You are on page 1of 6

Kod Kertas IKBN.A1.11.02.

3(T) Page 1 of 6

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

TAHAP A1

DUTI 11. PAPAN SUIS

TASK 11.2 REKABENTUK

SUB TASK 11.02.03(T) SISTEM PEMBUMIAN & PERLINDUNGAN

MENGENALI REKABENTUK DAN BOLEH MELUKIS RAJAH


OBJEKTIF
LITAR PENDAWAIAN PAPAN SUIS MENGIKUT SPESIFIKASI
PENCAPAIAN PIAWAI
YANG DIBENARKAN.

TAJUK Sistem Pembumian dan perlindungan

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN :


TUJUAN
Sistem pembumian papan Suis.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004(Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.02.3(T) Page 2 of 6

PENGENALAN

Sistem pembumian pada pan suis utama adalah satu sitem perlindungan apabila berlaku
lebihan arus, lebihan kebocoran arus kebumi dan ianya bertujuan untuk melindungi
peralatan –alatan pada papan suis supaya tahan lama.

Komponen-komponen Perlindungan Pada PSU.

Suis Fius (low current).

Suis Fius adalah sesuatu unit tunggal terdiri daripada pengasing bersiri
dengan fius HRC. Ianya tidak terasing dari litar apabila suis diOFFkan, ia
berbentuk SP&N dan TP&N dengan ukuran piawai 15 A, 20 A, 30 A, 45 A
dan 60 A.

Fius Suis (high current).

Fius Suis merupakan Pengasing dan juga sebagai alat perlindungan di


mana fius HRC ditumpangkan di dalam pengasing membentuk sebagai
daripada jalan pengalir pengasing. Apabila di OFF kan fius terpisah dari
palang basbar. Keutamaannya digunakan bagi mengawal beban yang
berbentuk TP&N dengan ukuran piawai 60 A, 100 A, 160 A, 200 A, 300A,
400 A, 500 A, 600 A, 800 A dan 1200 A.

Fius.

Fius merupakan perlindungan arus berlebihan yang paling senang


digunakan. Fius-fius yang biasa digunakan adalah:-

a. Fius Rewireable iaitu sejenis fius yang paling ringkas dan murah
yang masih digunakan secara meluas di samping banyak
keburukannya.
b. Fius cartridge adalah lebih berkemajuan dimana sukatan bagi
penukaran elemen fius yang telah ditetapkan oleh pihak Pengeluar.
Dengan itu sukatan fius boleh diketahui dengan tepat dan elemen
fius susah luntur.
c. Fius H.R.C. merupakan fius yang berkebolehan menghindar arus-
arus kerosakan yang berat dengan selamat. Sifat-sifatnya boleh
direka untuk disesuaikan dengan keadaan beban yang digunakan.
Fius-fius jenis ini biasanya digunakan bagi melindungi beban-beban
industri yang besar, kabel-kabel utama dan keadaan lain dimana
kerosakan-kerosakan arus yang besar berlaku.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004(Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.02.3(T) Page 3 of 6

Residual Circuit Breaker / Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB).

Residual Circuit Breaker membawa maksud perbezaan di dalam arus. Ini


bermakna alat ini bergantung terus kepada keadaan dimana terdapat
perbezaan di antara arus (ketidak-seimbangan) yang masuk melalui sesuatu
beban dan arus yang keluar dari beban yang sama. Dalam ertikata yang lain
alat ini hanya akan bertindak apabila mengalami keadaan yang tersebut di
atas.

Sebelum alat dikenali dengan nama Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB)
dan sekarang ianya telah dikenali dengan nama Residual Current Device
(RCD).

