohm (Ω), ini menunjukkan tiada litar terbuka
berlaku.
Apa itu Kerosakan Alat Perlindungan?

◦ Kerosakan alat-alat perlindungan bermaksud alat perlindungan seperti suis utama, PLAB, fius dan MCB
tidak dapat menjalankan fungsinya apabila berlaku kebocoran arus ke bumi dan arus lebihan dalam
litar. Kerosakan alat perlindungan ini dapat dikenalpasti apabila alat-alat perlindungan tidak dapat
berfungsi dengan sempurna. Umpamanya suis utama tidak boleh di’OFF’kan, PLAB tidak terpelantik
walaupun terdapat arus bocor ke bumi dan MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya
sehingga merosakkan kabel yang dikawal oleh MCB tersebut.
◦ Diantara punca-punca yang menyebabkan MCB tidak berfungsi adalah:-
◦ a. Sesentuh suis utama melekat di antara satu sama lain.
◦ b. MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya.
◦ c. PLAB yang hilang kepekaan.
◦ d. Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya.
Langkah-langkah mengesan kerosakan dan
penyelesaiannya ialah:
◦ a. Sesentuh suis utama melekat:

◦ Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.


◦ Gunakan multimeter bidang voltan.
◦ Uji bahagian keluaran suis utama dan ‘OFF’kannya.Sekiranya suis utama masih memberikan bacaan
voltan (415V untuk tiga fasa dan 240V untuk satu fasa) maka itu menunjukkan sesentuhnya telah rosak.
Langkah-langkah mengesan kerosakan dan
penyelesaiannya ialah:

◦ MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya:

◦ Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.


◦ Gunakan ‘clamp tester’ bidang arus.
◦ Uji bahagian keluaran MCB (tiga kutub atau satu kutub) dan operasikan bebannya seperti mesin elektrik
sekiranya arus yang melalui MCB itu lebih daripada kadarannya dan MCB masih tidak terpelantik,maka
itu menunjukkan ianya telah rosak.
Langkah-langkah mengesan kerosakan dan
penyelesaiannya ialah:

◦ PLAB hilang kepekaan:


◦ Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.
◦ Gunakan ‘RCCB Tester’ atau lampu uji.
◦ Uji kepekaan PBLK,sekiranya PBLK tidak terpelantik itu menunjukkan ianya telah hilang kepekaan.

◦ d. Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya:


◦ Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.
◦ Sebenarnya masalah ini adalah disebabkan pemasangan atau penukaran fius yang tidak mengikut
kadaran yang betul.
1.3 TYPES OF SCHEMATIC DIAGRAM FOR SINGLE PHASE
WIRING
(C1P3: Mengenal pasti gambarajah skematik untuk pendawaian satu fasa)

◦ Bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan ke atas


pendawaian elektrik, pendawai seharusnya mengetahui fungsi dan aturcara
kedudukan di dalam skematik diagram. Kerja-kerja senggaraan pendawaian
akan lebih teratur dengan adanya skematik diagram sebagai panduan
perjalanan litar pendawaian.
Menentukan
kriteria yang
berkaitan bagi
gambarajah
skematik untuk
pendawaian satu
fasa.
Menentukan
kriteria yang
berkaitan bagi
gambarajah
skematik untuk
pendawaian satu
fasa.

Gambar rajah 2: Schematic Diagram/ Gambar rajah Skematik


Seseorang perlu kenalpasti fungsi peranti
perlindungan litar. Secara umumnya fungsi
peranti adalah seperti berikut:
I. Cut out dan neutral link IV. ELCB@RCCB
V. MCB (Pemutus Litar Kenit)
◦ Saiz fius 60A dapat ditentukan. ◦ Fungsinya memberi perlindungan ◦ Fungsinya mengawal arus lebih.
Pemasangan dibuat oleh pihak arus bocor ke bumi.
◦ Ditentukan bergantung kepada
pembekal (TNB). ◦ ELCB@RCCB 1 - Melindungi litar kecil jumlah beban tersambung.
II. Meter Tenaga (Kwh meter) akhir bagi litar alat tetap. Penentuan
VI. Saiz kabel bagi litar kecil akhir
◦ Saiz ELCB@RCCB bergantung pada
◦ Meter tenaga dipasang oleh pihak ◦ Ditentukan dari jumlah arus beban
jumlah beban yang digunakan setelah factor
pembekal (TNB).
◦ tersambung. kepelbagaian.
III. Suis utama (Main switch)
◦ Sensitiviti 100mA – litar alat tetap. VII. Bilangan litar kecil akhir
◦ Kadaran saiz fius yang digunakan
◦ Rujukan bagi mengetahui berapa
ditentukan dari beban yang ◦ ELCB@RCCB 2 - Melindungi litar kecil
jumlah kuasa atau arus yang
tersambung. akhir bagi litar kuasa.
digunakan dalam pepasangan.
◦ Sensitiviti 30mA – Litar radas tangan.
1.4 PROCEDURE TO CARRY OUT SINGLE PHASE WIRING
MAINTENANCE
(C1K1: Mematuhi prosedur untuk melakukan penyelenggaraan pendawaian
satu fasa)
Prosedur
penyelenggar
Antara aktiviti pemeriksaan dan penyelenggaraan
aan Elektrik 1 yang boleh dilakukan adalah:
Fasa secara 1. Keadaan fizikal
teratur.
2. Keadaan kelengkapan mesin
3. Keadaan elektrik

