You are on page 1of 5

BS 1363

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Plag BS 1363.
Soket elektrik BS 1363. Perhatikan penutup lubang soket yang tertutup (berwarna merah)
bagi menghalang kemasukan objek asing.

Piawaian British BS 1363 menetapkan jenis plag dan soket AC domestik yang digunakan di
United Kingdom, Cyprus, Ireland, Malta, Malaysia, Singapura serta negara-negara bekas
jajahan British. Ireland, Malaysia dan Singapura masing-masing mempunyai piawaian yang
setara - IS 401 & 411, MS 589 dan SS 145. Di negara-negara tersebut, sistem ini turut
dikenali sebagai soket/plag 13 amp. Di Malaysia, ia digunakan pada peralatan elektrik
berkuasa sederhana dengan kadaran arus sehingga maksimum 13 ampere; walau
bagaimanapun, bagi peralatan berkuasa rendah terutamanya peralatan audio visual seperti
televisyen dan radio, plag 2 pin 2.5 ampere Jenis C (dikenali sebagai Europlug) lazimnya
digunakan.

Sebuah plag BS 1363 mempunyai dua pin segiempat sama yang melintang bagi penyambung
fasa (selalunya dipanggil 'wayar hidup') serta neutral, dan di atas kedua-dua pin pula adalah
pin segiempat tepat menegak untuk sambungan bumi. Tidak seperti kebanyakan soket lain,
pin bumi adalah sangat penting pada plag BS 1363, memandangkan ia diperlukan bagi
menolak penutup lubang soket untuk membolehkan pin hidup dan neutral dimasukkan. Ia
juga turut memastikan plag berkenaan sentiasa dalam kekutuban yang betul. Untuk kegunaan
peralatan elektrik yang tidak dibumikan, terdapat juga plag dengan pin bumi plastik bagi
membolehkan penutup soket dibuka.

Oleh kerana litar soket (terutamanya jenis litar gelang seperti yang sering digunakan di
United Kingdom) mampu membawa arus tinggi sehingga melebihi keperluan peralatan
elektrik, setiap plag dimestikan mempunyai fius (Piawaian BS 1362) dengan nilai sehingga
13 ampere. Plag dan soket BS 1363 direka untuk membawa voltan AC 240 V 50 Hz, dengan
nilai maksimum arus elektrik 13 ampere.

Rajah pendawaian dalaman plag BS 1363.


Isi kandungan
[sorok]

 1 Asal-usul
 2 Ciri keselamatan
 3 Penggantian
 4 Penyuai
 5 Lihat juga
 6 Rujukan

[sunting] Asal-usul
Plag gaya sebegini mula muncul pada tahun 1946, sebaik sahaja tamat Perang Dunia Kedua.
Britain sebelum ini menggunakan kombinasi soket 5 dan 15 ampere di mana pendawaian
bagi setiap soket disambung pada fius tersendiri. Akibat permintaan tinggi semasa zaman
perang, Britain mengalami masalah kekurangan bekalan kuprum yang kronik. Tambahan
pula, pihak musuh telah banyak memusnahkan gudang simpanan kuprum. Selepas perang,
Britain perlu membina semula rumah-rumah bagi para penduduknya serta memasang sistem
pendawaian dengan meminimumkan penggunaan kuprum sebaik mungkin.

Penyelesaiannya ialah sistem litar gelang di mana wayar dari unit pengagihan pengguna
(fius / pemutus litar) disambung ke sebilangan soket dan disambung lagi ke fius atau pemutus
litar yang sama. Ia memberikan penjimatan kuprum yang diperlukan untuk pendawaian. Oleh
kerana fius atau pemutus litar biasanya memerlukan kadaran arus maksimum yang boleh
diangkut (misalnya 26A, 30A atau 32A bagi pemutus litar), maka setiap plag diwajibkan
untuk mempunyai fiusnya sendiri berkadaran dengan penggunaan arus peralatan elektrik
berkenaan. Pada mulanya terdapat beberapa rekaan plag yang bersaing, tetapi akhirnya
rekaan BS 1363 diterima mengatasi semua rekaan lain.

Walaupun keperluan untuk menjimatkan penggunaan kuprum sudah lama berlalu, sistem litar
gelang terbukti berjaya sehinggakan Britain mengekalkan sistem ini sehinggalah sekarang.

