You are on page 1of 29

E1001 / UNIT 1/ 1

SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

UNIT 1 SUMBER BEKALAN


ELEKTRIK

OBJEKTIF

Objektif am : Mempelajari dan memahami konsep asas sumber bekalan


elektrik iaitu arus dan voltan bagi AT dan AU.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

➢ Menyenaraikan sumber-sumber tenaga yang boleh digunakan untuk


menjana tenaga elektrik atau d.g.e.
➢ Menyatakan kesan sambungan sel dalam siri, selari dan siri-selari.
➢ Membezakan antara arus terus dengan arus ulang alik.
➢ Menyenaraikan sumber-sumber arus ulang-alik (a.u).
➢ Melukis dan melabelkan gelombang a.u hasil keluaran penjana A.U
mudah.
➢ Mentakrifkan kitar, frekuensi dan kalaan,nilai puncak atau amplitud.
➢ Menyatakan nilai e = Em sin (t + )
➢ Menyatakan nilai ppgd, nilai purata, faktor bentuk dan faktor
puncak.
E1001 / UNIT 1/ 2
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

ARUS TERUS

1.0 PENGENALAN
Arus terus (a.t) merupakan arus elektrik yang mengalir berterusan pada satu arah
sahaja. Ini merupakan jenis arus elektrik yang dibekalkan olah sel voltan. Selagi
kekutuban voltan pada pangkalan-pangkalan sel voltan adalah tetap dan tidak
terbalik, maka sel voltan ini boleh disebut sebagai punca voltan terus.

+I

Aras arus elektrik adalah tetap

Rajah 1.1 : Graf arus elektrik terus melawan masa.

1.1 SUMBER-SUMBER ARUS TERUS

1.1.1 Bateri
Bateri atau sel merupakan sumber arus terus di mana ia direka khas
untuk menghasilkan voltan keluaran dan arus keluaran maksimum
yang tertentu. Beza upaya yang terhasil di antara pangkalan-
pangakalan sel bergantung kepada bahan-bahan elektrod tetapi
tidak kepada saiz fizikal elektrod atau kuantiti elektrolit.
Arus keluaran sel bergantung kepada voltan keluaran dan rintangan
beban luar iaitu ;

I = E
R
E1001 / UNIT 1/ 3
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Di mana I ialah arus keluaran, E ialah voltan pangkalan sel dan R


ialah rintanagn beban luar. Walau bagaimanapun, arus maksimum
yang boleh dibekalkan oleh satu sel ada hadnya. Apabila had ini
dicapai, voltan pangkalan sel mula jatuh. Dengan ini arus keluaran
tidak dapat dinaikkan. Arus maksimum yang boleh ditarik
daripada sel berhubung terus dengan saiz fizikal komponen-
komponen sel. Ternyata elektrod-elektrod dengan luas permukaan
yang kecil. Oleh yang demikian,sel-sel voltan yang besar secara
fizik boleh menanggung arus keluaran yang lebih besar daripada
sel-sel kecil.

1.1.2 Sel Solar


Sel solar juga merupakan satu sumber arus terus di mana pancaran
cahaya matahari boleh menghasilkan arus elektrik. Contoh-contoh
alat elektrik yang menggunakan sinaran cahaya matahari sebagai
punca arus elektrik ialah seperti kalkulator dan sistem pemanas air
di rumah.

1.2 KESAN SAMBUNGAN SEL YANG BERLAINAN

1.2.1 Siri
E1 E2 E3 E4

Rajah 1.2 : Sambungan sel secara siri

Dalam susunan siri,


Jumlah voltan keluaran = hasil tambah voltan sel

E = E1 + E2 + E3 + E4

Arus keluaran, I

E1 + E 2 + E3 + E 4
I=
r1 + r2 + r3 + r4
E1001 / UNIT 1/ 4
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Di mana arus (I) keluaran yang mengalir di setiap sel adalah sama.

