You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : TNB(B)/NSEM/ SBU AD-(33kV/Rehab-South)


Tarikh : 9 Disember 2022
Kepada : Jurutera
Perunding & Kontraktor Sivil
Bagi PPU Nilai Utama No 2
(CC: Pn Liyana)
Puan,
PPU NILAI UTAMA NO 2
~ Ulasan Kejanggalan Ketika Lawatan Tapak Antara Pihak Elektrikal 33 kV,
Sivil, Jurutera Perunding & Kontraktor
Perkara di atas serta lawatan tapak yang diadakan bersama adalah dirujuk.
2. Ketika lawatan tapak dilaksanakan, terdapat kejanggalan berbangkit seperti
berikut:
a) Permukaan lantai pada bilik perkakasuis (terutama di keliling opening
perkakasuis 11 kV) didapati tidak mengikut spesifikasi dalam lukisan yang
diluluskan.
b) Ianya menyebabkan flat bar yang dipasang oleh Electrical Installer
mendap.
c) Kerja-kerja coring oleh Electrical Installer.
3. Sehubungan itu, pelan tindak yang dipersetujui di tapak adalah seperti
berikut:
a) Pihak jurutera perunding mengesahkan tiada masalah structure pada
lantai perkakasuis. Pihak perunding perlu memajukan surat pengesahan
kepada AD berkenaan jaminan struktur yang dibina adalah mengikut
spesifikasi dan selamat.
b) Electrical Installer akan membuka semula perkakasuis yang dipasang.
c) Kontraktor sivil perlu membaiki isu lantai seperti dipersetujui di tapak.
d) Electrical Installer akan memasang flat bar sama level dengan lantai.
e) Ketika kerja pembaikan sivil dibuat, Electrical Installer tidak dibenarkan
membuatkan kerja-kerja dalam tempoh yang sama.
f) Lantai pada perkakasuis adalah jenis hackable floor.
g) Semua kerja- kerja pembaikan akan disiapkan pada 11 Disember 2022.
h) Lawatan tapak bersama pada 12 Disember 2022 akan diadakan untuk
pengesahan kerja-kerja pembaikan (mengambil kira kerja telah siap di
tapak)
4. Kerjasama dan tindakan pihak puan amat kami harga dan diucapkan dengan
ribuan terima kasih.
”BETTER. BRIGHTER.”

(Ir AZREEN HAZREE BIN BAHAROM)


Jurutera Kanan Project Implementation 33kV/Rehab
Seksyen PMO South Zone, Unit Sector 1,
Jabatan SBU Asset Development,
Bahagian Distribution Network, TNB

Alamat surat-menyurat : Engineer (Project Implementation 33kV/Rehab – South), Distribution Network,Bahagian Pembahagian,
Aras 5, Wisma TNB, Jalan Dato’ Bandar Tunggal, 70990 Seremban, Negeri Sembilan. Tel:06-7683400

You might also like