You are on page 1of 53

DTE 2443/UNIT2/

PENGHANTARAN

TRANSMISSION

OBJEKTIF

Objektif am :

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

1. Menakrifkan talian pendek.


2. Menyatakan bahawa satu talian mempunyai rintangan siri dan kearuhan.
3. Melakar rajah litar satu talian pendek dan melabelkannya.
4. Melakar rajah fasa untuk talian pendek dengan menggunakan beban pada angkadar
5. mengekor.
6. Mentakrifkan pengaturan sebagai peningkatanvoltan pada hujung penerima talian bila
beban
7. ditanggalkan, dengan nilai hujung penghantaran adalah tetap.
8. Menakrifkan pengaturan per unit sebagai (Vsn – Vm)/Vm.
9. Menakrifkan kecekapan penghantaran
10. Menakrifkan alian sederhana dan panjang.
11. Melakar dan melabelkan talian sederhana dan panjang.
12. Membincangkan kaedah penghantaran dilakukan pada voltan tinggi (contoh :-
132kv/275kv).
13. Menerangkan korona dan kesan-kesan sampingan serta cara-cara mengurangkan korona.
14. Menerangkan berpandukan rajah berlabel binaan penebat pin, penebat gantungan dan
15. penebat tegangan.
16. Mebincangkan kebaikan dan keburukan binaan penebat pin, penebat gantungan dan
17. penebat tegangan.
18. Menjelaskan tiga jenis ujian yang dibuat ke atas penebat.
19. Menerangkan taburan bezaupaya pada satu rangkaian tidak lelurus.
20. Menakrifkan kecekapan rangkaian.
21. Menerangkan dua cara untuk memperbaiki taburan bezaupaya merenangi gelang adang
dan
22. lengan bersilang.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

PENGHANTARAN TALIAN PENDEK

Rajah 2.0 Sistem penghantaran pada talian atas

2.0 Pengenalan
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
Sistem penghantaran merupakan satu sistem yang besar menghubungkan stesen
penjanaan kepada pengguna melalui sistem pengagihan. Jika sistem penghantaran
membekalkan jumlah tenaga yang besar daripada stesen jana kuasa ke pusat-pusat beban.
Sistem pengagihan pula akan membekalkan tenaga daripada sistem penghantaran dan
mengagihkannya kepada pencawang-pencawang utama dan pencawang kecil kepada
pelbagai pengguna.

Tenaga elektrik boleh dibekalkan dan diagihkan sama ada dalam bentuk arus
ulang-alik (A.U) atau arus terus (A.T) . Dalam praktiknya sistem 3-fasa 3-talian digunakan
dalam sistem pengahantaran manakala bagi sistem 3-fasa 4-talian A.U digunakan dalam
sistem pengagihan. Rajah 2.0 menunjukkan sistem penghantaran talian atas.

Pertimbangan yang penting dalam operasi talian penghantaran adalah merujuk


kepada kejatuhan voltan dan kehilangan kuasa yang berlaku dalam talian dan juga
kecekapan talian penghantaran. Komponen-komponen seperti rintangan R, kearuhan L dan
kemuatan C yang terdapat pada talian penghantaran mempengarhui keadaan-keadaan
tersebut.

2.1 Talian Pendek

Talian penghantaran yang mempunyai panjang kurang daripada 60 km dan


beroperasi pada kadar voltan di bawah 20 kV dikategorikan sebagai talian pendek dalam
sistem pengahantaran. Merujuk kepada jarak yang singkat dan voltan operasi yang rendah,
maka kesen daripada kemuatan dalam talian ini juga kecil maka kesan kemuatan boleh
diabaikan dalam sistem talian ini. Oleh itu prestasi talian pendek adalah bergantung kepada
rintangan dan kearuhan yang terdapat pada talian penghantaran. Pada talian penghantaran
sebenar, rintangan dan kearuhan terdapat disepanjang talian penghantaran tersebut. Tetapi
dalam kes talian pendek jumlah rintangan dan kearuhan tergumpal pada satu tempat atau
bahagian.

2.2 Rintangan dan Kearuhan dalam Talian

Talian penghantaran bagi litar elektrik biasanya mempunyai beberapa parameter


seperti rintangan, kearuhan dan kemuatan. Parameter ini tidak seragam disepanjang talian
penghantaran yang mana memberi kesan kepada pengaturan voltan dan juga kecekapan
talian penghantaran. Kesan ini juga bergantung kepada panjang sesuatu talian
penghantanran. Pada perbincangan ini kita akan melihat kewujudan rintangan dan kearuhan
pada talian penghantaran.

2.2.1 Rintangan Siri Pengalir

Apabila kita memperkatakan mengenai rintangan siri dalam pengalir talian


penghantaran, beberapa faktor perlu diambil kira di antaranya panjang talian, luas
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
keretan rentas talian, bahan dan suhu persekitaran. Seperti mana yang kita ketahui
setiap pengalir talian penghantaran yang membawa kuasa elektrik mempunyai

Pengaliran arus yang berlawanan arah di dalamnya dan keadaan ini


dikenali sebagai rintangan. Rintangan R dalam ohm yang terbentuk dalam pengalir
talian penghantaran ini merujuk kepada panjang  dan keratan rentas a pengalir
dan boleh dinyatakan sebagai ;


R =  ……(Pers: 2.1)
a

Di mana  adalah kerintangan pengalir.

Kerintangan pengalir () bergantung bukan sahaja kepada bahan yang digunakan
oleh pengalir tetapi bergantung juga kepada suhu persekitaran. Nilai rintangan siri
yang terdapat pada talian dapat ditunjukkan melalui persamaan berikut:-

Katakana Jika  1 dan  2 adalah nilai kerintangan yang mana berhubungkait


dengan nilai suhu t 1 dan t 2 maka,

 2 = 1[1 + (t1 - t2)] ……(Pers: 2.2)

Di mana  adalah pekali bagi suhu bahan yang digunakan bagi merekabentuk
pengalir. Nilai pekali suhu bagi rintangan juga tidak tetap tetapi bergantung kepada
suhu permulaan. Pekali suhu bagi rintangan diberikan sebagai;

 = 0 / (1 + 0t1) ……(Pers: 2.3)

dimana 0 adalah pekali suhu bagi rintangan ketika 0C

Melalui persamaan-persamaan yang ditunjukkan dapat disimpulkan


bahawa rintangan yang terdapat dalam pengalir penghantaran sentiasa wujud dan
berterusan bermula daripada talian penghantaran sehingga tiba kepada talian
pengagihan kepada pengguna.

2.2.2 Kearuhan

Pengalir pada sistem talian penghantaran bukan sahaja mempunyai


kerintangan malahan kearuhan juga wujud dalam talian tersebut. Jika kita merujuk
kepada Rajah 2.1(a), menunjukkan dua pengalir satu fasa, perhatikan pada bahagian
pemisah kedua-dua pengalir tersebut yang ditandakan dengan jarak D. Ketika arus
mengalir melalui kdua-dua pengalir ini pada sebarang masa ia akan mengalir pada
arah yang bertentangan dan seterusnya mengwujudkan medan disekitar kedua-dua
pengalir tersebut. Medan yang wujud ini akan sentiasa memberikan tekanan di antara
satu dengan yang lain seperti yang digambarkan pada Rajah 3.1(b). (lihat pergerakkan
anak panah medan).
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

+ - - +

γ D γ D Rajah
2.1
Urat (a) (b) daya
magnet teraruh
antara dua pengalir

Kedua-dua pengalir pada rajah 2.1(a) dan 2.1(b), akan membentuk gelung
segiempat tepat bagi setiap pusingan melalui fluks yang wujud hasil pengaliran arus
pada kedua-dua pengalir. Ketika fluks yang terhasil ini merangkai kepada gelung
tersebut ia akan menghasilkan kearuhan.
Meskipun jarak pemisah di antara pengalir ini besar biasanya daripada 1 meter
hingga 10 meter, oleh kerana wujudnya jumlah fluks yang padat ini akan membentuk
gegelung yang lebih besar dan mempengaruhi kewujudan kearuhan.
Kewujudan kearuhan dalam pengalir bagi setiap pusingan per meter ( bila γ ≤ D )
dapat dibuktikan melalui persamaan seperti berikut;

D i
 
L  4
 loge henry / meter ……(Pers: 2.4)
di mana,
μ = Kebolehtelapan mutlak bahantara.
μi = Kebolehtelapan mutlak bahan pengalir.

2.3 Rajah Litar Talian Pendek

R I X

I
Talian

Vsn Vm Beban

Neutral

Rajah 2.2 Litar garis tunggal talian pendek


DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

Talian penghantaran pendek boleh dikenali secara ringkas dengan melukiskan litar
garis tunggalnya. Beberapa komponen yang terdapat dalam talian ini boleh digunakan
untuk membuat pengiraan bagi menentukan kecekapan dan kejatuhan voltan yang berlaku
dalam sistem penghantaran talian pendek. Rajah 2.2 menunjukkan sebuah litar garis
tunggal talian pendek.

Merujuk kepada rajah 2.2, beberapa parameter boleh dikenalpasti iaitu,

Vsn - Voltan pada penghujung penghantaran


Vm - Voltan hujung penerima
I - Arus beban pada R mengekor

R - Rintangan gelung ()


X - Kearuhan gelung ()

2.4 Rajah Vektor Talian Pendek

Im kos m IX
Vsn
G H

AA
Vm IR B IX sin m

sn Vm kos m
m
O I
Vm kos m D F

Rajah 2.3 Diagram vektor talian penghantaran pendek


DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
Rajah vektor bagi talian pendek mempunyai hubungkait dengan parameter-
parameter yang terdapat pada rajah garis tunggal talian pendek. Dalam kes ini rajah vektor
mengekor boleh dilukiskan seperti pada Rajah 2.3.

Merujuk kepada Rajah 2.3, parameter-parameter dikenalpasti sebagai;

OA- Voltan hujung penerima, Vm


OI - Arus beban, I
AB- Kejatuhan kesan kerintangan dalam talian, IR
BC- Kejatuhan kesan kearuhan dalam talian, IX
OC- Voltan pada hujung penghantar, Vsn

Merujuk kepada parameter-parameter ini kita boleh mencari nilai voltan hujung penerima
dan seterusnya menentukan faktor kuasanya. Cuba perhatikan penyelesaian berikut:-

OC  (OD  DF ) 2  ( FB  BC ) 2
 (VR kos R  IR) 2  (VR sin  R  IX ) 2
dan
OF VR kos R  IR
kos S  
OC VS

Sebenarnya daripada rajah vektor ini bukan sahaja kita dapat menentukan nilai V S
dan faktor kuasa,
tapi kita juga dapat menentukan peratus pengaturan bagi sebuah talian pendek dengan
merujuk kepada parameter-parameter yang diberikan. Peratus pengaturan voltan merujuk
kepada Rajah 2.3 boleh ditulis sebagai.

