You are on page 1of 16

BAB 7 KEELEKTRIKAN

7.1 ELEKTROSTATIK
1)Elektrostatik merupakan kajian tentang cas elektrik statik. Cas elektrik
dihasilkan dalam bahan melalui geseran.
2)Apabila dua bahan digosok bersama-sama,elektron daripada atom satu bahan
akan dipindahkan kepada atom bahan yang satu lagi.
a) Bahan yang kehilangan elektron (cas negatif) bercas positif.
b) Bahan yang menerima elektron akan bercas negatif.
3) Apabila sehelai kain bulu digosok dengan pembaris plastik,
a)elektron dari kain bulu akan dipindah kepada pembaris plastik
b)kain bulu kehilangan elektron dan bercas positif
c)pembaris plastik menerima elektron dan bercas negatif

4) Terdapat dua jenis cas elektrik:


a)Cas positif ( + )
b)Cas negatif ( - )
5)Apabila objek bercas diletakkan bersebelahan ,objek-objek ini akan mengalami
daya elektrostatik.
a)Objek-objek yang bercas sama menolak satu sama lain.
b)Objek-objek berlainan cas menarik satu sama lain.
Penghasilan dan Pengesanan Cas Elektrik
Bercas negatif Bercas positif
Rod politena Kain bulu
Kain bulu Selulosa asetat
Ebonit Bulu haiwan
Sutera Kaca

2) Elektroskop ialah alat yang digunakan untuk mengesan cas elektrik.


7.2 KEELETRIKAN
1)Tenaga elektrik merupakan sejenis bentuk tenaga.
2)Terdapat dua sumber utama tenaga elektrik:
a)Sel elektrik (sel kering , sel litium , sel nikel-kadnium , sel merkuri dan
akumulator asid –plumbum ) mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik.
b)Penjana tenaga elektrik
Arus, Voltan,Rintangan
1)Arus elektrik ialah aliran cas negatif /elektron yang mengalir melalui litar
elektrik.
2)a)Arus elektrik mengalir dari terminal positif bateri kepada terminal negatif
sumber elektrik.
b)Elektron mengalir dari terminal negatif ke terminal positif sumber elektrik.

3)Aliran cas elektrik dapat dikesan dengan menggunakan penjana Van de Graaff
dan galvanometer.
a) Penjana Van de Graaff ialah alat yang menghasilkan cas elektrik dengan
voltan tinggi pada kubahnya.
b)Apabila penjana Van de Graaff dihidupkan,kubah akan bercas positif.
c)Percikan api dihasilkan jika satu sfera logam diletak berdekatan dengan kubah.
d)Jarum galvanometer akan terpesong.
7.3 ARUS,ELEKTRIK,VOLTAN DAN RINTANGAN

Kuantiti Arus elektrik Voltan elektrik

Definisi Kadar aliran cas  Voltan merentasi dua titik ialah tenaga
elektrik yang diperlukan untuk cas
elektrik mengalir melalui dua titik.
 Voltan ialah daya yang menolak
elektron melalui dawai

Simbol I v
Unit SI Ampere atau A Volt atau V

Alat yang
digunakan
untuk
menyukat
kuantiti

Bagaimana  Secara bersiri kepada  Secara selari merentasi bateri atau


alat komponen elektrik lain komponen elektrik lain dalam litar
dalam litar elektrik . elktrik.
disambung
 Terminal positif ammeter  Terminal positif dan terminal
dalam litar disambung kepada negatif voltmeter berada di sisi yang
elektrik terminal terminal positif sama dengan terminal positif dan
bateri. terminal negatif bateri.
 Terminal negatif ammeter
disambung kepada
terminal negatif bateri.

