You are on page 1of 17

Kod Kertas IKBN.A1.11.03.

1(T) Page 1 of 17

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

TAHAP A1

11. PAPAN SUIS


DUTI

TASK 11.03 KOMPONEN-KOMPONEN

SUB TASK 11.03.01 PEMUTUS LITAR

MENGENALI SEMUA KOMPONEN-KOMPONEN PAPAN SUIS


OBJEKTIF
DAN MEMAHAMI FUNGSI SETIAP SATUNYA SUPAYA MUDAH
PENCAPAIAN PIAWAI
DIKENDALIKAN.

TAJUK PEMUTUS LITAR

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN


TUJUAN
Pengenalan tentang Pemutus Litar di dalam Papan Suis

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 2 of 17

PENGENALAN

1. Pengenalan.
Papan Suis Utama merupakan satu rangkuman perkakas elektrik yang digunakan untuk
pensuisan, perlindungan dan pengukuran untuk keseluruhan beban agihan dipasang pada
punca masuk bekalan utama. Saiz PSU adalah bergantung kepada sejumlah pemasangan
alat pengukuran, alat perlindungan dan jenis beban di bawah kawalannya.

2. Keselamatan.

Dalam menjalankan tugas terutama mengendali Papan Suis Utama bagi sesuatu bangunan
atau komplek, perkara yang penting sekali perlu diingat adalah tentang keselamatan nyawa
dan hartabenda, oleh sebab itu beberapa undang-undang telah dikuatkuasa seperti ST
(Suruhanjaya Tenaga), IEE dan lain-lain lagi. Kesemua undang-undang tersebut
mementingkan satu perkara iaitu “ KESELAMATAN NYAWA DAN HARTABENDA ”.

Beberapa perkara yang mustahak yang perlu diberikan penekanan adalah :-

2.1. Bilik Suis hendaklah terletak di tempat yang sesuai dari segi keselamatan
dan kedudukkan beban-beban elektrik yang akan dipasangkan kepada Papan Suis
Utama.

2.2. Saiz-saiz Papan Suis Utama dan kabel-kabel masuk dan keluar adalah mencukupi
untuk membawa beban elektrik yang telah dirancang dan juga pemasangan jangka-
jangka berkaitan yang disediakan untuk menunjukkan penggunaan beban, voltan
dan sebagainya.

2.3. Alat-alat perlindungan tersedia untuk menjaga keselamatan pepasangan dan juga
keselamatan pengendalian pepasangan semasa kerosakan.

2.4. Litar-litar akhir perlu disusun dan dibahagikan di papan-papan agihan supaya
bahagian yang rosak ataupun yang memerlukan penyenggaraan, boleh diasingkan
daripada sistem elektrik dengan mudah dan senang hendak disenggarakan.

2.5. Peralatan-peralatan elektrik yang digunakan adalah dari jenis yang bermutu dan
telah diluluskan penggunaannya oleh Pejabat Ketua Pengarah Suruhanjaya
Tenaga. Penempatan pepasangan-pepasangan elektrik perlulah dirancang dari segi
keselamatan pepasangan dan pengguna dengan mengambil perhatian tentang
kelegaan tempat kerja untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dengan
mudah dan selamat.

3. Jenis-jenis Papan Suis Utama.

Umumnya, ada tiga (3) jenis Papan Suis Utama yang biasa digunakan iaitu:

a. Jenis melekat di dinding – untuk pemasangan yang kecil sehingga 100 A.


b. Jenis pedestal – untuk pemasangan yang sederhana (mempunyai kaki).
c. Jenis cubicle – untuk pemasangan – pemasangan yang besar.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 3 of 17

Kepingan keluli yang digunakan membuat P.S.U. mestilah berukuran tidak kurang daripada
2.6 mm (ketebalan) ianya disalut zink bagi melawan karat.