I = I1 = I2 = I3 = I4

Jumlah rintangan = hasil tambah rintangan dalam sel individu

r1 = r1 + r2 + r3 + r4

1.2.2 Selari
E1
I1

E2
I2

E3
I3

Rajah 1.3 : Sambungan sel secara selari

Dalam susunan selari,

Voltan keluaran adalah sama.

E = E1 = E2 = E3

Arus keluaran = hasil tambah arus setiap sel

Io = I1 + I2 + I3
E1001 / UNIT 1/ 5
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Jumlah rintangan;

1 1 1
r= + +
r1 r2 r3

Sekiranya terdapat rintangan beban, RL

E
Io = (Rintangan dalam sel diabaikan)
RL

Contoh 1.1 :

Diberi 2 sel 4.8V disambungkan secara selari dengan rintangan beban 2.
Kirakan arus keluaran Io.

4.8V 4.8V
2

Penyelesaian 1.1 :

E
Io =
RL

4.8V
Io = (abaikan rintangan dalam)
2

Io = 2.4A
E1001 / UNIT 1/ 6
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

r1 r2 E ri E

E1 E2 E

Rajah 1.4 : Rajah 1.5 :


Litar setara bagi sel-sel Litar setara tunggal bagi sel-sel
bersambung secara selari ber-sambung secara selari

Bagi E,
E = E1 = E2
Bagi ri,
ri = r1 selari dengan r2 ( r1 | | r2 )
r
= 1
2

E (Rintangan dalam sel tidak


Maka, Io =
RL + (r1 || r2 ) diabaikan)

Contoh 1.2 :

Sel 8V disambungkan secara selari dan membekalkan rintangan 0.4. Jika arus
maksimum yang boleh dibekalkan oleh setiap sel ialah sebanyak 0.2A, berapakah
bilangan sel yang perlu disambungkan dalam selari. Anggap rintangan dalam sel
boleh diabaikan.
E1001 / UNIT 1/ 7
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Penyelesaian 1.2 :
E 8V
Io = = = 20V
RL 0.4
Bilangan sel selari = Io
Arus per sel
20 A
=
0.2 A
= 100 sel

Bilangan sel selari = 100 sel

Contoh 1.3 :

Terdapat 5 sel bersambung secara selari dan setiap sel masing-masing bernilai
3.5V dan rintangan dalam 0.5. Bagi kala 5 jam, setiap sel ini dapat
membekalkan arus beban maksimum 1A. Kirakan ;
(a) Voltan keluaran litar terbuka bagi gabungan selari.
(b) Arus maksimum yang boleh dibekalkan.
(c) Kadaran Aj bateri.
(d) Rintangan dalam bateri sel.

Penyelesaian 1.3 :

(a) E = E1 = E2 = E3 = E4 = E5
E = 3.5V

(b) Io(mak) = I1 + I2 + I3 + I4 + I5
= 5  1A
= 5A

(c) Kadaran Aj bateri = 5  (Kadaran Aj per sel)


= 5  (5A  5 jam)
= 25 Aj

(d) ri = r1 || r2 || r3 || r4 || r5
0.5
=
5
= 0.1 
E1001 / UNIT 1/ 8
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

1.2.3 Siri-selari

I2
E1 I1 E4

E2 E5 E R
L
E3 E6

Rajah 1.6 :
2 kumpulan sel bersambung secara selari.
Setiap 1 kumpulan mempunyai 3 sel.

Voltan pangkalan,

Kumpulan 1 E = E1 + E2 + E3

Kumpulan 2 E = E4 + E5 + E6

Arus keluaran,

I = I1 + I2

Contoh 1.4 :

Dalam satu kumpulan sel, terdapat 3 sel yang bersambung secara siri. Diberi
setiap sel bernilai 2V. Kirakan nilai voltan pangkalan setiap kumpulan siri.

