You are on page 1of 29

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 1 of 29

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS

HEATING VENTILATION AIR CONDITIONING (HVAC)


DESIGN, INSTALLATION AND MAINTENANCE MANAGEMENT

TAHAP

EMPAT (4)

COCU

HVAC ELECTRICAL SYSTEM DESIGN

MODUL

05-REKABENTUK SISTEM ELEKTRIK HVAC

OBJEKTIF
PENCAPAIAN PIAWAI

MEMBERI PENGETAHUAN MENGENAI FUNGSI DAN


KAWALAN PAPAN SUIS UTAMA (PSU) DIDALAM SEBAHAGIAN
LITAR KUASA HVAC

TAJUK

PAPAN SUIS UTAMA(PSU)


KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN :

TUJUAN

1.
2.
3.
4.
5.

Pengenalan PSU
Pengiraan Beban Kuasa (Faktor kepelbagaian)
Jenis-jenis PSU dan litar kawalan
Litar skematik PSU
Kaitan sistem HVAC dengan PSU

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 5- Kertas Penerangan


Cawangan Kurikulum KBS
2015 (Versi
1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 2 of 29

PENGENALAN PAPAN SUIS UTAMA (PSU)


PAPAN AGIHAN:
Papan agihan biasanya terdiri dari Papan fius agihan dan Papan Agihan. Papan Agihan berperlindungan
pemutus litar miniture telah digunakan lebih meluas sejak akhir-akhir ini.
Dalam kerja-kerja merekabentuk papan agihan 20% simpanan diperuntukkan daripada jumlah hala.
Mengikut Pekeliling Cawangan Elektrik papan agihan perlu dilengkapkan dengan pemutus litar arus baki
(RCD) kepekaan 30mA bagi perlindungan sesar bumi soket alir-keluar 13A 3 pin. Terdapat tiga jenis papan
agihan dalam pasaran:
a.
b.
c.

Papan Agihan bersalut Logam.


Papan Agihan bertebat Penuh.
Papan Agihan Kayu.

Jenis papan agihan ini perlu dinyatakan jenisnya semasa menyediakan lukisan dan senarai kerja-kerja
elektrik. Contoh: Unit kawalan pengguna jenis bertebat penuh dilengkapi dengan PLBB jenis arus kepekaan
100mA.
PEMUTUS LITAR ARUS BAKI:
Sebagaimana yang tercatit dalam peraturan IEE, papan agihan perlu dilindungi oleh pemutus litar arus baki
pada masukan. Kepekaan pemutus litar tersebut adalah seperti berikut:
Jenis
1 fasa
3 fasa
Pemasangan sub- 3 fasa
Soket alir-keluar

Kepekaan
100mA
300mA
100mA
30mA

Kadar arus pemutus litar arus baki ini tertakluk kepada beban kehendak maksima. Kadar yang terdapat
dalam pasaran adalah seperti berikut:

Jenis
1 fasa (dua kutub)
1 fasa (dua kutub)
3 fasa (empat kutub)
3 fasa (empat kutub)

Kadar Arus
40A
60A
60A
100A

SUIS FIUS/PEMUTUS LITAR KOTAK BERACU:


Kadar fius pemutus litar kotak beracu yang digunakan untuk masukan ke papan agihan biasanya bergantung
pada arus kehendak maksima. Nilai ini biasanya sama atau lebih kecil sedikit dari nilai kadaran arus kabel
maksima. Kadar yang terdapat dalam pasaran adalah seperti berikut:
Jenis
1 fasa (SKN)
1 fasa (SKN)
1 fasa (SKN)
3 fasa (TKN)
3 fasa (TKN)
3 fasa (TKN)
3 fasa (TKN)

Kadar Arus
30A
40A
60A
30A
40A
60A
100A

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 3 of 29

SAIZ KABEL:
Saiz dawai/kabel yang sesuai perlu dipilih bagi mengelakkan bahaya kebakaran. Kadar arus yang boleh
dialirkan oleh dawai pengalir mestilah lebih tinggi dari kadar alat-alat perlindungan.
KABEL MASUKAN:
Pada asasnya saiz kabel masukan adalah bergantung kepada nilai arus kehendak maksima.
Arus kehendakan maksima = Arus beban Penuh x Faktor kepelbagaian.
Kadar arus pada kabel maksima mestilah lebih tinggi dari kadar suis fius atau pemutus litar beracu.
KEPERLUAN YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEREKABENTUK PENDAWAIAN ELEKTRIK.
JUMLAH SAMBUNGAN BEBAN:
Jumlah sambungan beban ditakrifkan sebagai jumlah beban-beban yang terdapat pada keseluruhan
pendawaian. Butiran terperinci perihal pencahaya, perkakas elektrik adalah seperti dalam lampiran. Ia
meliputi semua lampu-lampu, mata-mata kuasa, pendingin udara, lif, komputer, pam air dan lain-lain
peralatan yang menggunakan elektrik sebagai tenaga penggerak. Anggaran JBS ditahap awal sesuatu projek
perlu dihantar kepada pihak TNB untuk mendapat maklumkanbalas seperti yang dinyatakan.
FAKTOR KEPELBAGAIAN (DIVERSITY FACTOR)
Faktor kepelbagaian atau Diversity Factor yang biasa disebut sebagai DF sahaja merupakan satu faktor atau
nisbah (ratio) penggunaan sesuatu beban dari jumlah kesemua kepada yang disambungkan. Nilainya ialah di
antara 0 hingga 1. Ia berkait rapat/bergantung kepada jenis beban, tempat dan cara beban tersebut
digunakan.
Sebagai contoh, cuba kita perhatikan satu litar gelang yang disambungkan kepada 12 buah mata kuasa 13A
yang mempunyai beban tiap-tiap satu sebanyak 3kw. Kemungkinan kesemua mata kuasa tadi disambungkan
ke beban tadi dan digunakan serentak adalah TIPIS. Lantaran itu peraturan IEE membenarkan litar ini cuma
dilindungi oleh fius bernilai 30A sahaja walaupun jumlah arus yang boleh mengalir melalui 12 mata kuasa
tersebut adalah 156 ampiar. Keadaan di mana cuma beberapa soket sahaja yang akan digunakan pada satu
masa dan beban yang akan disambungkan itu kurang dari 3kw diertikan sebagai kepelbagaian (Diversity)
Faktor Kepelbagai

Jumlah beban kegunaan serentak/Jumlah beban terpasang.