Saiz Papan Suis Utama yang hendak direka biasanya mempunyai 20 % simpanan untuk
melakukan kerja-kerja penambahan dikemudian hari, yakni tambahan suisgear/pengasing,
kabel, kapasitor bank dan peralatan lain.

Papan Suis Utama juga mestilah dibumikan mengikut peraturan TNBD/IEE dengan
menggunakan pita tembaga (cooper strip) berukuran 1” x 1/8” dan batang teras tembaga
keluli digunakan sebagai elektrod bumi (copper rode).

4. Lokasi dan keperluan Papan Suis Utama.

4.1. Lokasi Papan Suis Utama.

4.1.1. Di tempatkan dimana terdapat penggunaan beban yang tinggi, bagi


mengurangkan perbelanjaan sub-mains dan penggunaan kabel.

4.1.2. Bilik Papan Suis Utama hendaklah ditempatkan di suatu tempat yang
terhindar daripada berlakunya banjir.

4.1.3. Saluran-saluran yang mencukupi bagi tujuan untuk kemasukan dan juga
keluaran kabel.

4.1.4. Ditempatkan di dalam kawasan khas dan mempunyai pintu yang terkunci.

4.1.5. Panjang, lebar dan tinggi Papan Suis Utama perlulah diambil-kira sebelum
kerja-kerja merekabentuk ruang bagi Papan Suis Utama.

4.2. Keperluan di dalam bilik Papan Suis Utama.

4.2.1. Ruang kosong berukuran 2 ½’ di bahagian belakang dan 4 ½’ hingga 5’ di


bahagian hadapan serta 2.5’ di kiri & kanan Papan Suis Utama bagi
memudahkan melakukan kerja-kerja penyenggaraan tehadap Papan Suis
Utama (jenis cubicle).

4.2.2. Bilik Papan Suis Utama memerlukan pengedaran udara yang baik.

4.2.3. Semua pintu dan lubang udara hendaklah dipasang dengan anti
vermin ‘proof netting’.

4.2.4. Tersedia lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar yang
mencukupi.
4.2.5. Tersedia dengan peralatan keselamatan seperti Alat Pemadam Api mudah-
alih Co2 (adalah lebih baik jika dipasang dengan sistem automatik alat
pencegah kebakaran), Carta Pertolongan Cemas (CPR), Kotak Perubatan,
Tikar Getah (diletak di bahagian hadapan Papan Suis) dan Papan Tanda
Amaran.

4.2.6. Rajah Skema (satu garisan) lengkap hendaklah dipaparkan di dalam bilik
PSU.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 4 of 17

5. Komponen Umum Suisgear P.S.U.

5.1. Busbar.

Busbar yang digunakan adalah dari jenis ‘ hard drawn high conductivity copper ’
yang boleh tahan dalam keadaan kerosakan maksima 31 MVA. Andaian maksima
ketumpatan arus bagi busbar tembaga mestilah 155 A bagi 1 cm² atau 1000 A bagi
1 inci. Basbar hendaklah dicat dengan warna merah, kuning, biru dan hitam untuk
mengenal antara fasa dengan neutral. Neutral basbar mestilah mempunyai saiz
yang sama dengan saiz basbar fasa.

5.2. Pengasing (Isolator).

Pengasing (Isolator) digunakan untuk pengasingan tempatan sahaja. Ianya tidak


digunakan untuk mengawal kabel. Pengasing (Isolator) adalah berlainan daripada
suis dimana ianya dikehendaki di ‘ OFF ’ apabila litar berkenaan tidak membawa
arus. Tujuannya untuk memastikan bekalan tidak boleh dipulihkan sekiranya suis
kawalan di ‘ ON ’ yang boleh mendatangkan bahaya sekiranya pada ketika itu
pengendali tidak menyangka bahawa litar–litar kawalan dihidupkan semula atau pun
pada ketika itu pengendali sedang melakukan kerja-kerja penyenggaraan mekanikal
sedang dijalankan.