IR kos R  IX sin  R
Peratus Pengaturan = x 100 ……(Pers: 2.5)
VS

2.5 Perubahan Pengaturan Voltan dengan Faktor Kuasa Beban

Pengaturan berubah dengan faktor kuasa beban walaupun voltan pada


penghunjung penerima dan arus talian tetap nilainya. Dalam keadaan begini susutan voltan
adalah sama dalam magnitud dan fasa tetapi perhubungan fasa antaranya dengan voltan
penghujung penerima dan pada hujung penghantaran berubah.

Membincangkan kejatuhan voltan pada hujung penerima dengan peningkatan


beban bagi kes peningkatan beban induktif (faktor kuasa mengekor) dan meningkat dengan
peningkatan beban bagi beban kemuatan (faktor kuasa mendulu). Voltan hujung penerimaan
bukan sahaja bergantung kepada beban tapi juga pada faktor kuasa. Perubahan pengaturan
voltan pada hujung penghantaran bagi faktor kuasa yang berbeza boleh digambarkan
melalui rajah lokus seperti Rajah 2.4.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
Merujuk kepada Rajah 2.4, vektor AO menunjukkan voltan fasa hujung penerima
(VR) pada keadaan berbeban dan garisan OX bersedut ΦR, merupakan faktor kuasa beban
dengan kos ΦR. selain itu garis OX juga menunjukkan arus (I) fasa beban. Garis AB yang
dilukiskan selari dengan garis OX mempunyai kejatuhan rintangan IR dan garis tegak BC
yang dilukis menegak kepada garis OX mempunyai kejatuhan kearuhan IX. Merujuk kepada
rajah, ABC merupakan segitiga galangan dan CA adalah jumlah kejatuhan galangan talian
IZ. Manakala OC menunjukkan voltan fasa hujung penghantaran (VS) dan perbezaan antara
VS dan VR atau ( OC – OA ) adalah kejatuhan voltan dalam talian dan juga dikenali
sebagai pengaturan hujung penghantaran.

Perubahan pengaturan ini dapat dilihat dengan jelas sekiranya kita melihat regulasi
maksima pada titik B dan regulasi kosong pada titik S dengan merujuk kepada
rajah lokus (Rajah 2.4) melalui persamaan berikut :-.

Pengaturan = IR kos θR + IX sin θR


Pengaturan akan menjadi maksima apabila d ( pengaturan ) / d θ = 0
IR (-sin θ ) + IX ( kos θ ) = 0

atau
Voltan Hujung Penghantaran, VS Tan θ =
M H F
X/R

Voltan Hujung Penerima, VR


VS C
Faktor
N G
E Kuasa
IX Mendulu

VR IR
B
A
Φ
ΦR
O X
Φ I
IX

Faktor
O’ I D Kuasa
R
Mengekor
K
VS
Q

VR S
P

Rajah 2.4 Lokus Vm dan Vsn


DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

4.6 Pengaturan Per Unit

Apabila beban pada hujung penerimaan mendapat bekalan kuasa maka akan
berlaku kejatuhan voltan akibat kesan kerintangan dan kearuhan pada pengalir. Oleh sebab
itu nilai voltan pada hujung penerimaan Vm biasanya kurang berbanding voltan pada hujung
penghantaran Vsn. Kejatuhan voltan yang berbeza pada hujung penerimaan dan juga hujung
penghantaran dinyatakan sebagai peratus voltan hujung penghantaran dan dikenali sebagai
pengaturan.

Pengaturan per unit boleh ditakrifkan sebagai perubahan voltan pada bahagian
hujung penerima bila beban penuh di dihentikan,
ini akan menjadikan voltan pada hujung penghantaran sama dengan hujung penerimaan.
Keadaan ini dapat dijelmakan dalam bentuk persamaan seperti berikut;

Vsn  Vm
Peratus Pengaturan = x 100 ……(Pers: 2.6)
Vm

Dimana Vsn adalah voltan hujung penghantaran dan Vm voltan dihujung


penerimaan. Sepertimana diketahui pengaturan menolong mengekalkan nilai voltan pada
tamatan beban dengan menetapkan had (5% voltan ralat) dengan menggukan peralatan
kawalan yang sesuai.

2.7 Kecekapan Penghantaran

Bila beban diberikan bekalan melalui talian penghantaran akan berlaku


kehilangan dalam pengalir akibat kesan rintangan dan kuasa yang dihantar pada hujung
beban talian penghantaran kurang daripada kuasa yang dibekalkan pada hujung
penghantaran. Kecekapan talian penghantaran didapati sebagai nisbah kuasa yang diterima
kepada kuasa yang dihantar atau boleh boleh ditulis sebagai;
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

Kuasa diterima
Kecekapan Penghantaran = Kuasa dihantar x 100

Kuasa keluaran
= x 100
Kuasa keluaran  Kehilangan kuasa

Vm Im kos m
T = VsnIsn kos sn x 100 ……(Pers: 2.7)

Di mana Vm, Im dan kos m adalah voltan, arus dan faktor kuasa hujung penerima
manakala Vsn, Isn dan kos sn adalah voltan, arus dan faktor kuasa hujung penghantaran.

2.8 Pengiraan Per Unit Pengaturan dan Kecekapan

Pengaturan voltan dan juga kecekapan talian penghantaran dapat dilihat dengan
lebih jelas melalui contoh-contoh pengiraan mudah seperti yang dimuatkan dalam bahagian
ini.

Contoh 2.1:
Contoh 2.1:
Sebuah talian penghantaran satu fasa berkeupayaan kuasa 1,100 kW ke kilang dengan voltan 11 kV
pada faktor kuasa 0.8 mengekor. Talian ini mempunyai jumlah rintangan 2 dan gegelung kearuhan
3. Dapatkan;

i). Nilai voltan pada hujung penghantaran.


ii). Peratus pengaturan.
iii). Kecekapan talian penghantaran.

Penyelesaian :

Diberikan;
Rintangan talian, R = 2
Kearuhan talian, X = 3
Kuasa yang dihantar, P = 1,100 kw
Faktor kuasa beban m = 0.8 (mengekor)
Voltan hujung penerima, Vm = 11,000 V
P x 1,000
Arus beban, I = Vm kos m
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

1,100 x 1,000
I = 11,000 x 0.8

I = 125 A

i). Nilai voltan pada hujung penghantaran pula.

Diketahui, kos m = 0.8


oleh itu sin m = 0.6

Vsn = (Vm kosm  IR) 2  (Vm sin m  IX ) 2


Vsn = (11,000 x0.8  125 x 2) 2  (11,000 x 0.6  125 x 3) 2

Vsn = 11,426 V

ii). Peratus pengaturan voltan.

Vsn = 11,426 V
Vm = 11,000 V
Vsn  Vm
Peratus Pengaturan = x 100
Vm
11,426  11,000
= x 100
11,000
= 3.873 %

iii). Kecekapan talian penghantaran.

Kehilangan dalam talian = I2 R = (125)2 x 2


= 31,250 atau 31.25 kw
Kuasa diterima
Kecekapan Penghantaran = Kuasa dihantar x 100

1,100
T = 1,100  31250 x 100

 T = 97.24%

Contoh 2.2:
Contoh 2.2:
Sebuah talian penghantaran tiga-fasa 11 kV mempunyai rintangan 1.5 dan kearuhan 4
bagi setiap fasa. Kirakan peratus pengaturan dan kecekapan talian jika jumlah beban hujung
penerimaan 5,000 kVA pada faktor kuasa 0.8 mengekor dan voltan dibekalkan sehingga
jarak terakhir ialah 11 kV.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

Penyelesaian :

Rintangan bagi setiap pengalir, R = 1.5


Kearuhan bagi setiap pengalir, X = 4.0
11,000
Voltan fasa pada hujung penerimaan, Vm = = 6,351 V
3
Beban penghantaran = 5,000 kVA

Faktor kuasa beban, kos m = 0.8 (mengekor)

Kuasa dibekalkan dalam kVA x100


Arus talian, I = 3 x Vm
5,000 x1,000
262.4 amp
= 3 x 6,351 =

Voltan hujung penghantaran setiap fasa,

Vsn = Vm + IR kosm + IX sin m


= 6,351+(262.43x1.5x0.8)+(262.43x4x0.6)
= 7,295.8 V

Voltan hujung talian penghantaran VSL = 3 x 7,295.8 = 12,637V

oleh itu,
Vsn  Vm
Peratus pengaturan voltan, = x 100
Vm
12,637  11,000
= x 100
11,000
= 14.88 %
dan
Kuasa keluaran
Kecekapan talian penghantaran = Kuasa keluaran  Kehilangan kuasa x 100

5000 x 0.8
T = 5000 x0.8  310 x 100

 T = 92.8%
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

2a-1 Soalan berikut adalah merujuk kepada talian pendek:-


a. Berapakah panjang satu talian pendek.
b. Berapakah kadaran voltan talian pendek.
c. Nyatakan dua pemalar yang wujud pada talian pendek.