KEHENDAK MAKSIMA (MAXSIMUM DEMAND)


Kehendakan maksima atau maximum demand (MD) merupakan jumlah ARUS yang terbesar yang perlu
dibawa oleh litar-litar dalam satu sistem elektrik tanpa menjejaskan perjalanan sistem tersebut. Nilai ini
diperolehi dari hasil darap antara jumlah beban sambungan (JBS) dan Faktor Kepelbagaian (DF) dengan
membahagikan hasilnya dengan nilai voltan dan Angkadar kuasa (FK) yang tertentu iaitu:
MD

JBS x DF

Kehendak maksima (md) ini diperlukan untuk membolehkan kita menentukan saiz-saiz kabel. Papan suis
utama, pemutus litar (udara, minyak, gas dsd.) dan lain-lain. Bagi pihak TNB pula nilai MD ini penting supaya
mereka dapat menentukan:
a.
b.
c.

Saiz alatubah yang akan digunakan


Tatah perlindungan di pihak pengguna
Sambungan pengguna (service/capital contribution).

Kedua-dua perkara ini (MD) dan (DF) adalah berkait rapat antara satu sama lain. Penggunaan nilai DF yang
betul adalah penting untuk memastikan agar sesuatu sistem elektrik itu tidak direka terlalu kecil (under-

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 4 of 29

designed) atau terlalu besar (over-designed). Bagi sistem yang direka terlalu kecil akibatnya adalah nyata.
Keburukan/akibat bagi sistem yang direka terlalu besar iaitu:
a.
b.
c.

Membazir wang, tenaga dan masa.


Kesukaran menetapkan tatah perlindungan.
Saiz alatubah arus (CT) lebih kecil bas bar.

Jika kita diberi pilihan, sudah tentu kita akan memilih over-designed daripada under-designed tetapi tiga
perkara diatas perlu juga diberi perhatian yang serius.
KEHENDAK ATAU PERATURAN IEE, TNB DAN JBE
ELEKTRIK.

SEMASA MEREKARENTUK PEPASANGAN

PEMILIHAN KABEL:
Kabel menjadi perantaraan yang menyambung sumber tenaga kepada beban atau peralatan elektrik. Ia
diperbuat dari berbagai jenis dan saiz supaya dapat membawa arus dengan cekap, selamat dan dengan
kemampuan yang optimum.
Di antara faktor penting yang perlu diambil kira didalam memilih kabel adalah:
a.

Keupayaan Membawa Arus:


Kabel yang dipilih hendaklah cukup saiznya, tidak perlu besar dan tidak pula terlalu kecil.
Saiz yang kecil boleh menyebabkan kabel menjadi panas dan susutan voltan yang tinggi.
Saiz yang terlalu besar pula boleh menimbulkan masalah kepada pemasangan peralatan,
tempat yang luas dan sudah pasti mahal.

b.

Penebat:
Penebat yang sesuai hendaklah ditentukan untuk keselamatan kabel itu sendiri, penggunaan
dan bangunan itu sendiri. Setiap penebat mampu bertahan pada suhu dan voltan tertentu
sahaja. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh merosakkan penebat dan kabel.

c.

Kos:
Disamping dua faktor diatas, harga kabel juga diambilkira. Jika pemasangan dibuat secara
sementara, kabel yang sesuai hendaklah digunakan dan biarlah dengan harga yang
berpatutan tanpa mengorbankan faktor keselamatan.

ISTILAH-ISTILAH UNTUK KABEL:


A.

LEMBAR.
Lembar adalah satu atau sebilangan pengalir yang dipintal dan dijadikan satu, tanpa dipisahkan oleh
penebat. Kabel dibuat berlembar supaya mudah dilentur di sambung dapat menambah kekuatnya.

B.

KADARAN VOLTAN.
Kadaran voltan bererti kadaran ketahanan kabel itu dari segi penebatnya apabila sesuatu voltan
dibekalkan.

C.

SUHU SEKITARAN.
Suhu sekitaran juga dirujuk kepada ketahanan penebat kabel tetapi hendaklah bersesuaian dengan
suhu sekitaran kabel itu dipasang. Hendaklah dipastikan supaya kabel mampu membawa arus
dengan selamat dan cekap tanpa memanaskan kabel itu sendiri.

D.

KADARAN ARUS.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 5 of 29

Kadaran arus ialah nilai arus maksimum yang mampu dibawa oleh kabel dan penebatnya. Kadaran
arus ini bergantung kepada bahan pengalir, luas muka keratan rentas pengalir, jenis salutan, suhu
sekitaran dan sistem pendawaian.
KOMPONEN-KOMPONEN KABEL.
Kabel mengandungi tiga komponen penting, iaitu pengalir, penebat dan perlindungan mekanik.
a.

PENGALIR:
Fungsi utama pengalir ialah untuk membawa arus elektrik. Sifat pengalir adalah mempunyai
rintangan yang rendah dan bilangan elektron bebas yang banyak. Dengan ini, arus dapat
mengalir melaluinya dengan mudah dan cekap.
Walaupun terdapat banyak bahan yang boleh dijadikan pengalir, tetapi kuprum dan
alluminium digunakan dengan meluas.

b.

PENEBAT:
Penebat adalah bahan yang menyaluti kabel bagi menyekat arus daripada mengalir keluar
dari pengalir. Bahan penebat mempunyai elektron bebas yang sedikit dari dan nilai
kerintangan yang tinggi. Di warnakan sebagai kod warna bagi penandaan kepada
penggunaan kabel. Jenis-jenis bahan penebat adalah:i.
ii.
iii.
iv.
v.

c.

Polivinil Kloride (PVK/PVC).


PVK/SWA/PVK (SWA Standard Wire Amoured bagi kabel bawah tanah).
Penebat galian.
Penebat kertas Terisitepu.
Lain-lain penebat:
Getah vultan, getah butil, getah silikon, polikloropena dan vamis-kambrik.

PERLINDUNGAN MEKANIK:
Perlindungan mekanik adalah untuk melindungi kabel dari kerosakan yang disebabkan oleh
himpitan, langgaran, geselan dan sebagainya. Bahannya tidak pula mengeluarkan karat atau
kesan tindakbalas kimia disamping memelihara ketahanan usia kabel.

KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS.


