You are on page 1of 15

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62250 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA PROGRAM / EE-320-2:2012 SINGLE AND THREE PHASE


PROGRAM’S CODE & NAME ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


EE-320-2:2012-C02 SINGLE PHASE DRAWING
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.AND
TITLE

1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING


SPECIFICATIONS AND PROCEDURES
2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOLS,
EQUIPMENT AND MATERIALS
3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
4. CARRY OUT SINGLE PHASE EARTHING
SYSTEM INSTALLATION
5. CARRY OUT SINGLE PHASE DISTRIBUTION
NO. DAN PERNYATAAN BOARD (DB)(METALLIC OR INSULATED)
TUGASAN/ WORK ACTIVITIES INSTALLATION
NO.AND STATEMENT 6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES
INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL
INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE SINGLE PHASE WORK ACTIVITIES
REPORT

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

TAJUK / TITLE:
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih
tentang langkah membuat pendawaian satu fasa berdasarkan gambar rajah pendawaian,
menyediakan alat tangan, peralatan dan bahan berdasarkan jenis pendawaian,dan mendawai
litar satu fasa berdasarkan gambar rajah pendawaian.

1. PENDAWAIAN TERSEMBUNYI

1.1. Pemasangan Pendawaian Tersembunyi

Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara permukaan atau tersembunyi.
Pendawaian tersembunyi biasanya dilakukan ketika kaperingkat pembinaanpbangunan.
Dalam sistem ini, kabel atau pembuluh dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak
kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke
terminal aksesori-aksesori. Dimana kita boleh tengok sistem ini? Contoh paling mudah
ialah di rumah kita sendiri (rumah batu). Kita boleh nampak kotak soket, kotak suis, lampu
dan juga kipas dekat dinding atau siling, tetapi kita tak nampak sebarang kabel diluar
dinding dan siling. Inilah dinamakan sistem pendawaian tersembunyi untuk tujuan
kekemasan dan memberi perlindungan kepada kabel untuk tempoh yang lebih lama

1.1.1 Jenis Pendawaian Tersembunyi

a) Rajah 1(a) dan 1(b) menunjukkan pendawaian tersembunyi menggunakan pembuluh

38
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

pembuluh

Suis jenis
metal lad
atau
flush

Iron box
(circular)

(a) (b)
Rajah 1 (a) dan 1 (b) : Pendawaian tersembunyi menggunakan pembuluh

b) Rajah 2(a) dan 2(b)menunjukkan pendawaian tersembunyi menggunakan kabel bertebat

Lampu Dinding

Dinding yang Kabel


belum dilepa
simen

Pemalap
lampu
39
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

(b)

(a)

Rajah 2 (a) dan 2(b) : Pendawaian tersembunyi menggunakan kabel bertebat

1.1.2Kaedah pemasangan kabel

 Pendawaian tersembunyi boleh dibuat samada semasa bangunan sedang dibangunkan


atau bangunan sudah siap. Jika bangunan itu telah siap, proses memecah dinding konkrit untuk
menebuk alur hendaklah dilakukan mengikut saiz dan ukuran kondiut serta ketebalan kabel yang
hendak ditanam

 Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan, kondiut atau kabel hendaklah diletakkan sebelum
dinding di lepa (plaster). Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pendawaian dilakukan.

 Saiz lurah akan ditandakan terlebih dahulu pada dinding atau lantai. Bahagian yang ditanda itu
kemudiannya akan dipotong dengan menggunakan mesin pencanai dan dibuang atau dipecahkan
dengan menggunakan tukul dan pahat

 Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 25mm
kedalamannya ialah 40mm dan bagi kondiut berukuran 19mm kedalaman lurah dinding
ialah 30mm.

 Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel biasanya berukuran antara 12mm
hingga 20mm juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.

 Kabel boleh dibentangkan terus pada lurah dan diklip pada bahagian batu supaya tidak terkeluar
daripada laluannya ketika kerja-kerja melepa dilakukan.

