You are on page 1of 21

SEPARUH PENGALIR

E1002 / 1

uunitnit
1:1:

Mempelajari dan memahami


ciri-ciri dan sifat elektrik
separuh pengalir

Mentakrif separuh pengalir


dan menyatakan silikon dan
Germanium adalah bahan
separuh pengalir

Menyatakan ciri-ciri bagi


separuh pengalir jenis-N dan P

E1002 / 2

SEPARUH PENGALIR

1.0

PENGENALAN
Unit ini merupakan unit permulaan bagi modul ini yang mengandungi 11
unit keseluruhannya. Diharap anda dapat memahami keseluruhan unitunit secara berperingkat.
Dalam unit ini, kita akan lebih membincangkan tentang ciri-ciri dan sifat
elektrik separuh pengalir kerana ia banyak digunakan dalam litar
elektronik dan sering bersangkutan dengan kehidupan harian kita.
Struktur atom adalah satu elemen terkecil bagi sesuatu bahan. Model
struktur atom telah diperkenalkan oleh Niels Bohr dalam tahun 1913.
Menurut model tersebut, elemen yang bercas negatif bergerak dalam
bentuk bulatan atau elips yang mengelilingi satu nukleas bercas positif.
( Rujuk Rajah 1.0a ) :
Elektron ( bercas negatif (-))
Nukleas i. Proton ( bercas positif + )
ii. Neotron ( Nuetral )

Rajah 1.0 : Elektron mengelilingi nukleas


.. Selamat Mencuba

1.1

APAKAH SEPARUH PENGALIR DAN CONTOH-CONTOHNYA :


Untuk memudahkan kita mengenali sifat separuh pengalir, kita harus
mengkaji struktur atom sesuatu bahan terlebih dahulu.

E1002 / 3

SEPARUH PENGALIR
1.1.1

Struktur Atom
Dalam atom, terdapat maksimum 7 lapisan orbit ( atau petala ).
Setiap Lapisan dikenali sebagai lapisan K, l, M, N, O, P dan Q
( Atau 1-7 ). Bilangan maksima elektron dalam satu orbit ditentukan
oleh rumus :
2 x n2

n ialah nombor kedudukan


lapisan

jadi bilangan maksima elektron bagi setiap lapisan ialah :


Lapisan K ( 1 )
Lapisan L ( 2 )
Lapisan M ( 3 )
Lapisan N ( 4 )
Lapisan O ( 5 )
Lapisan P ( 6 )
Lapisan Q ( 7 )

: 2 x 12
: 2 x 22
: 2 x 32
: 2 x 42
: 2 x 52
: 2x 62
: 2 x 72

=
=
=
=
=
=
=

2
8
18
32
50
72
98

Contoh 1 :
Aluminium mengandungi 13 elektron jadi tentukan bilangan elektron
yang terdapat bagi setiap lapisan. :
Lapisan K : 2 elektron
+13

Lapisan L : 8 elektron

2 + 8 + 3 = 13

Lapisan M: 3 elektron
( bilangan maksima elektron yang boleh
diisi dalam lapisan ini ialah 18 tetapi
disebabkan baki elektron yang tertinggal
ialah 3 jadi elektron yang terdapat dalam
lapisan ini hanyalah 3 )
Tahukah Anda ?

.Bahawa .jumlah bilangan


proton di nukleas dan elektron
yang mengelilingi nukleas bagi
setiap atom adalah sama.
Elektron

+1

Nukleas :
Mengandungi
Proton &
Nuetron

E1002 / 4

SEPARUH PENGALIR

Lapisan yang paling luar bagi satu atom dinamakan lapisan valens
dan elektron pada lapisan ini dikenali sebagai elektron valens ( ia
merupakan pembawa arus ). Lapisan ini tidak akan memuatkan lebih
daripada 8 elektron valens. Bilangan elektron vales inilah yang akan
menentukan sifat elektrik sesuatu bahan.
( Rujuk jadual 1.0b ) :
Kandungan

Sifat
Bahan

1 - 3 elektron
valens

Pengalir

Catatan

Boleh mengalirkan arus elektrik.

Mempunyai rintangan yang


rendah untuk memudahkan
pengaliran arus
Atomnya cenderung untuk
melepaskan elektron valensnya
dan menjadi elektron-elektron
yang bebas bergerak dari satu
atom ke atom yang lain.

