You are on page 1of 24

PERLINDUNGAN LITAR

UNIT 6: PERLINDUNGAN LITAR

PENGENALAN
Oleh sebab elektrik sangat merbahaya tetapi sangat mustahak di dalam kehidupan moden maka
perlindungan merupakan satu aspek penting di dalam pemasangan elektrik. Peraturan IEE telah
menjelaskan tentang semua aspek keselamatan dan perlindungan. Nota ini hanya membincangkan
sebahagian aspek penting perlindungan sahaja.

Tujuan utama perlindungan pada pemasangan elektrik ialah ; -

i. Melindungi nyawa manusia.


ii. Melindungi bangunan dan harta benda dan kebakaran.
iii. Melindungi peralatan elektrik dari kerosakan dan kebakaran.

Jenis-jenis perlindungan yang diberikan kepada pemasangan


elektrik ialah : -

i. Arus lebih
ii. Beban lebih
iii. Arus bocor ke bumi
iv. Panahan kilat
v. Perlindungan Mekanikal
vi. Perlindungan Kebakaran

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat:

1. Jelaskan jenis-jenis perlindungan.


2. Nyatakan jenis-jenis alat perlindungan.
3. Terangkan konsep kendalian alat perlindungan.

RAK 1
PERLINDUNGAN LITAR

6.0 PENGENALAN

SIFAT – SIFAT SISTEM PERLINDUNGAN

Sifat-sifat yang perlu ada bagi sistem perlindungan yang berkesan:

KEBOLEHARAPAN

Bekerja hanya apabila diperlukan (iaitu apabila rosak berlaku dalam kawasan perlindungan
yang dilindungi). Tidak bekerja bila tidak dikehendaki (tidak rosak atau rosak di luar kawasan).

MEMILIH

Mengasingkan hanya bahagian yang rosak dan tidak menggangu bahagian lain. Seimbang
bagi rosak di luar kawasan.

KEPANTASAN

Bertindak dengan cepat selepas kerosakan dikesan untuk mengurangkan kesan buruk dan
mengekalkan keseimbangan sistem.

KEPEKAAN

Dapat mengesan kerosakan pada peringkat awal walaupun perubahan arus, voltan dan lain-
lain isyarat adalah kecil.

RAK 2
PERLINDUNGAN LITAR

JENIS-JENIS PERLINDUNGAN
ARUS LEBIH
Arus lebih disini bermaksud nilai arus dalam kilo ampere (KA). Arus lebih berlaku akibat dari
berlakunya litar pintas diantara fasa ke fasa, fasa ke neutral atau fasa ke bumi. Disebabkan
rintangan kerosakan terlalu rendah maka arus kerosakan menjadi terlalu tinggi.
Arus lebih tidak boleh ditanggung oleh pemasangan walaupun seketika kerana nilai arusnya
tersangat tinggi dan akan merosakan pemasangan. Pemutus litar mestilah bertindak secepat
yang mungkin, iaitu kurang dari satu saat. Kalau tidak kerosakan atau kebakaran boleh
berlaku.

Diantara alat-alat perlindungan yang digunakan ialah Fius, MCB, MCCB, ACB, Fius Suis, Suis
Fius.

BEBAN LEBIH
Beban lebih akan menghasilkan kesan yang sama iaitu arus lebih tetapi nilai arusnya tidaklah
setinggi seperti arus lebih yang disebabkan oleh litar pintas.
Punca beban lebih adalah beban elektrik (kilowatt atau KVA) yang berlebihan dari yang
sepatutnya ditanggung oleh sesuatu pemasangan. Beban mekanikal yang berlebihan juga
boleh menyebabkan beban lebih elektrik.

Beban lebih yang tidak berapa tinggi dan tidak membahayakan selalunya boleh ditanggung
oleh pemasangan untuk beberapa ketika, hingga beberapa minit atau beberapa jam. Ia
bergantung kepada berapa tinggi arus tersebut.

Selalunya beban lebih dihadkan kepada maksima 150% sahaja daripada beban penuhnya
(beban MD). Itupun untuk selama satu saat sahaja. Manakala beban lebih sebanyak 120%
secara berterusan dihadkan selama maksima 5 minit sahaja.
Alat-alat perlindungan yang digunakan sama seperti untuk arus lebih.

