You are on page 1of 14

SAINS FOLIO

BAND 6
TEMA:I
ASTRONOMI DAN PENEROKAAN
ANGKASA LEPAS
TAJUK YANG SAYA PILIH:
BAB 9 BINTANG DAN GALAKSI

BAND 6:Mesintesi maklumat dalam bentuk persembahan


mengenai kapal angkasa atau satelit atau galaksi atau planet atau
sistem suria atau teleskop menggunakan bahan kitar semula secara
kreatif inovatif dan lengkap.

Nama:LAW WEI YIN


Kelas:3 Anggerik
Guru mata pelajaran :Puan.Asilah
KANDUNGAN
9.1 MATAHARI
-Ciri-ciri matahari
-Struktur matahari
-Fenomena di permukaan matahari
-Kesan fenomena matahari di Bumi
-Penjanaan tenaga oleh matahari

9.2 BINTANG DAN GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA


-Bintang
-Matahari ialah bintang
-Pelbagai Jenis Bintang
-Kelahiran Bintang
-Kematian Bintang
-Galaksi
-Bima Sakti
9.1 MATAHARI
Ciri-ciri matahari
1) Matahari ialah pusat Sistem Solar.
2) Matahari merupakan sebiji bebola gas panas yang berjisim besar dan
terdiri daripada gas hidrogen dan helium.
3) Matahari kelihatan lebih besar dan lebih bercahaya berbanding dengan
bintang yang lain.
4) Matahari ialah bintang yang paling hampir dengan Bumi.

Struktur Matahari

1) Atmosfera Matahari terdiri daripada tiga lapisan gas:


fotosfera,kromosfera dan korona.
2) Fotosfera
(a) Lapisan atmosfera paling dalam yang tumpat.
(b)Dianggap sebagai permukaan matahari.
(c)Cahaya nampak yang tiba di Bumi dari Matahari berasal dari fotosfera.
(d)Kadang-kadang,interaksi dengan medan magnet Matahari
menyebabkan tompok matahari wujud pada permukaan fotosfera.
3)Kromosfera
(a)Kromosfera merupakan lapisan di atas fotosfera.
(b)Kromosfera kelihatan berwarna merah kerana hidrogen memberikan
warna kemerahan pada suhu yang tinggi.
(c)Kromosfera biasanya tidak kelihatan dan hanya boleh dilihat semasa
gerhana Matahari penuh.
(d)Nyalaan suria muncul daripada lapisan kromosfera.
4)Korona
(a)Korona merupakan lapisan paling luar yang sangat panas di atas lapisan
kromosfera.
(b)Korona membentuk gelang putih kebiruan yang cerah.Korona hanya
Kelihatan semasa gerhana Matahari penuh.
5) Teras
(a) Teras ialah lapisan Matahari yang paling dalam .
(b) Suhu lapisan ini adalah setinggi 15000000(6 kosong).

Fenomena di Permukaan Matahari


1) Prominen
(a) merupakan lingkaran gas yang amat besar yang meletup dari lapisan atas
kromosfera.
(b) Pancutan gas prominen yang amat besar ini boleh terlunjur keluar ke
angkasa lepas setinggi 100 000 kilometer dari permukaan matahari.
(c) Prominen kelihatan semasa gerhana Matahari.
2) Nyalaan suria
(a) merupakan letupan gas yang berlaku secara tiba –tiba pada kromosfera dan
menghasilkan kawasan sangat cerahberdekatan dengan kawasan tompok
matahari.
(b) Nyalaan suria membebaskan gas dan zarah bercas beribu-ribu kilometer
jauhnya.
(c) Suhu nyalaan suria boleh mencapai 5 juta .
(d) Nyalaan suria membebaskan elektron ,cahaya nampak dan sinaran seperti
sinar-x dan sinaran ultraungu.
(e) Nyalaan suria menyebabkan cahaya berwarna-warni (aurora) kelihatan di
kutub utara Bumi.
5)Tompok matahari
(a) ialah kawasan gelap dan kecil yang boleh dilihat pada permukaan fotosfera.
(b)Tompok matahari wujud akibat kekuatan medan magnet yang tinggi yang
dihasilkan oleh Matahari.
(c)Suhu di kawasan ini ialah 4000k berbanding dengan 6000k di tempat lain
Pada fotosfera.
(d)Disebabkan gas di sini lebih sejuk daripadakawasan lain di permukaan
Matahari,kurang cahaya dihasilkan dan tompok matahari kelihatan gelap.
(e)Biasanya gas di sini lebih sejuk daripada kawasan lain di permukaan
Matahari,kurang cahaya dihasilkan dan tompok matahari kelihatan gelap.
(f) Tompok matahari mempunyai tempoh hayat yang pendek ,ia wujud dan
hilang dalam beberapa hari atau minggu.
Kesan Fenomena Matahari di Bumi
1) Letupan prominen dan nyalaan suria memancarkan sejumlah besar gas dan
aliran zarah elektrik bercas.
2) Ini menyebabkan fenomena angin suria.Angin suria terdiri daripada zarah-
zarah yang bercas dan gelombang elektromagnet.
Angin suria mempengaruhi:

(a) sistem komunikasi


 Menyebabkan isyarat radio turun naik.
(b) sistem pelayaran dan kompas
 Mengganggu isyarat radio,menyebabkan sistem pelayaran tidak tepat.
 Mengganggu medan magnet Bumi dan Kompas.
(c) Satelit dan angkasawan
 Satelit perlu mengorbit lebih jauh dari bumi.
 Zarah bertenaga tinggi meningkatkan sinaran dan menyebabkan satelit rosak.
 Angkasawan dalam angkasa lepas terdedah kepada sinaran yang lebih kuat.
(d) Penghantaran tenaga elektrik
 Mengganggu medan magnet Bumi dan menyebabkan arus elektrik
berlebihan mengalir melalui kabel elektrik.
(e) Iklim Global
 Menyebabkan perubahan suhu,kelembapan dan tekanan
atmosfera yang mempengaruhi corak iklim di Bumi.
(f) Pembentukan aurora
 Apabila zarah bercas angin suria berlanggar dengan molekul
gas dalam atmosfera Bumi,cahaya nampak yang terbentuk
dinamakan aurora.
 Aurora merupakan jalur cahaya berwarna-warni pada langit
malam,terutamanya di kawasan kutub Bumi.

Penjanaan Tenaga oleh Matahari


1) Suhu dan tekanan tinggu di teras Matahari menyebabkan tindak balas
nuklear berlaku sepanjang masa.
2) Semasa tindak balas nuklear berlaku,empat atom hidrogen bergabung
untuk membentuk satu atom helium dan banyak tenaga dibebaskan.
3) Tenaga ini dibebaskan sebagai t.cahaya dan t.haba.
9.2 BINTANG DAN GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA
Bintang
1) Bintang ialah jasad yang terdiri daripada gas panas yang berupaya
membebaskan haba dan cahaya sendiri.
2) Bintang terdiri daripada gas dan debu seperti hidrogen dan helium.
3) Tindak balas nuklear membebaskan banyak tenaga.
4) Bintang dikumpulkan bersama dalam galaksi.
5) Jarak antara bintang dan Bumi diukur dalam tahun cahaya.
6) Tahun cahaya adalah jarak yang dilalui oleh cahaya dalam setahun,iaitu
sejauh 9.5 billion km.

Matahari ialah Bintang


1) Matahari ialah bintang yang bersaiz sederhana.
2) Matahari merupakan bintang yang paling dekat dengan Bumi. Jadi,Matahari
kelihatan besar,cerah dan panas jika dibandingkan dengan bintang lain di
langit.
3) Bintang menjana haba dan cahaya serta membebaskan tenaga melalui
tindak balas nuklear.
4) Bintang dibentuk oleh awan gas yang besar (hidrogen dan helium) dan
debu disebut nebula.
Pelbagai jenis Bintang
1) Dikelaskan mengikut:
 Warna
 Suhu
 Kecerahan
 Saiz
Warna dan suhu bintang
1) Warna bintang boleh menunjukkan suhunya.
2) Bintang yang panas berwarna biru manakala bintang yang sejuk berwarna merah.
3) Matahari berwarna kuning ialah bintang yang mempunyai suhu sederhana.