Sila ke slide seterusnya untuk mengetahui prosedur


bagi setiap aktiviti di atas.
Prosedur penyelenggaraan – Keadaan
Fizikal
◦ i. Peralatan diletakkan ditempat yang telah disediakan.
◦ ii. Lorong jalan tidak dihalang laluannya.
◦ iii. Lantai disekitar peralatan hendaklah dibersihkan dari kekotoran, minyak, air dan sampah.
◦ iv. Tingkap, pintu dan dinding hendaklah sentiasa bersih dan berkeadaan baik.
◦ v. Alat pemadam api dan peti pertolongan cemas tersedia ditempat yang dikhaskan.
◦ vi. Tempat buangan reja kerja perlu disediakan.
◦ vii. Papan tanda amaran dan keselamatan dipasang dengan kemas ditempat yang sesuai dengan
perkataan yang tertulis masih kelihatan terang.
Prosedur penyelenggaraan – Keadaan
Kelengkapan Mesin
i. Kedudukan mesin hendaklah teratur supaya ruang vii. Periksa keadaan mesin dan kelengkapannya
kerja mencukupi. bagi mempastikan ia selamat
digunakan.memeriksa talisawat motor agar sentiasa
ii. Mesin yang telah pudar warnanya perlu dicat berada dalam ketegangan yang dikehendaki:
semula mengikut warna yang sesuai iaitu jingga
untuk pemasangan elektrik dan kelabu untuk mesin. ◦ Mengganti beberus karbon yang rosak.
iii. Bahagian mesin yang berputar dan boleh ◦ Menggris bahagian mesin yang berputar (pada
disentuh hendaklah dipasang jaring atau pengalas).
pengadang.
◦ Menukar pengalas yang longgar atau tak
iv. Suis kawalan mesin hendaklah sentiasa seimbang.
berkeadaan baik.
◦ Membersihkan lilitan mesin daripada minyak, gris
◦ v. Mematikan bekalan kuasa mesin apabila tidak atau kekotoran.
digunakan.
◦ Memeriksa aras air, enjin pemacu, penjana dan
◦ vi. Bersihkan mesin dan kelengkapannya dari pendingin udara pusat supaya sentiasa bersedia
kekotoran dengan menggunakan berus atau untuk beroperasi.
kain.
◦ Memastikan gandingan mesin ketat dan sejajar.
◦ Memastikan talisawat sejajar.
◦ Mengasingkan alat kelengkapan yang rosak
ditempat yang dikhaskan.
Prosedur penyelenggaraan – Keadaan
Elektrik
◦ Tutup semua suis apabila tidak digunakan. ◦ Mengetatkan tempat pergantungan lampu.
◦ Pastikan suis kawalan utama boleh berfungsi ◦ Menguji keberkesanan alat perkhidmatan
dengan baik. bangunan.
◦ Semua kabel dan kod boleh lentur sentiasa berada ◦ Menggantikan ‘ballast’ lampu yang rosak
dalam keadaan selamat untuk digunakan. (berdengung).
◦ Pastikan pemutus litar boleh berfungsi dengan baik. ◦ Menggantikan lampu yang rosak.
◦ Menguji rintangan penebatan pendawaian. ◦ Memastikan semua sambungan litar elektrik
sentiasa ketat dan baik.
◦ Mempastikan sambungan bumi setiap peralatan
baik, tidak longgar atau putus. ◦ Mempastikan semua peralatan atau
kelengkapan pengujian sentiasa berkeadaan
◦ Mempastikan fius yang terputus diganti dengan jenis baik.
bahan dan kadaran yang sesuai.
◦ Memeriksa bacaan jangka-jangka pada panel
◦ Penunjuk saiz fius dan nombor litar akhir dipapan suis agar sentiasa berada dalam kedudukan sebenar.
atau papan agihan tertera dengan baik dan jelas.
◦ Memeriksa pelana conduit agar sentiasa
◦ Mempastikan alat lengkap elektrik tidak retak atau terpasang dengan kemas.
rosak.
◦ Set semula suis lewat masa lampu jalan setelah
◦ Membersihkan lampu dari habuk dan kekotoran. bekalan pulih semula.
Prosedur penyelenggaraan – Keadaan
Elektrik ◦ Sebelum penyelenggaraan dilakukan, pastikan bekalan
elektrik telah diputuskan

