You are on page 1of 2

PENGUKURAN PENEBATAN LANTAI DAN DINDING BUKAN

PENGKONDUKSI.

1. Salah satu daripada cara perlindungan daripada kejutan elektrik akibat dari
sentuhan pada pengalir fasa (sentuhan terus) atau sentuhan pada bahagian
logam terdedah seperti rangka dan sebagainya (sentuhan tidak terus) adalah
dengan cara mengadakan lokasi tanpa pengkonduksi (non conducting
location). Ada dua cara untuk mengadakan lokasi tanpa pengkonduksi ini;

1.1. Tidak ada benda (kemungkinan) yang boleh menyebabkan


tersambung kebumi.

1.2. Bahagian-bahagian logam terdedah adalah diatur sedemikian rupa


sehingga tidak ada kemungkinan untuk menyentuh antara keduanya
atau antaranya dengan logam pengkonduksi luaran (seperti paip dan
lain-lain alat logam pengkonduksi dalam satu-satu ketika. Dalam
ertikata lain, jaraknya hendaklah tidak kurang dari 2 meter).

2. Cara-cara ini adalah bertujuan untuk mencegah wujuhnya potensi atau beza
keupayaan yang berbeda antara logam terdedah dengan mana-mana tempat
berdekatan, yang boleh disentuh dalam satu ketika, apabila berlakunya
kerosakan atau kebocoran pada penebatan asas konduktor `hidup'. Kejutan
elektrik tidak boleh berlaku apabila diwujudkan kawasan lokasi tanpa
pengkonduksi disekitar alat itu.

3. Kaedah ini secara umumnya tidak diiktiraf untuk dipakai dalam pemasangan,
akan tetapi boleh dipakai hanya dalam keadaan-keadaan tertentu dimana
pemasangan itu berada di bawah pengawasan yang berkesan oleh Jurutera
Elektrik yang diiktiraf.

4. Apabila perlindungan daripada kejutan elektrik dibuat dengan cara ini, maka
tidak perlu lagi kepada konduktor perlindungan dan soket salur-keluar tidak
lagi perlu kepada terminal bumi.

5. Ujian-ujian perlu dibuat terhadap pemasangan jenis ini, untuk mempastikan


pemasangan betul mengikut semestinya.

6 Kaedah Ujian.

6.1 Alat penguji adalah sepertimana yang digunakan di dalam Ujian


Penebatan.
6.2 Sekurang-kurangnya tiga tempat utama perlu diuji rintangan
penebatannya dengan konduktor perlindungan utama, iaitu:-

a. Ditempat antara 1 meter dan 1.2 meter dari[pada satu-satu


logam pengkonduksi luaran.

b. Dinding-dinding yang berdekatan.

c. Di lantai.

Berikut Rajah yang menunjukkan contoh bagaimana ujian ini


dilakukan.

6.3 Bacaan:

a. Jika sistem pemasangan itu ialah sistem voltan biasa (tidak


lebih 500 volt), maka bacaan rintangan penebatannya tidak
kurang daripada 50 Kilo-ohms.

b. Jika sistem pemasangan mempunyai voltan antara 500 volt


hingga 1000 volt, maka rintangan penebatan tidak kurang
daripada 100 Kilo-ohms.

Nota:Didalam sistem ini, perhatian dan pemeriksaan hendaklah


diberikan kepada keadaan berlakunya kelembapan, kerana
kelembapan boleh menghasilkan bacaan rintangan yang
rendah dan berkurangan.

You might also like