2a-2 Merujuk kepada rajah 1 label dan namakan bahagian-bahagian yang ditandakan dari 2.2.1
hingga 2.2.8

2a2-1 2a2-2 2a2-3

2a2-7

2a2-4 2a2-5 2a2-6


2.2.5

Rajah 2a-1

2a-3 Satu talian penghantaran 1-fasa membekalkan kuasa 500 kVA ke beban pada 2 kV
(voltan hujung terima). Talian ini mempunyai rintangan dan reaktans masing-masing
0.2  dan 0.4  dan arus beban 250 A. Kirakan pengaturan voltan talian pada faktor kuasa;
a. 0.707 menyusul
b. 0.707 mendulu
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

2a-4 Satu talian penghantaran 3-fasa membekalkan kuasa 1,000 kW pada 11 kV dengan faktor
kuasa 0.8 mengekor. Rintangan dan reaktans talian masing-masing 0.48  dan 3.52  serta
arus talian ialah 65.6 A.Kirakan;-
a) Voltan hujung penghantaran, Vsn
b) Pengaturan voltan
c) Kecekapan talian

2a-5 Data berikut merujuk kepada talian penghantaran 3-fasa talian pendek, Voltan hujung
terima Vm 11 Kv beban dibekalkan pada hujung terima 1,000 kW pada f.k 0.8
menyusul rintangan setiap pengalir 5 ohm dan reaktans bagi pengalir 5.6 ohm dan arus
talian 65.5 A. Dapatkan;
a. Voltan pangkal hantar jika diberi Vsn = Vrn + IR kos θR + IX sin θR.
b. Pengaturan voltan
c. Kecekapan penghantaran

SYABAS!!!
KERANA ANDA TELAH MENCUBA

2a-1
(a). Tidak melebihi 60 km
(b). Tidak melebihi 20 kV
(c). Rintangan dan Reaktans

2a-2
2a2-1 R - Rintangan gelung ()
2a2-2 X - Kearuhan gelung ()
2a2-3 I - Arus beban pada R mengekor
2a2-4 Vsn - Voltan pada penghujung penghantaran
2a2-5 Vm - Voltan hujung penerima
2a2-6 Talian
2a2-7 Neutral

2a-3
(a). 5.3 %
(b). -1.65 %

2a-4
(a). 11,284 V
(b). 2.58 %
(c). 99.38 %

2a-5
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
(a). 11.839 V
(b). 7.63 %
(c). 93.96 %

PENGHANTARAN TALIAN SEDERHANA DAN


PANJANG
2.9 Pengenalan

Setelah kita mempelajari kendalian sistem talian pendek bagi sesuatu sistem talian
penghantaran, seperti mana yang telah dibincangkan pada INPUT – A. Dalam bahagian ini
pula kita akan membincangkan dua lagi jenis talian yang terdapat pada sistem talian
penghantaran. Talian penghantaran tersebut adalah talian sederhana dan talian panjang. Jika
dibandingkan kedua-dua talian ini dengan talian pendek, kesan kehilangan disebabkan
kerintangan dan kearuhan dalam pengalir adalah lebih banyak dan besar. Dengan wujudnya
kehilangan kuasa yang besar dalam talian sederhana dan panjang maka ia juga turut
mempengaruhi kecekapan talian penghantaran. Oleh itu pengaturan voltan yang perlu
dilakukan juga adalah besar bagi mengatasi kehilangan pada hujung penerimaan talian
penghantaran ini.

2.9.1 Talian Sederhana dan Talian Panjang

Talian penghantaran yang mempunyai panjang talian di antara 60 hingga


150 km dan voltan talian di antara 20 kV hingga 100 kV dikelaskan sebagai talian
sederhana. Jika bagi talian pendek kesan kemuatan diabaikan, pada talian sederhana
kesan kemuatan diambil kira.

Talian penghantaran yang mempunyai panjang melebihi 150 km dan voltan


menjangkau lebih 100 kV ia dikelaskan sebagai talian panjang. Seperti mana yang
diketahui setiap talian dipengaruhi oleh rintangan, kemuatan, kearuhan dan kealiran.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
Oleh yang demikian dari segi pengiraan kehilangan yang terdapat pada talian panjang
adalah sangat besar berbanding talian pendek dan sederhana.

2.9.2 Litar Talian Sederhana dan Talian Panjang

Litar Talian Sederhana

Merujuk kepada Rajah 2.5, beberapa parameter boleh dikenalpasti iaitu,

Vsn- Voltan pada penghujung penghantaran


Vm- Voltan hujung penerima
Isn- Arus hujung penghantaran
Im - Arus hujung penerimaan
Ic - Arus kemuatan
R - Rintangan gelung ()
-
X Kearuhan gelung ()
-
C Kemuatan (farad)
ISn R X Im

IC
Talian

Vsn C Vm Beban

Neutral

Rajah 2.5 Litar garis tunggal talian sederhana

Sebenarnya terdapat tiga cara yang boleh kita gunakan bagi menentukan
rajah garis tunggal talian sederhana seperti kaedah pemeluap hujung, kaedah T dan
kaedah . Rajah 2.5 merupakan kaedah pemeluap hujung. Kaedah ini menggumpal
kemuatan pada bahagian hujung beban. Sekiranya pada talian pendek kemuatan
diabaikan, pada talian sederhana pula kemuatan diambil kira ini kerana terdapatnya
penambahan kepada nilai voltan dan panjang talian.

Oleh yang demikian pengiraan pengaturan pada talian sederhana akan turut
menimbangkan kemuatan dan kebocoran reaktan pada talian dan ianya dapat
dihuraikan bergantung kepada nilai voltan yang dihantarkan.

Merujuk kepada litar dalam Rajah 2.5, kita dapat perhatikan arus talian (Isn)
merupakan jumlah arus beban (Im) dan juga arus mengecas (Ic) bagi kemuatan. Dan
boleh ditulis sebagai;
Isn = Im + Ic ……(Pers: 2.8)
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

Jika kita menulis persamaan bagi arus mengecas bagi kemuatan, Ic = jwCVm dan
arus beban Im = Im (kos θm - jsin θm)

Kita akan dapati Isn = Im kos θm - jIm sin θm + j, oleh itu dengan persamaan ini
didapati;

Kejatuhan voltan dalam talian = Isn ( R + jX ) dari persaman ini kita akan ketahui
nilai voltan yang terdapat pada hujung hantaran seperti berikut;

Vsn = Vm + Isn (R + jX). ……(Pers: 2.9)

Melalui persamaan ini kita dapat melihat bagaimana aliran kuasa berlaku dalam
sistem penghantaran talian sederhana dan seterusnya kita dapat menentukan nilai
pengaturan voltannya.

Litar Talian Panjang

Satu talian penghantaran yang menghantar kuasa elektrik melepasakan haba


disebabkan oleh rintangan pengalir. Jadi talian yang panjang bertindak sebagai satu
rintangan. Talian penghantaran juga bertndak sebagai satu kearuhan kerana setiap
pengalir dikelilingi oleh satu medan magnet di sepanjang talian penghantaran. Talian
penghantaran yang panjang juga bertindak sebagai satu kapasitor kerana pengalirnya
bertindak sebagai pelit kapasitor. Rintangan, kearuhan dan kemuatan sebagai satu
talian penghantaran adalah diagihkan seragam di sepanjang talian, dengan medan
magnet di sekeliling pengalir bersama-sama dengan medan elektrik yang diwujudkan
oleh bezaupaya di antara medan tersebut.

Kita boleh mengambarkan bahawa satu talian penghantaran mengandungi beribu-ribu


perintang, induktor dan kapasitor asas seperti yang ditunjukkan pada rajah 2.6.

ISn R/n X/n Im

Vsn B/n G/n Vsn Beban

Rajah 2.6 Litar garis tunggal talian panjang


DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

Merujuk kepada Rajah 2.6, beberapa parameter boleh dikenalpasti di antarnya;

Vsn- Voltan pada penghujung penghantaran


Vm- Voltan hujung penerima
Isn - Arus hujung penghantaran
Im - Arus hujung penerimaan

Selain itu beberapa kenyataan dapat dilakukan merujuk kepada litar yang sama,

i). Talian terdiri dari beberapa parameter malar ialaitu rintangan, kearuhan, kemuatan
dan kealiran yang wujud disepanjang pengagihan talian penghantaran yang
panjang.
ii). Rintangan (R) dan regangan beraruhan (X) merupakan element siri dalam talian
pengehantaran.
iii).Rentetan kemuatan (B) dan kealiran bocor (G) merupankan element pirau,
kealiran bocor juga menyebabkan kehilangan kuasa dalam talian. Ia berpunca
daripada kebocoran penebatan atau kesan korona pada pengalir.
iv) Arus bocor yang mengalir melalui lepasan pirau adalah maksima pada hujung
penghantaran talian penghantaran dan berkurangan secara berterusan ketika
menuju ke hujung penerima dan akhirnya menjadi sifar setelah tiba ke hujung
talian penerima.

2.10 Kesan-Kesan Voltan ke atas Kecekapan Penghantaran.

Kecekapan talian penghantaran bukan sahaja dipengaruhi oleh beberapa pemalar


yang terdapat dalam talian penghantaran iaitu rintangan, kearuhan dan kemuatan
sepertimana yang kita telah bincangkan sebelum ini. Namun kecepakan talian juga
dipengaruhi oleh nilai voltan yang dibawa oleh sesuatu talian dan kesan korona pada talian
tersebut. Pada bahagian ini kita akan membincangkan kesan-kesan tersebut secara ringkas.

2.10.1 Penghantaran Voltan Tinggi ( 132 kV / 275 kV)

Biasanya tenaga elektrik yang dikeluarkan oleh sesebuah stesen jana kuasa
adalah kira-kira 33 kV, 22 kV dan 11 kV. Daripada jana kuasa tersebut tenaga
hantaran kebeberapa buah pengubah peninggi melalui talian rentang atas dengan
berbagai-bagai cara sambungan seperti sistem gelang, sistem jejari, sistem
rangkaian dan sebagainya. Voltan yang terjana itu dinaikan kenilai yang
dikehendaki seperti 132 kV, 275 kV atau 500 kV. Tujuan menaikkan voltan ini
ialah untuk mengurangkan perbelanjaan pada penggunaan saiz kabel yang besar
kerana saiz kabel yang digunakan berdasarkan kepada besarnya arus yang mengalir.
Di samping itu juga kecekapan talian penghantaran dapat ditingkatkan.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
Keadaan ini dapat dijelaskan dengan mengandakan kuasa (W) yang
dihantar melalui sistem pengahantaran tiga fasa yang mempunyai voltan talian (E)
dan faktor kuasa kos , menghasilkan persamaan-persamaan seperti berikut

W
I
Arus Talian 3 E kos ……(Pers: 2.10)

katakan :
ι = Panjang talian pengalir  = Ketumpatan arus
 = Rintangan tentu bahan pengalir A = Keratan rentas pengalir

Kehilangan dalam talian boleh ditulis sebagai:

3W
 3I 2 R  …………(Pers: 2.11)
E kos

Kecekapan talian talian penghantaran:


Keluaran   1  3 
  E kos ……(Pers: 2.12)
Masukan
Kejatuhan voltan bagi setiap talian:
= IR = ι ……(Pers: 2.13)

Isipadu tembaga:
3 W
= 3 ι A   E kos ……(Pers: 2.14)

Merujuk kepada persamaan ini beberapa andaian boleh dilakukan di antaranya:-

i). Persamaan (2.11), memberikan gambaran bahawa kehilangan kuasa adalah


berkadar songsang dengan E, juga berkadar songsang dengan faktor kuasa
kos .
ii). Persamaan (2.12), menunjukkan bahawa cekepan talian penghantaran
bertambah dengan menambahkan jumlah voltan pada talian dan faktor kuasa.
iii). Persamaan (2.13), rintangan menyusut pada setiap talian adalah tetap ( ketika
 dan ι diandaikan tetap. Pengaturan voltan dapat diperbaiki kerana peratusan
kejatuhan voltan dapat dikurangkan dengan meningkatkan nilai E.
iv). Isipadu tembaga yang diperlukan bagi talian penghantaran adalah berkadar
songsang dengan voltan dan 19ystem kuasa dengan ini keperluan tembaga
semakin berkurangan.