Keupayaan membawa arus bagi sesuatu kabel adalah tetap tetapi untuk menentukan saiz kabel yang sesuai
dan betul beberapa faktor lain seperti susutan voltan, faktor kepelbagaian, sistem pendawaian, suhu
persekitaran, penyusunan dan kumpulan kabel hendaklah juga diambil kira.
SUSUTAN VOLTAN.
Tiap-tiap pengalir mempunyai rintangan sendiri. Sebagaimana yang telah kita ketahui. Rintangan berhubung
kait dengan voltan dari arus, dimana V = I x R. Oleh itu rintangan yang terdapat di dalam pengalir iaitu
sendiri akan menggunakan voltan jika arus mengalir melaluinya. Voltan yang digunakan oleh pengalir ini
dinamakan susutan voltan, iaitu voltan yang tersusut didalam pengalir atau kabel. Susutan voltan sebenarnya
bergantung kepada enam faktor penting iaitu voltan bekalan, saiz pengalir, bahan pengalir, sistem
pendawaian dan arus yang mengalir didalamnya.
Mengikut peraturan IEE dan TNB menetapakn bahawa nilai maksimum susutan voltan yang dibenarkan ialah
2.5 % daripada voltan bekalan.
Kita juga sedia maklum, rintangan dalam pengalir berkadar songsang dengan saiz bahan pengalir itu, Oleh
itu, kabel yang bersaiz besar akan mempunyai rintangan yang kecil dan dengan itu, susutan voltannya juga
akan menjadi rendah. Oleh itu sekiranya kabel yang digunakan memberi susutan voltan yang melebihi 2.5 %
kabel yang lebih besar boleh digunakan.
Berbeza dengan saiz pengalir, panjang pengalir berkadar terus dengan rintangan. Kabel yang panjang
memberikan susutan voltan yang lebih jika dibandingkan dengan kabel yang pendek.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 6 of 29

Contoh:
Jika rintangan di dalam pengalir ialah 0.03 ohm semeter (0.03 ohm/m) dan arus yang mengalir di dalamnya
ialah 60A, kiraan susutan voltan, jika panjang kabel ialah 5 meter.
V

IxR

60 x 0.03 x 5

9 volt.

Jika voltan bekalan ialah 240V, peratus susutan voltan ialah 9/240 x 100 = 3.75 %. Ini lebih dari 2.5 %. Oleh
itu kabel ini tidak boleh digunakan dan hendaklah diganti dengan kabel yang lebih besar.
LITAR ASAS PEMASANGAN.
Semua pendawaian elektrik hendaklah diagihkan kepada beberapa litar supaya:a.

b.
c.

Dapat mengurangkan bahaya sekiranya berlaku kerosakan, dengan memastikan supaya nilai arus
rosak tidak terlalu besar untuk mengendalikan peranti perlindungan yang dipasang. Contohnya, jika
beban penuh adalah 50 kw, peranti perlindungannya hendaklah sesuai untuk beban ini. Jika ianya
terlalu besar, ia memerlukan arus rosak yang besar untuk membolehkannya beroperasi dan keadaan
ini sudah tentu membahayakan. Sekiranya beban diatas dibahagikan kepada beberapa litar kecil
akhir, semua litar kecil akhir tersebut perlu mempunyai peranti perlindungan yang bersesuaian
dengan jumlah bebannya.
Membolehkan sebahagian litar dari pepasangan diasingkan semasa pengujian, penyenggaraan dan
pembaikan dilakukan. Dengan itu, litar yang tidak terlibat dapat terus digunakan semasa kerja-kerja
di atas dilaksanakan dibahagian lain.]
Dapat mengecilkan kawasan kerosakan dengan mengelakkan terputusnya bekalan kepada
keseluruhan sistem pepasangan elektrik. Jika berlaku kepada satu bahagian sahaja.

PENGIRAAN BEBAN KUASA (FAKTOR KEPELBAGAIAN)


FAKTOR KEPELBAGAIAN
Pengenalan
Takrif faktor pelbagaian ialah satu kiraan anggaran pengurangan kadaran arus bagi kabel dan alat-alat dari
kadaran arus yang sebenar kerana kita menganggapkan tidak semua beban digunakan dengan serentak .
Oleh kerana itu kadaran arus alat-alat atau kabel tidak semestinya mengikut kadaran arus keseluruhan beban
di sesuatu pemasangan itu.
Faktor kepelbagaian ialah satu pengiraan anggaran pengurangan kadaran arus untuk kabel-kabel dan alatalat kawalan daripada kadaran arus sebenar. Faktor kepelbagaian menganggapkan bahawa bukan semua
punca keluaran disambungkan kebeban pada masa yang sama di dalam sesuatu pemasangan. Oleh yang
demikian, saiz kabel utama dan sub utama serta alat-alat kawalan tidak semestinya mengikut kadaran arus
keseluruhan beban di sesuatu pemasangan.
Penggunaan Faktor Kepelbagaian
Faktor kepelbagaian hanya dibenarkan untuk mengira saiz pengalir dan peralatan kawalan seperti suis utama
dan pemutus litar pada pengalir utama dan sub utama. Faktor kepelbagaian tidak boleh digunakan untuk
mengira saiz pengalir litar akhir kecuali bagi litar akhir pemasak.
Peraturan IEE menerangkan bahawa faktor kepelbagaian boleh digunakan untuk mengira saiz pengalir
dan peralatan kawalan kecuali litar akhir.
Cara Menggunakan Faktor Kepelbagaian
Persamaan yang digunakan bagi pengiraan faktor kepelbagaian adalah:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan
Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 7 of 29

Faktor Kepelbagaian = Jumlah beban serentak yang digunakan


Jumlah beban yang digunakan
Faktor ini boleh ditentukan oleh perancang-perancang pemasangan elektrik dengan berpandukan secara
asas jadual khas yang disediakan oleh IEE. Jadual khas ini memberi anggaran kepelbagaian bagi setiap
jenis beban yang terdapat di dalam pemasangan elektrik dan jenis bangunan seperti rumah kediaman, rumah
pangsa, hotel dan sebagainya.

Di bawah adalah jadual 4B petikan dari bab Peraturan-peraturan I.E.E Edisi ke 15 (m/s 125)
Bil

JENIS BANGUNAN

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 8 of 29

Litar akhir yang


dibekalkan dari
pengalir / peralatan
suis dimana faktor
pelbagaian dipakai
Pencahayaan (lampu)

Rumah kediaman /
penginapan
persendirian

Kedai,setor
pejabat dan
premis
perniagaan

Hotel dan rumah


tumpangan

66% dari jumlah


permintaan arus.

75% dari jumlah


permintaan arus.

2.

Pemanasan dan
kuasa
(Selain bil 3 dan bil 8
di bawah)

100% dari jumlah


permintaan arus
sehingga 10A + 50%
permintaan arus
selebihnya.

90% dari
jumlah
permintaan
arus.
100% beban
penuh
terbesar
+75% beban
lain.

3.

Pemasak

10A + 30% beban


penuh peralatan
tersambung + 5A
untuk soket alir
keluar bantuan

Motor (melainkan lif)

5.

Pemanas Air (segera)

6.
7.

Pemanas Air
(Kawalan Laras Suhu)
Pemanas Lantai

8.

Pemanas ruang terma

9.

Susunan litar akhir


(lihat rajah carta
susunan piawai litar
akhir alir keluar
Soket alir keluar
selain dari 9 dan
peralatan kekal dari
yang disenaraikan di
atas.

