You are on page 1of 40

KURSUS FORENSIK DAN

KESELAMATAN ELEKTRIK
PROGRAM LATIHAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2021

PERUNDANGAN ELEKTRIK
8 JUN 2021
PN. FAZLIN BT. SHARIFF UDIN
SURUHANJAYA TENAGA PEJABAT KAWASAN NEGERI SEMBILAN &
MELAKA
PRETEST
ISI KANDUNGAN

Perundangan
Berkaitan Orang
Definisi dalam
Pengenalan ST Kompeten, Q&A
Perundangan
Pepasangan &
Penyelenggaraan
BADAN KAWALAN
KESELAMATAN ELEKTRIK
• Akta Bekalan Elektrik 1990.
Suruhanjaya Tenaga • Peraturan-peraturan Elektrik 1994.
• MS IEC 60364: Pepasangan Elektrik Pada Bangunan.

Jabatan Keselamatan &


Kesihatan Pekerjaan • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
(JKKP), Kementerian • Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Sumber Manusia

SIRIM • Piawaian keselamatan peralatan elektrik.


Akta 610 : Akta
Suruhanjaya Tenaga 2001
SURUHANJAYA TENAGA (ST)
- Badan Kawalselia
- Ditubuhkan pada 1.5.2001
- Operasi sepenuhnya 2.2.2002

- ambilalih tugas JBE&G, iaitu


fungsi kawalselia elektrik &
gas serta penguatkuasaannya

-Akta 610, kuatkuasakan 2 akta:-


-Akta Bekalan Elektrik 1990
-Akta Bekalan Gas 1993
• Akta Bekalan Elektrik 1990
AKTA & • Akta Bekalan Gas 1993

PERATURAN • Peraturan-peraturan Bekalan Pemegang


Lesen 1990
DALAM • Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
SURUHANJAYA • Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997
• Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik
TENAGA (Pengkompaunan Kesalahan) 2001
• Perintah Bekalan Gas (Kesalahan Yang
Boleh Dikompaun) 2006
• Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga
Elektrik Dengan Cekap 2008
PERANAN DAN
TANGGUNGJAWAB ST
Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan sebuah badan
berkanun yang bertanggungjawab mengawal selia sektor
tenaga bagi industri perbekalan elektrik dan gas berpaip
di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
 Bertanggungjawab memastikan bekalan elektrik dan gas
berpaip yang disalurkan kepada pengguna adalah selamat,
berdaya harap dan pada harga yang berpatutan.
Bertanggungjawab dalam menguruskan rangka kerja dan
peraturan baru bagi aktiviti industri tenaga.
KAWALSELIA KESELAMATAN
ELEKTRIK
Penubuhan ST adalah untuk mengawalselia aktiviti pembekalan
tenaga di Malaysia dan menguatkuasakan undang-undang
pembekalan tenaga.

• Memastikan PEPASANGAN yang direkabentuk, dibina adalah


Selamat

• Memastikan PERALATAN ELEKTRIK yang digunakan Selamat

• Memastikan Pepasangan dikendalikan oleh ORANG KOMPETEN


Label Yang Dikeluarkan Oleh SIRIM
Definisi dalam Perundangan
ORANG KOMPETEN

Sek. 2, ABE 1990

Orang yang memegang suatu perakuan


kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Tenaga untuk melaksanakan kerja mengikut
sekatan-sekatan jika ada, yang dinyatakan didalam
perakuan itu
Jurutera Perkhidmatan Elektrik
Jurutera Elektrik Kompeten
Penyelia Elektrik
Penjaga Jentera
Pendawai
Pencantum Kabel
PEPASANGAN
Keseluruhan mana-mana loji atau kelengkapan
termasuklah penggerak-penggerak utama, berserta
dengan semua loji, bangunan, tanah, talian paip, talian
bekalan dan radas penggunaan.

Pendaftaran dengan ST?


