You are on page 1of 6

SCES3193 Fizik Am

TOPIK 9 ELEKTRIK

Sinopsis:

Elektrik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Walau
bagaiamanapun, ia boleh menyebabkan kemudaratan yang besar.
Terdapat dua jenis litar di dalam pendawaian elektrik di rumah iaitu litar sesiri dan selari.
Beberapa alat-alat keselamatan didapati di dalam pendawaian elektrik untuk melindungi
pengguna daripada terkena renjatan elektrik.

Hasil Pembelajaran:
1. Membincangkan Hukum Ohm.
2. Membina litar-litar sesiri dan selari dan gabungan litar sesiri dan selari.
3. Memerihalkan alat keselamatan yang digunakan dalam litar elektrik.
4. Membincangkan kelebihan dan kekurangan menggunakan litar sesiri dan selari.
5. Menerangkan bagaimana kecerahan berhubungkait dengan sambungan lampu-lampu
mentol di dalam litar.

Gambaran Keseluruhan

Elektrik

Litar Elektrik Penggunaan &


Hukum Ohm Kelestarian
-sesiri dan selari Keselamatan

Litar sesiri dan selari

Terdapat dua cara asas untuk menyambung lebih dari dua komponen litar iaitu litar sesiri dan
litar selari.

Litar sesiri

1
SCES3193 Fizik Am

Litar selari

Titik-titik umum

Gabungan litar sesiri dan litar selari

Hukum Ohm

Hukum Ohm menyatakan bahawa pada suhu tetap, arus yang melalui konduktor diantara 2 titik
adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan (i.e. kejatuhan voltan atau voltan) merentas
dua titik.

Persamaan matematik yang menerangkan hubungan ini adalah:

Contoh:
Jika 2 kuantiti diketahui, kuantiti yang ke 3 mudah untuk ditentukan. Jika bateri membekalkan
voltan 1.5 volt dan lampu mempunyai rintangan 5 ohms, maka arus dalam litar boleh
ditentukan.

Dengan menggunakan persamaan

2
SCES3193 Fizik Am

Masukkan nilai-nilai:

Ampere

Penentuan voltan, arus atau rintangan menggunakan Hukum Ohm

Hukum Ohm

Hukum Ohm dan litar sesiri

Litar sesiri:
Voltan = Jumlah semua voltan.
Semua komponen berkongsi arus yang sama.
Rintangan = Jumlah rintangan

3
SCES3193 Fizik Am

Hukum Ohm dan litar selari

Litar selari:
Semua komponen berkongsi voltan yang sama
Jumlah arus = Kesemua cabang arus
Jumlah rintangan = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3+.

Aplikasi Hukum Ohm di dalam litar

Di dalam menganalisis sebarang litar kompleks, mula-mula kira rintangan berkesan.


Rintangan berkesan beban sesiri adalah hanya menjumlahkan semua rintangan.

Berapakah jumlah rintangan berkesan di dalam litar di bawah?

Petunjuk:
Mula-mula kira jumlah rintangan selari iaitu 1/RJ = 1/R2 + 1/R3
Kemudian jumlahkan, Rberkesan = R1 + RJ

Contoh

Dengan menggunakan rajah litar di bawah, kira rintangan berkesan, voltan yang merentasi
setiap rintangan dan arus.

4
SCES3193 Fizik Am

Kombinasi litar sesiri dan selari

Aplikasi litar

Gabungan litar sesiri dan selari di dalam komponen elektronik

Keselamatan dalam litar

Untuk mengelakkan kerosakan harta dan bahaya dalam kehidupan, litar-litar di dalam rumah
dibina dengan ciri-ciri keselamatan. Antara peralatan keselamatan yang terdapat di rumah ialah
palam 3 pin, fius, pemutus litar, rod kilat dan palam 3 pin. Kebanyakan peralatan dijual dengan
palam yang telah dipasang. Kabel daripada peralatan biasanya mengandungi 3 wayar. Wayar
dibuat daripada kuprum yang disalut dengan pelindung plastik.

Bumi
Neutral
Hidup

Fius
Pencengkam

Palam 3 pin

5
SCES3193 Fizik Am

Pelindung dibuat daripada plastik dan diwarnakan:


Wayar hidup perang.
Wayar neutral - biru
Wayar bumi hijau dan kuning (Pelindung)
Wayar hidup dan neutral membawa arus ke litar.
Ketiga-tiga wayar dilindung oleh pelindung luar yang dibuat daripada plastik
kenapa?

Palam 3 pin mempunyai ciri ciri berikut:


Pencengkam kabel, untuk mencengkam pelindung luar kabel dan mengelakkan
daripada tertarik keluar daripada palam.
Ketiga-tiga pin dibuat daripada loyang,
Fius
Bekas dibuat daripada plastik

Soalan latihan

1. Bagaimana rod kilat melindungi bangunan?


2. Apakah alat-alat keselamatan yang digunakan di dalam litar elektrik?

Rujukan

1. http://www.autoshop101.com/trainmodules/elec_circuits/circ109.html
2. http://www.allaboutcircuits.com/vol_1/chpt_5/1.html
3. http://physics.bu.edu/py106/notes/Circuits.html

You might also like