5.3. Basbar Coupler.

Basbar coupler juga merupakan pengasing, biasanya ia digunakan untuk


menyambung dua basbar dari berlainan kemasukan dengan kadaran yang sama.
Untuk mengelakkan basbar coupler (pengasing) dari dua kemasukan bekalan yang
berlainan diONkan serentak, ianya mestilah dijalinkan/digunakan dengan kekunci
kait-punca (interlock).

5.4. Alatubah Arus (Current Transformer).

Alatubah arus (Current Transfomer) digunakan di dalam sesuatu pemasangan


adalah bagi mengelakkan penempatan ammeter, faktor kuasa meter dan geganti
terus kepada talian.
Pemasangan permeteran dan geganti dengan menggunakan CT adalah mempunyai
kebaikan seperti berikut:-

a. Terminal alatubah telah dikeluarkan daripada talian dan satu terminal lagi telah
dibumikan, dengan itu pengguna dan peralatan yang digunakan boleh dijauhkan
daripada apa-apa punca bahaya.

b. Nisbah 1: K arus di dalam meter akan menjadi 1/K kali arus dan
dengan pergerakan meter sebanyak 5A boleh digunakan bagi
mengukur arus yang lebih besar.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 5 of 17

5.5. Kabel.

Kabel yang biasa digunakan di dalam pepasangan PSU ialah dari jenis yang
berikut:-

a. PVC.
b. PVC/PVC.
c. PVC/SWA/PVC.
d. PILCDSTAR.

‘Cable-box termination’ digunakan untuk penamatan kabel jenis PILCDSTAR dan


bagi penggunaan kabel dari jenis PVC/SWA/PVC adalah menggunakan penamatan
jenis ‘cable-gland’. Kabel-kabel tersebut biasanya diamalkan untuk pemasangan
kabel bawah tanah.

5.6. Sesentuh (Contactor).

Sesentuh atau contactor terdiri daripada banyak jenis. Ianya selalu digunakan
bersama-sama dengan alat-alat seperti suis masa (timeswitch), kapasitor bank,
motor-motor dan lain-lain peralatan memandangkan sesentuh mempunyai
keupayaan memutus beban tersambung. Sesentuh mempunyai ‘relay coil’ yang
membuka dan menutup suis. Ianya boleh didapati dalam berbagai-bagai sukatan
arus bergantung kepada peralatan yang digunakan.

6. Komponen-komponen Perlindungan Pada PSU.

6.1. Suis Fius (low current).

Suis Fius adalah sesuatu unit tunggal terdiri daripada pengasing bersiri dengan fius
HRC. Ianya tidak terasing dari litar apabila suis diOFFkan, ia berbentuk SP&N dan
TP&N dengan ukuran piawai 15 A, 20 A, 30 A, 45 A dan 60 A.

6.2. Fius Suis (high current).

Fius Suis merupakan Pengasing dan juga sebagai alat perlindungan di mana fius
HRC ditumpangkan di dalam pengasing membentuk sebagai daripada jalan pengalir
pengasing. Apabila di OFF kan fius terpisah dari palang basbar. Keutamaannya
digunakan bagi mengawal beban yang berbentuk TP&N dengan ukuran piawai 60 A,
100 A, 160 A, 200 A, 300A, 400 A, 500 A, 600 A, 800 A dan 1200 A.

6.3. Fius.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 6 of 17

Fius merupakan perlindungan arus berlebihan yang paling senang digunakan. Fius-
fius yang biasa digunakan adalah:-

a. Fius Rewireable iaitu sejenis fius yang paling ringkas dan murah yang masih
digunakan secara meluas di samping banyak keburukannya.
b. Fius cartridge adalah lebih berkemajuan dimana sukatan bagi penukaran
elemen fius yang telah ditetapkan oleh pihak Pengeluar. Dengan itu sukatan
fius boleh diketahui dengan tepat dan elemen fius susah luntur.
c. Fius H.R.C. merupakan fius yang berkebolehan menghindar arus-arus
kerosakan yang berat dengan selamat. Sifat-sifatnya boleh direka untuk
disesuaikan dengan keadaan beban yang digunakan. Fius-fius jenis ini
biasanya digunakan bagi melindungi beban-beban industri yang besar,
kabel-kabel utama dan keadaan lain dimana kerosakan-kerosakan arus yang
besar berlaku.