Dapat disimpulkan daripada kesemua persamaan ini, apabila nila voltan


dan 19ystem kuasa ditingkatkan maka hasilnya akan memberikan kecekapan pada
talian penghantaran di samping penjimatan bahan pengalir juga dapat dilakukan dan
seterusnya mengurangakan kos penghantaran dengan saiz kabel yang kecil sudah
pada talian yang panjang.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
Oleh yang demikian keupayaan talain meningkat dengan meningkatnya
voltan talian penghantaran. Tidak dapat dinafikan bahawa kos bagi talian
penghantaran dan peralatan terminal juga meningkat dengan meningkatnya voltan
talian penghantaran tetapi secara keseluruhannya kos adalah berkadaran dengan
voltan penghantaran. Lagipun ia akan menjimatkan kos sesuai dengan pengurangan
kehilangan kuasa yang berlaku dalam talian penghantaran. Kesanya jumlah kos
penghantaran berkurangan dengan meningkatnya voltan talian penghantaran.

2.10.2 Korona

Korona ialah nyahcas elektrik yang terbit disekeliling pengalir talian atas,
disebabkan oleh pengaliran udara di mana boleh mengganggu gelombang radio dan
menyebabkan kehilangan kuasa. Pada voltan rendah tidak terdapat perubahan yang
berlaku yang boleh dipengaruhi oleh keadaan udara disekitar pengalir.
Walaubagaimanapun bila bezaupaya berbeza dan beransur-ansur meningkat, pada
satu tahap, bara lar (luminous glow) warna ungu yang lemah akan terbit bersama
bunyi desiran. Penomena ini dikenali sebagai korona maya dan disertai oleh
penghasilan gas yang mana telah dikenalpasti melalui 20yste-ciri baunya. Semua
keadaan seperti bunyi desiran, sinaran ungu dan penghasilan gas berbau dikenali
sebagai korona.

Jika pengalir adalah seragam dan licin dan keadaan yang serupa ditetapkan
disepanjang pengalir, dalam keadaan lain bahagian-bahagian yang tidak rata akan
menerbitkan kecerahan. Jika jarak di antara pengalir tidak terlalu besar berbanding
dengan garispusatnya, arka mungkin boleh mengbil tempat sebelum bara lar
kelihatan. Ini berlaku sesuai dengan kenyataan di mana jarak di antara pengalir
yang kecil tidak mempunyai masa yang cukup membolehkan bara lar berlaku.

Bagi kes 20ystem A.T pengalir positif mempunyai bara yang seragam dan
terbit dengan kecerahan pada bahagain negatifnya. Bagi 20ystem A.U, arus yang
sesuai bagi korona adalah bukan berbentuk sinus. Korona diringi oleh kehilangan
kuasa, kehilangan ini disebabkan oleh cahaya, kepanasan, bunyi dan tindakbalas
kimia. Korona yang wujud pada talian penghantaran memberi sedikit kesan-kesan
sampingan di antaranya;

i). Mengakibatkan kehilangan kuasa iaitu ketika keadaan cuaca tidak menentu.
ii). Terdapat kejatuhan voltan yang bukan bentuk sinus bersesuaian dengan arus
bukan bentuk sinus korona, keadaan ini menyebabkan sedikit gangguan
daripada litar perhubungan kesan daripada elektromagnetik dan aruhan
elektrostatik.
iii). Perubahan bentuk gelombang harmonik yang banyak terutama pada hormonik
ketiga, yang wujud pada talian penghantaran.
iii) Pembentukkan korona menghasilkan gas ozon beserta tindakbalas kimia
pada pengalir dan menyebabkan kakisan.

Kesan korona dalam talian pernghantaran seperti yang dinyatakan di atas


memang tidak dapat dinafikan terutama menglibatkan talian penghantaran yang
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
panjang. Meskipun demikian ianya dapat diatasi dan dikurang melalui langkah-
langkah berikut;

i). Menambah garispusat pengalir (misalnya dengan ACSR).


ii). Menggunakan lebih dari satu pengalir bagi setiap fasa, iaitu gunakan pengalir
jambak (bundle conductor)
iii). Menambahkan lagi jarak di antara pengalir dengan ini tegasan oleh magnetik
statik dapat dikurangkan dan dengan yang demikian kesan korona juga dapat
dikurangkan.

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

2b-1 Soalan berikut merujuk kepada talian sederhana.


a.Berapakah panjang talian ini.
b. Berapakan keupayaan nilai voltan talian ini.

2b-2 Soalan berikut merujuk kepada talian panjang.


a. Berapakah panjang talian ini.
b. Berapakan keupayaan nilai voltan talian ini.

2b-3 Apakah tujuan penghantaran tenaga elektrik dilakukan pada voltan tinggi.

2b-4 Merujuk kepada kenyataan-kenyataan berikut;


i). Mengakibatkan kehilangan kuasa iaitu ketika keadaan cuaca tidak menentu.
ii). Menggunakan lebih dari satu pengalir bagi setiap fasa iaitu gunakan pengalir jambak
(bundle conductor).
iii) Pembentukkan korona menghasilkan gas ozon beserta tindakbalas kimia pada pengalir
dan menyebabkan kakisan.
iv). Perubahan bentuk gelombang harmonik yang banyak terutama pada hormonik ketiga,
yang wujud pada talian penghantaran.
v). Menambahkan lagi jarak di antara pengalir dengan ini tegasan oleh magnetikstatik dapat
dikurangkan dan dengan yang demikian kesan korona juga dapat dikurangkan.

Pilih kenyataan yang sesuai bagi;


a. Kesan sampingan kerona.
b. Cara mengurangkan kerona.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

SYABAS!!!
KERANA ANDA TELAH MENCUBA

2b-1
(a). 60 km hingga 150 km.
(b). 20 kV hingga 100 kV.

2b-2
(a). Melebihi 150 km.
(b). Melebihi 100 kV.

2b-3 Bagi mengurangkan kejatuhan voltan dan seterusnya memberikan kecekapan pata talian
penghantaran.

2b-4
(a). i, iii dan iv.
(b). ii dan v.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

PENEBAT TALIAN ATAS

2.11 Prinsip dan Rekabentuk dan Binaan Talian Atas

Sistem pengagihan talian atas biasanya melibat beberapa komponen utama iaitu
dawai talian. penebatan, tiang menara dan sebagainya. Walaubagaimanapun dalam input ini
kita akan membincangkan penebat yang digunakan dalam sistem pengagihan talian atas.
Penebat yang digunakan ini boleh dikenalpasti berdasarkan kepada rekabentuk dan
binaannya.

2.11.1 Penebat-Penebat Talian Atas

Pengalir bagi sistem pengagihan talian atas adalah terjamin


keselamatannya dengan bantuan peralatan elektrik yang dinamakan penebat, dengan
adanya penebat ini maka tidak akan terdapat kebocoran arus kebumi dari pengalir
melalui perlatan ini. Oleh yang demikian penebat memainkan peranan yang penting
menjayakan kendalian pengagihan sistem talian atas. Rajah 2.7 menunjukkan salah
satu bentuk peralatan penebat.

Rajah 2.7 Gambarajah menunjukkan beberapa


bentuk penebat talian atas
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

Beberapa cirri-ciri yang penting dan perlu diambil kira sebelum penebat
diguunakan dalam pemasangan mana-mana sistem pengagihan talian atas
antaranya;

i.). Kekuatan fizikal : kemampuan menahan beban bersesuaian dengan berat sesuatu
pengalir
ii). Mempunyai rintangan penebatan yang tinggi bagi mencegah kebocoran arus
kebumi.
iii).Nisbah ketahanan yang tinggi daripada pecah akibat lonjakkan voltan.
iv). Bahan yang digunakan bagi menghasilkan penebat adalah jenis yang tidak boleh
diresapi cecair atau berongga dan dipengaruhi oleh perubahan suhu.
v). Pembinaannya tidak mengandungi bendasing dan retak serta tidak telus
daripada bahan cecair dan gas daripada ruang angkasa.

Penebat talian atas yang biasa digunakan termasuklah penebat pin, penebat
gantungan, penebat tengangan, penebat belenggu dan penebat umbang. Dalam
perbincangan ini kita akan menyentuh hanaya penebat pin, penebat gantungan dan
penebat tegangan.

2.11.1.1 Penebat Pin

Penebat pin direkabentuk dengan mempunyai pin keluli yang


boleh dipasang pada palang tiang menara. Penebat ini mempunyai skru
pada bahagian pin keluli manakala pengalir diletakkan pada bahagian atas
penebat ini dan diikat bersama menggunakan dawai almunium yang
lembut dengan beberapa belitan. Bahagian tembikar diasingkan dari
bahagian keluli dengan sejenis logam lembut (timble). Rekabentuk
penebat pin ini dapat dilihat pada rajah 2.8(a) Bagi voltan rendah sebuah
penebat pin digunakan sudah memadai.

Bagi talian penghantaran voltan tinggi pula penebat pin yang


lebih kukuh dan besar diguna. Jenis penebat pin voltan tinggi adalah
berbeza dengan pembinaan penebat pin voltan rendah. Pembinaan penebat
pin voltan tinggi mengandungi dua atau lebih lapisan siramik yang simen
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
serentak. Penggunaan satu unit penebat pin sudah memadai bagi sistem
penghantaran 33 kV jika melebihi dari pada kadaran voltan ini dua atau
lebih susunan penebat pin digunakan. Walaubagaimanapun penggunaan
penebat pin dalam sistem penghantaran talian atas adalah tidak ekonomi
bagi voltan melebihi 80 kV. Rajah 2.8(b) menunjukkan rajah skematik
sebuah penebat pin bagi talian atas.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

(a) Rekabentuk

Pengalir

Dawai Pengikat
Tembikar Berkilat
(glazed porcelain)
Plumbum

Bumbung
(shield)

Pin Keluli

Palang
Menara
keluli
(b) Skematik

Rajah 2.8 Penebat pin


DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
2.11.1.2 Penebat Gantungan (Suspension Insulator)

Pemasangan penebat gantungan pada talian atas bergantung


kepada keupayaan voltan yang di bawah oleh pengalir pada satu-satu
talian. Pertambahan keupayaan voltan pada satu talian akan turut
menambah bilangan pemasangan penebat gantungan pada talian tersebut.
Oleh kerana kebanyakan talian penghantaran dan pengagihan berkendali
melebihi 33 kV maka sistam menjadi lebih besar dan jarak antara talian
bertambah jauh.