5 8 elektron
valens

Penebat

4 elektron
valens

Separuh
pengalir

Tidak boleh mengalirkan arus


elektrik.
Mempunyai kerintangan yang
tinggi .
Atomnya cenderung untuk
menerima elektron vales daripada
atom yang lain bagi memenuhkan
lapisan valens dan menjadikan ia
sebagai atom stabil dan mampu
menghindar dari sebarang aktiviti
elektrik atau kimia.

Keadaannya adalah di antara


perantaraan Pengalir dan
Penebat.
Tidak mudah untuk
membuang / menerima elektron
valens daripada atom yang
lain.

E1002 / 5

SEPARUH PENGALIR

1.1.2 Silikon Dan Germanium sebagai Contoh Separuh Pengalir.


Selepas ini kita akan melihat lebih lanjut mengenai separuh pengalir
kerana
ia banyak digunakan dalam pembuatan komponenkomponen elektronik (contohnya diod, transistor dan litar bersepadu).
Dalam pembuatan, dua bahan separuh pengalir yang sering
digunapakai ialah Silikon dan Germanium.
Cuba kita lihat struktur atom bagi Silikon dan Germanium. (Rujuk
rajah 1.2 dan 1.3).
lapisan valens
yang mengandungi
4 elektron valens

32

14

Rajah 1.2
Struktur Atomik bagi
Silikon

Rajah 1.3
Struktur Atomik bagi
Germanium

Dari rajah, kita dapat melihat pada lapisan terakhir (lapisan valens)
kedua-dua atom berikut mengandungi 4 elektron valens. Untuk
makluman anda, elektron valens adalah pembawa arus.

Seandainya satu-satu atom yang mempunyai 4 elektron valens ia


dianggap tidak stabil. Ia akan cuba melengkapkan elektron valensnya
dari 4 e.v ke 8 e.v dengan cara mengikut atom lain dan berkongsi
elektron. Perkongsian elektron ini disebut Ikatan Kovelen.

E1002 / 6

SEPARUH PENGALIR
1.1.2.1

Ikatan Kovalen :
Rajah 1.4 , menunjukkan susunan atom atom silikon.
(Oleh sebab keadaan yang menentukan sifat separuh
pengalir atau tidak adalah bergantung kepada
elektron valens di lapisan valens sahaja, maka kita
ringkaskan rajah dengan hanya melukis bahagian
lapisan luar sahaja)

Si

Si

Si

Si

Si

Si

Si

Si

Si

Rajah 1.4 : Ikatan Kovalen


Cuba anda bilang jumlah elektron yang terdapat pada
atom silikon di bahagian tengah yang telah berkongsi
semua elektronnya dengan atom jiran. Kita akan
mendapati ia kelihatan seolah-olah mempunyai 8
elektron valens.
Ini menjadikan setiap setiap atom itu stabil dan
ikatannya teguh. Ia akan berkelakuan seolah-olah
penebat pada suhu bilik. Tetapi terdapat beberapa
faktor yang dapat mengganggu kestabilan atom
tersebut iaitu : Faktor haba, kenaikan suhu,
bezaupaya dan proses serapan.
Seandainya satu voltan kecil diberikan melintasi
bahan ini, hanya arus kecil akan terbina ( sedikit
elektron terbebas ). Tiba-tiba suhu meningkat,
banyak elektron akan meninggalkan ikatan . Pada
masa yang sama voltan kecil tadi masih terus
dibekalkan, ini akan menyebabkan ada arus
mengalir ( pergerakan elektron bebas ). Pada masa
ini ia akan bersifat seolah-olah pengalir.

E1002 / 7

SEPARUH PENGALIR

Jika dibandingkan diantara silikon dan germanium, silikon boleh


menerima haba yang lebih sebelum ia menjadi pengalir. Ini akan
dapat mengelakkan komponen yang menggunakan separuh pengalir
ini dari mudah rosak.
Jadi oleh kerana barangan pengguna memerlukan bekalan kuasa
masukan ( dan boleh menghasilkan haba ), kebanyakkan dari
komponen separuh pengalir diperbuat dari silikon.

Tips Penting :

Bilangan maksima elektron dalam satu-satu lapisan ditentukan


oleh rumus :
2xn2
Nilai elektron valens pada lapisan valens menentukan sifat sesuatu
bahan, samada pengalir, penebat atau separuh pengalir.
Pengalir : 1 3 e.v
Penebat : 5 8 e.v
Separuh Pengalir : 4 e.v
Sifat separuh pengalir berada di antara sifat penebat dan
Pengalir. Ia tidak mudah melepaskan elektron seperti Pengalir dan Ia
tidak mudah menerima elektron seperti Penebat.
Contoh 2 separuh pengalir yang sering digunakan ialah Silikon dan
Germanium.
Ikatan Kovelen ialah perkongsian elektron valens satu atom
dengan elektron valen atom jirannya.

