You are on page 1of 12

Topik 5

Topik 5
Asas Elektrik dan
Elektronik
Asas Elektrik dan
Elektronik
Struktur Atom

Reka Bentuk dan Teknologi


Kod Kursus : RBT 3118
Asas Elektrik dan Elektronik

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 5

Struktur
Atomdan
Pengalir
Penebat
Pengalir dan
Penebat
Kuantiti dan unit
elektrik
Kuantiti dan unit
elektrik
Hukum Ohm
Hukum
LitarOhm
Siri, Selari dan
Siri-Selari
Litar Siri, Selari dan
Siri-Selari
Pembahagi Voltan
Pembahagi Voltan

104

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3118) 3 ( 2 + 1 )


Bab 5 : Asas Elektrik dan Elektronik.
5.1. Struktur Atom

Rajah 1

5.1.1. Ciri-Ciri Orbit

Berlapis-lapis
Orbit valensi ialah orbit yang terletak paling luar sekali.
Elektron valensi - Elektron pada orbit valensi.

5.1.2. Atom terdiri daripada:

Nukleus
Elektron
Lapisan-lapisan orbit

5.1.3. Nukleus terdiri daripada:


Proton
Neutron
5.1.4. Kedudukan:
Proton tetap
Neutron tetap
Elektron Sentiasa bergerak
RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 5

105

5.1.5. Cas:
Proton positif
Neutron Tidak bercas
Elektron Negatif
5.1.6. Ciri-Ciri Elektron

Mengelilingi nukleus dlm orbitnya kesan daya tarikan antara proton & elektron
Elektron paling hampir dengan nukleus paling kuat terikat
Elektron valensi akan menjadi elektron bebas jika dikenakan tenaga luar
Contoh tenaga luar: aruhan magnet, tindakan haba, kimia, cahaya, tekanan &
elektrik
Bilangan elektron valensi menentukan ciri elektrik bagi atom

Rajah 2

Bil. Elektron Velensi

Ciri elektrik

Contoh unsur

1, 2 atau 3

Pengalir

Kuprum, emas, aluminium,


besi, air garam.

Bahan separuh
pengalir
(Semikonduktor)

Karbon, silikon, germanium

5, 6 atau 7

Penebat

Kaca, plastik, seramik, batubatan, kayu , air tulen dll.

Jadual 1

5.2. Pengalir dan Penebat


Pengalir
RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 5

106

1. Bahan yg membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya


2. Aliran arus akan dihalang oleh elektron dan atom-atom dalam pengalir
(Rintangan)
3. Pengalir baik Rintangan rendah
4. Contoh pengalir baik:
Kuprum, aluminium, emas besi, plumbum

Rajah 3

Penebat
1.
2.
3.
4.

Tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya


Penebat yang baik, rintangan tinggi
Digunakan sebagai bahan utk menghindarkan kebocoran arus elektrik
Contoh penebat: Plastik, kertas, getah, PVC, kain

Rajah 4

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 5

107

5.3. Kuantiti dan unit elektrik

Cas Elektrik (Q)

CAS ELEKTRIK ialah sifat yang dipunyai oleh proton dan elektron.
Proton bercas positif dan elektron bercas negatif.
Objek dikatakan BERCAS POSITIF (> bil proton),
Objek dikatakan BERCAS NEGATIF (> bil elektron)
Objek yang mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama dikatakan NEUTRAL

Arus Elektrik adalah kadar pengaliran cas melalui satu titik tertentu dalam masa tertentu.
Unit bagi arus elektrik ialah ampere (A) iaitu kadar 1 C per saat.
Satu Ampere ialah kadar pengaliran arus elektrik apabila satu coulomb cas elektrik melalui
satu titik tertentu dalam satu saat.

Coulomb ditentukan oleh kuantiti elektron, manakala ampere ditentukan oleh kadar pengaliran
cas atau coulomb per saat

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 5

104

I dalam ampere, Q dalam coulomb dan t dalam saat.

Voltan (V)

Voltan ialah tenaga keupayaan (tekanan elektrik) yang menyebabkan arus


mengalir dalam litar.
Daya gerak elektrik dan beza upaya diukur dalam unit volt.
Voltan diukur dalam volt (V).