6.4. Residual Circuit Breaker / Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB).

Residual Circuit Breaker membawa maksud perbezaan di dalam arus. Ini bermakna
alat ini bergantung terus kepada keadaan dimana terdapat perbezaan di antara arus
(ketidak-seimbangan) yang masuk melalui sesuatu beban dan arus yang keluar dari
beban yang sama. Dalam ertikata yang lain alat ini hanya akan bertindak apabila
mengalami keadaan yang tersebut di atas.

Sebelum alat dikenali dengan nama Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) dan
sekarang ianya telah dikenali dengan nama Residual Current Device (RCD).

Contoh:
Sekiranya kita bekalkan arus sebanyak 5 A kepada sesuatu litar elektrik yang
mempunyai beban (gelung) dan didapati arus yang mengalir keluar ke bumi melalui
bingkai alat (earth leakage) keadaan ini dapat dikesan (detect) dengan
menggunakan satu gelung berpandukan prinsip dimana arus yang masuk ke dalam
sesuatu sistem elektrik adalah sama dengan arus yang keluar dari sistem yang
sama.
Gelung ini dinamakan gelung pengesan (search coil) dimana sekiranya arus yang
masuk adalah tidak sama dengan arus yang keluar, gelung pengesan ini akan dapat
mengesan arus beza (Residual Current) untuk membuka sambungan ke beban.

6.5 Miniature Circuit Breaker (MCB).

MCB digunakan sebagai gentian fius, bagi mengawal pemasangan domestic dan
beban-beban kecil. Sifat-sifat MCB ialah:-

a. Nilai terpelantik beban lebih di tetapkan oleh pihak pengeluar dan tidak boleh
ditukar.
b. Ia akan terpelantik bila berlaku beban lebih (overload). Tidak perlu ditukar,
hanya perlu diONkan semula.
c. Litar-litar yang rosak senang dikesan.
d. Bekalan boleh dipulihkan dengan cepat dan mudah.

6.6. Pemutus Litar Kotak Teracu (MCCB – Moulded Case Circuit Breaker).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 7 of 17

Dengan perubahan teknologi MCCB direka untuk pengguna dengan kadaran arus
sehingga 400 A, dan dimasa akan datang kemungkinan ianya mampu membawa
arus yang lebih tinggi lagi.

Dari segi penggunaan MCCB adalah pengganti kepada fius, mempunyai beberapa
kebaikan jika dibandingkan dengan fius, seperti MCCB hanya perlu di ON kan sahaja
sekiranya ia memutus. Ketiga-tiga fasa akan memutus apabila berlaku beban lebih
pada salah satu fasa maka masalah ‘single phasing’ tidak berlaku. MCCB boleh
melindungi arus bocor ke bumi dengan disambungkan pada CT dan geganti E/F
(bergantung kepada binaan sesuatu MCCB), dengan itu masa senggaraan dapat
dikurangkan dan kos dapat dijimatkan.

Kebanyakkan MCCB menggunakan prinsip medan magnet pada sebuah gelung.


Gelung ini bersiri serta sebahagian dari litar utama. Medan magnet akan bertambah
kuat apabila arus masuk pada MCCB sehingga melebihi had yang tertentu dan
menyebabkan MCCB ‘trip’.

MCCB juga menggunakan kaedah ‘bimetal strip’ yang akan membengkok apabila
panas berlebihan disebabkan arus lebih yang masuk ke MCCB. Kaedah ini adalah
untuk perlindungan beban lebih dimana tindakannya agak perlahan dan terkandung
unsur lewat masa.

