You are on page 1of 29

REKABENTUK PEPASANGAN

ELEKTRIK
Muhammad Hazwan Bin Hashim
Jabatan Elektrik
KKTM Pasir Mas
Reka bentuk Pepasangan Elektrik

Kandungan
i. Simbol elektrik
ii. Gambar rajah skema dan susun atur elektrik
iii. Kod warna piawai bagi sistem telefon, gas, air dan fire fighting
iv. Pengiraan beban dan load balancing

1. Simbol Elektrik
❑ Lukisan elektrik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik.
❑ Lukisan ini berfungsi untuk menjelaskan kandungan sesuatu pemasangan elektrik.
❑ Alat tambah dan alat kelengkapan elektrik dilukis dalam bentuk simbol yang disambungkan dalam satu gambar rajah
mengikut piawai yang ditetapkan.
❑ Lukisan elektrik digunakan dalam kerja pendawaian dan pemasangan elektrik.
❑ Juruelektrik dan pendawai akan menterjemahkan lukisan elektrik kepada kerja-kerja pemasangan elektrik.
❑ Terdapat dua sistem bekalan elektrik iaitu sistem satu fasa dua dawai dan sistem tiga fasa empat dawai.
2. Gambar Rajah Susun Atur Elektrik dan Gambar Rajah Skema
❑ Pelan lukisan dan spesifikasi hendaklah dikemukakan oleh orang
kompeten seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan 65, PPE 1994.

Peraturan 65 (PPE 1994)


“Orang kompeten yang hendaklah, apabila diminta, menyediakan dan
mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi adalah seperti yang
diperuntukkan dalam Bahagian VI Jadual Kedua.”
2.1. Gambar rajah susun atur elektrik
❑ Gambar rajah berikut merupakan contoh gambar rajah susun atur elektrik:
2.2. Gambar rajah satu garisan
❑ Skematik pendawaian rumah kediaman dengan bekalan fasa tunggal (Sumber: Suruhanjaya Tenaga)

Contoh 1 - Skematik Pendawaian Rumah Kediaman dengan Bekalan Fasa Tunggal


2.2. Gambar rajah satu garisan
❑ Skematik pendawaian rumah kediaman dengan bekalan fasa tunggal (Sumber: Suruhanjaya Tenaga)

Contoh 2 - Skematik Pendawaian Rumah Kediaman dengan Bekalan Fasa Tunggal


2.2. Gambar rajah satu garisan
❑ Skematik pendawaian rumah kediaman dengan bekalan tiga fasa (Sumber: Suruhanjaya Tenaga)

Contoh 1 - Skematik Pendawaian Rumah


Kediaman dengan Bekalan Tiga Fasa
2.2. Gambar rajah satu garisan
❑ Skematik pendawaian rumah kediaman dengan bekalan tiga fasa (Sumber: Suruhanjaya Tenaga)

Contoh 2 - Skematik Pendawaian Rumah


Kediaman dengan Bekalan Tiga Fasa
3. Kod Warna Piawai bagi Sistem Telefon, Gas, Air dan Fire Fighting
4. Pengiraan Beban dan Load Balancing

4.1. Mengira Permintaan Beban Tertinggi / Maximum Demand (MD).


❑ Anggaran MD adalah bertujuan untuk menentukan spesifikasi kelengkapan pendawaian seperti kabel, aksesori dan
seterusnya menyediakan pelan pepasangan elektrik.

❑ Mengikut standard MS IEC 60364 bahagian 3 klausa 311, pengiraan permintaan tertinggi bagi setiap litar dilakukan
bertujuan untuk memastikan rekabentuk pepasangan yang ekonomi, berdaya harap dan dalam had susut voltan yang
dibenarkan.Faktor Kepelbagaian / Diversity Factor (DF) dalam menentukan permintaan arus tertinggi juga perlu
diambil kira.

❑ Pengiraan semua MD serta pemilihan DF bagi setiap litar perlu disediakan dengan lengkap oleh jurutera perunding
atau kontraktor atau pendawai yang mempunyai sijil kompeten daripada ST. Hasil pengiraan ini dapat menunjukkan
keperluan bekalan pengguna sama ada untuk menggunakan sistem Fasa Tunggal atau Fasa Tiga serta dapat
menentukan saiz dan jenis kabel yang diperlukan.