E1002 / 8

SEPARUH PENGALIR

Sebelum anda ke input seterusnya, mari kita uji kefahaman


anda dalam input ini melalui soalan-soalan aktiviti dibawah

1a-1. Faktor apakah yang membezakan bahawa sesuatu bahan itu merupakan
pengalir, penebat atau separuh pengalir ?
1a-2. Padan suaikan gambarajah berikut dengan pasangan dan keterangannya .
Helium
mengandungi
2 elektron.

Karbon
mengandungi
6 elektron

Germanium
mengandungi
32 elektron

Fosforus
mengandungi
15 elektron

L1 : __
L2 : __
L3 : __
L4 : __
L5 : __
L6 : __
L7 : __
L1 : __
L2 : __
L3 : __
L4 : __
L5 : __
L6 : __
L7 : __

3
2

PENGALIR

- boleh mengalirkan
PENEBAT

arus.
- Rintangannya
rendah
- Elektron bebas
senang terlepas dari
ikatan.

SEPARUH
PENGALIR

tidak boleh mengalirkan


arus.
Rintangannya tinggi
Atomnya stabil

L1 : __
L2 : __
L3 : __
L4 : __
L5 : __
L6 : __
L7 : __
L1 : __
L2 : __
L3 : __
L4 : __
L5 : __
L6 : __
L7 : __

-Ciri-cirinya berada di
antara pengalir dan
penebat.
Ia tidak mudah
membuang atau
menerima elektron
valens dari atom lain.

E1002 / 9

SEPARUH PENGALIR

1a-3. Atom __________dan ____________ mengandungi ____ elektron valens


dan ia adalah ________________. Ia cuba menjadi stabil dengan
____________ elektron dengan atom lain.

1a-1. Faktor yang membezakan antara pengalir, separuh pengalir dan penebat
ialah bilangan elektron valens pada lapisan valens.
1a-2
Helium
mengandungi
2 elektron.

Karbon
mengandungi
6 elektron

L1 : _2_
L2 : _-_
L3 : _-_
L4 : _-_
L5 : _-_
L6 : _-_
L7 : _-_
L1 : _2_
L2 : _4_
L3 : _-_
L4 : _-_
L5 : _-_
L6 : _-_
L7 : _-_

-Ciri-cirinya berada di
antara pengalir dan
penebat.
Ia tidak mudah
membuang atau
menerima elektron
valens dari atom lain.

3
2

PENGALIR
- boleh mengalirkan

+
6

PENEBAT
Germanium
mengandungi
32 elektron

Fosforus
mengandungi
15 elektron

L1 : _2_
L2 : _8_
L3 : _4_
L4 : __
L5 : __
L6 : __
L7 : __
L1 : _2
L2 : _8_
L3 : _5_
L4 : __
L5 : __
L6 : __
L7 : __

SEPARUH
PENGALIR

arus.
- Rintangannya
rendah
- Elektron bebas
senang terlepas dari
ikatan.

tidak boleh mengalirkan


arus.
Rintangannya tinggi
Atomnya stabil

+
6

1a-3. Atom Germanium dan Silikon mengandungi 4 elektron valens dan ia adalah
tidak stabil. Ia cuba menjadi stabil dengan berkongsi elektron dengan atom
lain.

E1002 / 10

SEPARUH PENGALIR

Sekiranya anda telah memahami semua penerangan dalam input ini, bolehlah anda teruskan
ke input hadapan. Tetapi . Sekiranya tidak anda dinasihatkan berjumpa pensyarah anda
untuk mendapatkan penerangan tambahan kerana input hadapan adalah berdasarkan
pemahaman dari input ini.

1.2

CIRI CIRI SEPARUH PENGALIR JENIS-N DAN JENIS-P.