Warna Suhu Permukaan Contoh bintang

Biru Lebih daripada 25000 Spica

Biru keputihan 11000-25000 Rigel

Putih 7500-11000 Vega

Putih kekuningan 6000-7500 Capella

Kuning 5000-6000 Matahari

Jingga 3500-5000 Arcturus

Merah Kuramg daripada 3500 Antares

Kecerahan
1) Kecerahan sesuatu bintang bergantung pada suhu permukaan,saiz dan jaraknya dari
Bumi.
2) Sirius dan Rigel ialah contoh bintang yang cerah.
Saiz

Diameter lebih kurang 10 kilometer.

1000 lebih kali daripada Matahari.

Bintang bersaiz sederhana

Dua puluh kali lebih besar daripada Matahari.

Lebih daripada 100 kali saiz Matahari.

Kelahiran Bintang
1) Awan gas yang besar(hidrogen dan helium) dan debu disebut nebula ditarik
oleh daya tarikan graviti yang kuat.
2) Nebula ditarik ke arah teras sehingga menjadi padat dan panas.
3) Suhu dan tekanan dalam teras meningkat.Tindak balas nulkear berlaku
dalam teras nebula.Atom hidrogen bergabung untuk membentuk atom
helium dan membebaskan banyak tenaga haba serta tenaga cahaya.
4) Satu bintang telah lahir.Bintang terus menjana tenaga cahaya dan haba
melalui tindak balas nukear yang berlaku di teras.Apabila bintang menjadi
stabil,saiznya tidak berubah.
Kematian Bintang
1) Jangka hayat bintang bergantung pada saiznya.
2) Bintang berjisim kecil mempunyai jangka hayat yang lebih panjang
berbanding dengan bintang berjisim besar.
3)
Kematian bintang
bersaiz sederhana

Atom hidrogen dalam bintang Apabila tarikan graviti menjadi


digunakan sepenuhnya dan lemah,lapisan luar
tindak balas nuklear mengembang.Bintang menjadi
berhenti.Bintang dikatakan lebih besar dan bintang raksasa
sedang mati merah terbentuk.

Apabila semua atom helium


Lapisan luar bintang terurai dan telah digunakan ,bintang
hanyut ke angkasa lepas.Teras menjadi sejuk dan
menjadi sejuk dan bintang meninggalkan jasad berwarna
mengecut menjadi kerdil putih hitam yang disebut kerdil
hitam.
Kematian bintang
yang lebih besar
daripada Matahari
GALAKSI
1) Galaksi ialah himpunan sekumpulan berjuta atau berbillon bintang yang
diegang bersama oleh graviti.
2) Terdapat berjuta-juta galaksi yang berselerak secara rawak di seluruh alam
semesta.
3) Terdapat 3 jenis galaksi yang asas:
Galaksi elips
• Leper dan berbentuk bujur
• Terdiri daripada bintang-bintang lama
• Teras galaksi adalah cerah tetapi tepinya malap.

Galaksi berpilin
• Berbentuk cakera dengan lengan-lengan yang berlingkaran.
• Terdiri daripada bintang muda yang panas dan cerah.
• Cthnya:Bima Sakti,Galaksi

Galaksi Tak Seragam


• Galaksi ini tidak mempunyai bentuk speksifik.
• Saiz galaksi mungkin berubah .
• Merupakan antara galaksi yang terkecil.
• Lebih kurang 10% galaksi yang wujud ialah galaksi tak
seragam.
Bima Sakti
1) Galaksi kita juga dikenali sebagai Bima Sakti.Sistem solar berada di pinggir
Bima Sakti.
2) Bima Sakti merupakan galaksi berpilin.
(a) Diameternya adalah lebih kurang 100000 tahun cahaya dan ketebalan
lebih kurang 10000 tahun cahaya.
(b) Mengandungi berbillion bintang,kelompok bintang,gas dan debu
kosmik.Bintang kelompak ialah kumpulan bintang yang bergerak
bersama melalui angkasa lepas.

---------------- tamat -----------

10.11.2016
10.NOVEMBER.2016
elips

berpilin

tak seragam

You might also like