-Bekalan masuk ≥11kV (ada alatubah / transformer)
-Ada janakuasa tunggu sedia / genset (backup)
-Ada 2-2 (alatubah & genset)
PELESENAN

Pepasangan Awam – Ada aktiviti menjual tenaga. Cth


: AEON, Tesco, Pangsapuri yang memohon bulk meter
dari TNB dll.
Pepasangan Persendirian – Menggunakan janakuasa
sepenuh masa tanpa bekalan dari TNB. Contohnya di
tapak karnival, ekspo & kilang sawit.
Perundangan Berkaitan Orang Kompeten,
Pepasangan & Penyelenggaraan mengikut
AKTA BEKALAN ELEKTRIK (ABE) 1990 &
PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK (PPE)
1994
PENDAFTARAN PEPASANGAN

Sek. 21(2), ABE 1990

• Tiada seorang pun boleh memiliki atau mengendalikan


sesuatu pepasangan, melainkan jika pepasangan itu
didaftarkan pada suatu Perakuan Pendaftaran yang sah
KAWALAN KEKOMPETENAN

Sek. 23, ABE 1990

• Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain


yang dipunyai atau diuruskan oleh pihak berkuasa bekalan
boleh dikerja atau dikendalikan kecuali oleh atau dibawah
kawalan orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan
memegang apa-apa perakuan sebagaimana yang ditetapkan
TANGGUNG JAWAB ORANG KOMPETEN DAN
MAJIKAN - AM

ORANG KOMPETEN

Orang Kompeten yang membuat atau melaksanakan apa-apa kerja elektrik yang
berhubungan dengan perakuan kekompetenannya hendaklah mendaftarkan diri
dengan Suruhanjaya Tenaga.

MAJIKAN

i. Melantik dan mendaftarkan orang kompeten dengan Suruhanjaya Tenaga.


ii. Menyediakan senarai tugas bagi mengenalpasti kerja atau kendalian bagi setiap
orang kompeten.
iii. Memastikan tempat kerja di bawah pengurusannya sentiasa dalam keadaan yang
selamat.
TANGGUNGJAWAB ORANG KOMPETEN

Per. 12, PPE 1994 Penyeliaan dan Penyiapan


Pepasangan

Mana-mana pendawaian elektrik dalam sesuatu


pepasangan …. hendaklah di bawah penyeliaan langsung
Pendawai …., apabila siap pepasangan itu, …. hendaklah
memperakukan suatu Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan
(Borang G).
Borang G – menandakan kerja telah siap
Mesti ditandatangani sekurang-kurangnya oleh PW1 (Fasa
Tunggal) / PW3 (Tiga Fasa), dan isi tarikh.
TANGGUNGJAWAB ORANG KOMPETEN

Per. 13, PPE 1994 Ujian Pepasangan

• Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula


sesuatu pepasangan atau tambahan pendawaian ….
hendaklah diuji oleh Pendawai …. yang diberikuasa
untuk menguji, …. hendaklah mengesahkan Perakuan
Ujian bagi pepasangan itu (Borang H).
• Perakuan Ujian – Setelah siap, baru uji.
• Mesti ditandatangani oleh PW2 (Fasa Tunggal) / PW4
(Tiga Fasa), Jurutera Perkhidmatan Elektrik (Voltan
Tinggi) dan isi tarikh.
• Jadual Keputusan Ujian perlu disertakan.
TANGGUNGJAWAB ORANG KOMPETEN

Per. 19(4), PPE 1994 Pepasangan Papan Suis

Orang kompeten / orang yang bertindak di bawah


penyeliaan langsung orang kompeten, boleh mendapat
akses kepada mana-mana bahagian papan suis.

Cantuman, Sambungan
Per. 23(2), PPE 1994
atau Penamatan Kabel

Sesuatu cantuman, sambungan atau penamatan mana-mana


kabel hendaklah dijalankan oleh Pencantum Kabel.
TANGGUNGJAWAB ORANG KOMPETEN

Per. 63 PPE 1994 Pendaftaran orang kompeten

Per. 63 (1) – Perlu daftar


Per. 63 (2) – Maksimum 5 tahun, minimum 1 tahun dengan fi
bayaran
Per. 63 (3) – Tidak boleh daftar lebih dari 1 majikan
Per. 63 (4) – Jurutera & Penyelia sehingga 75 tahun
Per. 63 (5) – PJ, PW, PK sehingga 65 tahun
Per. 63 (6) – Per. 63 (4) & (5) boleh dilanjutkan setiap tahun
dengan rekod perubatan dan kelulusan ST
Per. 63 (7) – Daftar dalam tempoh 7 hari setelah diambil bekerja
TANGGUNGJAWAB ORANG KOMPETEN

Pepasangan di tempat
Per. 32(4), PPE 1994
hiburan awam
Mana-mana papan suis, papan fius, pemutus litar atau radas pengawalan
elektrik yang lain hendaklah dipasang dengan apa-apa cara bagi
mengelakkan daripada diakses oleh orang selain daripada orang kompeten
atau orang yang di bawah penyeliaan langsung orang kompeten.