Bahan jenis N dan jenis P sebenarnya terbentuk dari hablur germanium dan
Silikon yang dicampur dengan atom-atom bendasing.
Sebelum itu, untuk lebih memahami tentang pembentukan kedua-dua bahan
ini, eloklah kita perhatikan dahulu beberapa perkara asas yang perlu
diketahui bagi pembentukan bahan N dan P :
1.2.1

Pembawa Arus Elektron bebas dan Hol :


Sekiranya Ikatan Kovalen terganggu kerana salah satu daripada
faktor yang disebutkan sebelum ini, terdapat elektron yang akan
terbebas dari ikatannya. ( rujuk rajah 1.5)

Hol
Elektron Bebas

Rajah 1.5 : Kejadian Pembawa Arus


Oleh kerana elektron bercas negatif, maka elektron bebas ini
dikenali sebagai Pembawa Arus Negatif.

SEPARUH PENGALIR

E1002 / 11

Elektron yang terbebas akan meninggalkan ruang kosong yang kita


sebut sebagai hol. Ruang ini bercas positif, jadi ia disebut sebagai
Pembawa Arus Positif.

1.2.2

Semikonduktor Intrinsik :
Semikonduktor Intrinsik ialah semikonduktor tulen dan tidak
mengandungi unsur asing sedikitpun di dalamnya. Contohnya seperti
hablur Gemanium dan Silikon.
Semikonduktor Intrinsik ini tidak mempunyai sebarang keistimewaan.

1.2.3 Semikonduktor Ekstrinsik :


Bahan semikonduktor tulen seperti yang diterangkan diatas,
sekiranya dicampurkan dengan bahan asing, ia akan menjadi tidak
tulin lagi. Dalam keadaan ini ia akan menjadi bahan yang banyak
kegunaannya.
Proses percampuran ini dikenali sebagai Proses serapan. Iaitu
proses memperbanyakkan salah satu pembawa arus (elektron bebas
atau hol) dalam semikonduktor .
Bendasing yang digunakan dikenali sebagai Trivalens (mempunyai 3
elektron valens) atau Pentavalens (mempunyai 5 elektron valens).
Contoh bendasing Trivalens ialah Aluminium, Boron, Galium dan
Indium manakala contoh bendasing Pentavalens ialah Antimoni,
Arsenik dan Fosforus.
Semikonduktor Ekstrinsik banyak digunakan dalam pembuatan
komponen-komponen semikonduktor seperti diod, transistor dan litar
bersepadu.

E1002 / 12

SEPARUH PENGALIR

1.2.4 BAHAN JENIS-N :


Ia berlaku apabila semikonduktor tulen (contohnya Silikon)
diserapkan dengan atom bendasing pentavalen (mempunyai 5 e.v)
(rujuk rajah 1.6):

Si

Si

Si

Si

Si

Ar

Si

Si

Si

Si

Elektron Bebas dari


atom arsenik
Yang tidak
mempunyai
pasangan

Rajah 1.6
Silikon diserapkan dengan Arsenik
Empat daripada 5 elektron valens atom bendasing akan membentuk
ikatan kovalen dengan atom-atom silikon tetapi terdapat satu elektron
lagi yang tidak mempunyai pasangan.
Elektron ini akan terlepas dari orbitnya dan menjadi elektron bebas,
iaitu pembawa arus negatif. Sekiranya lebih banyak bendasing
pentavalen diserap maka lebih banyak lagi elektron bebas (atau
pembawa arus negatif )
Oleh sebab inilah bahan ini dinamakan Bahan jenis-N.
Pada suhu amat rendah pembawa arus majoritinya ialah Elektron
bebas.
Pada suhu bilik akan terhasil sedikit hol dan dikenali sebagai
pembawa arus Minoriti.

E1002 / 13

SEPARUH PENGALIR

1.2.5 BAHAN JENIS-P :


Berbeza dengan bahan jenis-N, bahan jenis-P pula terhasil apabila
semikonduktor tulen diserapkan dengan bendasing Trivalens. (rujuk
rajah 1.7)
Si

Si

Si

Si

Si

In

Si

Si

Si

Si

Hol

Rajah 1.7
Silikon diserapkan dengan Indium

Dari rajah dapat kita lihat yang tiga atom silikon membolehkan satu
elektron valensnya membentuk ikatan kovelens tetapi satu lagi tidak
dapat kerana kekurangan elektron valens bendasing. Kekosongan ini
menyebabkan terbentuknya hol, iaitu pembawa arus Positif.
Lebih banyak atom bendasing trivalen diserap, makin banyak
pembawa arus positif, atas sebab inilah ia disebut bahan jenisP.
Pada suhu amat rendah, pembawa arus majoritinya ialah hol-hol dan
pada suhu amat tinggi, pembawa arus minoritinya ialah elektron.