RAK 3
PERLINDUNGAN LITAR

ROSAK KE BUMI

Rosak ke bumi bermaksud telah berlaku litar pintas diantara pengalir hidup dengan pengalir
bumi atau bahagian-bahagian logam yang dibumikan. Ini disebabkan sentuhan pengalir hidup
dengan bahagian-bahagian yang dibumikan iaitu bahagian-bahagian yang boleh mengalirkan
arus elektrik terutamanya logam. Sentuhan ini ada yang secara terus, tanpa bahan penebat
(direct contact). Ini samalah dengan litar pintas.

BOCOR KE BUMI

Ada juga sentuhan pengalir fasa/neutral dengan pengalir bumi atau logam yang dibumikan
secara tidak terus (indirect contact), dan ini selalunya disebabkan penebatan telah rosak atau
lemah. Kerosakan jenis ini dipanggil juga sebagai kerosakan berintangan tinggi.

Disebabkan penebatan tidak cukup baik terdapat arus yang dipanggil sebagai arus bocor
mengalir ke bahagian-bahagian logam yang dibumikan. Nilai arus ini tidaklah begitu besar dan
ia bergantung kepada nilai penebatan itu sendiri. Walaupun arus tersebut tidak begitu besar
tetapi apabila mencapai tahap tertentu ia boleh menimbulkan bahaya jika tersentuh logam-
logam yang terlibat. Kemungkinan voltan melebihi 50V wujud pada logam tersebut dan ini
boleh menyebabkan kejutan elektrik jika berlaku sentuhan.

Alat perlindungan bocor ke bumi ialah RCCB, MCCB dan ACB. RCCB boleh bertindak sendiri
tanpa bantuan alat tambahan, manakala MCCB dan ACB memerlukan alat tambahan untuk
terpelantik apabila berlaku bocor ke bumi.

MCCB yang berkadar 400A dan kurang memerlukan Earth Leakage Relay (ELR) dan shunt trip
coil untuk beroperasi bila berlaku arus bocor. ACB pula memerlukan Earth Fault Relay dan
juga shunt trip coil untuk terpelantik.

RAK 4
PERLINDUNGAN LITAR

LAMPAU PANAS

Peralatan elektrik akan menghasilkan haba bila beroperasi. Bila tahap kepanasan itu melebihi
daripada tahap normalnya ini akan merosakkan alatan tersebut dan memungkinkan berlaku
kebakaran.

Geganti lampau panas selalunya menggunakan prinsip bi metal strip dimana ia akan
membengkok bila sampai kepada suhu tertentu. Selalunya digunakan apabila nilai arus tidak
begitu tinggi seperti thermal overload relay yang digunakan didalam pemula motor.

Ada juga yang menggunakan prinsip perubahan rintangan terhadap haba. Apabila rintangan
berubah arus yang mengalir juga akan berubah dan apabila sampai tahap tertentu geganti
akan bertindak.

Penggunaan alat perlindungan lampau panas adalah terhad kepada peralatan yang banyak
mengeluarkan haba serta mahal sahaja. Contohnya motor, alatubah yang besar dan
janakuasa.

SINGLE PHASING

Single phasing bermakna bekalan tiga fasa kehilangan satu atau dua fasa. Contohnya motor
tiga fasa berkemungkinan mendapat bekalan dua fasa sahaja. Motor tersebut mungkin tidak
boleh dihidupkan atau berjalan dengan tidak sepenuh kuasa dan kehilangan daya kilas.

Jika litar kawalan pemula diambil dari fasa yang tiada bekalan tentulah motor tidak dapat
dihidupkan. Alat perlindungan yang digunakan ialah single phasing relay. Ia akan melepaskan
penyentuh apabila single phasing berlaku.

RAK 5
PERLINDUNGAN LITAR

TURUTAN FASA TERBALIK

Jika atas apa-apa sebab turutan fasa terbalik maka motor tiga fasa akan berpusing terbalik.
Keadaan ini boleh menimbulkan bahaya atau kerosakan kepada sesetengah peralatan dan kos
pembaikan mungkin sangat tinggi. Oleh itu sesetengah pemula motor dilengkapkan dengan
reverse phase sequence relay dimana apabila turutan fasa terbalik pemula tidak dapat
berfungsi.

PANAHAN KILAT

Panahan kilat boleh merosakan pemasangan dan peralatan elektrik kerana voltan yang tinggi
dan percikan api yang kuat. Surge diverter atau surge suppressor digunakan untuk
menyalurkan arus dari panahan kilat kebumi.