 Ketika menebuk lurah, elakkan membina laluan kabel di tempat-tempat berikut untuk mengelakkan
kerosakan kabel:

a) Ruang untuk menggantung gambar, jam dan hiasan rumah


b) Di atas bahagian tingkap dan pintu
c) Tiang sokongan

Rajah 3 menunjukkan Pendawaian Tersembunyi yang telah siap dipasang

40
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

Rajah 3 : Pendawaian Tersembunyi yang telah siap dipasang.

1.1.3 Kebaikan - kebaikan pendawaian tersembunyi:

 Pendawaian jenis ini lebih kemas / cantik.


 Selamat kerana tidak terdedah kepada kerosakan mekanikal, bahan kimia dan haba.
 Tahan lama

1.1.4Kelemahan pendawaian jenis ini:

 Apabila ada kerosakan sukar untuk diperbaiki


 Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel
 Punca kerosakan sukar dikesan
 Kebarangkalian terkena paku akibat ketukan pengguna.

1.1.5Ciri-ciri pemilihan sistem tersembunyi


 Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa;
 Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen;
 Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik;
 Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan;
 Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak;
 Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama;
 Kadar kuasa beban yang dipasang kecil
1.1.6 Jenis-Jenis Kabel
Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan
bergantung kepada kaedah pendawaian dan perlindungan mekanikal yang dibuat:

 Pendawaian tersembunyi menggunakan pembuluh : kabel PVK


 Pendawaian tersembunyi tanpa pembuluh : kabel PVK/PVK

1.2 Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Tersembunyi

41
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

Rajah 4 menunjukkan gambar foto langkah-langkah untuk melakukan pemasangan


pendawaian tersembunyi yang akan membantu anda memahami bagaimana membuat
pendawaian tersembunyi nanti.

Langkah 1 : Langkah 2:
Bina garisan untuk laluan kabel pada dinding Tebuk lurah untuk laluan kabel dengan
berdasarkan gambar rajah skematik yang menggunakan peralatan yang sesuai.
diberi.

Langkah 3: Langkah 4:
Lurah laluan kabel yang telah siap ditebuk Masukkan kabel dalam pembuluhyang telahsiap
dipasang berdasarkan gambar rajah pendawaian

Rajah 4 :Gambar foto langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian tersembunyi

42
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

Langkah 5 : Langkah 6:
Sediakan mortar untuk melepa lurah laluankabel Melepa lurah laluan kabel

Langkah 7: Langkah 8:
Kabel yang telah siap ditutup dengan Pengujian litar hidup dilakukan setelahsemua alat
menggunakan mortar tambah dipasang. Pastikan semua ujian litar
hidup hendaklah dengan kebenaran dan
pengawasan guru.

Rajah 4 :Gambar foto langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian tersembunyi

1.2.1 Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Tersembunyi

Bagi memastikan penghasilan kerja-kerja pendawaian yang baik, kemas dan selamat,amalan-
amalan kerja berikut mestilah dilakukan:

 Semua kabel pemasangan hendaklah dicengkam dengan timah seberapa tegang yang boleh
 Sambungan kabel hanya boleh dilakukan di tamatan alat tambah.
 Laluan pemasangan kabel mestilah dirancangkan terlebih dahulu bagi mengelakkan litar
daripada bertindih.
 Punca-punca bagi kabel hidup, neutral dan suis mestilah ditandakan terlebih dahulu sebelum
kerja-kerja pemasangan kabel dijalankan.

43
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

 Semua pemasangan kabel atau alat tambah mestilah mengikut peraturan IEE/STM yang
telah ditetapkan.