Penyelesaian 1.4 :

E = E1 + E2 + E3
= 2V + 2V + 2V
= 6V
E1001 / UNIT 1/ 9
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Contoh 1.5 :

Terdapat 2 kumpulan sel disambungkan secara selari. Jika setiap sel dapat
membekal arus maksimum 1.5A, kirakan arus keluaran maksimum bagi seluruh
bateri sel yang disambungkan secara selari.

Penyelesaian 1.5 :

Kumpulan 1
Setiap sel bernilai 1.5A, maka I1 = 1.5A

Kumpulan 2
Setiap sel juga bernilai 1.5A, maka I2 = 1.5A

Maka, I = I1 + I2
= 1.5V + 1.5V
= 3A
E1001 / UNIT 1/ 10
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

AKTIVITI 1a

• UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

Jawab semua soalan.

1.1 Rintangan 0.1s hendak dibekalkan oleh bateri bersambung selari sel-sel 4V.
Jika setiap sel boleh membekal arus maksimum 0.5A, tentukan bilangan sel yang
perlu disambung selari. Anggap rintangan dalam sel boleh diabaikan.

1.2
I2
4 I1 E4

2 1 E R
L
3 5

Merujuk kepada rajah di atas, kirakan;


(a) E
(b) E4
(c) Diberi arus keluaran seluruh bateri ialah 7A. Kirakan arus I1.
E1001 / UNIT 1/ 11
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

MAKLUMBALAS 1a

Jawapan :

1.1)
E 4V
Io = = = 40V
RL 0.1

Bilangan sel selari = Io


Arus per sel
40 A
=
0.5 A
= 80 sel
Bilangan sel selari = 80 sel

1.2) (a) E = E1 + E2 + E3
= 4V + 2V + 3V
= 9V

(b) E = E4 + E5 + E6
9V= E4 + 1V + 5V
E = 3V

(a) I = I1 + I2
7A= I1 + 5A
I1 = 2A
E1001 / UNIT 1/ 12
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

ARUS ULANG ALIK

1.3 PERBEZAAN ARUS ULANG ALIK DENGAN ARUS TERUS


1.3.1 Arus terus (a.t)
Arus terus (a.t) mengalir dalam satu arah sahaja. Bateri atau sel
menjanakan arus terus ini. Aliran arus sehala ini disebabkan oleh kutub
bateri atau sel yang tidak berubah. Bentuk perubahan arus terus dengan
masa adalah seperti di bawah.

Arus (I)

0 Masa (t)

Rajah 1.7 : Bentuk gelombang arus terus

1.3.2 Arus ulang alik (a.u)


Arus ulang alik (a.u) adalah arus yang sentiasa berubah-ubah
pengalirannya. Perubahan arah pengaliran arus dalam litar a.u disebabkan
olah perubahan kekutuban punca voltan yang berselang seli. Nilai arus
akan meningkat dari sifar ke maksimum pada arah positif dan kemudian
menurun ke sifar. Seterusnya, nilai arus ini akan menurun ke maksimum
pada arah negatif. Kemudian, nilai arus naik kembali ke sifar.
E1001 / UNIT 1/ 13
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Arus (I) Maksimum


positif

0 Masa (t)

Maksimum
negatif

Rajah 1.8 : Bentuk gelombang arus ulang alik

1.4 SUMBER ARUS ULANG ALIK (A.U)


Salah satu sumber bagi arus ulang alik ialah penjana (generator) yang
merupakan sebuah mesin yang menggunakan prinsip aruhan elektromagnet
dimana ia menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Terdapat 2
cara untuk menjana voltan ulang alik (a.u) iaitu ;

i) Pengalir bergerak, fluks medan magnet pegun (diam). (Pengalir


memotong fluks)

ii) Fluks medan magnet bergerak, pengalir pegun (diam). (Fluks


memotong pengalir)