◦ Memerhatikan sebarang kerosakan mekanikal. ◦ (pengasing di ‘OFF’, fius dicabut). Fius ini hendaklah
disimpan oleh pekerja penyelenggaraan dan diletakkan
◦ Mempastikan semua suis dapat berkendali dengan ditempat yang selamat.
baik.
◦ Tentukan semua bekalan dipanel kawalan motor
◦ Menjalankan ujian penebatan dan keterusan jika diputuskan (OFF) kerana kadangkala alat kawalan jauh
keadaannya meragukan. digunakan.
◦ Menambah elektrolit bateri jika arasnya
berkurangan. ◦ Letakkan papan amaran dipanel bagi pemberitahuan
kerja sedang dijalankan.
◦ Mengecas semula bateri.
◦ Pastikan bekalan dan peralatan elektrik dipasang
◦ Membersihkan kesan oksida pada terminal bateri. dengan baik dan sempurna.
◦ Mempastikan suis larasuhu berkeadaan baik. ◦ Apabila menyambungkan bekalan, pastikan sambungan
nuteral dipasang dahulu diikuti dengan fius.
◦ Menguji beberkesanan peranti pelindung.
◦ Peralatan elektrik mestilah dikendalikan mengikut ◦ Tentukan kabel pembumian berkeadaan baik dan
peraturan yang telah ditetapkan oleh pengeluar sempurna tamatannya.
dari segi operasi, penyelenggaraan dan
penukaran alatganti.
◦ Pastikan alatganti yang digunakan bersesuaian untuk
tugas yang diperlukan.
◦ Pastikan system pemasangan dan operasi
peralatan diketahui sebelum penyelenggaraan ◦ Pastikan semua kabel dan bahagian yang hendak
dilakukan. ditanggalkan diberi tanda yang sesuai bagi mempastikan
ia dapat dipasang semula ditempat asalnya dengan
◦ Pastikan kerja penyelenggaraan dilakukan betul.
sekurang-kurangnya dua orang dan setiap pekerja
mempunyai pengetahuan cara pemulihan ◦ Pastikan semua sesentuh suis bersih, rata dan tiada tanda
pernafasan. terbakar.
1.5 PROCEDURE TO CARRY OUT SITE VISIT
(C1P4: Mengenal pasti prosedur untuk melakukan lawatan tapak)

Kaedah atau teknik untuk melakukan lawatan tapak

SAMBUNGAN DI NEXT SLIDE


Kaedah atau teknik untuk melakukan lawatan tapak

PL- Pemegang Berlesen


1.6 ELECTRICAL ACT & REGULATION
(C1P5: Mematuhi dan memahami Akta dan peraturan Elektrik)

Mengetahui AKTA-AKTA & PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK


prinsip dan Setiap Orang Kompeten perlu mengetahui apa yang terkandung dalam Akta
dasar Bekalan Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik, dimana didalamnya terkandung
segala peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan elektrik, pembekalan
mengenai elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik,
akta dan pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik berkenaan
peraturan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik
dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.
elektrik
merujuk • Akta Suruhanjaya Tenaga 2001
kepada Akta • Akta Bekalan Elektrik 1990 (Kawalan Kompeten)
dan peraturan • Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (AKTA 447) Mengenai Senggaraan
• MS 1936: 2006 / IEC 60364
Elektrik • MS 1979: 2007 (Code of Practice - COP) Pemasangan Elektrik Pada Bangunan
• Based on latest instruction by regulatory body

SILA RUJUK NOTA PENERANGAN & BUKU AKTA&PERATURAN ELEKTRIK UNTUK LEBIH JELAS
1.7 OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH ACT (OSHA)1994
(C1P6: Mematuhi Occupational Safety & Health Act 514 (OSHA) 1994)

Mengamalkan
Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi dan
keperluan
melindungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti
keselamatan
ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan
mengikut sector swasta kecuali mereka yang bekerja di atas kapal perdangan
prosedur dan angkatan tentera.
piawai :
Occupational
Safety &
Health Act 514
(OSHA) 1994
Tujuan Akta Keselamatan & Kesihatan
Pekerjaan 1994:-