PERLINDUNGAN MEKANIKAL

Selain dari perlindungan elektrik, perlindungan mekanikal perlu juga diberikan kepada
pemasangan elektrik. Contohnya penggunaan sesalur logam, pembuluh dan pengadang
adalah untuk mengelakkan hentakan, gegaran atau himpitan supaya pengalir tidak rosak.

PERLINDUNGAN KEBAKARAN

Pemasangan elektrik terutamanya bilik suis, bilik janakuasa mestilah mempunyai perlindungan
kebakaran dengan menggunakan bahan yang sesuai seperti halon.

RAK 6
PERLINDUNGAN LITAR

PERLINDUNGAN ARUS PUSUAN (SURGE PROTECTION)

Arus pusuan yang lazimnya disebabkan panahan petir boleh merosakkan pemasangan
elektrik. Oleh itu pemasangan Surge protection device adalah perlu untuk perlindungan
kepada peralatan sensitive terutamanya komputer. Ia bertindak hampir menyerupai fius. Ia
dipasang disetiap peringkat litar, papan suis utama, papan suis kecil dan papan agihan dan
mempunyai nilai KA yang berbeza-beza disetiap peringkat litar.

JENIS-JENIS ALAT PERLINDUNGAN

6.1 FIUS
Alat perlindungan yang paling mudah, murah dan baik. Sekiranya terdapat arus yang
berlebihan elemen fius akan terputus. Dari segi senggaraan ianya sangat mahal dan
mengambil masa yang lama untuk menukarnya.

5.3.1.1 Jenis –jenis fius

a) Fius HRC atau HBC ( High Rupcturing Capacity/ High Breaking Capacity)

i. fius yang paling baik .


ii. nilai KA yang tinggi sehingg 80KA dan 100KA.
iii. Tiada kesan hitam apabila terbakar.

Rajah 5.1 : Fius HRC

RAK 7
PERLINDUNGAN LITAR

b) Fius Catridge

i. mempunyai elemen fius tetapi tidak berada didalam serbuk fius.


ii. Sarung diperbut daripada glass.
ii. Kadaran yang kecil kurang daripada 5Amp.
iii. Digunakan dalam peralatan-peralatan elektrik.

Rajah 5.2: Fius Catridge

c) Fius dawai

i. fius dawai adalah golongan dawai yang telah dibuat untuk lebur apabila nilai arus
tertentu mengalir melaluinya.
ii. Tidak mempunyai melting point.

Rajah 5.3 : Fius dawai

RAK 8
PERLINDUNGAN LITAR

6.2 PEMUTUS LITAR

a) Mini Circuit Breaker / Pemutus litar

Pemutus litar kenit (MCB) ialah sebuah alat mekanikal yang padu digunakan untuk
menyambung dan memutuskan sebuah litar dalam kadaran biasa dan juga luar biasa
secara otomatik. Kendalian pemutus litar biasanya menggunakan prinsip medah
magnet serta biasanya untuk kegunaan satu fasa. Pemutus ini dikelaskan dalam B.S
3871 di mana bekasnya tertutup rapat bagi melindungi mekanisma dan ciri-ciri
masa/arus yang tidak boleh diubah-ubah ( telah ditetapkan oleh pembuat )

Gambarajah 6.2.1 : MCB perlbagai kutub

RAK 9
PERLINDUNGAN LITAR

Rajah 6.2.2 : binaan miniature circuit breaker

b. Moulded Case Circuit Breaker (Mccb)

a) menggunakan prinsip medan magnet dan haba.


b) Berkadar melebihi 60Amp.
c) Kegunaan untuk 3 fasa.

RAK 10
PERLINDUNGAN LITAR

c. RCCB (Residual Current Circuit Breaker)

RCCB (Residual Current Circuit Breaker) atau Pemutus Litar Arus Baki ialah sebahagian dari
Peranti Perlindungan Arus (RCD or Residual Current Device). RCD ialah peranti yag direka khas
untuk mengelak pengguna alatan elektrik dari kejutan arus elektrik sekiranya tersentuh bahagian
hidup wayar elektrik. Ia juga dicipta untuk perlindungan kebakaran elektrik. RCD memberi
pelindungan yang tidak dapat diberi oleh fius dan pemutus litar biasa

Kadaran arus RCCB : 40A, 60A, 100A

Kadaran arus terpelantik :

i. 10mA : perlindungan tambahan bagi litar yang berkerintang rendah seperti bilik mandi dan
kolam renang
ii. 30mA : perlindungan khas bagi soket alir keluar 13A sahaja (radas tangan)
iii. 100mA (diwajibkan) : perlindungan selain soket aalir kelaur 13A