Keadaan ini menyebabkan penebat pin tidak mempunyai


keupayaan untuk menanggung sistem talian ini. Oleh yang demikian untuk
mengatasi masalah ini penebat gantungan direkabentuk, bentuk sebenar
penebat pin boleh diperhatikan pada Rajah 2.9(a)

Penebat gantung di gantungkan pada palang tiang menara berbeza


dengan penebat pin yang diletakan pada bahagian atas palang. Bagi jenis
penebat ini, pengalir akan disambungkan pada bahgian bawah penebat
gantungan. Oleh itu kita boleh menambahkan jarak di antara palang
menara dengan pengalir melalui penambahan penebat gantungan yang
disusun secara rangkaian. Penambahan bilangan penebat gantungan pada
satu talian adalah merujuk kepada keupayaan voltan talian, keadaan cuaca,
jenis pemasangan talian penghantaran dan saiz penebat gantungan yang
digunakan.

Oleh kerana penebat ini dipasang secara rangkaian maka


penggantian mana-mana penebat boleh dilakukan tampa menukar
keseluruhan rangkaian penebat. Rajah 2.9(b) menunjukkan bentuk
skematik sebuah penebat gantungkan.

Rajah 2.9(a) Bentuk sebenar penebat gantungan


DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

Soket

Simen Tudung Keluli

Kaca atau Tembikar

Pin Keluli
Bebola

Rajah 2.9(b) Skematik penebat gantungan

2.11.1.3 Penebat Tegangan (Strain Insulator)

Pada satu keadaan talian atas mempunyai tegangan yang tinggi,


misalnya pada hujung atau selekoh tajam pada sesuatu talian
penghantaran. Bagi ketegangan talian voltan rendah ia menggunakan
penebat belenggu (shackle). Manakala bagi ketegangan talian voltan tinggi
penebat tegangan digunakan. Biasanya dalam pemasangan penebat pada
talian penghantaran dua atau lebih penebat digunakan. Cakera penebat
tegangan diselakukan dengan melintangkannya berbeza dengan penebat
gantungan yang diselakukan secara menegak.. Binaan penebat tegangan
adalah serupa dengan penebat gantungan namun demikian saiz ketinggian
penebat gantungan adalah melebihi penebat tegangan (Rujuk kepada Rajah
2.10)

Rajah 2.10 : Skematik penebat tegangan


DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

2.11.2 Kebaikan dan Keburukan Penebat Talian Atas

Setelah kita menyentuh beberapa jenis penebat talian atas seperti penebat
pin, penebat gantungan dan penebat tegangan. Cuba kita perhatikan pula kebaikan
dan keburukan setiap penebat yang digunakan ini

Kebaikan penebat gantungan berbanding penebat pin dapat jelaskan seperti berikut;

i). Penebat gantungan adalah lebih murah dari segi kosnya bagi keupayaan talian
yang melebihi 50 kV.
ii). Setiap unit penebat jenis gantungan direkabentuk merujuk keupayaan voltan
rendah dalam lingkungan 11kV. Apabila digunakan pada keupayaan voltan
tinggi maka memadai dengan menyambungkan penebat gantungan secara siri,
bilangan cakera yang digunakan bergantung kepada nilai voltan pada talian.
iii). Jika berlaku kerosakan yang tidak dijangka pada mana-mata penebat
gantungan, memadai dengan mengantikan cakera yang rosak sahaja dan tidak
perlu mengantikan keseluruhan rangkaian penebat gantungan tersebut.
iv). Penebat gantungan adalah lebih fleksibel dipasang pada pada talian.
Penyambungan penebat tegangan pada palang menara memudahkannya
dipusingkan kepada sebarang arah.
v). Penebat pin sesuai dipasang pada tiang yang rendah berbanding penebat
gantungan.

Keburukan penebat gantungan berbanding penebat pin dapat jelaskan seperti


berikut;

i). Penebat gantungan tidak sesuai dipasang pada tiang menara yanh rendah.
ii). Penebat gantungan memerlukan tiang yang tinggi dan kukuh dan ini
meningkatkan kos penghantaran.
iii). Kerosakan pada penebat pin sukar untuk dikesan berbanding penebat
gantungan.
iv). Keupayaan penebat pin terhad hanya pada voltan dibawah 80 kV sahaja.
v). Penebat gantungan memerlukan ruangan yang luas di antara pengalir berbandin
penebat pin.

2.11.3 Ujian-Ujian yang Dijalankan ke atas Penebat Talian Atas

Penebat talian atas merupahkan peralatan penting bagi menjayakan proses


penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik disesuatu kawasan. Oleh yang
demikian pemilihan penebat yang bersesuaian dan selamat perlu diambil kira, agar
keroasakan pada talian tidak berlaku. Bagi mempastikan penebat-penebat yang
digunakan pada talian atas berada dalam keadaan selamat beberapa ujian perlu
dilakukan sebelum ianya digunakan atau dipasarkan. Di antara ujian-ujian yang
biasa dilakukan terhadap penebat seblum ianya boleh dipasarkan dan digunakan
ialah;
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
(a). Ujian rekaan (Ujian terbit arka atau lampau kilat)
(b). Ujian prestasi
(c). Ujian kebiasaan

(a). Ujian Rekaan

Ujian kebiasaan dilakukan bagi memastikan prestasi elektrik dan mekanikal


penebat terhadap beberapa keadaan ujian seperti ujian terbit arka kering, ujian
terbit arka basah dan ujian terbit arka kecemaran. Ujian penebat bagi kaedah-
kaedah yang disenaraikan ini biasanya dilakukan terhadap tiga penebat yang
dipilih secara rawak. Penebat ini akan diuji samada menepati piawaian ataupun
sebaliknya.

i. Ujian Terbit Arka Kering

Voltan terbit arka adalah voltan yang menyebabakan permukaan penebat pecah
tebat, membenarkan arus mengalir melalui muka penebat dari pengalir ke
palang penyokong. Suatu penebat ditetapkan dengan satu voltan minimum yang
selamat dikenakan padanya. Voltan minimum ini bergantung kepada jenis dan
saiz penebat.

Dalam ujian terbit arka kering ini, satu penebat bersih dan kering dipasang pada
satu penyokong. Satu voltan dengan frekuensi kuasa sistem dikenakan pada
penebat tersebut. Voltan ini dinaikan dengan cara berperingkat sehingga voltan
minimum bagi penebat di bawah ujian. Voltan minimum ini hendaklah
dikenakan pada penebat dalam tempoh tidak kurang daripada 30 saat (katakana
satu minit). Jika terbit arka tidak berlaku pada tempoh tersebut, penebat adalah
baik. Voltan dinaikkan sekali lagi dengan cara beransur-ansur sehingga lampau
kilat (flashover) berlaku dalam tempoh 10 saat. Voltan lampau kilat dicatatkan.
Proses ini diulang sebanyak empat kali. Voltan purata bagi lampau kilat tidak
boleh kurang daripada voltan minimum bagi lampau kilat kering yang
ditetapkan.

ii. Ujian Terbit Arka Basah

Ujian ini sama dengan ujian (a) kecuali di bawah hujan tiruan yang mempunyai
rintangan dan suhu yang ditetapkan. Sudut dan kadar lajuan air hujan tiruan
menurun juga di tetapkan. Pada kali ini, penebat hendaklah menahan voltan
minimum yang lebih rendah daripada ujian (a) selama 30 saat sekurang-
kurangnya tanpa terbit arka.

iii. Ujian Terbit Arka Kecemaran

Ujian ini sama dengan ujian (b) kecuali melibatkan kecemaran dengan kabu,
garam, asap, debu atau kimia. Bianya voltan lampau kilat adalah ½ nilai dari
ujian (b).
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

(b). Ujian Prestasi

Ujian prestasi merupakan satu lagi ujian yang digunakan bagi


menentukan penebat talian atas berada dalam keadaan selamat (menepati
piawaian yang dikehendaki). Di antara ujian-ujian yang terlibat dalan ujian
prestasi ialah;

i. Ujian Pecah Tebat

Ujian pecah tebat dijalankan terhadap 3% peratus daripada jumlah penebat


yang dihasilkan. Untuk menguji dielektrik penebat. Penebat mungkin boleh
menahan kejadian lampau kilat menghadapi kerosakan, tetapi ia mesti
digantikan sekiranya ia telah pecah tebat.
Untuk merekabentuk penebat, lampau kilat hendaklah berlaku pada voltan
kurang dari pada voltan pecah tebat. Pada masa ujian, penebat itu hendaklah
direndam dalam penebat minyak yang bersih bagi mencegah lampau kilat. Nilai
voltan ujian dinaikan dengan perlahan-lahan dan penebat mesti berkemampuan
menahan 1.3 kali voltan lampau kilat keringnya tanpa pecah tebat.

ii. Ujian Denyut.

Voltan lampau kilat denyut didapati dengan menggunakan denyut yang


mempunyai semboyan seperti Rajah 2.11.

Magnitud

Gelombang
Depan

Gelombang
Ekor

Masa

Rajah 2.11 Bentuk gelombang ujian denyut

Vol tan Lampau Denyut


Nisbah Denyut 
Vol tan Lampau Kilat Frekuensi Kuasa

iii. Ujian Mekanikal


DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

Satu rangkaian penebat gantung diuji dengan satu tegangan 1.2 kali ganda
beban maksima biasanya dan penebat jenis pin diuji dengan momen bentokan
2.5 kali ganda beban maksima biasanya. Selepas ujian itu, ujian voltan lampau
kilat kering dikehendaki lagi bagi mempastikan jika ada perubahan dalam
voltan lampau kilat.

iv. Ujian Suhu

Penebat itu direndamkan secara bergilir-gilir dalam tong-tong air bersuhu 70


darjah selsius dan 7 darjah selsius. Keseluruhannya jumlah rendaman adalah
enam kali, setiap kali mengambil masa satu jam. Penebat itu kemudian
dikeringkan dan ujian kilat kering dilaksanakan.

v. Ujian Keliangan (Porosity)

Ini adalah ujian gelis (glaze) pada penebat tembikar. Penebat itu ditimbang
dalam keadaan kering kemudian ia direndamkan dalam air dan di bawah
tekanan selama 24 jam. Selepas itu penebat itu dikeluarkan, mukanya
dikeringkan. Perbezaan antara kedua-dua bacaan itu menunjukkan air dalam
tembikar itu akibat gelis tidak sempurna.