1.

10.

100% beban penuh


peralatan
terbesar+80%beban
penuh kedua
terbesar + 60%
beban penuh yang
lain.

100% beban penuh peralatan terbesar +


80% beban penuh yang kedua terbesar +
60% beban penuh lain.

Kedai 100%
100% beban penuh
beban penuh
motor terbesar +
motor
50% beban penuh.
terbesar +
80% beban
penuh motor
kedua besar
+ 60% beban
penuh yang
lain.
100% pemanas terbesar dan kedua terbesar + 25% beban penuh yang
lain.
Tiada faktor kepelbagaian dibenarkan
Tiada faktor kepelbagaian dibenarkan
Tiada faktor kepelbagaian dibenarkan
100% dari jumlah
permintaan arus litar
terbesar + 40% litarlitar yang lain.
100% permintaan
arus titik
penggunaan
terbesar + 40% dari
titik penggunaan
yang lain.

100% dari jumlah permintaan arus litar


terbesar + 50% dari jumlah permintaan
arus litar-litar yang lain.
100%
permintaan
arus titik
penggunaan
yang terbesar
+ 75% dari
titik
penggunaan
yang lain.

Soket alir keluar


selain dari 9 dan
peralatan kekal dari
yang disenaraikan di
atas.

Cara mengira faktor kepelbagaian berdasarkan peraturan IEE


Pihak IEE telah menyediakan satu jadual panduan untuk mengira keperluan (permintaan ) arus
di pemasangan yang kecil. Jadual ini dikenali sebagai Jadual Faktor Kepelbagaian.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan
Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 9 of 29

Ada dua cara untuk mengira factor kepelbagaian iaitu:Cara 1


Mencari permintaan arus setiap beban dan mengira kepelbagaiannya. Jumlah kesemua permintaan arus
bagi setiap beban yang telah dikira kepelbagaiannya dijadikan dasar permintaan arus di pemasangan itu dan
seterusnya digunakan sebagai panduan untuk menetapkan kadaran arus kabel dan alatan kawalan.
Cara 2
Cara kedua adalah lebih rumit kerana kita perlu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam
tentang pemasangan yang hendak dikira itu. Pada dasarnya cara ini masih mengambil kira keperluan arus
setiap litar dan mengurangkannya dengan menggunakan Jadual Faktor kuasa Kepelbagaian serta tambah
factor kepelbagaian pada litar dan mengurangkan dengan menggunakan jadual factor kepelbagaian serta
tambah kepelbagaian pada litar-litar yang difikirkan tidak digunakan secara serentak. Oleh kerana itu kita
mestilah betul-betul dapat memahami cara ini agar tidak tersalah anggap dan boleh membawa kemudaratan
pada pemasangan dan pengguna. Bagi setiap yang kurang pengetahuan dan kemahiran tentang
sesebuah litar lebih baiklah jangan menggunakan cara ini.
Di negara ini faktor kepelbagaiannya dikira mengikut tempat dan beban disamping kehendak pembekal
tenaga elektrik.
Contohnya :Pemasangan di kedai kecil memerlukan bekalan 415V, 3 Fasa bagi membekalkan beban mengikut
pada satu fasa yang seimbang. Kira kadaran fius dan kadaran kabel yang hendak digunakan bagi
membekalkan pemasangan ini. Beban yang hendak di pasang ialah:I.
II.
III.
IV.
V.

Bil

Bnnj
muu
uuu

1 X 4.5Kw/ 240V dan 6 X 3Kw /240V pemanas termostat


1 X 6Kw/240V dan 1 X4 Kw/240V alat pemasak
2 X 2Kw/240V alat pemanas air segera .
4 Kw jumlah kesemua lampu nyahcas 240V.
3 X 30A soket keluaran litar gelang (soket keluaran 13A)

Beban
Pemanas bertermostat
4.5 Kw

Permintaan arus W/V


1X 4500/240
=18.75A

Permintaan arus selepas


faktor kepelbagaian.
Tiada peruntukan kepelbagaian
= 18.75A

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

uuu
uuu
uuu
uuu
uuu
uuu
1.
2.

IKBN.ME-021-4(KP)

6X 3Kw

Alat pemasak
6Kw

Page 10 of 29

6X3000/240
=75A

=75A

1X6000/240
=25A

100% yang terbesar


=25A

1X4000/240
=16.6A

80% bagi kedua terbesar


=13.28A

2X3000/240
=25A

100% bagi kedua-duanya


=25A

1.8X4000/240
=30A

90% daripada jumlah 30A


=27A

3 X 30A
=90A

100%fius terbesar =30A

4Kw

3.

4.

5.

Alat pemanas segera


2X 3Kw
Lampu
4Kw
Soket keluaran
3 X 30A

50% baki jumlah fius


=2 X 30 X 50
100
=30A
Jumlah = 30+30 =60A
Jumlah permintaan arus
=280.35A

Arus sefasa = 280.35/3


= 93.45A

Jumlah permintaan arus


selepas faktor kepelbagaian
=244.03A
Arus sefasa = 244.03/3
= 93.45A

Suis Utama yang di pilih = 100A tiga fasa dan neutral


Kadaran fius sefasa = 100A.
Saiz kabel yang digunakan = 16mm

PENYUSUNAN-PENYUSUNAN LITAR PIAWAI


Litar-litar yang menggunakan litar akhir untuk menyuap soket alir keluar Bs1363
1. Soket alir keluar Bs1363 ialah soket alir keluar 13A dan hanya satu sahaja soket alir keluar 13A yang
boleh dipasang dalam litar yang kurang daripada 15A.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 11 of 29