Namun begitu ada juga MCCB yang menggunakan prinsip tekanan ‘arcing gas’.
Tekanan yang berlebihan akan menyebabkan mekanisma tertentu bergerak dan
menyebabkan MCCB terpelantik. Keadaan sebegitu sesuai untuk perlindungan arus
lebih.

Bahagian bingkai MCCB diperbuat dari bahan bukan logam (polyester resin) dan ia
dipasang tetap serta tidak boleh ditarik keluar dengan mudah seperti ACB.

6.7. Pemutus Litar Udara (ACB).

Sekiranya Pemutus Litar Udara digunakan bersendirian tidak boleh memberi apa-
apa perlindungan kerana pemutus litar akan berfungsi sebagai pengasing sahaja. Ia
hendaklah dilengkapkan dengan geganti beban lampau (O/C) dan geganti
kerosakan bumi (E/F) dan dibantu oleh alatubah arus (Current Transfomer (C.T).

Saiz Pemutus Litar Udara yang paling kecil adalah berkadar 630 A., biarpun saiznya
630 A tetapi ia boleh ditatah untuk 300 A asalkan alatubah arus (C.T) yang
digunakan ialah 300/5 A atau penatahan dilakukan pada geganti beban lampau.

Pemutus Litar Udara hendaklah berfungsi apabila berlakunya arus lebih seperti yang
telah ditetapkan seperti berikut:-

100 % terus menerus. (to carry).


120 % Selama lima (5) minit. (to trip with in 5 minit)
150 % terpelantik serta merta. (to trip in 1 second).

Ujian menentukan penatahan ini dikendalikan oleh TNBD Bahagian Perlindungan


atau Jurutera Perkhidmatan yang diiktiraf. Ujian dibuat pada tiga peringkat:-

a. Alatubah arus (C.T) di uji nisbah-nisbahnya.


b. Primary Injection.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 8 of 17

c. Secondary Injection.

Kerosakkan ke bumi dikesan oleh geganti dengan menggunakan turutan


kosong/zero. Peraturan tatah kebocoran ke bumi boleh dipilih dari 10%, 20%
hinggalah 100%. Kebiasaannya tatah kebocoran ke bumi ditatah pada 10 %. Jika
semasa pemasangan itu bebannya terdiri dari motor-motor maka tatah kebocoran
ditetapkan pada 20% atau 30%.

Memahami Operasi Pemutus Litar Udara.

R Y B

F T F T F T

E/F

F= Time Lag Fuse T = Tripping Coil.

Gambarajah di atas menunjukkan litar Pemutus Udara yang menggunakan


‘Time Lag Fuse’ (buat masa sekarang Oil Dashpot digunakan dalam ACB). ‘Time
Lag Fuse’ menggunakan fius 5A yang khas ia tidak sama dengan fius biasa. Fius ini
mempunyai ciri-ciri yang sama dengan penentuan tatah.

5A - Terus menerus (100%)


6A - 5 minit (120%)
7.5A - Serta Merta (150%).

Jadi dengan sebab inilah nisbah alatubah arus sentiasa 100/5A, 400/5A, 1600/5A
dan sebagainya. Apabila arus 100% atau kurang pada gelung utama, alatubah arus
(C.T) akan menyebabkan arus 5A atau kurang pada gelung sekunder (secondary)
dan arus ini akan mengikut laluan yang kurang rintangan. Tripping coil adalah dari
jenis Aruhan, jadi ia merupakan rintangan baru arus ulangalik dan fius kelihatan
sebagai litar. Apabila arus lebih daripada 100% mengalir ke busbar dan
menyebabkan arus lebih daripada 5A di gelung sekunder, fius akan cair dan arus
terpaksa melalui tripping coil dan menyebabkan Pemutus Litar terpelantik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 9 of 17