Dalam sebuah penjana asas iaitu dengan andaian pengalir tunggal, pengalir itu
dinamakan angkir (armature). Hujung angkir gelung ini disambung ke gelang
gelincir (slip rings). Gelang gelincir ini ditebat di antara satu sama lain dan
dari shaft di mana ia dipangsikan (mounted). Berus-berus karbon disambung
ke gelang pelincir untuk membolehkannya menyambung pengalir (angkir)
bergerak ke litar luar (terminal keluaran). Angkir mestilah dipacu dengan
daya mekanikal. Oleh itu, penjana dikatakan mesin yang menukar tenaga
mekanik ke tenaga elektrik.
E1001 / UNIT 1/ 14
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Penukaran tenaga tersebut berdasarkan kepada penghasilan daya gerak


elektrik(d.g.e) iaitu apabila terdapatnya pemotongan fluks oleh pengalir
(angkir) sebagimana dinyatakan oleh Hukum Faraday bagi aruhan
elektromagnet ;

d.g.e teraruh , e = -N d
dt

Jika satu litar luar (beban) disambung ke pangalir tunggal itu melalui gealng
gelincir, daya gerak elektrik (d.g.e) ulang alik akan terjana kerana ia sentiasa
bertukar arah bergantung kepada pergerakan pengalir (atas dan bawah). Maka
arus ulangalik akan mengalir melalui beban tadi.

Arah aliran arus dan kekutuban d.g.e bergantung kepada arah medan
magnet, juga arah putaran (gerakan) pengalir tersebut. Ia boleh ditentukan
dengan menggunakan Aturan Tangan Kanan Fleming.

1.5 GELOMBANG A.U HASIL KELUARAN PENJANA A.U MUDAH

Apabila gegelung pengalir diputar dalam medan magnet, pemotongan urat


daya (fluks magnet) berlaku. Proses ini akan menghasilkan arus aruhan.
Maka d.g.e akan teraruh pada pengalir. Arus aruhan yang terhasil ini akan
disalurkan melalui sepasang berus yang disambung ke galvanometer.

Jarum galvanometer akan memesong ke kiri pada setengah pusingan yang


pertama dan ke kanan pada setengah pusingan yang berikutnya apabila gelung
dipusingkan secara perlahan-lahan. Arus aruhan itu bertukar arah bagi setiap
separuh pusingan gelung. Ini menunjukkan bahawa arus yang terhasil adalah
arus ulang alik (a.u).
E1001 / UNIT 1/ 15
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

A B C D E

U S

arus sifar arus maksimum arus sifar arus maksimum arus sifar
positif negatif
(pusingan separuh (pusingan separuh
pertama) kedua)

Rajah 1.9 : Pesongan jarum galvanometer

KEDUDUKAN SIFAT

• Gelung pengalir selari dengan urat daya.


A,C,E • Tiada pemotongan fluks yang berlaku
• Arus adalah sifar kerana tiada arus aruhan yang
dihasilkan.

• Gelung bersudut tepat dengan urat daya


B,D magnet.
• Kadar pemotongan urat daya adalah
maksimum.
• Arus aruhan yang terhasil adalah maksimum.

• Kedudukan pusingan separuh pertama.


B • Arah arus aruhan adalah bertentangan dengan
arus pada kedudukan D.

• Kedudukan pusingan separuh kedua.


D • Arah arus adalah bertentangan dengan arah arus
pada kedudukan B.
E1001 / UNIT 1/ 16
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Apabila gelung dawai berputar pada halaju sudut malar di dalam magnet
tertentu, suatu d.g.e a.u yang sinusoidal akan terbentuk.
Bentuk gelombang sinus yang terhasil oleh penjanaan arus elektrik adalah
seperti di bawah;

U S

Rajah 1.10 : Graf sinus bagi arus ulang alik

Sekarang kita perhatikan satu bentuk gelombang sinus yang terhasil. Terdapat
beberapa istilah asas dalam gelombang ulang alik yang perlu diketahui.