2. Syarat ini boleh diabaikan sekiranya soket Bs 1363 disambung dalam litar gelang dan dalam litar
jejari.
3. Sambungan secara litar gelang bermaksud sambungan antara satu dengan lain dalam bentuk gelang
bermula dan berakhir pada tempat yang sama di dalam kotak fius agihan akhir.
4. Sambungan secara litar jejari pula bermaksud sambungan secara jejari ataupun sambungan secara
selari.
5. Bilangan soket alir keluar 13A yang tidak terhad boleh disambung dalam satu litar akhir, jika luas bilik
tersebut tidak melebihi 100 meter persegi.
6. Pendawaian soket alir keluar biasanya menggunakan kabel berpenebat PVC atau PVC/PVC
(2.5mm) atau menggunakan kabel berpenebat bahan galian berukuran 1.5mm.
7. Sekiranya pendawaian soket alir keluar dibuat dalam litar gelang maka peranti pelindung arus lebih
litar berkadar samaada 30A atau 32A.
8. Sekiranya soket alir keluar dalam litar jejari digunakan dalam pendawaian, mempunyai keluasan
lantai pemasangan tidak melebihi 50 meter persegi bilangan soket alir keluar boleh disambung tanpa
had.
9. Saiz kabel yang digunakan dalam litar jejari itu ialah kabel berpenebat PVC atau PVC/PVC bersaiz
2.5mm dan peranti pelindung arus lebih berkadar 15A. Sekiranya kabel berpenebat PVC berukuran
4mm maka peranti pelindung arus lebih litar akhir itu berkadar samaada 30A atau 32A.
10. Soket alir keluar yang tidak terhad bilangannya boleh disambungkan ke litar akhir jejari untuk
pemasangan lantai yang mempunyaikeluasan tidak melebihi 20 meter persegi, kabel yang digunakan
adalah berpenebat PVC 2.5mm dan peranti pelindungan arus lebih litar berkadar 20A.
11. Sekiranya pemasangan soket alir keluar dipasang berkembar atau berangkai ia dianggap sebagai
satu titik yang berasingan.
12. Semasa merancang untuk pemasangan soket alir keluar 13A perkara yang perlu diambil kira ialah
tentang kesesuaian pemasangan soket agar dapat digunakan menjadi titik bekalan bagi pelbagai
beban dan kegunaan. Kadaran beban yang hendak digunakan tidak membebankan untuk membawa
arus yang melebihi kadaran had maksimum yang mampu di bawahnya 13A.

Jadual di bawah menunjukkan litar akhir yang menggunakan soket alir keluar BS 1363
Saiz minimum kabel
Jenis litar

A1
gelang

Pelindung arus lebih

Kadaran dan jenis

Kabel pengalir
kuprum
berpenebat PVC
atau getah
(mm)

Kabel pengalir
aluminium
berlapis kuprum
berpenebat PVC
(mm)

Kabel pengalir
kuprum
bepenebat bahan
galian (mm)

Luas maksimum
lantai yang boleh
dibekalkan (mm)

2.5

1.5

100

Fius kartrij atau


pemutus litar

2.5

50

Sebarangan

2.5

1.5

20

30 atau 32

Sebarang jenis

A2
Jejari

30 atau 32

A3
Jejari

20

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 12 of 29

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 13 of 29

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 14 of 29

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 15 of 29

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 16 of 29

Jadual menunjukkan formula untuk mencari arus(I), Kuasa(W), Kuasa


Ketara(KVA) dan Kuasa Kuda (Horse Power).

Latihan
Jawab semua soalan:1. Sebuah rumah banglo mewah telah memasang beban seperti berikut:

2 X 6 Kw / 240V alat pemasak serta soket alir keluar


4 X 3Kw / 240V alat pemanas segera
4 X 500W lampu wap merkuri
10 X 100W lampu pendaflour
12 X 40W & 80W setiap satu lampu dinding
5 X 80W kipas siling
3 X 2 h.p pendingin udara
4 X 15A Soket Alir Keluar
15 X 13A Soket Alir Keluar

Pemasangan ini telah diberi bekalan 415V, 3 fasa bagi membekalkan beban setiap fasa agar
seimbang.
a) Kirakan arus maksima dan arus anggaran bagi pendawaian di atas.
b) Kirakan kadar fius dan kadaran kabel yang hendak digunakan bagi membekalkan
pemasangan ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 17 of 29

2. Sebuah pejabat dua tingkat memerlukan pemasangan elektrik 415VAC,50Hz dari punca bekalan
TNB. Butir-butir beban adalah seperti berikut:1)
2)
3)
4)
5)

Keterangan beban
2 X 100W lampu pendaflour
1 X 100W lampu pendaflour
1.5 h.p Penyaman Udara
80W kipas siling
Soket alir keluar 13A

Tingkat bawah
10
2
2
5
20

Tingkat atas
10
1
2
4
10

Berpandukan pada jadual di atas:a) Kirakan arus maksima dan anggaran bagi keseluruhan pemasangan di atas.
b) Lukiskan gambarajah skematik satu garisan yang menunjukkan alat-alat kawalan
dan perlindungan dari fius perkhidmatan dan meter elektrik pemegang berlesen
hingga ke litar akhir. Tunjukkan dan berikan saiz alat kawalan, perlindungan dan
kabel.
3. Sebuah kilang telah mempunyai faktor kuasa 0.85 dan mempunyai beban-beban seperti berikut:

Motor tiga fasa


i.
15 X 3 h.p
ii.
15 X 7.5h.p
Motor satu fasa
i. 5 X 2h.p
ii. 5 X 1.5h.p
Litar kuasa
i. 10 X 15A Soket Alir Keluar
ii. 10 X 13A Soket Alir Keluar
Litar lampu
i. 50 X (2 X 100Watt) point lampu pendaflour
ii. 40 X 80 Watt Kipas Siling

Daripada butir-butir di atas tentukan:a) Jumlah tanggungan beban maksima kilang tersebut.
b) Jumlah tanggungan beban selepas faktor kepelbagaian.
c) Saiz kabel utama.

4. Sebuah kedai telah menerima bekalan 415VAC, 50Hz dengan faktor kuasa 0.85 dan mempunyai
beban seperti berikut:

20 (2 X 40W) lampu pendaflour setiap satu


12 X 60W lampu pijar setiap satu
4 X 100W lampu limpah (spotlight) setiap satu
6 X 60W kipas siling
10 X 13A soket alir keluar
4 X 2 h.p/240VAC, 50hz penyaman udara
2 X 2 h.p motor satu fasa
a) Kirakan arus maksima dan arus anggaran bagi pendawaian di atas.
b) Peratus berkurangan setelah faktor kepelbagaian di ambil.
c) Kadaran saiz fius perkhimatan, kadaran suis utama & fius serta kadaran PLBK.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 18 of 29

ALAT-ALAT PERLINDUNGAN VOLTAN RENDAH.