1.3 Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat Pendawaian Tersembunyi

Semasa melakukan kerja pendawaian, peralatan asas yang diperlukan adalah sama bagi
semua jenis pendawaian seperti pemotong kabel, playar, tukul, pemutar skru dan pena penguji.
Walaupun begitu terdapat peralatan khusus yang diperlukan bergantung kepada jenis
pendawaian yang hendak dilakukan.Dalam kerja pendawaian tersembunyi ini peralatan yang
anda gunakan perlulah dalam keadaan yang baik dan boleh berfungis sepenuhnya. Bagi mesin
dan peralatan elektrik yang digunakan perlulah dipastikan peralatan tersebut menepati spesifikasi
keselamatan yang diperlukan bagi mengelakkan sebarangan kemalangan yang berpunca dari
penggunaan peralatan yang tidak menepati piawai.
Setelah selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda gunakan mestilah disusun
dengan kemas dan diletakan ke tempat asal berdasarkan 5S. Begitu juga juga baki bahan yang
digunakan seperti kabel, dan klip timah mestilah disimpan semula. Amalkan sikap jimat cermat
dan menjaga kebersihan.

Rajah 5 dibawah menunjukkan peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah bagi
laluan kabel dalam melakukan pendawaian tersembunyi.

Bil Nama Peralatan Kegunaan


Peralatan

1 Mata dan mesin Digunakan untuk


pencanai memotong dinding konkrit
bagi membina lurah bagi
laluan kabel.

Mata mesin pencanai


yang digunakan adalah
mata khas yang
digunakan untuk
Mata memotong konkrit
Mesin pencanai

44
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

Digunakan bagi
2 Mata dan mesin memecahkan konkrit
penukul elektrik mengikut lurah yang
dipotong oleh mesin
pencanai bagi tujuan
laluan kabel.
Mata
Terdapat berbagai jenis
mata pahat yang boleh
digunakan mengikut
Mesin penukul elektrik kesesuaian tempat dan
jenis kegunaan.

Rajah 5: Peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah

Bil Nama Peralatan Kegunaan


Peralatan
Digunakan untuk
3 Tukul Hujung Rencong mengetuk pahat untuk
memotong bata.

Hujung kepala tukul


direncongkan dan
mempunyai berat di
Pemegang antara 1.13 kg hingga
1.36 kg.

Ianya digunakan untuk


4 Pahat besi Pahat mata tajam memotong bata atau
dinding simen bagi
membuat lurah untuk
laluan kabel.

Terdapat dalam bentuk


tajam atau rata dan
kegunaannya bergantung
kepada kesesuaian
tempat kerja.
Pahat mata rata

Rajah 5: Peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah

1.4 Teknik Melepa Alur Pendawaian Tersembunyi

45
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

Setelah lurah laluan kabel disediakan, anda perlu masukkan kabel atau paip dalam lurah
tersebut bergantung kepada kaedah yang hendak anda gunakan. Setelah itu anda perlu
menutupkabel dan lurah tersebut dengan menggunakan mortar. Ini bertujuan untuk menutup
semua lurah-lurah yang dibuat dengan menggunakan lepaan mortar. Dalam melaksanakan kerja
melepa alur pendawaian tersembunyi, pengetahuan dan ketelitian semasa membancuh adalah
penting untuk menjamin kekuatan serta mutu hasil kerja yang diperlukan.

Lepaan simen terdiri daripada campuran simen pasir dan air bagi menghasilkan mortar.
Nisbah bancuhan antara simen dan pasir yang digunakan adalah 1: 3, iaitu nisbah 1 untuk simen
dan nisbah 3 untuk pasir.

Semasa melakukan kerja melepa, peralatan khusus diperlukan. Rajah 6dibawah menunjukkan
peralatan dan kegunaannya bagi kerja melepa lurah laluan kabel.

Bil Nama Peralatan Kegunaan


Peralatan

1 Sekop Sekop hujung tajam Sekop hujung persegi


(Showe) Diperbuat daripada
logam dengan
pemegang kayu dan
digunakan untuk
mencedok bahan-bahan
seperti pasir , simen ,
tanah dan lain-lain.

46
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

2 Perata logam
Perata Logam
digunakan untuk kerja-
kerja lepaan yang
besar. Bagi kerja-kerja
lepaan lurah, perata
logamini sekadar
digunakan untuk kerja-
kerja melicin permukaan

3 Kayu Perata Diperbuat daripada kayu


( Floats ) atau logam dan ianya
digunakan dalam kerja-
kerja kemasan untuk
menghasilkan
permukaan yang rata
tetapi tidak licin kepada
lepaan.