◦ Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja.
◦ Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang-orang yang sedang
bekerja).
◦ Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan
psikologi orang-orang yang sedang bekerja.
◦ Untuk mengadakan suatu system perundangan yang berasas kepada peraturan-peraturan dan
tata amalan industry disamping peruntungan Akta.
1.8 AUTHORISATION REQUIREMENT TO ACCESS SITE
(C1P7: Mengenalpasti keperluan kebenaran untuk memasuki tapak)

Keperluan Kebenaran Untuk Mengakses Tapak –


1)KAD HIJAU
◦ Tujuan Pendaftaran Personel Binaan di CIDB adalah untuk
memberi kesedaran dalam aspek keselamatan dan
kesihatan untuk semua Personel Binaan di tapak bini di
samping mewujudkan budaya keperihatinan kebajikan
personel binaan melalui Skim Perlindungan Insuran
Berkelompok.
◦ Pendaftaran Personel Binaan adalah berdasarkan Akta 520
(Pindaan 2011) – Seksyen 33 (Kewajipan Pendaftaran
Personel Binaan) yang mewajibkan semua Personel Binaan
yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti di tapak pembinaan
dan berumur 16 tahun dan ke atas berdaftar dan
memegang kad perakuan Pendaftaran Personel Binaan
CIDB.
1.8 AUTHORISATION REQUIREMENT TO ACCESS SITE
(C1P7: Mengenalpasti keperluan kebenaran untuk memasuki tapak)

Keperluan Kebenaran Untuk Mengakses Tapak –


1)KAD HIJAU ◦ Mandatori bagi setiap Personel Binaan yang bekerja dalam
bidang pembinaan seperti termaktub di bawah seksyen 33:
◦ Seseorang Tidak boleh terlibat atau diambil atau mengaku janji
untuk terlibat atau diambil sebagai personel binaan melainkan
jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu
perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh
Lembaga di bawah Akta ini.
◦ Seksyen 33 (1). (Akta Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520)
◦ Pekeliling Kursus Kad Hijau CIDB – Bil 1/2000
◦ Pekeliling Kursus Kad Hijau CIDB – Bil 1/2001
◦ Denda RM 5,000 dikenakan kepada kontraktor utama dan
personel sekiranya bekerja di tapak pembinaan dengan tidak
memiliki Kad Hijau yang sah.
1.8 AUTHORISATION REQUIREMENT TO ACCESS SITE
(C1P7: Mengenalpasti keperluan kebenaran untuk memasuki tapak)

Keperluan Kebenaran Untuk Mengakses Tapak –


1)PASSPORT KESELAMATAN (SAFETY PASSPORT)
◦ Passport Keselamatan digunakan untuk bekerja di premis-premis
pembinaan di bawah kawal selia Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (CIDB). Kursus ini telah diiktiraf oleh Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Passport ini
mempunyai insurans hayat (tertakluk pada kelulusan CIDB).
◦ Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 telah
menggariskan tanggungjawab majikan untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan setiap pekerja termasuk para
kontraktor dengan memberikan maklumat dan latihan kepada
mereka. Setiap kontraktor dan individu yang berurusan dengan
organisasi diwajibkan mengikuti kursus keselamatan dan
kesihatan pekerjaan bagi mendapatkan kad passport.
1.8 AUTHORISATION REQUIREMENT TO ACCESS SITE
(C1P7: Mengenalpasti keperluan kebenaran untuk memasuki tapak)

Keperluan Kebenaran Untuk Mengakses Tapak –


1)PASSPORT KESELAMATAN (SAFETY PASSPORT)
◦ Objektif bagi program latihan Passport Keselamatan:
◦ Menerangkan semua perundangan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (KKP).
◦ Menerangkan punca utama yang menyebabkan kemalangan atau
penyakit pekerjaan.
◦ Menjelaskan bahawa semua kemalangan dan penyakit boleh
dicegah.
◦ Menyatakan definisi, punca dan kategori hazard di tapak projek.
◦ Menerangkan kaedah kawalan risiko di tapak projek.
◦ Kaedah pembelajaran terbaru secara interaktif, maya dan kendiri.
SAFETY:
1. USE APPROPRIATE PPE DURING CARRY OUT WIRING PRACTICAL
2. SAFETY TOOLS & EQUIPMENT IN PROPER ORDER

Personal Protective Equipment (PPE) for


Electrical Works
•Cotton protective clothing with long sleeves.
•Helmet or hard hat.
•Goggles for eye protection.
•Gloves (leather or rubber)
•Hearing protectors.
•Safety footwear.
TERIMA KASIH KERANA
MEMBERI PERHATIAN.
Siti Roslida Binti Muhammad Yusof

You might also like