PERLINDUNGAN PEMASANGAN VOLTAN RENDAH
Am
Oleh sebab elektrik sangat merbahaya tetapi sangat mustahak di dalam kehidupan moden maka
perlindungan merupakan satu aspek yang penting di dalam pemasangan elektrik. Peraturan IEE telah
menjelaskan tentang semua aspek keselamatan dan perlindungan.
Tujuan utama perlindungan pada pemasangan elektrik ialah :
1. Melindungi nyawa manusia
2. Melindungi bangunan dan harta benda dari kebakaran
3. Melindungi peralatan elektrik dari kerosakan dan kebakaran
Ciri-ciri asas perlindungan yang penting ialah :
Bertindak pantas
boleh bertindak dengan cepat sekiranya ada berlaku sesuatu kerosakkan
Pemilihan ( selectivity)
boleh memilih kerosakan pada satu talian sahaja tanpa mengganggu pada talian yang lain.
Kepekaan ( sensitivity)
boleh mengesan sebarang kerosakan
Keboleharapan (reliability)
yakin bahawa setiap komponen yang terdapat dalam sistem kuasa boleh berfungsi dengan baik.
Kestabilan ( stability)
setiap komponen yang terdapat dalam sistem perlindungan mestilah dalam keadaan stabil.
JENIS-JENIS PERLINDUNGAN
4.1
Over Current ( Arus Lebih )
Arus lebih di sini bermaksud nilai arus dalam kiloampere ( KA fault level current ) dan sebabnya ialah
terdapat kerosakan litar pintas antara
1. Fasa ke Fasa
2. Fasa ke Neutral
3. Fasa ke Bumi
Arus lebih yang dihasilkan adalah tersangat tinggi dan tidak dapat ditanggung oleh pemasangan dan
pemutus litar mestilah bertindak segera iaitu pada masa yang telah ditetapkan. Jika tidak peralatan akan
mengalami kerosakan.
Jenis-jenis alat perlindungan yang digunakan : ACB (Air Circuit Breaker Pemutus Litar Udara)
MCCB (Moulded Case Circuit Breaker Pemutus Litar Teracu)
(kedua-dua alat perlindungan diatas menggunakan pengubah arus dan geganti serta gelung shunt trip dan
under voltage untuk jalankan tugas)
MCB (Miniature Circuit Breaker)
FIUS SUIS
SUIS FIUS
FIUS
4.2
Over Load ( Beban Lebih )
Beban lebih akan menghasilkan kesan yang sama iaitu arus lebih. Disebabkan apa-apa kerosakan pada litar
dan nilai arusnya kecil berbanding arus lebih. Punca beban lebih adalah beban elektrik ( Kilowatt dan KVA)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan
Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 19 of 29

yang berlebihan yang sepatutnya ditanggung pemasangan. Beban mekanikal berlebihan boleh menyebabkan
beban lebih elektrik. Beban lebih yang tidak berapa tinggi selalunya boleh ditanggung oleh pemasangan
beberapa ketika dan hingga beberapa minit bergantung kepada berapa tinggi arus. Selalunya kita hadkan
arus lebih kepada maksima 150% sahaja daripada arus beban penuh selama 1 saat sahaja. Beban lebih
adalah sebanyak 120% secara berterusan dihadkan maksima 5 minit.
4.3

Earth Leakage ( Bocor Bumi)


1. Disebabkan sentuhan tidak terus ( indirect contact ) antara pengalir fasa dan bumi disebabkan nilai
rintangan penebatan pengalir telah lemah dan rendah.
2. Arus yang terhasil adalah kecil sama ada miliamp atau beberapa amp sahaja disebabkan rintangan
kerosakan masih tinggi.

ACB dan MCCB ( guna bantuan geganti bocor ke bumi - ELR )


RCCD dan ELCB ( sudah dipasang padanya)

Rajah 2 : RCCD three phase

Rajah 1 : RCCD single phase

4.4

Lampau Panas
1. Alatan elektrik akan menghasilkan haba bila beroperasi.
Kepanasan yang lampau akan merosakkan komponen dan
pemasangan.
2. Prinsip Bimetal strip digunakan pada Geganti Lampau Panas
dimana ia akan membengkok apabila melebihi suhunya.
Digunakan pada arus yang rendah contohnya pada litar
kuasa motor.
3. Prinsip lain ialah perubahan rintangan terhadap haba. Apabila
rintangan berubah arus yang mengalir juga. Digunakan
selalunya pada motor, pengubah yang besar dan janakuasa

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

4.5

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 20 of 29

Miniture Circuit Breaker (MCB)


1. MCB digunakan sebagai gantian fius bagi mengawal pemasangan domestik dan beban-beban kecil
sahaja.
2. Kadaran amperenya lebih kecil sehingga 63 A berbanding dengan MCCB.
3. Sifat- sifat MCB ialah :4. Nilai terpelantik beban lebih ditetapkan oleh pihak pengeluar dan tidak boleh ditukar.
5. Ia akan terpelantik bila berlaku beban lebih (overload) atau litar pintas.
6. Litar-litar rosak dapat dikesan.
7. Bekalan boleh dipulihkan dengan cepat dan mudah.

Rajah 10 : Pemandangan dalaman MCB


1

14
6
13

12

11

10

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

Page 21 of 29

Fixed contact
Handle to ON and OFF MCB
Mechanism assembly
Coil
Magnetic frame
Load terminal
Arc runner load side
Clip in spring
Arc grid
Armature
Moving contact
Arc runner line side
Contact tip
Line terminal

4.6
Moulded case circuit breaker (MCCB).
Penggunaan MCCB ialah sama seperti MCB tapi kadaran amperenya lebih tinggi iaitu sehingga 2000 A.
Kebanyakan pemasangan MCCB untuk pemasangan tiga fasa.
MCCB digunakan untuk melindungi beban lebih (over load) maka masalah single phasing tidak akan berlaku.
MCCB juga digunakan untuk arus bocor ke bumi dimana ianya akan disambungkan dengan CT (current
transformer) dan geganti perlindungan seperti over current dan earth fault (bergantung kepada binaan
sesuatu MCCB).
Bingkai MCCB diperbuat daripada bahan bukan logam iaitu polyester resin.

Rajah 12 : MCCB

Rajah 13 : Binaan dalaman MCCB

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 22 of 29

Faktor Fius
Faktor fius bermaksud nisbah diantara arus minima yang akan mencairkan elemen fius dengan arus
kadaran fius.
Ia memberitahu kita sama ada sesuatu fius itu sensitif atau kurang sensitif.
Faktor Fius = Arus Maksimum yang akan mencairkan elemen fius
Kadaran arus fius
Contoh :
Arus maksima yang mencairkan elemen fius
= 45 A
Kadaran arus fius
= 30 A
= 45 amp / 30 amp
= 1.5 ( faktor fius )
Arus yang akan mencairkan atau memutuskan elemen fius mestilah sama atau lebih dari arus kadaran fius.
Faktor fius satu adalah fius yang paling sensitif dan tepat.
5.1.2

Fius Catridge
Mempunyai elemen fius tetapi tidak berada di dalam serbuk fius dan sarungnya diperbuat daripada
glass dimana elemen fius boleh dilihat dari luar
Fiusnya ini kadaran yang kecil iaitu kurang dari 5A untuk pemasangan domestik
Untuk pemasangan DC 12V seperti di dalam kereta, fius jenis ini sering digunakan.
Ini disebabkan voltannya rendah jadi arka yang terhasil tidaklah begitu tinggi.
KEBAIKAN
Berbalut lebih selamat
Kadaran arusnya dapat dibaca
Mudah diganti

KEBURUKAN
Mahal
Kurang sesuai untuk arus tinggi
Tidak dapat dilihat sama ada ia lebur atau
tidak

Rajah 25 : Fius katrij

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

5.1.3

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 23 of 29

Fius Boleh Dawai Semula.