RAK 11
PERLINDUNGAN LITAR

Rintangan Uji ( Test Button )

Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus disertakan dengan butang uji .Tujuannya ialah
untuk menentukan pemutus litar bocor ke bumi itu . boleh beroperasi sekiranya ada berlaku
arus bocor ke bumi . Pengujian ini di buat dengan tujuan rintangan yang disambung sebagai
kerosakan yang dibumikan (artificial fault ) sebagai pengganti kepada arus bocor sebenar.
Untuk menguji trip mekanisma dapat beroperasi atau tidak kepada pengguna , ujian ini
harus dibuat dengan menekan butang uji dari masa ke semasa.

a) untuk pemasangan yang tidak melebihi daripada 100Amp.


b) Tujuannya memberi perlindungan untuk arus bocor ke bumi.

RCCB mempunyai kepekaan tertentu seperti berikut:


a. 10mA untuk soket alir keluar bagi bekalan kepada alat permainan kanak-kanak.
b. 30mA untuk soket alir keluar 13Amp ( berasingan atau berkumpulan).
c. 100mA untuk pemasangan 1 fasa 40Amp atau 60Amp ( lampu dan soket)
d. 300mA untuk pemasangan 3 fasa yang tidak melebihi 100Amp.

Rajah : Binaan dalam RCB

RAK 12
PERLINDUNGAN LITAR

Rajah 5.9: RCCB 3 fasa

Rajah : Litar skematik RCCB 3 fasa

RAK 13
PERLINDUNGAN LITAR

Konsep operasi RCCB

Ketika bekalan disambungkan kepada alat ini . arus akan mengalir melalui gelung utama.
Lazimnya arus di kedua - dua konduktor hidup dan neutral adalah sama ( seimbang ) dan
kedudukannya adalah bertentangan di antara satu sama lain . Oleh yang demikian voltan
aruhan (flux ) tidak terhasil pada gelung pengesan ( sekunder). Apabila berlaku kebocoran,
arus pada gelung utama akan-menjadi tidak seimbang , dengan itu gelung pengesan akan
mendapat voltan aruhan ini menyebabkan gelung pelantik beroperasi dan seterusnya menarik
suis pemutrs litar kedudukan mati. Ini akan memutuskan litar daripada mendapat bekalan.

Arahan pekeliling Jemaah Pemeriksaan Elektrik berkaitan dengan penggunaan


Pemutus litar bocor ke bumi .

Jenis pemasangan kepekaan PLBK kehendak


Operasi arus maksima

A . Pepasangan Pendawaian Fasa Tunggal

1. Pendawaian keseluruhan 100mA (0.1A) Diwajibkan

2. Litar bawahan terakhir bagi kuasa 30mA (0.3A) Pilihan

3. Litar pembekal radas mainan 10mA (0.01A) Diwajibkan


Kanak-kanak

B. Pepasangan Pendawaian 3 Fasa

1. Pendawaian keseluruhan 300mA Diwajibkan

2. Pendawaian agihan bawahan 100mA Diwajibkan

3. Litar pembekal radas 30mA Diwajibkan

RAK 14
PERLINDUNGAN LITAR

d. Air Circuit Breaker (ACB)

Pemutus litar udara yang asasnya adalah satu alat untuk memutuskan dan
menyambungkan litar dalam udara atau disebut juga sebagai pengasing sahaja.
Tetapi apabila ianya dilengkapkan dengan komponen perlindungan seperti alat ubah
arus, geganti, shunt trip coil ianya dapat memberi perlindungan yang diperlukan
secara automatik. Perlindungan yang boleh diberikan oleh ACB ialah arus lebih,
beban lebih dan arus bocor kebumi. Perlindungan udara bermakna sesentuhnya
berada didalam udara biasa.
ACB selalunya digunakan untuk pemasangan yang melebihi 400A. Saiz ACB yang
kecil terdapat dipasaran ialah 600A. Dengan penatahan (setting) kepada alat
perlindungan dan bersesuaian dengan kadaran arus pemasangan ianya boleh ditatah
kepada kadaran arus kurang daripada 600A, contohnya 200A, 400A dan
sebagainya. Saiz ACB yang besar pula ada yang mencapai 2500A dan lebih.