Orang Kompeten papan suis,


Per. 64(1), PPE 1994 kelengkapan dsb.

Tiada papan suis, gear suis atau kelengkapan, kecuali mana-mana perkakas
elektrik, perlengkapan atau radas elektrik yang direkabentuk untuk
disambungkan kepada soket aliran keluar elektrik melalui palam, boleh
disambungkan pada sesuatu pepasangan bagi maksud menerima tenaga
melainkan jika sambungan itu dijalankan oleh atau di bawah kawalan orang
kompeten.
TANGGUNGJAWAB ORANG KOMPETEN

Orang Kompeten Mengemukakan


Per. 65, PPE 1994 Pelan, Lukisan & Spesifikasi.

• Orang kompeten yang hendaklah, apabila diminta, menyediakan


dan mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi.
TANGGUNGJAWAB ORANG KOMPETEN

Pepasangan hendaklah dilawati &


Per. 66, PPE 1994
diperiksa oleh orang kompeten

• Pepasangan hendaklah dilawati dan diperiksa oleh orang


kompeten (merekod & menghantar semua dapatan, syor dan
arahan kepada ST & pemunya, pengurusan atau pemegang lesen
pepasangan – Borang I).
Tugas Kategori Voltan Tanggungjawab Bilangan Lawatan

Melawat dan Voltan Rendah  Jurutera Perkhidmatan Sekali (1) sebulan


Memeriksa (<600V)dan gearsuis Elektrik (dua (2) kali
Pepasangan berkadar atau lebih 100A  Jurutera Elektrik sebulan untuk
(P. 67, PPE 1994) Kompeten tempat hiburan
 Penyelia Elektrik awam)

Voltan melebihi voltan  Jurutera Perkhidmatan Dua (2) kali


rendah (>600V dan Elektrik sebulan
<11,000V)  Jurutera Elektrik
Kompeten
Voltan melebihi voltan Empat (4) kali
rendah (>11,000V dan sebulan
<132,000V)
TANGGUNGJAWAB ORANG KOMPETEN

Per. 110(3) &110(4), Pemeriksaan dan ujian bagi maksud


PPE 1994 penyenggaraan pepasangan dsb.

• Pepasangan elektrik, selain dari domestik hendaklah


diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurang-
kurangnya sekali setiap lima tahun.

• Geganti dan peranti pelindung hendaklah diperiksa,


diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-
kurangnya sekali setiap dua tahun.
TANGGUNGJAWAB ORANG KOMPETEN

Per. 111, PPE 1994 Orang kompeten hendaklah meng-


usahakan kerja penyenggaraan.
Orang kompeten atau yang bertindak di bawah kawalan orang
kompeten, boleh menjalankan apa-apa pembaikan,
penggantian, penservisan atau pembersihan mana-mana
kelengkapan (sebahagian daripada pepasangan).

Langkah awasan keselamatan yg


Per. 112(1), PPE 1994 mencukupi hendaklah diambil
semasa kerja
Orang kompeten hendaklah mengambil langkah awasan yang
mencukupi untuk mencegah mana-mana
pepasangan/kelengkapan daripada terhidup secara tidak
sengaja semasa orang sedang bekerja.
TANGGUNGJAWAB ORANG KOMPETEN

Per. 113, PPE 1994


Orang kompeten hendaklah
mengeluarkan arahan bertulis

• Tiada kerja atau pengendalian di bawah kawalan orang kompeten


boleh dimulakan sehingga arahan bertulis telah dikeluarkan oleh
orang kompeten itu kepada orang di bawah kawalannya.
• Arahan bertulis dari orang kompeten ke orang kompeten.
• Kerja yang memerlukan PTW? Kerja-kerja yang melibatkan
pensuisan, kerja-kerja servis, pengasingan bekalan.
• Bukti kerja dilakukan.
• Perlu dibatalkan setelah selesai kerja.
PENGGANTUNGAN DAN PEMBATALAN PERAKUAN
KEKOMPETENAN – Per 59 PPE 1994

Tidur semasa
bertugas

Bahaya kepada Kerosakan


nyawa kelengkapan

SALAH LAKU Gagal


Abai
SERIUS menjalankan
menggunakan
tugas
peranti
ditetapkan
keselamatan
dalam
sedia ada
Peraturan

Membuat
Di bawah
perakuan
pengaruh
pengistiharan
alkohol/dadah
palsu
fazlin@st.gov.my

You might also like