You are on page 1of 3

Penggunaan litar lengkap dalam menentukan bahan konduktor dan bahan penebat

EKSPERIMEN
TUJUAN: MENGUJI BEBERAPA JENIS BAHAN SAMA ADA KONDUKTOR ATAU PENEBAT
Huraian keselamatan elektrik

Untuk mengelakkan kerosakan harta dan bahaya dalam kehidupan, litar-litar di dalam rumah
dibina dengan ciri-ciri keselamatan. Antara peralatan keselamatan yang terdapat di rumah ialah
palam 3 pin, fius, pemutus litar, rod kilat dan palam 3 pin. Kebanyakan peralatan dijual dengan
palam yang telah dipasang. Kabel daripada peralatan biasanya mengandungi 3 wayar. Wayar
dibuat daripada kuprum yang disalut dengan pelindung plastik.

Wayar Bumi
Wayar Neutral
wayar Hidup

Fius
Pencengkam kabel

Palam 3 pin

Pelindung dibuat daripada plastik dan diwarnakan:


Wayar hidup perang
Wayar neutral - biru
Wayar bumi hijau dan kuning (Pelindung)
Wayar hidup dan neutral membawa arus ke litar
Ketiga-tiga wayar dilindung oleh pelindung luar yang dibuat daripada plastik
kenapa?

Palam 3 pin mempunyai ciri ciri berikut:


Pencengkam kabel, untuk mencengkam pelindung luar kabel dan mengelakkan
daripada tertarik keluar daripada palam.
Ketiga-tiga pin dibuat daripada loyang,
Fius
Bekas dibuat daripada plastik

Keselamatan Bekalan Elektrik

Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal untuk menentukan bahawa ia tidak rosak.
Segala kerosakkan hendaklah diperbaiki oleh juru elektrik yang berkelayakkan.
Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah diperiksa sekali setahun.
Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan dibiarkan sebarang
wayar elektrik berjuntai.
Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di meja-meja kerja hendaklah
dalam keadaan yang baik.
Semua punca kuasa elektrik yang pecah hendaklah diganti baru.
Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik dengan tangan yang basah.

Contoh soalan dan latihan


1. Bagaimana rod kilat melindungi bangunan?
2. Apakah alat-alat keselamatan yang digunakan di dalam litar elektrik?

Rujukan
1. http://www.autoshop101.com/trainmodules/elec_circuits/circ109.html
2. http://www.allaboutcircuits.com/vol_1/chpt_5/1.html
3. http://physics.bu.edu/py106/notes/Circuits.html

You might also like