Rajah 5.11 : Air Circuit Breaker

15
PERLINDUNGAN LITAR

e. Pemutus Litar Jenis Isian Minyak (Oil Circuit Breaker)

Pemutus litar jenis ini biasa digunakan untuk perlindungan arus beban lebih yang
kecil pada kadar 400VA hingga 2500MVA, seperti di stesen pencawang dan kilang-
kilang perusahaan yang besar. Sesentuh direndamkan dalam minyak galian untuk
mengurangkan percikan bunga api apabila berlaku arus lebih sewaktu sesentuh itu
dibuka. Disamping itu minyak ini dapat juga menyejukkan punca-punca sambungan.
Minyak galian yang digunakan itu mempunyai dielektrik yang tinggi. Biasanya
pemutus litar jenis ini mamainkan dua peranan sekaligus iaitu sebagai pelindung arus
lebih dan pengasing. Terdapat juga pemutus litar jenis pancutan minyak yang
mangunakan satu pam khas bagi menyalurkan minyak ini ke sesentuh bertambah
cepat. Seterusnya kadar kemampuan pemutus litar itu dapat ditambah.

6.3 JENIS-JENIS GEGANTI PERLINDUNGAN

6.3.1 Geganti Bocor Ke Bumi – Elr (Earth Leakage Relay)

Geganti ini adalah khusus untuk perlindungan bocor ke bumi. Berbeza dengan
geganti kerosakan ke bumi, ia mempunyai nilai kebocoran yang terhad kepada 1000
miliampere sahaja dan lewat masa yang terhad (0.1saat). Lazimnya ia adalah jenis
sertamerta tetapi terdapat juga jenis lewat masa. ELR selalunya digunakan pada
papan suis yang berkadaran kurang dari 500A. ELR hendaklah disambungkan
dengan alatubah arus jenis Z (balanced core c.t). Z c.t pula akan merangkumi
keempat-empat konduktor (fasa dan neutral).

Rajah : Litar Earth Leakage Relay


16
PERLINDUNGAN LITAR

6.3.2 Geganti Kerosakan Ke Bumi (Earth Fault Relay)

Biasanya terdapat dalam 2 jenis iaitu:

a) Jenis Sertamerta (Instantaneous)

Geganti ini akan menyebabkan pemutus litar terpelantik sertamerta sebaik sahaja
nilai kerosakan yang telah ditentukan (set value) mencapai tahapnya tanpa
sebarang kelewatan. Geganti jenis ini selalunya menggunakan prinsip
electromagnetik.

b) Geganti lewat masa (inverse definite minimum time – IDMT relay)

Geganti jenis ini digunakan apabila nilai arus beban lebih boleh dibenarkan
berlaku untuk beberapa ketika. Jika keadaan tersebut berlaku untuk jangkamasa
yang pendek. Contohnya arus permulaan untuk motor adalah tinggi, tetapi ia tidak
memudaratkan pemasangan, oleh itu tidak perlulah pemutus litar memutuskan
bekalan.

Jangka masa beban lebih yang dibenarkan berlaku boleh jadi beberapa saat atau
beberapa minit bergantung kepada arus beban lebih tersebut. Lebih tinggi beban
lebih tersebut maka makin cepatlah geganti akan bertindak, begitulah sebaliknya.

Geganti ini menggunakan prinsip haba dan prinsip electromagnetic untuk operasi.
Jenis electromagnetik perlukan alat tambahan iaitu induction disc untuk
melewatkan trip contact menutup (closing). Terdapat juga geganti yang boleh
memberikan kedua-dua ciri tersebut.

Geganti ini bertujuan untuk mengesan kerosakkan mana-mana fasa kebumi pada
pemasangan elektrik di mana akan 'trip" C/B jika arus kerosakkan earth fault
current mencapai pada tatah yang telah di ''setkan. Pada prinsipnya , geganti ini
berfungsi apabila berlakunya "unbalance current pada mana-mana fasa sewaktu
berlakunya kebocoran arus ke bumi.

17
PERLINDUNGAN LITAR

Prinsip Operasi Geganti Kerosakkan Ke-Bumi

Jika arus beban maksima ialah 600A dan geganti E/F di-setkan pada 0.5A
pesamaan dengan 10%.

1- Dalam keadaan normal.


