You are on page 1of 5

PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK

Elektrik merupakan satu tenaga yang tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai dan
digunakan oleh manusia pada hari ini dan akan datang. Tenaga elektrik dapat
dihasilkan kesan daripada tindakan
a) Geseran
b) Haba
c) Aruhan elektromagnet

Tindakan daripada tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada beberapa punca tenaga
yang lain yang boleh digunakan seperti :
a) Tenaga cahaya Contoh : Lampu
b) Tenaga haba Contoh : Seterika
c) Tenaga bunyi Contoh : Radio
d) Tenaga gerakan Contoh : Motor

Kuantiti : Bilangan sesuatu yang boleh diukur


Unit : nama untuk menyatakan pengukuran yang dilakukan terhadap kuantiti tersebut.

1.1 KUANTITI ASAS

Kuantiti asas ialah kuantiti yang tidak boleh ditakrifkan dalam sebutan kuantiti-kuantiti
fizik yang lain.
Lima kuantiti asas dan unit S.I

Kuantiti asas Unit S.I Simbol


Panjang, l Meter m
Kilogra
Jisim, m kg
m
Masa, t Saat S
Suhu, T Kelvin K
Arus elektrik, I Ampere A

1.2 IMBUHAN

Imbuhan ialah awalan faktor daraban yang digunakan untuk mewakili nilai kuantiti fizik
yang sangat besar atau sangat kecil dalam unit S.I

Bentuk
Imbuhan Nilai Simbol
Piawai
1 000 000 000
Tera 1012 T
000
Giga 1 000 000 000 109 G
Mega 1 000 000 106 M
Kilo 1 000 103 k
Deci 0.1 10-1 d
Centi 0.01 10-2 c
Mili 0.001 10-3 m
Mikro 0.000 001 10-6 µ
Nano 0.000 000 001 10-9 n
0.000 000 000
Piko 10-12 p
001

1.3 PENUKARAN UNIT

Contoh:

1. km  m
1 km = 1 x 103 m
= 1000m

2. m – km
1m = 1 x 10-3 km
= 0.001km

3. µm – m
20µm = 20 x 10-6 m
= 0.00002 m

4. GV – V
0.045 GV = 0.045 X 109 V
= 45 000 000V

1.4 MEDAN ELEKTRIK DAN PENGALIRAN CAS

Elektrik terdiri daripada dua (2) jenis iaitu elektrik statik dan elektrik dinamik.
a) Elektrik Statik – Keadaan di mana tiada pergerakan elektron dalam arah tertentu.
b) Elektrik Dinamik – Keadaan di mana terdapat pergerakan elektron dalam arah
tertentu.
1.5 KUANTITI ASAS ELEKTRIK

Daya Gerak Elektrik (d.g.e) ( Voltan )


Daya/ tekanan yang menyebabkan pengaliran arus berlaku dalam satu litar. Diperoleh
daripada sumber bekalan seperti bateri atau penjana
 Unit asas = VOLT
 Simbol = V
 Meter penyukat = meter volt
 Meter volt disambungkan secara selari dengan beban yang hendak diketahui
voltannya (tekanan)

Cas Elektrik
Terdiri daripada cas positif dan cas negatif. Kuantiti cas ini dinamakan Coulomb.
 Simbol : Q
 Unit : Coulomb(C)
Arus
Pergerakan cas elektrik yang disebabkan oleh pergerakan elektron bebas. Ia mengalir
dari terminal positif ke terminal negatif. Arus merupakan pengaliran elektron pada satu
litar / pengalir lengkap.
 Unit asas = AMPERE
 1 Ampere = 1 Coulomb cas elektrik yang melalui suatu titik dalam 1 saat
Q
I=
t
 Simbol = I
 Meter penyukat = meter ampere
 Didalam litar elektrik, meter ampere disambungkan secara sesiri dengan beban

Bezaupaya (voltan)
Perbezaan keupayaan di antara dua titik dalam litar elektrik.
 Simbol : V
 Unit : Volt(V)

Rintangan
Rintangan ialah kuantiti yang mengehadkan pengaliran arus elektrik pada suatu litar.
 Unit asas = OHM
 Simbol = Ω
 Meter penyukat = meter ohm

Kuasa
Kuasa ialah kadar melakukan kerja ataupun banyaknya kerja yang dilakukan dalam
satu unit masa.
Hubungan antara kuasa dan tenaga ditunjukkan oleh persamaan berikut :
W
P=
t
 Unit asas = WATT
 Simbol = P
 Meter penyukat = meter watt

Tenaga/kerja
Tenaga ialah kemampuan untuk melakukan kerja pada suatu masa.
Cth : sebuah bateri kereta dianggap mempunyai tenaga elektrik jika ia berkemampuan
untuk menghidupkan enjin kereta tersebut
W =Fs
 Unit asas = JOULE
 Simbol = J

Kerintangan
Merupakan sifat bahan pengalir di mana ianya melawan atau mengurangkan aliran arus
elektrik untuk melaluinya,
Simbol : (Rho) dan unitnya : Ohm meter
1.6 RINTANGAN
Merupakan satu keadaaan yang menghalang pergerakan arus melaluinya. Terdapat
empat (4) faktor yang mempengaruhi nilai rintangan iaitu ;

 Panjang pengalir,
Nilai rintangan dawai akan bertambah tinggi jika dawai tersebut bertambah
panjang. Ia berkadar terus dengan panjang dawai tersebut,

 Luas Permukaan , A
Rintangan berkadar songsang dengan luas muka keratan rentas dawai.

 Kerintangan
Kerintangan adalah berkadar langsung dengan nilai rintangan.

 Suhu Pengalir, T
Suhu pengalir juga mempengaruhi nilai rintangan. Semakin tinggi suhu pengalir
semakin tinggi nilai rintangan.

1.7 JENIS UNSUR DALAM ELEKTRIK

 Pengalir
Bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya kerana ia mempunyai
bilangan elektron bebas yang banyak. Contohnya besi, kuprum, aluminium,
emas dan perak.

 Penebat
Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Ia
mempunyai banyak elektron valensi tetapi sukar dibebaskan. Contohnya getah,
kaca, minyak dan oksigen.

 Separa Pengalir (semikonduktor)


Bahan yang mempunyai ciri-ciri elektrikal di antara penebat dan pengalir. Ia
mempunyai empat(4) elektron valensi dan digunakan untuk membuat komponen
elektronik. Contohnya silikon , germanium dan karbon.

You might also like