(c). Ujian Kebiasaan

Ujian kebiasaan adalah melibatkan ujian voltan tinggi dan ujian


kakisan yang mana dijalankan ke atas semua penebat. Bagi ujian hakisan dan
kekaratan penebat biasanya didedahkan kepada larutan sulfat tembaga pada
suhu 15.6 celsius dalam masa satu minit. Selepas seminit penebat yang diuji
akan di dipindahkan dan kemudian digilap dan dibersihkan dan kemudian
didedahkan semula kepada larutan sulfat tembaga. Ianya dilakukan berulang-
ulang sehingga empat kali. Selepas itu diperiksa untuk memastikan tidak
terdapat sebarang kekaratan dan logam yang melekat pada penebat yang diuji.

Ujian voltan tinggi dilakukan terhadap penebat pin, di mana ia


diterbalikkan dan diletakkan kedalam air yang mencecah keparas leher penebat.
Air juga diletakkan pada lubang pengumpar. Kemudian voltan tinggi dibekalkan
dalam tempoh 5 minit. Selepas melalui ujian ini sepatutnya penebat yang baik
tidak akan mengalami kerosakan.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

2c-1 Berpandukan rajah 2, namakan bahagian-bahagian bagi penebat pin yang bertanda
2c1-1 hinga 2c1-5

2c1-1

Dawai Pengikat
2c1-2
2c1-5
2c1-3
Palang Menara
keluli

2c1-4

Rajah 2c-1 Penebat pin

2c-2 Berpandukan rajah 3, namakan bahagian-bahagian bagi penebat gantungan yang bertanda
2c2-1 hinga 2c2-6.

2c2-1
2c2-6 2c2-2
2c2-5
4.2.5

2c2-4 2c2-3

Rajah 2c-2 Penebat gantungan


DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

2c-3 Berdasarkan penyataan yang di berikan di bawah tandakan jawapan pilihan anda dipetak
yang disediakan samada BETUL [B] atau SALAH [S].

a. Penebat gantungan adalah lebih murah dari segi kosnya bagi keupayaan
talian yang melebihi 50 kV. [B] [S]
b. Setiap unit penebat jenis gantungan direkabentuk merujuk keupayaan voltan
rendah dalam lingkungan 415V. [B] [S]
c. Penebat gantungan adalah lebih fleksibel dipasang pada pada talian
berbanding penebat pin. [B] [S]
a.Penebat pin sesuai dipasang pada tiang yang rendah berbanding
penebat gantungan. [B] [S]
e. Kerosakan pada penebat pin sukar untuk dikesan berbanding
penebat gantungan. [B] [S]
f. Penebat pin berkeupayaan pada voltan melebihi 80 kV volt. [B] [S]
g. Penebat gantungan memerlukan ruangan yang luas di antara pengalir
berbanding penebat pin. [B] [S]

2c-4 Nayatakan tiga jenis ujian utama yang biasa dilakukan terhadap penebat talian atas.

a.

b.

c.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

SYABAS!!!
KERANA ANDA TELAH MENCUBA

2c-1:
2c1-1 Pengalir
2c1-2 Tembikar berkilat
2c1-3 Bumbung
2c1-4 Keluli
2c1-5 Plumbum

2c-2:
2c2-1 Soket
2c2-2 Tudung keluli
2c2-3 Pin keluli
2c2-4 Bebola
2c2-5 Kaca atau tembikar
2c2-6 Simen

2c3
a. Betul
b. Salah
c. Betul
d. Salah
e. Betul
f. Salah
g. Betul

2c-4:
a. Ujian kebiasaan
b. Ujian prestasi
c. Ujian kebiasaan
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

RANGKAIAN PENEBAT TALIAN ATAS

2.12 Pengenalan

Setelah kita mempelajari


beberapa bentuk penebat talian atas
dan juga ujian-ujian yang dijalankan
ke atas penebat. Kita telah mendapat
gambaran serba sedikit kerperluan
penebat bagi sistem penghantaran
talian atas. Walaubagaimanapun
perlu juga kita ketahui bahawa
penebat yang digunakan pada talian
atas iaitu penebat gantungan (Rajah
1.12), mempunyai taburan voltan
yang berbeza dalam satu rangkaian.
Bezaupaya ini akan mengakibatkan
ketidak cekapan rangkaian
penebatan berlaku apabila
berlakunya gangguan (kilat)
terhadap talian atas. Meskipun
demikian kecepan ini dapat
diperbaiki dengan beberapa kaedah
yang akan di bincangkan
selanjutnya dalan input ini.
Rajah 2.12 Gambarajah menunjukkan pemasangan
penebat gantungan pada talian atas

2.12.1 Taburan Bezaupaya dalam Penebat Rangkaian

Talian atas yang beroperasi pada keupayaan voltan tinggi menggunakan


beberapa bilangan cakera (penebat gantungan) yang disambung secara siri.
Penyambungan cakera-cakera ini secara siri keseluruhannya dikenali sebagai
penebat rangkaian. Setiap penebat gantungan mempunyai pemasangan logam
sendiri dan setiap pemasangan logam bagi setiap unit ini mempunyai nisbi
kemuatan terhadap pemasangan logam kepada unit yang lain. Bagi rangkaian
penebat ini kemuatan saling adalah merujuk di antara pemasangan logam setiap
unit penebat gantungan. Kemuatan pirau atau kemuatan udara pula merujuk kepada
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
setiap pemasangan logam di antara unit penebat gantungan dengan tiang menara ke
kebumi.

Oleh kerana terdapatnya berkasan voltan pada rangkaian penebat gantungan


apabila dihidupkan, menyebabkan pembahagian voltan yang tidak sama pada setiap
penebat akan berlaku.

Bezaupaya voltan yang terdapat pada rangkaian penebat adalah berbeza,


bagi penebat rangkaian yang berhampiran dengan pengalir mempunyai nilai
peratusan voltan yang tinggi berbanding penebat yang berhampiran dengan tiang
menara. Keadaan ini menyebabkan pembahagian voltan tidak lelurus (linear) dalam
penebat rangkaian ini. Keadaan ini dapat dijelaskan merujuk penyelesaian pada
Rajah 2.13 (a) dan (b).

I1

V1 C V1
C1 i1
A A
I2
V1
V2 C V2
E C1 i2 E
B B
V1 + V2
V3 C V3
I3
C C1
i3
I4
V1 + V2 + V3

Rajah a Rajah b

Rajah 2.13 Binaan (a) dan Litar setara (b)


bagi penebat rangkaian

Merujuk kepada Rajah 2.13, diketahui;

C : Kemuatan saling
C1 : Kemuatan pirau atau kemuatan udara
V1 : Voltan yang merintangi unit penebat gantungan pertama (berhampiran dengan
tiang menara)
V2 : Voltan yang merintangi unit penebat gantungan kedua.
V3 : Voltan yang merintangi unit penebat gantungan ketiga (berhampiran dengan
pengalir)
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
E : Voltan di antar pengalir dan bumi.

Ambil K = C1 / C atau C1 = KC

Menggunakan hukum kirchhoff pada nod A kita dapati:-

C1 = KC
I2 = I1 + i 1
CV2 = CV1 + C1V1
CV2 = CV1 + KCV1
CV2 = C(V1 + KV1)
V2 = (V1 + KV1)
V2 = V1(1 + K) ……………… Dapatkan V1

Menggunakan hukum kirchhoff pada nod B kita dapati:-

I3 = I 2 + i 2

CV3 = CV2 + C1( V1 + V2) …………..…..Voltan merintangi kemuatan udara C1


dari tiang menara ke unit penebat ke dua = ( V1 + V2) ……Lihat rajah di atas dan
nota

CV3 = CV2 + KC( V1 + V2)

CV3 = C[V2 + K ( V1 + V2)] Diketahui V2 = V1 (1 + K)

V3 = [V2 + K( V1 + V2)]
V3 = [KV1 + V2(1 + K)]
V3 = [KV1 + V1 (1 + K) (1 + K)]
V3 = V1 [K + (1 + K) (1 + K)] ……………….Permudahkan.
V3 = V1 (K + 1 + 2 K + K²)
V3 = V1 (1 + 3 K + K²) …...…………..Dapatkan V1

Voltan di antara pengalir dan tiang menara (ke bumi) :-

E = V1 + V2 + V3
E = V1 + V1(1 + K) + V1 (1 + 3 K + K²)
E = V1 ( 3 + 4K + K2 )

Dari persamaan ini didapati :-

V1 = E / ( 3 + 4K + K2 ) …..{Pers: 2.16)

Setelah mendapatkan nilai V1 seterusnyadapatkan nilai V2 dan V3. Daripada pada


dapatan ini kita akan melihat bezaupaya voltan yang merintangi setiap penebat
rangkaian ini.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

Contoh 2.3:
Contoh 2.3:
Satu rangkaian bagi empat penebat digunakan untuk menggantungkan satu pengalir
33kV, tiga fasa talian atas. Kapasitan udara atau pirau di antara tiap-tiap tudung dan
menara ialah sepersepuluh (1/10) dari kemuatan tiap-tiap unit. Kirakan voltan
melintangi tiap-tiap penebat.