❑ Jadual Ketiga (Jadual A dan Jadual B), Peraturan 11(2), PPE 1994 boleh digunakan sebagai panduan untuk pengiraan
MD bagi pepasangan domestik.
Peraturan 11 (PPE 1994)

(1) Tiada pendawaian atau pendawaian semula sesuatu pepasangan atau tambahan pada pepasangan yang sedia ada
boleh dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau unit Pendawaian Persendirian tanpa mendapat kelulusan bertulis
terlebih dahulu daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

Dengan syarat bahawa tiada kelulusan diperlukan bagi tambahan pada pendawaian yang sedia ada bagi
pepasangan domestik jika jumlah arus yang digunakan pada satu-satu masa oleh pepasangan itu, disebabkan
tambahan itu tidak melebihi permintaan arus maksimum seperti yang dipersetujui dalam kontrak bekalan antara
pemunya dengan pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.

(2) Cara menghitung permintaan arus maksimum bagi pepasangan domestik dalam subperaturan (1) hendaklah seperti
yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga.
Contoh Pengiraan
Sebuah rumah kediaman akan dibuat pendawaian baru dengan spesifikasi bekalan 230V/50Hz/0.85pf. Beban -
beban yang telah dipersetujui untuk rumah tersebut adalah seperti di bawah:-

i. 5 x lampu pijar 60W


ii. 10 x lampu pendaflour 36 W
iii. 3 x kipas siling 65 W
iv. 6 x 13 A soket alir keluar @ 500 W setiap satu ( litar jejari )
v. 1 x 6.5 kW pemasak elektrik (lengkap dengan SAK)
vi. 1 x 1.5 k.k. penyaman udara
vii. 2 x 2.5 kW pemanas air

a. Kira jumlah arus maksima dan arus anggaran bagi beban-beban di atas.

b. Berpandukan peraturan MSIEC/ST lukiskan rajah skematik satu garisan bagi pepasangan tersebut. Tunjukkan
dengan jelas alat-alat kawalan,unit pengguna, saiz kabel serta kadaran-kadaran peranti yang digunakan.
Contoh Pengiraan
Sebuah rumah kediaman akan dibuat pendawaian baru dengan spesifikasi bekalan 230V/50Hz/0.85pf. Beban -
beban yang telah dipersetujui untuk rumah tersebut adalah seperti di bawah:-

i. 5 x lampu pijar 60W


ii. 10 x lampu pendaflour 36 W
iii. 3 x kipas siling 65 W
iv. 6 x 13 A soket alir keluar @ 500 W setiap satu ( litar jejari )
v. 1 x 6.5 kW pemasak elektrik (lengkap dengan SAK)
vi. 1 x 1.5 k.k. penyaman udara
vii. 2 x 2.5 kW pemanas air

a. Kira jumlah arus maksima dan arus anggaran bagi beban-beban di atas.

b. Berpandukan peraturan MSIEC/ST lukiskan rajah skematik satu garisan bagi pepasangan tersebut. Tunjukkan
dengan jelas alat-alat kawalan,unit pengguna, saiz kabel serta kadaran-kadaran peranti yang digunakan.
Kira jumlah arus maksima dan arus anggaran bagi beban-beban di atas.

Beban Arus Faktor


Bil Arus Anggaran
maksimum Kepelbagaian

Lampu pijar
1
I = ( 5 x 60 ) / 230
1.30 A 66% 0.86 A
Lampu pendaflour
2 I = ( 10 x 36 x 1.8 ) / 230 2.81 A 66% 1.86 A
Kipas siling
3 I = ( 3 x 65 ) / ( 230 X 0.85 ) 0.99 A 66% 0.65 A Saiz kabel bekalan
Soket alir keluar 13 A = 16 mm2 PVC/PVC
( 500 W )
4 1. I = ( 2 x 500 ) / 230
4.35 A 100% 4.35 A
2. I = ( 4 x 500 ) / 230 8.70 A 40% 3.48 A Saiz suis utama
Pemasak elektrik
= DK 63 A
5 I = ( 1 x 6.5 x 1000 ) / 230
28.26 A 20.43 A
I = 10 + ( 18.26 x 0.3 ) + 5 Saiz RCCB Litar Umum
Penyaman udara = DK 63/0.1 A
6 I = ( 1 x 1.5 x 746 ) / ( 230 x 0.85 ) 5.72 A 100% 5.72 A
Pemanas air Saiz RCCB Litar Kuasa
7 I = ( 2 x 2.5 x 1000 ) / 230 21.74 A 100% 21.74 A = DK 40/0.03 A

Jumlah 73.87 A 59.09 A


Berpandukan peraturan MSIEC/ST lukiskan rajah skematik satu garisan bagi pepasangan tersebut.
Tunjukkan dengan jelas alat-alat kawalan,unit pengguna, saiz kabel serta kadaran-kadaran peranti
yang digunakan.

You might also like