6.8. Geganti (Relay).

Geganti digunakan untuk menentukan tahap kerosakkan bagaimana yang


memerlukan pemutus litar bertindak memutuskan bekalan. Secara amnya geganti
yang terdapat pada PSU voltan rendah digunakan untuk perlindungan arus lebih,
beban lebih dan rosak ke bumi.
Terdapat dua (2) jenis geganti utama dalam PSU.

a. Instantaneous (sertamerta).
Memutuskan bekalan sebaik sahaja nilai kerosakkan mencapai tahap yang
ditentukan (set value). Oleh itu ia tidak penatah masa.

b. Lewat masa (time delay).


Mempunyai penatah masa oleh itu walaupun nilai kerosakkan telah
mencapai tahap tertentu (set value) ia masih boleh berada dalam keadaan
yang tidak memutuskan litar dalam beberapa jangka masa yang tertentu.

Namun begitu ada geganti yang boleh memberikan kedua-dua ciri di atas. Geganti tersebut
adalah Geganti Bocor Ke bumi (Earth Leakage Relay). ELR memberikan perlindungan
kepada bocor ke bumi untuk nilai yang kecil (maksima 300 miliampiar) dan lewat masa yang
terhad (0.1 saat) dan digunakan pada Papan Suis kecil (Sub-Switchboard) atau Papan Suis
Utama bersaiz kecil (sehingga 300 A)

7. Alat Pengukuran (Permeteran)

Alat ukur di Papan suis utama yang dimaksudkan adalah alat untuk mengukur arus, voltan,
faktor kuasa dan KWH meter. Ianya adalah berguna dalam kerja-kerja penyenggaraan.
Semua yang dinyatakan adalah panduan dalam kerja-kerja seharian.

7.1. Meter Arus.

Mengukur penggunaan arus di Papan Suis Utama. Untuk mengukur arus yang besar
C.T akan digunakan bagi menukar nilai arus. Suis pemilih (A/S/S) digunakan bagi
mengurangkan penggunaan ammeter, sekiranya suis pemilih tidak digunakan maka
hendaklah menggunakan tiga ammeter. Bagi sesetengah PSU permintaan arus
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 10 of 17

maksima (MD) ditunjukkan oleh jarum berwarna merah yang dipasang bersama-
sama di dalam meter arus.

R Y B N

S1 S1 S1

S2 S2 S2

Gambarajah 3 Meter Ampiar.

Jangka Ampiar digunakan untuk mengukur nilai arus bagi sesuatu litar pada unit
miliampiar (mA) dan kiloampiar (kA).
R Y B N

S1 S1 S1

S2 S2 S2

Gambarajah 1 Meter Ampiar bersama selector suis.

7.2. Meter Voltan.


Alat mengukur Voltan pada pepasangan di Papan Suis Utama. Bersambung terus
pada basbar melalui suis pemilih. Fius yang digunakan berkadar 6 A bagi mengawal
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 11 of 17

arus yang masuk pada meter. Lampu Penunjuk Fasa (Merah, Kuning dan Biru)
dipasangkan selari dengan meter voltan.

R Y B N
HRC 6A
V/S/S

2
2.5 mm PVC METER
VOLT

7.3. Meter Faktor Kuasa.


Menunjukkan faktor kuasa untuk beban semasa. Biasanya penyambungan dibuat
satu fasa diambil pada arus dan dua fasa lagi diambil dari voltan.
Kuasa ketara (VA) dan Kuasa Sebenar (Watt). Nisbah Watt (W) kepada Volt-Ampere
(VA) dikenali sebagai Faktor kuasa Cos Ø.
Jangka ini digunakan untuk mengukur Sudut Fasa atau Faktor Kuasa yang
disebabkan oleh Beban Aruhan (inductive load) atau Beban Kapasitif (capacitive
load).

7.4. Meter KWH.


Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh
pengguna.

7.5. Meter KVARH.


Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur dan mendapatkan nilai purata faktor
kuasa, nilai KHW diperlukan bersama bagi tujuan ini.