Contoh:
Sekiranya kita bekalkan arus sebanyak 5 A kepada sesuatu litar elektrik
yang mempunyai beban (gelung) dan didapati arus yang mengalir keluar ke
bumi melalui bingkai alat (earth leakage) keadaan ini dapat dikesan (detect)
dengan menggunakan satu gelung berpandukan prinsip dimana arus yang
masuk ke dalam sesuatu sistem elektrik adalah sama dengan arus yang
keluar dari sistem yang sama.
Gelung ini dinamakan gelung pengesan (search coil) dimana sekiranya arus
yang masuk adalah tidak sama dengan arus yang keluar, gelung pengesan
ini akan dapat mengesan arus beza (Residual Current) untuk membuka
sambungan ke beban.

Miniature Circuit Breaker (MCB).

MCB digunakan sebagai gentian fius, bagi mengawal pemasangan domestic


dan beban-beban kecil. Sifat-sifat MCB ialah:-

a. Nilai terpelantik beban lebih di tetapkan oleh pihak pengeluar dan


tidak boleh ditukar.
b. Ia akan terpelantik bila berlaku beban lebih (overload). Tidak perlu
ditukar, hanya perlu diONkan semula.
c. Litar-litar yang rosak senang dikesan.
d. Bekalan boleh dipulihkan dengan cepat dan mudah.

Pemutus Litar Kotak Teracu (MCCB – Moulded Case Circuit Breaker).

Dengan perubahan teknologi MCCB direka untuk pengguna dengan kadaran


arus sehingga 400 A, dan dimasa akan datang kemungkinan ianya mampu
membawa arus yang lebih tinggi lagi.

Dari segi penggunaan MCCB adalah pengganti kepada fius, mempunyai


beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan fius, seperti MCCB hanya
perlu di ON kan sahaja sekiranya ia memutus. Ketiga-tiga fasa akan
memutus apabila berlaku beban lebih pada salah satu fasa maka masalah
‘single phasing’ tidak berlaku. MCCB boleh melindungi arus bocor ke bumi
dengan disambungkan pada CT dan geganti E/F (bergantung kepada binaan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004(Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.02.3(T) Page 4 of 6

sesuatu MCCB), dengan itu masa senggaraan dapat dikurangkan dan kos
dapat dijimatkan.

Kebanyakkan MCCB menggunakan prinsip medan magnet pada sebuah


gelung. Gelung ini bersiri serta sebahagian dari litar utama. Medan magnet
akan bertambah kuat apabila arus masuk pada MCCB sehingga melebihi
had yang tertentu dan menyebabkan MCCB ‘trip’.

MCCB juga menggunakan kaedah ‘bimetal strip’ yang akan membengkok


apabila panas berlebihan disebabkan arus lebih yang masuk ke MCCB.
Kaedah ini adalah untuk perlindungan beban lebih dimana tindakannya agak
perlahan dan terkandung unsur lewat masa.

Namun begitu ada juga MCCB yang menggunakan prinsip tekanan ‘arcing
gas’. Tekanan yang berlebihan akan menyebabkan mekanisma tertentu
bergerak dan menyebabkan MCCB terpelantik. Keadaan sebegitu sesuai
untuk perlindungan arus lebih.

Bahagian bingkai MCCB diperbuat dari bahan bukan logam (polyester resin)
dan ia dipasang tetap serta tidak boleh ditarik keluar dengan mudah seperti
ACB.

Pemutus Litar Udara (ACB).

Sekiranya Pemutus Litar Udara digunakan bersendirian tidak boleh memberi


apa-apa perlindungan kerana pemutus litar akan berfungsi sebagai
pengasing sahaja. Ia hendaklah dilengkapkan dengan geganti beban
lampau (O/C) dan geganti kerosakan bumi (E/F) dan dibantu oleh alatubah
arus (Current Transfomer (C.T).

Saiz Pemutus Litar Udara yang paling kecil adalah berkadar 630 A., biarpun
saiznya 630 A tetapi ia boleh ditatah untuk 300 A asalkan alatubah arus
(C.T) yang digunakan ialah 300/5 A atau penatahan dilakukan pada geganti
beban lampau.