B C
A
t

Rajah 1.11 : Gelombang sinus arus ulang alik


E1001 / UNIT 1/ 17
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

a) Kitar
Gelombang yang lengkap dipanggil satu kitar. Ia terdiri dari separuh kitar
positif dan separuh kitar negatif.
A ⎯
⎯→ B : ½ kitar positif
B ⎯
⎯→ C : ½ kitar negatif

Maka, A ⎯
⎯→ C : 1 kitar

b) Tempoh (kalaan)
Masa yang diambil untuk melengkapkan satu kitar dipanggil tempoh
(kalaan) bagi gelombang tersebut.
Simbol : T
Unit : saat (s)

c) Frekuensi
Bilangan kitar lengkap yang diperolehi bagi sesuatu tempoh masa
dinamakan frekuensi.
Simbol : f
Unit : Hertz (Hz)
1
Formula : f =
t
d) Nilai puncak (amplitud)
Nilai puncak atau amplitud bagi gelombang sinus adalah nilai maksima
bagi voltan/arus.
Simbol : Vp (Vm)
Unit : Volt (V)

e) Voltan puncak ke puncak


Voltan puncak ke puncak (Vpp) adalah nilai voltan dari voltan puncak
kitar positif sehingga voltan puncak kitar negatif.
Jadi, Vpp = 2Vp

f) Nilai pmkd (purata min kuasa dua) / nilai berkesan (rms)


Nilai berkesan bagi sesuatu gelombang sinus/ulangalik ialah nilai
voltan/arus ulangalik yang akan memberikan kesan pemanasan (haba)
yang sama seperti arus terus (a.t) pada satu litar yang sama dan pada
jangkamasa yang sama.
Nilai pmkd juga dikenali sebagai nilai berkesan (rms value).
E1001 / UNIT 1/ 18
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

g) Nilai ketika
Nilai yang berada di mana-mana sahaja antara nilai puncak positif dengan
negatif akan berbeza bergantung kepada masa yang ditentukan.

h) Nilai purata/min
Purata nilai ½ kitar arus/voltan.

1.6 TAKRIFAN BAGI KITAR, FREKUENSI DAN KALAAN, NILAI


PUNCAK DAN AMPLITUD

1.6.1 Kitar
Untuk satu kitar lengkap, pengalir di dalam penjana berputar dalam
satu pusingan lengkap. Di sini, voltan keluaran akan mengalami
perubahan bentuk sinus.

1 kitar lengkap

1.6.2 Frekuensi dan Kalaan


Frekuensi 1 Hertz (Hz) ditakrifkan sebagai satu kitaran lengkap dalam
tempoh 1 saat.

Apabila suatu gelombang menempuh perubahan untuk satu


kitar yang lengkap dalam tempoh 1 saat, maka gelombang itu
mempunyai frekuensi 1 hertz (Hz).
E1001 / UNIT 1/ 19
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Frekuensi sesuatu bentuk gelombang biasanya diperolehi dengan


menyonsangkan tempoh masanya.

f = 1
T

Manakala, kalaan pula bermaksud masa yang diambil untuk


melengkapkan satu kitar bagi gelombang tersebut.

1.6.3 Nilai Puncak Atau Amplitud

Amplitud

Amplitud

Amplitud ditakrifkan sebagai nilai tinggi puncak sesuatu gelombang


sinus.

1.7 NILAI BAGI e = Em sin ( t + )


Gelombang voltan yang dihasilkan oleh penjanaan arus ulang alik dihuraikan
oleh persamaan;

e = Em sin t

Dimana,
e = Beza keupayaan seketika
Em = Beza keupayaan maksismum atau amplitud voltan
 = Halaju sudut, 2f atau 2
T
E1001 / UNIT 1/ 20
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Untuk satu pusingan lengkap, pengalir berputar 360o. Tetapi jika diukur
dalam radian, satu pusingan lengkap mewakili 2 radian. Tempoh masa
untuk satu pusingan lengkap ialah T.