Penyelesaian :

Diberikan: E = 33kV
K = C1/C = 1/10 = 0.1
Dengan mengunakan persamaan yang telah diperolehi daripada 8.1 kita ketahui;

V2 = V1(1 + K)
V3 = V1 (1 + 3 K + K²)

Bagi persamaan voltan V4 yang melintangi penebat keempat, boleh didapati


dengan menggunakan kaedah yang sama seperti pada 8.1 dan didapati sebagai;

V4 = V1 (1 + 6K + 5K2 + K3)

Oleh itu;
V2 = V1(1 + K)
V2 = V1(1 +0.1)
V2 = 1.1V1

V3 = V1 (1 + 3 K + K²)
V3 = V1(1+ 3(0.1) +(0.1)2)
V3 = 1.31V1

V4 = V1 (1 + 6K + 5K2 + K3)
V4 = V1(1+ 6(0.1) + 5(0.1)2 + (0.1)3)
V4 = 1.651V1

Voltan di antara pengalir dan tiang menara (ke bumi) :-

E = V1 + V2 + V3 + V4
E = V1 + 1.1V1 + 1.31V1 + 1.651V1
E = 4.062V1

dan
33000
E= = 19050V
3
Oleh itu;
V1 = E / 4.062
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
V1 = 19050 / 4.062
V1 = 4690V

Dengan memasukan nilai V1 dalam persamaan V2,V3, dan V4, dari persamaan ini
didapati :-

V2 = 1.1V1
V2 = 1.1(4690)
V2 = 5159V

V3 = 1.31V1
V3 = 1.31(4690)
V3 = 6144V

V4 = 1.651V1
V4 = 1.651(4690)
V4 = 7743V

Merujuk kepada nilai-nilai voltan yang merintangi setiap unit penebatan didapati
nilai voltan V4 yang merintang penebat keempat dalam rangkaian penebatan
(berhampiran dengan pengalir) adalah besar berbanding nilai voltan V1 pada
penebat yang berhampiran dengan tiang menara iaitu penebat pertama.

2.12.2 Kecekapa Rangkaian

Oleh kerana terdapatnya pembahagian voltan yang tidak sama pada setiap
penebat rangkaian yang digunakan pada talian atas apa bila berlakunya sampukan
atau ganguan akibat kilat. Iaitu voltan yang merintangi penebat yang berhampiran
dengan pengalir lebih tinggi dan menyusut sehingga kepenebat yang berhampiran
dengan tiang menara. Maka akan mengurangkan kecekapan pada rangkaian
penebatan yang digunakan. Kecekapan rangkaian juga dipengaruhi oleh bilangan
penebat gantungan yang digunakan dalam satu rangkaian. Selain daripada itu
bergantung juga kepada nisbah kemuatan udara (kemuatan di antara unit dan tiang
menara) dengan kemuatan saling (kemuatan di antara unit) pada satu rangkaian.
Kecekapan rangkaian bagi penggunaan talian atas boleh ditakrifkan sebagai;

Voltan Melintangi Rangkaian


Kecekapan Rangkaian = n x Voltan Meklintangi Penebat yang x 100%

hampir dengan pengalir


atau boleh ditulis sebagai,

E
KecekapanRangkaian = nVT x 100% …..{Pers: 2.17)
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
Di mana;

E = Voltan melintangi rangkaian


n = Bilngan penebat yang disusun secara siri dalam penebat rangkaian
VT = Voltan melintangi penebat yang hamper dengan pengalir

Contoh 2.4:
Contoh 2.4:
Satu rangkaian bagi empat penebat digunakan untuk menggantungkan satu pengalir
33kV, tiga fasa talian atas. Kapasitan udara atau pirau di antara tiap-tiap tudung dan
menara ialah sepersepuluh (1/10) dari kemuatan tiap-tiap unit. Kirakan kecekapan
penebat rangkaian ini..

Penyelesaian :
Dengan menggunakan jawapan yang diperolehi daripada contoh 2.3 iaitu;

V4 = 7743V (Nilai voltan yang hamper dengan pengalir)


Diberikan;
33000
E= = 19050V
3
n= 4

Oleh itu;

E
Kecekapan Rangkaian = nVT x 100%
19050
= 4 x 7743 x 100%

= 0.615 @ 61.5%

2.12.3 Membaiki Taburan Bezaupaya dalam Penebat Rangkaian

Meskipun terdapat bezaupaya voltan dalam satu sistem penebat rangkaian


yang mengurangkan kecekapan penebat rangkaian bagi talian atas. Masalah ini
boleh diatasi dan dibaiki dengan berbagai cara di antaranya memanjangkan palang
menara, penggredan kemuatan, perisaian static dan mengunakan gelang adang.
Dalam input ini hanya dua cara yang akan dibincangkan bagi meningkatkan
kecekapan dalam penebat rangkaian iaitu cara lengan bersilang (cross-arm) dan
cara menggunakan gelang adang (guard ring).

(a) Lengan Bersilang (cross-arm)


DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
Cara lengan bersilang bermaksud menambahkan jarak palang yang
digunakan untuk mengantungkan penebat rangkaian daripada tiang menara. Melalui
kaeadah ini kecekapan rangkaian dapat ditingkatkan. Jika merujuk kepada
contoh 2.3, bagi mendapatkan kecekapan rangkaian adalah jelas iaitu dengan
menambahkan jarak palang dari tiang menara akan turut mengurangkan nilai K
(nisbah kapasitor). Apabila nilai K berkurang iaitu lebih rendah daripada 0.1 maka
dengan yang demikan akan meningkat kecekapan penebat rangkaian.
Walaubagaimanapun kaedah ini adalah terhadap kepada tiang menara yang tinggi
dan besar sahaja kerana bagi tiang menara yang kecil tidak mempunyai keupayaan
yang cukup untuk menampung berat palang yang panjang dan juga penebat
rangkaian. Rajah 2.14 menunjukkan skematik bagi kaedah lengan bersilang.

Palang Menara

D = Panjang palang

Pengalir

Rajah 2.14 Skematik lengan bersilang

(b) Gelang Adang (guard ring)


Cara gelang pengadang boleh dilakukan dengan mengunakan perisai
statik. Perisai statik ini dipasang pada bahagian bawah akhir unit penebat yang
disambung dengan menggunakan penyambungan logam pada
Tiang penebat gantungan
Menara
dan kemudian disambungkan kepada pengalir talian.
Tiang Menara I1
Gelang adang yang berfungsi sebagai tabir bagi setiap unit, megurangkan
kemuatan bumi dan mengwujudkan kemuatan di antara talianC dan tudung penebat.V1
Nilai kemuatan yang wujud ini adalah besar pada
C1 bahagian
i1 unit
Ix yang
Cx berhampiran

dengan gelang adang dan ini akan mengurangkan kejatuhan voltan yang merintangi
setiap unitArka
Tanduk penebat rangkaian. Melalui cara ini pengagihan C voltan yang sama
V2
merintangi setiap unit adalah mustahil diperolehi
C1 dalam
i2 I 2 praktikal
Iy Cy sebebanar.
Walaubagaimanapun ianya boleh dipertimbangkan bagi meningkatkan kecekapan
rangkaian sebaik mungkin. Kaedah gelang adang ini dapat dilihat seperti pada rajah
2.15(a). C V3
C1 i3 I3 Iz Cz
Gelang Pengadang

Pengalir Gelang Pengadang

(a) Binaan (b) Litar setara


DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

Rajah 2.15 : Gelang adang

Merujuk kepada rajah 2.15(b), satu gelang adang telah dipasang pada
bahagian pengalir supaya voltan-voltan ceper menjadi sama nilai. Dalam keadaan
ini arus-arus kemuatan atau kapasitan kebumi i1, i2 dan i3 menjadi sama dengan arus
kemuatan pengalir kepenyambung pin Ix, Iy dan Iz. oleh itu nilai voltan yang
merinkai setiap unit penebatan adalah sama iaitu V1 = V2 = V3 = V.

Andaikan Cx, Cy dan Cz adalah kapasitan-kapasitan pengadang yang perlu untuk


pembahagian voltan yang sama;

Melalui penyelesaian dengan menggunakan kaedah hukmum kirchhoff pada setiap


nod kita akan perolehi;

Pada simpang A, Pada simpang C,

C1V = Cx3V C13V = CzV


C1V = Cx3V C13V = CzV
Cx = C 1 / 3 Cz = 3C1

Pada simpang B,

C12V = Cy 2V
C1V = Cy 2V
Cy = C1
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

2d-1 Satu rangkaian bagi tiga penebat digunakan untuk menggantungkan satu pengalir 22kV,
tiga fasa talian atas. Kapasitan udara atau pirau di antara tiap-tiap tudung dan menara ialah
1/8 dari kemuatan tiap-tiap unit. Kirakan voltan melintangi tiap-tiap penebat. (Lengkapkan
penyelesian berikut)

Diberikan: E = ……… kV
K = C1/C = …………….

Dengan mengunakan persamaan yang telah diperolehi daripada 8.1 kita ketahui;

V2 = V1(1 + K)
V3 = V1 (1 + 3 K + K²)

Oleh itu;

V2 = V1(1 + K)
V2 = ……………
V2 = ……………V

V3 = V1 (1 + 3 K + K²)
V3 = ……………………….
V3 = ……………………….V

Voltan diantara pengalir dan tiang menara (ke bumi) :-

E = V1 + V2 + V3
E = …………………………………
E = …………………………………V

dan
?
E= = …………..
3
Oleh itu;

V1 = E / …………….
V1 = ………../……… = 3690 V

Dengan memasukan nilai V1 dalam persamaan V2 danV3 didadapati;


dari persamaan ini didapati :-
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
V2 = ……………..
V2 = ……………..
V2 = 4151 V

V3 = ……………..
V3 = ……………..
V3 = 4760 V

2d-2 Merujuk kepada soalan 4.5 dapatkan kecekapan rangkaian jika diberikan V3 = 4760 V.

?
E= = ……………
3
n = …………….

Oleh itu;
E
Kecekapan rangkaian = nVT x 100%
= ………………….
= …………………..

2d-3 Merujuk kepada rajah 4 dan rajah 5 adalah dua cara yang digunakan untuk membaiki
taburan bezaupaya yang melintangi rangkaian, namakan rajah tersebut dengan mengisi
tempak kosong yang disediakan .

a.
b.
Tiang Menara
Palang Menara

Tanduk Arka
D

D = Panjang palang

Gelang Pengadang
Pengalir

Rajah 2d-1 Rajah 2d-2


DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

SYABAS!!!
KERANA ANDA TELAH MENCUBA

2d-1:
Diberikan: E = 22kV
K = C1/C = 1/8 = 0.125
Dengan mengunakan persamaan yang telah diperolehi daripada 8.1 kita ketahui;
Oleh itu;

V2 = V1(1 +0.125)
V2 = 1.125V1
V3 = V1(1+ 3(0.125) +(0.125)2)
V3 = 1.319V1

Voltan diantara pengalir dan tiang menara (ke bumi) :-

E = V1 + V2 + V3
E = V1 + 1.125V1 + 1.319V1
E = 3.444V1
dan
22000
E= = 12,707 V
3
Oleh itu;
V1 = E / 3.444
V1 = 12,707 / 3.444
V1 = 3690 V

Dengan memasukan nilai V1 dalam persamaan V2 danV3 didadapati;


dari persamaan ini didapati :-

V2 = 1.125V1
V2 = 1.125(3690)
V2 = 4151 V
V3 = 1.319V1
V3 = 1.31(3690)
V3 = 4760 V

2d-2
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
22000
E= = 12,707 V
3
n=3

Oleh itu;
E
Kecekapan rangkaian = nVT x 100%
12,707
= 3 x 4,760 x 100%

= 0.792 @ 79.2%

2d-3
a Lengan bersilang (cross am)
b. Gelang adang
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika soalan tidak diberikan, sila barbingcang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba semoga berjaya !!!

