You are on page 1of 4

PERINTANG

PENGENALAN

Perintang (R) ialah satu komponen yang terdapat dalam litar elektrik. Rintangan
perintang melawan pengaliran arus dalam litar dan diukur dalam ohm (). Satu ohm
adalah sama dengan rintangan yang berada di dalam litar di mana tekanan elektrik 1 V
menyebabkan arus 1 A mengalir.

Simbol bagi Rintangan ialah R


Unitnya adalah Ohm ()
Nilai rintangan perintang (ohm) dikod mengikut warna di atas perintang.

1 TAKRIF PERINTANG
Perintang ditakrifkan sebagai sesuatu komponen atau bahan yang boleh
menghalang atau menghadkan aliran arus dalam litar. Ia juga menghasilkan
susutan voltan dan melesapkan tenaga elektrik.

Simbol bagi perintang

2 JENIS-JENIS PERINTANG
Secara umumnya, perintang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
perintang tetap dan perintang boleh ubah.

2.1 Perintang tetap


Perintang tetap ialah dimana nilai sesuatu perintang itu boleh didapati
daripada kod warna atau kod bercetak pada perintang tersebut. Nilai
yang dinyatakan oleh kod warna dan kod bercetak disebut sebagai nilai
namaan (nilai terkadar).
PERINTANG TETAP Empat perkara yang penting perlu diambil kira apabila memilih
perintang ialah nilai perintang, had terima, kadar kuasa dan kestabilan.

MOHD ROSLI BIN YA


KU TEKNOLOGI ELEKTRIK, KV TANAH MERAH
(i) Had terima ialah nilai kelegaan bagi nilai sebenar. Jika satu
perintang dengan nilai namaan sebanyak 100 dan had terima 10%,
perintang tersebut mempunyai nilai sebenar antara 90 dan 110.
Lebih kecil nilai had terima maka lebih tepat bacaan nilai perintang.

(ii) Kadar kuasa ialah kuasa maksimum yang boleh diterima oleh
perintang tanpa mengalami kerosakan. Jika kadar kuasa dilampaui,
perintang akan rosak disebabkan oleh haba yang berlebihan. Saiz fizikal
sesuatu perintang biasanya berkait rapat dengan kadar kuasa.
PERINTANG KUASA

(iii) Kestabilan ialah keupayaan sesuatu perintang untuk mengekalkan


nilai rintangannya walaupun suhu sekitar berubah dan umur perintang
bertambah.

2.2 Perintang boleh ubah


Perintang boleh ubah ialah perintang yang boleh diubah nilai
rintangannya dengan menggerakkan sesentuh di atas elemen perintang.
Perintang boleh ubah digunakan pada litar yang memerlukan perubahan
arus dan voltan. Terdapat tiga jenis perintang boleh ubah iaitu
perintang gelangsar, reostat dan meter upaya.
1) Perintang gelangsar mengubah rintangan dengan menggerakkan
PERINTANG
BOLEHUBAH kolar gelangsar di sepanjang elemen rintangan belitan dawai. Ia
digunakan pada litar yang tidak memerlukan perubahan rintangan
yang kerap.

2) Reostat mempunyai dua tamatan dan disambung bersiri dengan


beban yang dikawal. Ia diguna untuk mengawal arus litar.

3) Meter upaya mempunyai tiga tamatan. Rintangannya diubah


dengan menggerakkan pengelap di atas elemen karbon. Meter
upaya yang lebih kecil dipanggil perapi atau praset. Ia banyak
digunakan pada litar bercetak yang tidak memerlukan perubahan
rintangan yang kerap untuk mengawal voltan dan beza upaya
seperti mengawal bunyi dan nada radio.

MOHD ROSLI BIN YA


KU TEKNOLOGI ELEKTRIK, KV TANAH MERAH
Bil Kod Warna Nilai Pendarab Had
Terima
1 Hitam 0 1 -
2 Coklat/Perang 1 10 ± 1%
3 Merah 2 100 ± 2%
4 Oren/Jingga 3 1000 ± 3%
5 Kuning 4 10 000 ± 4%
6 Hijau 5 100 000 -
7 Biru 6 1000 000 -
8 Ungu 7 10 000 000 -
9 Kelabu 8 100 000 000 -
10 Putih 9 1000 000 000 -
11 Emas - 0.1 ± 5%
12 Perak - 0.01 ± 10%
13 Tiada Warna - - ± 20%

Jadual 2.1 Kod warna dan cara membaca nilai rintangan

Jalur pertama (merah)


Jalur Kedua (Ungu)
Jalur Ketiga (Kuning)
Jalur Keempat (Emas)

2 7 X 10 000 ± 5%
= 2 7 0 000 Ω ± 5%
= 270 K Ω ± 5%

3. KEGUNAAN PERINTANG
a) Penghad arus
Semakin tinggi nilai rintangan semakin kecil nilai arus dalam litar.
b) Pembahagi voltan
Menyediakan susutan tertentu voltan pada litar bergantung kepada keperluan.

Meter upaya Reostat Reostat (symbol lain)

Rajah 2.3 Simbol perintang boleh ubah mengikut aplikasi

MOHD ROSLI BIN YA


KU TEKNOLOGI ELEKTRIK, KV TANAH MERAH
4. KEROSAKAN DAN PENGUJIAN PERINTANG
a) Kerosakan pada perintang ialah terbuka dan pertambahan nilai
b) Nilai rintangan sesuatu perintang boleh diukur dengan menggunakan meter
ohm (gambar foto 2.2.) dan meter LCR (gambar foto 2.3)

Gambar foto 2.2 : Pengukuran nilai perintang Gambar foto 2.3 : Meter LCR
menggunakan meter pelbagai

LATIHAN 1B
1. Berikan nilai bagi perintang berikut:
a) merah, merah, merah, perak
b) puteh, oren, kelabu, emas
c) Ungu, hijau, kuning, tiada warna
d) biru, hitam, perak,perak
e) Coklat, hitam, emas,emas

2. Berikan kod warna bagi perintang berikut:


a) 8.2K Ω ± 10%
b) 1M Ω ± 20%
c) 680 Ω ± 5%
d) 1.2 Ω ± 5%
e) 6.8K Ω ± 20%

3. Berikan takrif bagi perintang.

4. Nyatakan 2 kegunaan perintang di dalam litar elektronik.

5. Nyatakan 2 jenis perintang.

MOHD ROSLI BIN YA


KU TEKNOLOGI ELEKTRIK, KV TANAH MERAH

You might also like