Prinsip Operasi Geganti Kerosakkan Ke-Bumi

Arus primary =11+12+13=0


=600+(-300)+(-300)=0

Arus secondary =11+12+13=0


=3+(-1.5)+(-1.5)=0
Dengan itu tiada arus yang mengalir untuk "energize"kan gegelong E/F kerana
arus pada C.T secondary iaiah (0)

2 . Apabila berlaku E/F sebanyak 100A pada fasa L1 (rujuk rajah 6.13)

Rajah 5.13

18
PERLINDUNGAN LITAR

Arus primary =11+12+13=0


=700+(-300)+(-300)=1 OOA

Arus secondary =11+12+13=0


=3.5+(1.5)+(-1.5)=0.5A

Fault =0.5A

Geganti E/F akan trip C/B kerana arus kerosakan ialah 0.5A di mana ia
mencapai pada tatah yang disetkan pada geganti E/F iaitu 0.5A

19
PERLINDUNGAN LITAR

6.4 SUIS UTAMA

Suis utama ialah suis pemutus utama yang mengawal suis-suis kecil dan mesin di
dalam sesebuah bangunan. Suis ini boleh dikendali oeh manusia atau secara
berkomputer. Suis utama selalunya dirujuk sebagai papan agihan ynag berfungsi
menyuap kuasa elektrik kepada litar-litar akhir dan menyediakan pemutus litar bagi
perlindungan pada setiap litar akhir. Bila litar dalam keadaan terlebih beban, fius
pada suis utama akan terpelantik. Kuasa elektrik akan diputuskan serta merta dan
ini mampu mengelak kebakaran dari beban labih tersebut. Tanpa suis utama, arus
dari beban lebih akan menyebabkan wayar elektrik menjadi panas dan
menyebabkan penebatnya cair hingga menyebabkan kebakaran elektrik.

Jenis – jenis suis utama:

i. Suis Fius : 32A, 63A


ii. Pemutus litar teracu (Moulleded Case Circuit Breaker – MCCB) : 40A, 60A,
100a

(b) Simbol digunakan oleh Suruhanjaya Tenaga

(a) Gambar MCCB

(c) Simbol antarabangsa yang digunakan pengeluar


MCCB serata dunia

Gambarajah 3 : MCCB / Suis Utama

20
PERLINDUNGAN LITAR

Surge Protection Devices (SPD)


Fungsi SPD adalah:
1. Menghadkan (transient voltage) voltan pusuan
2. Mengalihkan arus pusuan ke bumi

AC SPD DC SPD

Types of SPD (components):-

1. Spark gap
2. Gas Discharge Tube (GDT)
3. Thyristor (silicon-controlled rectifiers)
4. Avalanche Diode (SAD)
5. Varistor (MOV)
6. Hybrid (MOV + GDT)

21
PERLINDUNGAN LITAR

22
PERLINDUNGAN LITAR

6.6 DC PROTECTION

23
PERLINDUNGAN LITAR

LATIHAN
1. Nyatakan sifat-sifat yang perlu ada pada setiap alat perlindungan.

2. Senaraikan jenis-jenis perlindungan yang biasa diberi pada sesuatu pepasangan.

3. Namakan jenis-jenis alat perlindungan yang memberi perlindungan seperti senarai di atas.

4. Kenapakah perlindungan perlu diberikan pada setiap pepasangan?

5. Lukiskan gambarajah binaan Risidual Current Circuit Breaker (RCCB) dan jelaskan bagaimana

RCCB beroperasi.

6. Nyatakan perbezaan diantara Earth Fault Relay dan Earth Leakage relay.

7. Senaraikan jenis-jenis fius yang biasa digunakan.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan mekanikal.

9. Alat perlindungan apakah yang digunakan untuk melindungi pepasangan daripada arus lebih.

10. Apakah yang dimaksudkan dengan “single phasing”?

RUMUSAN

Dalam tajuk ini kita telah mempelajari mengenai tujuan sebenar mengapa perlunya alat
perlindungan dipasang bagi setiap pepasangan domestik dan industri. Sebelum
menggunakan alat perlindungan tersebut kita hendaklah mengenali sifat-sifat yang mesti ada
pada peranti itu. kita perlu jelas dengan maksud perlindungan dan alat perlindungan apakah
yang sesuai digunakan bagi melindungi sesuatu peasangan itu.
Oleh itu, perkara penting untuk menguasai tajuk ini adalah mengetahui sesuatu alat
perlindungan itu beroperasi.

RUJUKAN
A. Buku Teknologi Elektrik Tingkatan 4 , Abd Samad bin Hj. Hanif,Mohd Nazi bin Hj
Mustafa, Aminuddin bin Abdullah, 1995.
B. Pemasangan Dan Penyenggaraan Elektrik, Abd Samad Hanif, 1997.
C. Nota UiTM, Power Utilization (KEK 363), Prof. Madya Zaki, Uitm Pulau Pinang.

24

You might also like