SOALAN 2-1

a. Nyatakan apakah ciri-ciri yang membolehkan sesuatu talian penghantaran boleh dikelaskan
sebagai talian pendek.
b. Lukiskan rajah litar talian pendek dan labelkan parameter-parameter yang berkaitan.
c. Lukiskan rajah vektor talian pendek dengan faktor kuasa mengekor.

SOALAN 2-2

Berpandukan rajah lokus jelaskan bagaimana peningkatan pengaturan voltan pada hujung terima
berlaku dengan perubahan faktor kuasa.

SOALAN 2-3

a. Takrifkan pengaturan per unit sebagai: (Vsn - Vm)/Vm bagi talian pendek.
b. Takrifkan kecekapan penghantaran bagi talian pendek.

SOALAN 2-4

Satu talian penghantaran mempunyai rintangan siri 0.20 ohm dan kearuhan 0.40 ohm. Cari
voltan hujung hantar bagi memberikan 500 kVA pada faktor kuasa beban:-
a. Uniti
b. 0.707 menyusul.

SOALAN 2-5

Satu beban 2,500 kVA pada 11 kV dan faktor kuasa 0.8 menyusul dibekalkan oleh talian
penghantaran yang mempunyai rintangan 3 ohm dan kearuhan 6 ohm per pengalir, sekiranya
talian ini fasa tunggal. Kirakan :-
a. Faktor kuasa pada hujung hantar
b. Pengaturan voltan talian
c. Keceka
d. pan talian penghantaran.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
SOALAN 2-6

Satu beban 2,500 kVA pada 11 kV dan faktor kuasa 0.8 menyusul dibekalkan oleh talian
penghantaran yang mempunyai rintangan 3 ohm dan kearuhan 6 ohm per pengalir, sekiranya
talian ini tiga fasa. Kirakan :-
a. Faktor kuasa pada hujung hantar
b. Pengaturan voltan talian
c. Kecekapan talian penghantaran.

SOALAN 2-7

Satu beban 1,000 kW pada faktor kuasa 0.8 menyusul diterima pada hujung talian 3-fasa 16 km
panjang. Rintangan dan kearuhan bagi setiap pengalir per km adalah 0.3319 ohm dan 1.1 mH.
Voltan talian pada hujung terima ialah 11 kV, 50 Hz.
Cari.
a. Voltan talian hujung hantar, Vsn.
b. Kehilangan kuasa dalam talian.
c. Kecekapan talian.
d. Pengaturan voltan talian.

SOALAN 2-8

Soalan berikut merujuk kepada talian penghantaran sederhana:-


a. Tarifkan apakah dia talian sederhana.
b. Lukiskan rajah litar talian sederhana dan jelasakan parameter-parameternya.
c. Terangkana bagaimana aliran kuasa berlaku dalam talian ini dan juga pengaturan
voltannya.

SOALAN 2-9

Soalan berikut merujuk kepada talian penghantaran panjang:-


a. Tarifkan apakah dia talian panajang.
b. Lukiskan rajah litar talian panajang dan jelaskan parameter-parameternya.
c. Terangkana bagaimana aliran kuasa berlaku dalam talian ini dan juga pengaturan
voltannya.

SOALAN 2-10

Terangkan bagaimana penghantaran tenaga elektrik dengan menggunakan voltan tinggi dapat
mengurangkan kejatuhan voltan dan seterusnya meningkatkan kecekapan talian penghantaran.

SOALAN 2-11

a. Nyatakan EMPAT (4) kesan-kesan korona.


b. Nyatakan TIGA (3) cara mengatasi kerona.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
SOALAN 2-11

a. Terdapat TIGA (3) jenis penebat talian atas yang biasa digunakan dalam sistem
penghantaran, nyatakan ketiga-tiga penebat tersebut.
b. Merujuk kepada soalan (a), lukiskan ketiga-tiga penebat tersebut dan labelkan bahagian-
bahagiannya
c. Nyatakan TIGA (3) kebaikan dan keburukan ketiga-tiga penebat pada soalan (a).
d. Senaraikan TIGA (3) jenis ujian yang biasa dilakukan kepada penebat talian atas.
e. Terangakan secara ringkas bagaimana ketiga-tiga ujian pada soalan (d) dilakukan.

SOALAN 2-12

a. Takrifkan kecekapan bagi rangkaian penebat talian atas.


b. Berpandukan rajah rangkaian penebat, terangakan bagaimana taburan beza upaya terjadi.
c. Nyatakan dua cara membaiki taburan beza upaya melintangi rangkai penebatan.
d. Merujuk soalan 2.12 (c) berpandukan rekabentuk rajah terangkan secara ringkas bagaimana
kedua-dua cara tersebut mengurangkan beza upaya tersebut.

SOALAN 2-13

Satu rangkaian bagi tiga penebat digunakan untuk menggantung satu pengalir 33 kV, tiga fasa
talian atas. Kapasitan udara di antara tiap-tiap tudung/pin dan menara ialah sepersepuluh (1/10)
dari kapasitan tiap-tiap unit. Kirakan:-

a. Voltan yang merintangi setiap unit rangkaian penebat tersebut.


b. Kecekapamn rangkaian.

SOALAN 2-14

Satu rangkaian bagi tiga penebat digunakan untuk menggantung satu pengalir 60 kV, tiga fasa
talian atas. Kapasitan udara di antara tiap-tiap tudung/pin dan menara ialah 1/10 dari kapasitan
tiap-tiap unit. Kirakan:-

a. Voltan yang merintangi setiap unit rangkaian penebat tersebut.


b..Kecekapamn rangkaian.

CADANGAN

Buat lawatan ke pencawang elektrik, mencari bahan yang berkaitan di


laman web, membuat model-model penebat dan sebagainya.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

Adakah anda telah mencuba dahulu ?


Jika “YA” syabas!!!, sila semak jawapan anda, bagi jawapan yang
tidak diberikan sila berjumpa dengan pensyarah anda.

J. 2-1

(a). – Talian tidak melebihi 60 km


– Keupayaan voltan tidak melebihi 20 kV
(b). Rujuk modul (UNIT3 / 4)
(c). Rujuk modul (UNIT3 / 6)

J. 2-2

Rujuk modul (UNIT3 / 7)

J. 2-3

Vsn  Vm
(a). Peratus Pengaturan = x 100
Vm
Dimana Vsn adalah voltan hujung penghantaran dan Vm voltan dihujung
penerimaan.
Kuasa diterima
(b). Kecekapan Penghantaran = Kuasa dihantar x 100

Kuasa keluaran
= x 100
Kuasa keluaran  Kehilangan kuasa

J. 2-4

(a). 2,052 V
(b). 2,106.50 V

J. 2-5

(a). 0.737 menyusul


(b). 25.4 %
(c). 86.6 %

J. 2-6
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN
(a). 0.765 menyusul
(b). 12.7 %
(c). 92.9 %

J. 2-7

(a). 11,860 V
(b). 68.60 kW
(c). 93.5 %
(d). 0.078 atau 7.83 %

J. 2-8

(a). – Talian sederhana panjangnya di antara 60 km hingga 150 km.


– Keupayaan voltan diantara 20 kV hingga 100 kV.
(b). Rujuk modul (UNIT3 / 26-27)
(c). Rujuk modul (UNIT3 / 26-27)

J. 2-9

(a). – Talian melebihi 150 km


– Keupayaan voltan melebihi 100 kV
(b). Rujuk modul (UNIT3 / 28)
(c). Rujuk modul (UNIT3 / 29)

J. 2-10

Rujuk modul (UNIT3 / 29)

J. 2-11

(a).
i). Mengakibatkan kehilangan kuasa iaitu ketika keadaan cuaca tidak menentu
ii). Terdapat kejatuhan voltan yang bukan bentuk sinus bersesuaian dengan arus bukan
bentuk sinus korona, keadaan ini menyebabkan sedikit gangguan daripada litar
perhubungan kesan daripada elektromagnetik dan aruhan elektrostatik.
iii). Perubahan bentuk gelombang harmonik yang banyak terutama pada hormonik ketiga, yang
wujud pada talian penghantaran.
iv) Pembentukkan korona menghasilkan gas ozon beserta tindakbalas kimia pada pengalir dan
menyebabkan kakisan.

(b).
i). Menambah garispusat pengalir (misalnya dengan ACSR).
ii). Menggunakan lebih dari satu pengalir bagi setiap fasa. (iaitu gunakan pengalir jambak
(bundle conductor)
iii).Menambahkan lagi jarak di antara pengalir dengan ini tegasan oleh magnetik statik dapat
dikurangkan dan dengan yang demikian kesan korona juga dapat dikurangkan.
DTE 2443/UNIT2/
PENGHANTARAN

J. 2-12

a. i). Penebat pin


ii). Penebat gantungan
iii). Penebat tegangan.
b. Rujuk Modul (E2001 4/8).
c. Rujuk modul (E2001 4/10).
d. i). Ujian rekaan (Ujian terbit arka atau lampau kilat)
ii). Ujian prestasi (Ujian sample)
iii). Ujian kebiasaan
e. Rujuk modul (E2001 4/12).

J. 2-13

a. Rajah rujuk modul (E2001 4/16).

b. Voltan Melintangi Rangkaian


KecekapanRangkaian= x Voltan Meklintangi Penebat yang x 100%
hampir dengan pengalir
atau

E
Kecekapan Rangkaian = nVT x 100%
Dimana;
E = Voltan melintangi rangkaian
n = Bilngan penebat yang disusun secara siri dalam penebat rangkaian
VT = Voltan melintangi penebat yang hamper dengan pengalir

c. i). Menggunakan gelang adang


ii). Memanjangkan Lengan bersilang.
d. Rajah rujuk modul (UNIT4 / 20).

J. 2-14

a. V1 = 9.68 kV, V2 = 10.64 kV dan V3 = 12.68 kV


b. 86.7 %

J. 2-15

a. V1 = 17.6 kV, V2 = 19.35 kV dan V3 = 23.05 kV


b. 86.8 %

You might also like