Fius boleh dawai semula adalah gelungan dawai yang telah dibuat untuk lebur apabila nilai arus
tertentu mengalir melaluinya
Ia tidak mempunyainya melting point, oleh itu ia lebur dimana-mana bahagian.
Kesan percikan api akan merosakkan tapak dan pembawa fius apabila berlaku arus lebih.

Rajah 26 : Fius boleh dawai semula

KEBAIKAN
1. Senang diganti oleh sesiapa sahaja
2. Murah
3. Mudah didapati

KEBURUKAN
1. Boleh bertukar dengan kadar yang
salah
Sukar menentukan kadar arusnya
Tidak tertutup bahaya kerana arka
Operasinya agak lemah
Faktor fiusnya tinggi : 2.5 3
Mudah terpengaruh kepada suhu
sekitaran

TAJUK: SAIZ BASBAR DAN KADARAN ARUS.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan
Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Kadaran arus berdasarkan

Page 24 of 29

1 x 1 = 1000 A untuk Tembaga.


1 x 1 = 750 A untuk Aluminium.

ARUS
IMPERIAL
INCI

METRIK
MM

TEMBAGA

ALUMINIUM

1 x 1/8

25.4 x 3.175

125

94

1 x 3/16

25.4 x 4.763

188

141

1 x 1/4

25.4 x 6.36

250

187

1 1/2" x 1/4"

38.1 x 6.35

375

281

2 x 1/4

50.8 x 6.35

500

375

2 x 3/8

50.8 x 9.525

750

562

4 x 1/4"

101.6 x 6.35

1000

750

2 1/2 x 3/8

63.5 x 9.35

937.5

702

3 x 3/8

76.2 x 9.525

1125

844

4 x 3/8

101.6 x 9.525

1500

1125

LITAR KAWALAN UTAMA:


Kawalan litar utama ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama
pemasangan pengguna termasuklah pengasingan dan penyuisan, perlindungan arus lebihan dan
perlindungan kebocoran arus kebumi.
Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam kawalan turutan adalah seperti berikut:
1. FIUS PERKIDMATAN DAN PENGHUBUNG NEUTRAL
- berfungsi sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna.
2. METER KILOWATT JAM
- berfungsi untuk mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan perlindungan
arus lebihan.
3. SUIS UTAMA
- Berfungsi sebagai pengasing / penyuisan dan perlindungan arus lebihan
4. PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI ( PLBK )
- berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus bumi dan pengasing litar
5. PAPAN AGIHAN
- berfungsi untuk mengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

Fius
Perkhidmatan

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 25 of 29

Meter Kilowatt
jam

PLBK
Litar Kecil Akhir

KWJ

Suis Utama
Penghubung
Neutral

Rajah 1.1 Litar Kawalan Fasa Tunggal

Litar pengguna bermula dari meter kilowatt jam. Litar ini akan dipasang oleh kontraktor elektrik yang
berdaftar. Litar pengguna yang terawal dilalui oleh bekalan elektrik sebelum sebelum sampai ke beban ialah
litar kawalan pengguna. Litar ini bermula dengan dengan sambungan ke suis utama atau pengasing diikuti
dengan satu atau beberapa papan agihan utama. Seterusnya , ke pemutus litar bocor ke bumi dan akhirnya
sub papan agihan.

URUTAN KAWALAN PENGGUNA


Hak milik

Nama Alat

Fungsi

Milik pembekal elektrik, Kotak


Menyambung bekalan ke
pemasangan
persimpangan
rumah
( dipaterikan )
kerosakkan adalah
Fius Perkhidmatan Menentukan kadar
tanggungjawab
dan Penyanbung bayaran yang dikenakan
pembekal
Neutral
kepada pengguna

Meter Kilowatt
Jam

Menentukan kadar
bayaran yang dikenakan
kepada pengguna

Gambarajah kaedah

Fius Perkhidmatan

Penghubung Neutral

KWJ Meter

Mengasingkan litar
Suis Utama dan pengguna bila
Fius Utama
berlakunya kerosakkan /
kemalangan dan
perlindungan lebihan
arus pengguna
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan
Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Hakmilik pengguna
Pemutus Litar
sebarang kerosakkan
Bocor Ke Bumi
perlu dibaiki oleh
pengguna sendiri

Papan Fius
Agihan

Page 26 of 29

Memutuskan litar
bekalan bila berlaku
arus bocor ke bumi

Pembahagi kepada
beberapa litar kecil akhir
seperti lampu, soket
keluaran dan sebagainya
Ke litar kecil akhir

Rajah 1.2 Urutan litar kawalan

1. FIUS PERKHIDMATAN ( CUT OUT )


Peraturan IEE menyatakan, mestilah mendapatkan kebenaran daripada pihak pembekal sekiranya
hendak menggunakan tenaga elektrik. Kemasukkan bekalan untuk pengguna mestilah melalui Fius
Perkhidmatan yang dipasang oleh pihak pembekal. Jika bekalan pengguna tidak dipasang fius utama,
kebenaran mesti didapati untuk menggunakan tenaga elektrik. Fius Perkhidmatan yang digunakan adalah
dari jenis katrij.
Fius Perkhidmatan berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna.
Kadar arus bagi Fius Perkhidmatan adalah seperti berikut:1. Kadar arus 15 A berwarna BIRU
2. Kadar arus 20 A berwarna KUNING
3. Kadar arus 30 A berwarna MERAH
4. Kadar arus 60 A berwarna KUNDANG ( PURPLE )
Fius-fius ini dibuat untuk bekalan AU sahaja dan dimeterikan oleh pihak pembekal.
Perlindungan Arus Lebihan
Peraturan IEE 473 menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan pelindung lebihan arus ialah
sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan secara sendiri ( automatik ) apabila berlaku lebihan arus
pada sesuatu litar itu. Oleh kerana itu alat ini mestilah dipasang pada dawai permulaan iaitu pada dawai
hidup secara siri dengan litar itu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 27 of 29