Rajah 6 :peralatan dan kegunaannya bagi kerja melepa lurah laluan kabel.

Bil Nama Peralatan Kegunaan


Peralatan

3 Sudip bata Sudip bata digunakan untuk


menerap bata. Ukurannya
adalah di antara 229mm
hingga 356mm panjang .
Cara kegunaannya :

i. Mengambil motar
dari papan motar
meletakkan pada
hok.
ii. Melepa pada lurah
yang hendak
dilepa.

47
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

4 Hok (Hawk) Diperbuat daripada papan


berukuran
230mm x 230 mm dengan
satu pemegang dilekatkan
bersudut tepat sama ada di
bawah atau di tepinya dan
digunakan untuk meletak
Hok kayu pemegang di motar semasa membuat
bawah lepaan.

Hok logam/plastik

Hok kayu
pemegang di sisi

Rajah 6 :peralatan dan kegunaannya bagi kerja melepa lurah laluan kabel.

1.5 Pengujian Pendawaian

Setiap pendawaian yang telah siap perlu dilakukan pengujian bagi memastikan semua pemasangan
litar adalah dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
Pengujian yang perlu dilakukan adalah:

1. Ujian keterusan
2. Ujian rintangan penebatan
3. Ujian kekutuban
4. Ujian rintangan elektrod bumi
5. Ujian peranti arus baki

1.5.1 Ujian Keterusan

Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama

48
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

1. Ujian keterusan pengalir pelindung


2. Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
3. Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral

Semua pengujian yang dinyatakan di atas perlu dilakukan pada semua pendawaian yang telah siap
melainkan ujian keterusan pengalir litar gelang. Ujian ini hanya perlu dilakukan pada pada litar soket alir
keluar litar gelang sahaja.

1.5.2 Ujian Keterusan Pengalir Litar Gelang

Ujian ini dilakukan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan disepanjang litar
gelang..Alat pengujian yang digunakan ialah – Meter Pelbagai (Julat Ohm) atau Meter Ohm.

1.5.3 Kaedah Pengujian

Rajah 7 menunjukkan bagaimana ujian keterusan pengalir litar gelang dilakukan.

1. Tanggalkan kedua-dua punca pengalir hidup dari PLM , pengalir neutral dari terminal
neutral dan pengalir bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan.
2. Sambungkan probpenguji seperti rajah xxx ( contoh yang diberi antara punca E-E).
3. Ulang tatacara bagi punca (L-L) dan (N-N).

49
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

4. Nilai bacaan meter bagi keterusan yang baik hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Asingkan kedua-dua punca


kabel dariPLM/Fius

Ambil bacaan dikedua-dua punca


pengalir bumi dan catatkan bacaan
rintangannya

Meter ohm

Rajah 7: Kaedah pengujian keterusan pengalir litar gelang

Soalan

1. Nyatakan jenis pendawaian tersembunyi berdasarkan gambar di bawah.

Lampu Dinding

50
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02 /P(2/4)
Drp / Of :7

Dinding yang
Kabel
belum dilepa

Pemalap
lampu

a) ………………………... b) ……………………………

2. Nyatakan kegunaan peralatan berikut dalam kerja-kerja pendawaian tersembunyi:

a. Mesin pencanai : .....................................................................................................

b. Pahat besi : .....................................................................................................

c. Perata logam : .....................................................................................................

Rujukan :

1. Md Nasir Abd Rahman, Panduan Pendawaian Elektrik Domestik: I.E.E edisi 16 BS7671:1992
Pindaan2, 1997, Kuala Lumpur
2. Abd Samad Hanif, Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik, Edisi Kedua, Kuala Lumpur
3. Haji Yahya bin Emat, Panduan Peraturan I.E.E, Kuala Lumpur
4. Abd Samad b Haji Hanif, Teknologi Elektrik untuk Sekolah Menengah Vokasional Tingkatan 4
dan 5, Kuala Lumpur

51

You might also like