Asalnya terdapat fius berkadaran 1, 2, 3, 5, 7, 10 dan 13 ampere tetapi menjelang tahun


1960an ia dikurangkan kepada pilihan 2, 5, 10 dan 13 ampere. Plag yang dibekalkan
lazimnya dipasang dengan fius 13A, dan kebanyakan pengguna rumah cenderung untuk tidak
menukarkannya dengan nilai yang sepatutnya. Kemudiannya barisan pilihan dikurangkan
kepada hanya 3 dan 13 ampere sahaja. Walau bagaimanapun, di Malaysia hanya nilai fius
13A sahaja yang boleh didapati.

[sunting] Ciri keselamatan


Fius BS 1362
(untuk plag BS 1363)

Setiap plag piawai BS 1363 dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti berikut:-

 Fius - Setiap plag BS 1363 mempunyai fius sebagai tambahan kepada fius atau
pemutus litar yang sedia ada pada unit pengguna, memandangkan setiap litar soket
dipasang dengan fius / pemutus litar berkadaran 26A atau 30A, maka adalah tidak
selamat untuk membenarkan peralatan elektrik disambung terus ke litar soket tanpa
sebarang perlindungan tambahan. Setiap fius adalah berukuran 25.4 mm panjang,
dengan dua penutup logam berdiameter 6.3 mm serta 5.5 mm panjang.
 Penutup soket - Setiap soket BS 1363 mempunyai penutup lubang soket bagi
mencegah kemasukan objek asing ke dalamnya, menjadikannya lebih selamat
terutamanya dari jangkauan kanak-kanak. Penutup yang digunakan lazimnya
memerlukan pin bumi pada plag BS 1363 untuk membukanya bagi membolehkan dua
lagi pin dimasukkan ke dalam soket. Walau bagaimanapun, ramai pengguna di
Malaysia yang sering menggunakan oljek seperti pemutar skru, penutup pen, klip
kertas ataupun kunci bagi membuka penutup lubang soket semasa hendak
memalamkan plag 2 pin Jenis C (Europlug) ke soket, walaupun kaedah sedemikian
sangat tidak digalakkan malah boleh jadi membahayakan.
 Penebat pin - Sesetengah plag BS 1363 mempunyai pin hidup dan neutral yang
ditebat pada bahagian tapak bagi mengelakkan sentuhan terus jari ke pin serta
mengelakkan kepingan logam yang terselit di celah-celah plag yang dikeluarkan
separuh daripada menjadi "hidup". Walau bagaimanapun, kelemahan utamanya ialah
soket yang rosak mungkin tidak berhubungan baik dengan pin.

[sunting] Penggantian
Plag 3 pin yang boleh dipasang sendiri amat mudah didapati di pasaran, sesetengahnya turut
disertakan kad arahan pendawaian berserta panjang wayar yang diperlukan. Ia diskrukan
menggunakan skru kombinasi mata belah dan mata Phillips bagi membolehkan kedua-dua
pemutar skru berkenaan digunakan.

Di Malaysia, huraian sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup untuk sekolah menengah turut
menyertakan prosedur pendawaian plag 3 pin BS 1363 untuk pelajar.

[sunting] Penyuai
Plag penyuai untuk plag 2-pin "europlug" - kosong, plag 2 pin europlug dimasukkan dan
ditutup.

Sesetengah pengeluar menggunakan sejenis plag khas bagi pertukaran bagi plag 2 pin Jenis C
("europlug") ke soket 3 pin BS 1363. Ia menyerupai plag piawai BS 1363 dengan pin bumi
yang dibuat daripada plastik serta fius tetapi direka untuk dipadankan dengan plag 2 pin
tersebut. Selain itu, di Malaysia terdapat juga penyuai yang terdiri daripada sekeping plastik
dengan hanya pin bumi sahaja, dipasang terus pada soket bagi membolehkan plag 2 pin Jenis
C dimasukkan terus ke dalam soket.

[sunting] Lihat juga


 Pendawaian elektrik
 Plag dan soket AC domestik

[sunting] Rujukan
 British Standard BS 1363: 13 A plugs, socket-outlets, adaptors and connection units
 British Standard BS 1362: General purpose fuse links for domestic and similar purposes
(primarily for use in plugs). 1973.
 The Plugs and Sockets etc. (Safety) Regulations 1994

p • b • s
Jenis plag dan soket AC domestik[sembunyi]

Jenis A • Jenis B • Jenis C (Europlug) • Jenis D • Jenis E • Jenis F (Schuko) • Jenis G (BS 1363) •
Jenis H • Jenis I • Jenis J • Jenis K • Jenis L • Jenis M

You might also like