Pemutus Litar Udara hendaklah berfungsi apabila berlakunya arus lebih


seperti yang telah ditetapkan seperti berikut:-

100 % terus menerus. (to carry).


120 % Selama lima (5) minit. (to trip with in 5 minit)
150 % terpelantik serta merta. (to trip in 1 second).

Ujian menentukan penatahan ini dikendalikan oleh TNBD Bahagian


Perlindungan atau Jurutera Perkhidmatan yang diiktiraf. Ujian dibuat pada
tiga peringkat:-

a. Alatubah arus (C.T) di uji nisbah-nisbahnya.


b. Primary Injection.
c. Secondary Injection.

Kerosakkan ke bumi dikesan oleh geganti dengan menggunakan turutan


kosong/zero. Peraturan tatah kebocoran ke bumi boleh dipilih dari 10%, 20%
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004(Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.02.3(T) Page 5 of 6

hinggalah 100%. Kebiasaannya tatah kebocoran ke bumi ditatah pada 10 %.


Jika semasa pemasangan itu bebannya terdiri dari motor-motor maka tatah
kebocoran ditetapkan pada 20% atau 30%.

Memahami Operasi Pemutus Litar Udara.

R Y B

F T F T F T

E/F

F= Time Lag Fuse T = Tripping Coil.

Gambarajah di atas menunjukkan litar Pemutus Udara yang menggunakan


‘Time Lag Fuse’ (buat masa sekarang Oil Dashpot digunakan dalam ACB).
‘Time Lag Fuse’ menggunakan fius 5A yang khas ia tidak sama dengan fius
biasa. Fius ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan penentuan tatah.

5A - Terus menerus (100%)


6A - 5 minit (120%)
7.5A - Serta Merta (150%).

Jadi dengan sebab inilah nisbah alatubah arus sentiasa 100/5A, 400/5A,
1600/5A dan sebagainya. Apabila arus 100% atau kurang pada gelung
utama, alatubah arus (C.T) akan menyebabkan arus 5A atau kurang pada
gelung sekunder (secondary) dan arus ini akan mengikut laluan yang kurang
rintangan. Tripping coil adalah dari jenis Aruhan, jadi ia merupakan rintangan
baru arus ulangalik dan fius kelihatan sebagai litar. Apabila arus lebih
daripada 100% mengalir ke busbar dan menyebabkan arus lebih daripada
5A di gelung sekunder, fius akan cair dan arus terpaksa melalui tripping coil
dan menyebabkan Pemutus Litar terpelantik.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004(Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.02.3(T) Page 6 of 6

Geganti (Relay).

Geganti digunakan untuk menentukan tahap kerosakkan bagaimana yang


memerlukan pemutus litar bertindak memutuskan bekalan. Secara amnya
geganti yang terdapat pada PSU voltan rendah digunakan untuk
perlindungan arus lebih, beban lebih dan rosak ke bumi.
Terdapat dua (2) jenis geganti utama dalam PSU.

a. Instantaneous (sertamerta).
Memutuskan bekalan sebaik sahaja nilai kerosakkan mencapai tahap
yang ditentukan (set value). Oleh itu ia tidak penatah masa.

b. Lewat masa (time delay).


Mempunyai penatah masa oleh itu walaupun nilai kerosakkan telah
mencapai tahap tertentu (set value) ia masih boleh berada dalam
keadaan yang tidak memutuskan litar dalam beberapa jangka masa
yang tertentu.

Namun begitu ada geganti yang boleh memberikan kedua-dua ciri di atas. Geganti
tersebut adalah Geganti Bocor Ke bumi (Earth Leakage Relay). ELR memberikan
perlindungan kepada bocor ke bumi untuk nilai yang kecil (maksima 300 miliampiar)
dan lewat masa yang terhad (0.1 saat) dan digunakan pada Papan Suis kecil (Sub-
Switchboard) atau Papan Suis Utama bersaiz kecil (sehingga 300 A)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004(Versi
1)

You might also like