Rintangan
1)Rintangan ,R ialah sifat konduktor elektrik yang menentang aliran elektron
melaluinya.
2)Unit SI rintangan ialah ohm( ).
3)Hubungan dengan arus elektrik
a)Semakin tinggi rintangan,semakin kecil arus yang mengalir melalui litar.
b)Semakin rendah rintangan,semakin besar arus yang mengalir melalui litar.
4)Faktor yang mempengaruhi rintangan
a)
 Panjang konduktor
 Diameter konduktor
 Jenis konduktor
b)Semakin panjang konduktor ,semakin tinggi rintangan.
c)Semakin tebal konduktor, semakin rendah rintangan.
d)Konduktor yang baik mempunyai rintangan yang lebih rendah .
Dawai kuprum mempunyai rintangan yang lebih rendah daripada dawai besi.
5)Perintang mengurangkan aliran arus melalui litar.Terdapat dua jenis perintang:
a)Perintang piawai mempunyai rintangan yang tetap yang tetap dan tidak
berubah.
b)Perintang boleh ubah atau reostat mempunyai rintangan yang boleh diubah
untuk memberi nilai rintangan yang berbeza.Perintang boleh ubah digunakan
untuk mengawal bunyi radio atau televisyen ,kelajuan kipas dan suhu ketuhar.
b)i)Sekiranya kelajuan kipas angindiperlahankan daripada nombor 5 kepada
nombor 1 rintangan akan bertambah.Arus dikurangkan dan kelajuan kipas turut
berkurang.
7.4 HUBUNGAN ANTARA ARUS,VOLTAN DAN RINTANGAN
Hukum Ohm
1)Hukum Ohm menyatakan arus (I) yang mengalir melalui konduktor logam
berkadar terus dengan voltan (V) yang merentasinya,sekiranya rintangan kekal
tetap.
2)Hukum Ohm digunakan untuk menghitungkan nilai arus elektrik ,rintangan dan
voltan dalam litar elektik.

3)Dengan menutup nilai yang anda ingin cari,darab atau bahagi dua nilai yang lain.

7.5 LITAR ELEKTRIK


1)Simbol-simbol komponen elektrik adalah untuk memudahkan lukisan gambar
rajah litar elektrik.
Komponen Simbol
elektrik
Sel kering
Bateri
Reostat (perintang boleh ubah)
Perintang dawai
Fius
Suis
Mentol
Ammeter
Galvanometer
Voltmeter
7.6 LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI
Perbandingan litar bersiri dengan litar selari
LITAR BERSIRI LITAR SELARI

Hanya mempunyai satu lintasan untuk arus Mempunyai


elektrik mengalir melaluinya. dua atau
lebih
lintasan
untuk arus
elektrik
mengalir
melaluinya.

Arus yang mengalir melalui setiap mentol adalah Arus yang Mentol disusun
sama.Mentol disusun secara siri. dibekalkan secara selari
oleh sumber
elektrik adalah
sama dengan
jumlah arus yang
mengalir melalui
setiap cabang
litar.
Jumlah voltan yang dibekalkan oleh sumber Voltan yang merentasi setiap mentol adalah
elektrik adalah sama dengan jumlah voltan yang sama seperti voltan yang dibekalkan oleh
mengalir melalui setiap mentol.Sel disusun sumber elektrik.Sel kering disusun secara
secara bersiri. selari.
Mentol disusun secara bersiri. Mentol disusun secara selari.

Rintangan berkesan ialah umlah rintangan dalam Rintangan berkesan berkurang apabila
setiap mentol. bilangan rintangan perintang dalam litar
bertambah.

Kebaikan dan kekurangan litar bersiri


Kebaikan Kekurangan

Satu suis boleh mengawal semua komponen  Sekiranya satu mentol tidak
elektrik dalam litar dipasang,rosak / terbakar,litar menjadi
tidak lengkap.Mentol yang lain tidak
menyala.
 Ini adalah kerana arus tidak boleh
mengalir melalui litar terbuka.
Arus meningkat apabila bilangan sel kering Setiap mentol tidak menerima voltan penuh
yang disambung bersiri meningkat. daripada sumber elektrik tetapi dikongsi
secara sama rata oleh semua mentol.
Reostat boleh digunakan untuk mengawal arus Sekiranya bilangan mentol
yang mengalir melalui mentol. Jadi ,semua ditambah ,voltan yang merentasi setiap
mentol akan menyala dengan kecerahan yang mentol akan berkurang .Akibatnya,mentol
sama. akan menjadi malap.
Kebaikan dan keburukan litar selari
Kebaikan Keburukan
Setiap komponen elektrik dikawal oleh suisnya Tidak sesuai untuk mengawal komponen
sendiri. elektrik dalam bilik yang besar seperti dewan.

Sekiranya satu mentol tidak dipasang,rosak Terlalu banyak perintang yang dihubungkan
atau terbakar,mentol-mentol lain akan terus secara selari boleh menyebabkan aliran arus
menyala kerana arus mengalir melalui lintasan yang terlalu besar dalam lintasan utama litar.
lengkap yang lain. Ini boleh menyebabkan litar pintas berlaku.
Setiap mentol akan menerima voltan penuh
daripada sumber elektrik dan mempunyai
kecerahan yang sama

7.7KEMAGNETAN
Medan Magnet
1) Magnet –satu bahan /objek yang beupaya menghasilkan medan magnet.
2) Bahan magnet tertarik kepada magnet sekiranya berdekatan dalam
kawasan di sekeliling magnet di mana daya magnet bertindak.Kawasan ini
dikenali sebagai medan magnet.
3) Corak medan magnet di sekitar suatu magnet bar terdiri daripada garis
medan magnet yang melengkung.