Rintangan (R)

Rintangan ialah sifat menghadkan pengaliran arus di dalam pengalir atau jasad .
Pergerakan cas elektrik dalam sesuatu bahan pengalir mengalami perlanggaran dan
pergeseran di antara satu sama lain menyebabkan cas tersebut kehilangan tenaga.
Nilai rintangan bergantung kepada jenis bahan.
Unit bagi rintangan ialah ohm ().
Arus terus dan arus ulang alik

Sumber dan kegunaan elektrik


5.4. Hukum Ohm dan Litar Elektrik
RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 5

105

Hukum Ohm dan Kirchoff

Hukum Ohm
Hukum ini diperkenalkan oleh George Simon Ohm. Beliau merupakan seorang ahli
fizik Jerman. Dengan menggunakan hukum ohm kita boleh menentukan nilai
arus, voltan, rintangan dan kuasa dalam sesuatu litar arus terus.
ketika Ohm menerbitkan penemuannya pada tahun 1827, penemuannya itu diperkecilkan oleh
rakan sekerjanya dan dia terpaksa mengundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru sekolah
menengah. Namun, pada tahun 1833 ia dilantik sebagai profesor di Universiti Nurenberg.
Beliau meninggal dunia pada usia 67 tahun. Beliau menuntut ilmu matematik di Universiti
Erlangen dan mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1811. Dengan menggunakan peralatan
hasil ciptaannya sendiri, Ohm berhasil menemukan hukum asas elektrik yang menjadi dasar
bagi lahirnya teori-teori elektrik yang lain

Rintangan di antara dua hujung satu bahan pengalir ialah 1 jika arus elektrik 1 A yang
mengalir melaluinya menghasilkan beza upaya 1 V di antara hujung-hujung
tersebut.Pertalian ini dinyatakan dalam Hukum Ohm.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 5

106

Rajah 6

5.5. Litar Siri, Selari dan Siri-Selari.


5.5.1. LITAR SIRI

Susunan komponen elektrik yang membolehkan arus elektrik mengalir dalam satu
laluan sahaja.

Jika ada bahagian terbuka/terputus, maka litar tidak dapat berfungsi.

Nilai voltan dalam litar siri akan susut bagi setiap bebanan elektrik

Jumlah susutan voltan pada setiap beban pada litar siri adalah sama dengan punca
bekalan.

Rajah 7

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 5

107

5.5.2. Pembahagi Voltan


Litar sesiri boleh digunakan sebagai pembahagi voltan dalam litar elektronik.

Rajah 8
Merujuk kepada Rajah 8, VR1 boleh ditentukan melalui terbitan berikut:

di mana

V R1 = I X R 1

(I)

I = VS / R J

(II)

Gantikan persamaan (ii) ke dalam persamaan (i).


V R1 = V S / R J X R 1
J =R1 + R2

(III)
(IV)

Gantikan (iv) ke (iii) , maka


V R1 = ( R 1 / R1 + R2 ) x Vs

5.5.3 LITAR SELARI

Litar selari membenarkan arus elektrik mengalir lebih daripada satu laluan.

Nilai voltan pada setiap bebanan dalam litar selari adalah sama.

Setiap laluan arus dalam litar selari bergantung kepada jumlah rintangan dalam litar.

Nilai rintangan dalam litar selari akan berkurangan kerana terdapat lebih satu laluan
arus. Semakin banyak laluan semakin kurang jumlah rintangannya.

Litar selari ialah beberapa perintang disambungkan merentasi punca bekalan.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 5

108

Dalam sambungan litar selari, nilai voltan susut merentasi perintang adalah sama bagi
setiap perintang. Oleh itu, jumlah arus dalam litar bersamaan:

Ij = I1 + I2 ......In
Contoh litar selari adalah seperti di Rajah 9

Rajah 9

Jadual 2
5.5.4. LITAR SIRI-SELARI
RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 5

109

Litar siri-selari adalah litar yang mengandungi penyambungan


a) litar siri
b) litar selari

Ia mengandungi sekurang-kurangnya satu komponen yang disambung secara siri dan


dua komponen dalam litar selari.

Rajah 10

Rajah 11

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 5

110

i.

Nyatakan 3 faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan.


i.

________________________________________________________

ii.

________________________________________________________

iii.

_______________________________________________________

a)

Rajah menunjukkan sebuah litar selari. Kirakan RJ, IJ, I1 dan I2 yang melalui litar.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi Topik 5

104

You might also like