8. Bank Kapasitor.

Kuasa masukan tidak seratus peratus dapat digunakan pada bahagian keluaran mesin
tersebut atau tidak dapat diukur oleh meter KWH. Kuasa yang hilang dikenali sebagai
kuasa reaktif dengan unit kVAr. Kuasa reaktif digunakan oleh mesin untuk menukarkan
tenaga elektrik atau tenaga mekanikal. Besar atau kecil nilai kVAr akan menyebabkan
besar atau kecil nilai sudut faktor kuasa.

Faktor kuasa adalah satu angka yang mengambarkan kecekapan sesuatu alat atau mesin
elektrik dalam system bekalan A.U. factor kuasa maksima adalah I dan minimum adalah 0,
pada praktiknya amat mustahil untuk mendapatkan nilai faktor kuasa ini. Pihak pembekal
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 12 of 17

tenaga telah menetapkan nilai faktor kuasa tidak boleh kurang dari 0.85, sekiranya kurang
pengguna akan dikenakan denda. Untuk mengelakkan ianya terjadi maka bank kapasitor
dengan nilai tertentu perlu dipasang pada PSU.

8.1. Kapasitor.

Merupakan satu alat/beban yang biasa digunakan di PSU untuk mengurangkan


sudut faktor kuasa. Unit kapasitor di dalam pasaran adalah 5 KVAR, 10 KVAR, 15
KVAR, 20 KVAR, 30 KVAR, 40 KVAR, 50 KVAR dan lain-lain lagi.

8.2. Power Factor Regulator.

Suatu alat untuk mengatur step/perjalanan bank kapasitor. Adalah penting bagi PFR
diset untuk beroperasi selaras dengan arus bagi pengubah arus yang digunakan.
Kebanyakan PFR, pelarasan boleh diperolehi dengan menggunakan kaedah set
C/K, dimana:
C – Saiz kapasitor yang disuiskan (kVAR)
K – Nisbah arus pengubah antara utama dan sekunder.

Contoh: C = 150 kVAR & K = 1000/5 → K = 200


» C/K = 150/200
= 0.75

Untuk mengelakkan ‘hunting’ (persuisan ON & OFF berterusan bagi tingkat-tingkat


kapasitor), had kepekaan PFR diset supaya lebih besar dari arus satu langkah
kapasitor. Kebiasaannya, PRF di setkan agar bertindak kepada perubahan berkadar
2/3 daripada arus satu langkah kapasitor.

C/K = 2 X P .
3 √3 X VL X K

8.3. Contactor.

Bekerja sebagai suis bagi menghubungkan bekalan dari busbar kepada kapasitor
bank.

8.4. Fius / MCB.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 13 of 17

Sebagai perlindungan beban lebih/arus lebih yang mungkin berlaku pada litar
kawalan.

8.5. MCCB.

Sebagai perlindungan beban lebih/arus lebih yang mungkin berlaku di litar utama.

9. Pengecas Bateri.

Pengecas Bateri terpasang pada PSU bagi yang menggunakan bateri sebagai satu alat
untuk menghidupkan janakuasa tunggu-sedia atau lain-lain peralatan.

10. Pemeriksaan / Ujian.

10.1. Pemeriksaan Penglihatan.

Ia hendaklah dilakukan setiap hari bagi mengelakkan ketidaksempurnaan pada


PSU, antaranya pengaratan, tumpahan minyak, skru longgar, kerosakkan pada bilik
PSU, kerosakkan pada perkakas PSU dan pemeriksaan permeteran Volt, Amp,
Faktor kuasa dan lain-lain lagi.

10.2. Ujian.

Antara ujian yang dilakukan pada PSU adalah:-

a. Ujian penebatan antara fasa dengan fasa, fasa dengan neutral dan antara
fasa dengan bumi.

b. Ujian tekanan – dengan voltan 2 KV selama 1 minit.

c. Ujian suntikan primary dan secondary.