4) Ciri-ciri garis medan magnet


a) Garis medan magnet di sekitar suatu magnet bermula dari kutub utara
menuju ke kutub selatan magnet.
b) Setiap Garis medan magnet boleh diwakili dengan satu garis yang
bermula dari kutub utara ke kutub selatan.
c) Garis medan magnettidak boleh bersilang antara satu sama lain.
d) Kawasan yang mempunyai garis yang rapat antara satu sama lain
menunjukkan medan magnet yang lebih kuat.

Kompas
1) Kompas mempunyai jarum keluli bermagnet yang berpaksi pada pusat
graviti.
2) Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah utara (U) – selatan (S).
3) Ini adalah kerana medan magnet Bumi menyebabakan jarum kompas
berputar sehingga ia berhenti pada arah utara (U) – selatan (S) .

7.8 ELEKTRROMAGNET
1)Arus elektrik boleh menghasilkan medan magnet yang dikenali sebagai
elektromagnet.
2)Interaksi antara medan elektrik dan medan magnet menghasilkan daya
yang dikenali sebagai daya elektromagnet.
a)Apabila arus elektrik mengalir melalui satu dawai (konduktor) lurus
/gelung dawai yang dililit di sekeliling konduktor.
b)Konduktor /besi lembut bertukar menjadi elektromagnet .
c)Elektromagnet ialah magnet sementara.Apabila arus ditutup,medan
magnet akan hilang.Kemagnetan elektromagnet dihasilkan oleh pengaliran
arus elektrik.

c)Jarum kompas menunjukkan arah medan magnet dihasilkan.


3)Arah arus menunjukkan arah medan magnet.

Medan Magnet Konduktor Lurus

1) Serbuk besi ditabur pada kadbod di sekeliling dawai kuprum .Litar


dipasang.
2) Apabila arus elektrik mengalir melalui konduktor lurus, satu medan
magnet terbentuk.Corak medan magnet yang terhasil merupakan
bulatan sepusat.
3) Arah medan magnet bergantung pada arah aliran arus yang megalir
melalui konduktor lurus itu.
4) Arah medan magnet yang terhasil dapat ditentukan dengan
menggunakan kompas /Hukum Genggaman Tangan.

Hukum Genggaman Tangan

1) Apabila wayar lurus /konduktor digenggamdengan tangan kanan , ibu


jari menunjuk ke arah aliran arus.
2) Jari-jari melengkung menunjukkan arah medan magnet.
3) a)Garis medan magnet yang hamir kepada dawai lurus adalh lebih rapat
kerana medan magnet lebih kuat di sini.
b)Apabila arus yang lebih besar mengalir melalui dawai,medan magnet
menjadi lebih kuat.
4)Garis medan magnet tidak bersilang antara satu sama lain.
SAINS FOLIO
BAND 6
TEMA:F

TENAGA DALAM KEHIDUPAN

TAJUK YANG SAYA PILIH : TAJUK 24


KEELEKTRIKAN

BAND 6 :Mesintesis maklumat dalam bentuk


persembahan mengenai litar bersiri atau litar
secara kreatif,inovatif dan lengkap.

Nama :LAW WEI YIN

Kelas : 3 ANGGERIK

Guru Mata Pelajaran : Puan.Asilah


------TAMAT------

TARIKH:1.11.2016
Kandungan:
-7.1 ELEKTROSTATIK

Penghasilan dan Pengesanan Cas Elektrik

Fenomena Harian Berkaitan dengan Elektrostatik

-7.2 KEELEKTRIKAN

Arus,Voltan dan Rintangan

-7.3 ARUS ELEKTRIK,VOLTAN DAN RINTANGAN

Rintangan

-7.4 HUBUNGAN ANTARA ARUS VOLTAN DAN RINTANGAN

-7.5 LITAR ELEKTRIK

-7.6 LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI

Kebaikan dan Kekerangan Litar Bersiri

Kebaikan dan Kekurangan Litar Selari

-7.7 KEMAGNETAN

Medan Magnet

Kompas

-7.8 ELEKTROMAGNET

Medan Magnet Konduktor Lurus

Hukum Genggaman Tangan Kanan

You might also like