Pengkelasan Kecekapan perlindungan Arus Lebihan


A. Kelas Kasar
Perlindungan lebihan arus dalam kelas kasar bermaksud alat perlindungan itu tidak beroperasi dalam masa
4 jam apabila arus sebanyak 1.5 x arus beban yang dikadarkan mengalir pada litar yang dilindunginya
( faktor fius dalam kelas ini lebih dari 1.5 ). Di antara fius yang termasuk di dalam kelas ini adalah seperti
berikut:
a) BS 88 fius bersama dengan fius berangkai yang bertanda bagi menunjukkan faktor fius kelas Q2 iaitu
antara 1.5 hingga 1.75 kali.
b) Fius separuh tertutup yang boleh didawaikan semula mengikut BS 3036.
B. Kelas Halus
Perlindungan lebihan arus dalam kelas halus bermaksud alat perlindungan itu akan beroperasi dalam
masa 4 jam apabila arus sebanyak 1.5 x arus beban yang dikadarkan mengalir pada litar yan dilindungi
( faktor fiusan kurang daripada 1.5 ). Di antara fius yang termasuk di dalam kelas ini adalah seperti berikut:
a) BS 88 fius bersama dengan fius berangkai yang bertanda bagi menunjukkan faktor fius kelas P iaitu
antara 1. hingga 1.25 kali.
b) Fius yang dipasang bersama-sama dengan fius berangkai mengikut BS 1361.
c) Pemutus litar kenit atau badan berbalut mengikut BS 3871.
d) Pemutus litar yang dilaraskan untuk beroperasi pada beban lampau tidak melebihi 1.5 x arus beban
litar itu.
2. METER KILOWATT JAM
Berfungsi sebagai alat mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan perlindungan arus
lebihan. Tenaga ini dicatitkan berdasarkan kepada kuasa dan masa yang digunakan. Meter kilowatt jam
mempunyai satu cakera yang berputar pada kelajuan yang berkadaran secara langsung kepada kuasa yang
dihantar. Selepas bilangan putaran diberi skala ini akan meningkat kepada satu unit lagi. Meter kilowatt jam
mencatatkan jumlah tenaga yang digunakan dengan meningkatkan skala sebanyak satu unit bagi setiap
kilowatt jam yang dibekalkan.
1 kWj = 3 600 000 J
satu kilowatt jam adalah digunakan apabila 1 kW beban digunakan bagi 1 jam atau 500 W beban bagi 2 jam
atau 3 kW beban bagi 20 minit dan sebagainya.
3. SUIS UTAMA
Suis utama bagi pengguna domestik ialah dari jenis suis fius. Pemasangan suis utama mesti bedekatan
dengan fius perkhidmatan dan meter supaya kabel yang disambung dari suis gear kepada meter seberapa
pendek yang boleh. Suis utama sangat mustahak untuk menentukan tidak ada bahaya apabila berlaku
lebihan arus atau litar pintas. Sekiranya pepasangan mempunyai dua tariff, saiz suis utama mesti sepadan
dengan arus beban maksima untuk mata lampu dan kuasa.
Saiz suis utama yang biasa digunakan adalah:
Single Phase ( SPN )

Three Phase ( TPN )

20 Amp
30Amp
45 Amp
60 Amp
75 Amp
100 Amp

10 Amp
20 Amp
30 Amp
60 Amp
100 Amp

4. PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI ( PLBK )

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 28 of 29

Berfungsi sebagai perlindungan kepada kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar. Pemutus litar dibuat
dalam berbagai bentuk jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis
hembusan angina, jenis vakum dan jenis miniatur. PLBK yang lazim digunakan sekarang ialah jenis miniatur.
A. Pemutus Litar Jenis Miniatur
Disebabkan jenis berukuran kecil, maka ianya dipanggil sebagai pemutus litar miniatur. Bentuknya seakanakan suis tumbler biasa, bezanya Cuma dari segi ukuran dan bentuknya sahaja ( 4 segi panjang ). Ianya
tahan lama dan tidak dipengaruhi oleh suhu skitaran untuk beroperasi dan kadar perlindungan yang
diberikannya adalah dalam kelas halus.
Pemutus litar ini terbahagi kepada jenis iaitu:
a) tetap kadarannya di mana digunakan untuk menggantikan tempat fius dan;
b) boleh dilaraskan kadaran arus kendaliannya pula digunakan untuk perlindungan beban yang sentiasa
berubah atau tidak mennetu nilai kadarannya seperti motor dan sebagainya.
Selain sebagai pelindung lebihan arus ianya juga berfungsi sebagai pelindung lebihan kepanasan supaya
belitan motor dapat mengawal kepanasan suhu yang tertentu pada sesebuah motor dan sebagai pengasing
daripada kebocoran arus ke bumi pada sesebuah pemasangan.
B. Kebaikkan dan Keburukkan pemutus litar
Di antara kebaikkan dan keburukkan pemutus litar adalah seperti berikut:
Kebaikkan pemutus litar:a)
b)
c)
d)

Beroperasi dengan lebih cepat dan cekap


Ia mudah disambungkan ke bahagian mekanik lain untuk tujuan tindakbalas kelengahannya
Ia boleh dikendalikan setelah kerosakkan di baiki
Senang mengenal keadaannya setelah beroperasi atau sebelum ( dilihat tangkai suis togolnya jika ke
atas bermaksud ianya belum beroperasi lagi)
e) Kelengahannya boleh dilaraskan
Keburukkan pemutus litar:a) Harganya yang mahal
b) Jika rosak perlu ditukar baru
c) Sukar diperolehi

5. PAPAN FIUS AGIHAN


Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan. Papan pengagihan hendaklah
dipasang di dalam kotak bertutup di tempat yang mudah diperiksa dan berlabel dengan:
a) Kadar fius dan pemutus litar
b) Saiz kabel
c) Kegunaan setiap litar bagi kotak pengagihan fius utama tempat bacaan kabel diambil dari pelindung
lebihan arus kelas halus dan hendaklah dipastikan faktor fiusnya tidak melebihi 1.5.
Papan agihan yang tidak bertutup di belakangnya hendaklah dipasang dipermukaan yang tahan kebakaran
atau lain-lain agar ia tertutup rapi.
Biasanya papan agihan diperbuat dari papan atau logam yang disertakan untuk terminal bumi. Papan agihan
ada bermacam-macam jenis dan saiz samada fasa tunggal atau 3 fasa. Dalam papan agihan, fius-fius
dipasang kepada satu bas-bar dan disambung kepada fius, untuk punca hidup, satu bas-bar untuk punca
Neutral dan satu untuk Bumi. Papan agihan boleh dipasang dengan fius-fius dari jenis dawai semula, katrij
dan kapasiti pemutus tinggi.
Peraturan IEE menyatakan sambunngan pengalir Neutral dan Bumi yang berlainan litar disambung dalam
keadaan yang sama sebagaimana pengalir hidup disambung kepada fius-fius supaya tidak berlaku kesilapan
semasa mengubah atau memotong sambungan litar-litar dalam papan agihan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan
Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.ME-021-4(KP)

Page 29 of 29

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 05- Kertas Penerangan


Kursus Penyaman Udara L4
2015 (Versi 1)

You might also like