Bagi tujuan senggaraan, hanya ujian Penebatan antara fasa dengan fasa, fasa
dengan neutral dan fasa dengan bumi. Manakala ujian suntikan secondary untuk
penatahan geganti perlindungan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 14 of 17

TNBD
11. Contoh PSU – Satu KemasukanFEEDER
INCOMING Bekalan TNBD. FEEDER
P.F CAPASITOR BANK.
SECTION NO 1 NO 2

11.1. External Arrangement – Pandangan Hadapan.


600 A TPN 600 A TPN
R Y B
A P.F V PFR
MCCB
MCCB
600 A TPN 600 A TPN
( 900 KVAr )
P.F CORRECTION
MCCB MCCB CAPASITOR BANK
COMPLITMENT
400 A TPN 400 A TPN

2500 A
TPN MCCB MCCB
ACB
400 A TPN 400 A TPN

MCCB MCCB
IDMT 200 A TPN 200 A TPN
OC OC OC

MCCB MCCB
200 A TPN 200 A TPN

EF IDMT
MCCB MCCB
100 A TPN 60 A TPN

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MCCB --- MCCB
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
SPARE SPARE
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 15 of 17

11.2. Internal Arrangement – Susunan Pendawaian.

EXHAUST
FAN
6A

600 A MCCB 600 A MCCB


6A
6A KFA

A/S 600 A MCCB 600 A MCCB

60 A

400 A MCCB 400 A MCCB


60 A
C.T
60 A
400 A MCCB 400 A MCCB
2500 A 60 A
S/T TPN
ACB 200 A MCCB 200 A MCCB
60 A
6A

60 A
200 A MCCB 200 A MCCB

60 A

100 A MCCB 100 A MCCB


60 A

60 A

60 A

100 A
60 A 60 A TPN
TPN
E.F & O.C TPN CONTACTOR
MCCB MCCB
( IDMT )

TOOL SPARE SPARE


COMPARIMENT

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 16 of 17

11.3. Single Line Diagram – Ringkasan Rajah Pendawaian

100 A 400 A 400 A 300 A 300 A 200 A 200 A 100 A 50 A


TPN TPN TPN TPN TPN TPN TPN TPN TPN 600 A TPN
MCCB MCCB MCCB MCCB MCCB MCCB MCCB MCCB MCCB MCCB

0 - 500 V 0 - 2500 A
6A V/S
V PF A

2500/5A
CTS
6A
12 STEPS
AUTO POWER FACTOR
RAGULATOR
2500/5A PFR
CTS

IDMT IDMT 2500/5A


EF OC CTS

2500 A TPN
ST ACB ( 31 MVA ) ( 9 x 30 KVA ) PFR CORRECTION CAPASITOR
BANK C/W EXHAUST FAN

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)
Kod Kertas IKBN.A1.11.03.1(T) Page 17 of 17

TAJUK: SAIZ BASBAR DAN KADARAN ARUS.

Kadaran arus berdasarkan 1” x 1” = 1000 A untuk Tembaga.


1” x 1” = 750 A untuk Aluminium.

ARUS
IMPERIAL METRIK
INCI MM TEMBAGA ALUMINIUM
1” x 1/8” 25.4 x 3.175 125 94
1” x 3/16” 25.4 x 4.763 188 141
1” x 1/4” 25.4 x 6.36 250 187
1 1/2" x 1/4" 38.1 x 6.35 375 281
2” x 1/4” 50.8 x 6.35 500 375
2” x 3/8” 50.8 x 9.525 750 562
4” x 1/4" 101.6 x 6.35 1000 750
2 1/2” x 3/8” 63.5 x 9.35 937.5 702
3” x 3/8” 76.2 x 9.525 1125 844
4” x 3/8” 101.6 x 9.525 1500 1125

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------
Modul 11- Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi
1)

You might also like