360o

2 rad

1 pusingan
lengkap

Maka, untuk 1 saat, sudut putaran pengalir adalah;

halaju sudut = 360o darjah/saat


T

atau

halaju sudut = 2 rad/saat


T

Maka, sudut fasa pada sebarang ketika t ialah;

sudut = 2  t radian
T
E1001 / UNIT 1/ 21
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Oleh kerana f = 1
T

Maka, sudut = 2ft rad


Sudut = t rad, di mana;  = 2f atau 2
T

Maka, bentuk gelombang diwakili oleh persamaan;

e = Em sin t

1.8 MENYATAKAN BAHAWA


1.8.1 Nilai ppgd = 0.707 nilai puncak
Nilai ppgd (punca purata ganda dua) atau nilai berkesan bagi
gelombang voltan berbentuk sinus adalah bersamaan dengan 0.707 di
darab dengan nilai puncak iaitu ;

Nilai ppgd = 0.707  Vp 1


di mana 0.707 =
2

Contoh :
Kirakan nilai ppgd gelombang voltan di bawah.

V(ac)= 14.14V setara dengan 10V(dc)

V (ac) V(dc)
14.14V
10V

t t
E1001 / UNIT 1/ 22
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

1
Nilai ppgd gelombang voltan =  Vp
2
= 0.707  14.14
= 10 Vdc

1.8.2 Nilai purata = 0.637 nilai puncak

Nilai purata satu gelombang sinus bagi setengah kitar positif ialah nilai
puncak ke puncak dibahgi dengan  iaitu ;

Vp
Vp-p = 2Vp

Vp

 (setengah kitar)

2 (1 kitar)

Maka, nilai purata = Vp-p . = 2Vp


nilai setengah kitar 

Nilai purata = 2 Vp

= 0.637Vp
E1001 / UNIT 1/ 23
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

1.8.3 Faktor bentuk = nilai p.p.g.d / nilai purata = 1.11


Faktor bentuk merupakan nisbah bagi nilai ppgd kepada nilai purata.

Faktor bentuk = nilai ppgd


nilai purata

= 0.707  nilai puncak


0.637  nilai puncak

= 1.11

1.8.4 Faktor Puncak = nilai puncak / 0.707 nilai puncak = 1.414


Faktor puncak ialah nisbah bagi nilai puncak kepada nilai ppgd.

Faktor puncak = nilai puncak


nilai ppgd

= nilai puncak .
0.707  nilai puncak

= 1.414

Contoh 1.6 :

Menyatakan kuantiti a.u dengan menggunakan kaedah ;


a) Rajah gelombang.
V

30

0.05
t (saat)
0
0.03
E1001 / UNIT 1/ 24
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Kirakan dan dapatkan Vp, Vp-p, Vppgd, Vpurata dan frekuensi.

i) Vp = 30V iv) Vpurata = Vmax  0.637


= 30  0.637
ii) Vp-p = 30  2 = 19.11 V
= 60 Vp-p
1
v) f =
iii) Vppgd = Vmax  0.707 t
= 30  0.707 1
=
= 21.21 V 0.05
= 20 Hz

b) Fungsi trigonometri.

Diberi V = 120 sin (280 + )


Kirakan frekuensi, Vmax, Vpp, Vpurata, Vrms dan voltan pada ketika t = 0.02s &  = 30.

i) Frekuensi v) Vrms = Vmax  0.707


 = 2f = 120  0.707
 = 84.84 V
f =
2
280 vi) V = 120 sin (280 (0.02) + 30)
=
2 
= 120 sin (5.6 + 30  )
= 44.6 Hz 180
= 120 sin (5.6 + 0.52)
ii) Vmax = 120 V = 120 sin (6.124)
= 120 (-0.16)
iii) Vpp = Vp  2 = -19.5 V
= 120  2
= 240 Vp-p

iv) Vpurata = Vmax  0.637


= 120  0.637
= 76.44 V
E1001 / UNIT 1/ 25
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

Contoh 1.7 :
Persamaan untuk suatu arus ulang alik ialah
I = 70.71 sin 520t

Tentukan :
i) Nilai puncak arus.
ii) Nilai ppgd arus.
iii) Nilai purata arus.
iv) Frekuensi gelombang.
v) Arus selepas 0.0015 saat melalui 0 pada kenaikan positif.

Jawapan :

i) Nilai puncak arus, Ip = 70.71

ii) Nilai ppgd arus, Ippgd = 70.71  0.707


= 50 A

iii) Nilai purata arus, Ipurata = 70.71  0.637


= 45 A

 520
iv) f = = = 82.8 Hz
2 2

v) I = 70.71 sin 520 (0.0015s)


= 70.71 sin 0.78
= 70.71 (0.7)
= 49.7 A
E1001 / UNIT 1/ 26
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

AKTIVITI 1b

• UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA.
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

1.3) Nyatakan perbezaan di antara arus terus (a.t) dengan arus ulang alik (a.u).

1.4) Lakarkan bentuk gelombang yang terhasil oleh penjanaan arus elektrik ulang alik
(a.u).

1.5) Diberi nilai ppgd ialah 40V. Kirakan nilai voltan puncak, Vp bagi gelombang
voltan di bawah.

V (ac) V(dc)
Vp
40V

t t
E1001 / UNIT 1/ 27
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

MAKLUMBALAS 1b

Jawapan :

1.3) Perbezaan di antara arus terus (a.t) dengan arus ulang alik (a.u) ialah arus terus
(a.t) mengalir dalam satu arah sahaja manakala arus ulang alik (a.u) adalah arus
yang sentiasa berubah-ubah pengalirannya.

1.4) Bentuk gelombang sinus yang terhasil oleh penjanaan arus elektrik ulang alik
(a.u) ialah seperti berikut ;

1.5) Penyelesaian :

1
Nilai ppgd gelombang voltan =  Vp
2
40V = 0.707  Vp
40
Vp =
0.707
= 56.58 V
E1001 / UNIT 1/ 28
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!

SOALAN 1-1

6 sel bersambung dalam selari dengan setiap satu mempunyai voltan pangkalan E=
2V dan rintangan dalam 3.6. Setiap sel boleh membekal arus beban maksimum 500mA
bagi kala masa 3 jam yang boleh dibekalkan. Tentukan voltan keluaran litar terbuka bagi
gabungan selari arus yang boleh dibekalkan. Juga, kirakan kadaran Aj dan rintangan
dalam bagi bateri sel.

SOALAN 1-2

Takrifkan istilah-istilah yang berikut ;


a) Kitar
b) Frekuensi
c) Nilai puncak
d) Nilai purata min kuasa dua (pmkd)
E1001 / UNIT 1/ 29
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ???


Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI


1-1) Voltan keluaran litar terbuka bagi gabungan selari = 2V
Arus maksimum yang boleh dibekalkan = 1.5A
Kadaran Aj = 4.5Aj
Rintangan dalam bateri sel = 0.6

1-2) a) Kitar mewakili putaran pengalir dalam penjana di mana putaran yang
mengambil 1 pusingan lengkap mewakili gelombang yang lengkap dan ini
dipanggil sebagai satu kitar.
1 kitar

b) Frekuensi 1 Hertz (Hz) ditakrifkan sebagai satu kitaran lengkap dalam tempoh
1 saat iaitu,
f = 1
T

c) Nilai puncak (Vp) ditakrifkan sebagai nilai tinggi puncak sesuatu gelombang
sinus atau juga dikenali sebagai amplitud.

d) Nilai pmkd ialah nilai berkesan (rms value) bagi sesuatu gelombang
sinus/ulangalik di mana nilai voltan/arus ulangalik ini yang akan memberikan
kesan pemanasan (haba) yang sama seperti arus terus (a.t) pada satu litar yang
sama dan pada jangkamasa yang sama.

You might also like