E1002 / 14

SEPARUH PENGALIR

FAKTA KUNCI :
SEMIKONDUKTOR

Proses Serapan
SEMIKODUKTOR
INTRINSIK

SEMIKONDUKTOR
EKSTRINSIK

Semikonduktor tulen
Cth: Silikon & Germanium
Tidak istimewa

Semikonduktor tulen yang


bercampur dengan bendasing

Terdapat 2 jenis bendasing:

Trivalens

-atom mempunyai 3 e.v


-Cth : Aluminium & Indium
Trivalen +
Semikonduktor
Tulen

Bahan Jenis-P

Pembawa arus Majoriti Hol


Pembawa arus Minoriti - Elektron

Pentavalen

-atom mempunyai 5 e.v


-Cth :Antimoni & Arsenik
Pentavalen +
Semikkonduktor
Tulen
Bahan Jenis - N

Pembawa arus Majoriti


-Elektron
Pembawa arus Minoriti - Hol

Persamaan Bahan Jenis N dan P :


-

kedua-dua dibina daripada bahan mentah silikon atau germanium


Kedua-dua dihasilkan melalui proses pendopan (serapan)
Kedua-duanya mempunyai elekton bebas dan hol sebagai pembawa
cas.

SEPARUH PENGALIR

E1002 / 15

E1002 / 16

SEPARUH PENGALIR

Anda telah sampai ke akhir unit 1b, mari kita uji kefahaman
anda dengan menjawab silangkata dibawah. Pastikan anda
tidak merujuk jawapan dibelakang sebelum anda selesai
menjawab :

1b-1 . Elektron bebas dikenali sebagai Pembawa Arus _____________


1b-2 . Ruang kosong yang disebut hol dikenali sebagai Pembawa Arus
___________
1b-3 . Bahan jenisN dan P dapat dihasilkan melalui Proses __________.
1b-4 . Bahan jenis N dihasilkan melalui percampuran Semikonduktor tulen
dan bendasing _______________.
1b-5 . Bahan jenis P dihasilkan melalui serapan semikonduktor tulen dengan
bendasing _______________.
1b-6 . Untuk bahan jenis-N Pembawa arus majoriti ialah _____________
Pembawa arus minoriti ialah _____________
1

3
5
2
4
7
6

SEPARUH PENGALIR

E1002 / 17

E1002 / 18

SEPARUH PENGALIR

Sila semak jawapan anda, sekiranya anda tidak pasti pada


satu-satu perkara, cuba rujuk input semula untuk mencari
kepastian .

S
E
R
A
P
A
N

S
H
O
L

I
P

T
E

I
N

N
E
G
A
T
I
F
T

T
R
I
V
A
L
E
N

Tahniah ..anda telah sampai ke penghujung unit 1. Sila terus


kebahagian penilaian kendiri untuk latihan-latihan menguji
kefahaman anda seterusnya

SEPARUH PENGALIR

E1002 / 19

PENILAIAN
PENILAIANKENDIRI
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam


penilaian kendiri ini.. Pastikan anda menyemak jawapan di
belakang setelah anda selesai menjawab .
Selamat mencuba

SOALAN 1 :
Lukiskan rajah struktur atom bagi :
a) Germanium yang mempunyai no atom 32.
b) Silikon yang mempunyai no atom 14.
Serta nyatakan sifat bahan-bahan tersebut .
SOALAN 2 :
Apakah Ikatan Kovelen dan lukiskan rajah yang menunjukkan Ikatan kovelen bagi
Germanium.
SOALAN 3 :
Berikan 4 faktor yang membolehkan elektron terbebas dari ikatan Kovelen.
SOALAN 4 :
Untuk membolehkan bahan jenis N dan terhasil, semikonduktor tulen perlu
diserapkan dengan bendasing. Apakah bendasing itu dan terangkan setiap satu
dan berikan contoh rajah yang menerangkan semikonduktor tulen yang diserapkan
dengan salah satu bendasing.
SOALAN 5 :
Nyatakan pembawa arus majoriti dan minoriti bagi bahan jenis N dan P .

MAKLUMBALAS
MAKLUMBALAS
PENILAIAN
PENILAIANKENDIRI
KENDIRI

E1002 / 20

SEPARUH PENGALIR

Sila semak jawapan anda. Sekiranya terdapat soalan-soalan


yang anda tidak faham, anda harus berjumpa dengan
pensyarah anda untuk mendapatkan penerangan yang
lanjut.

JAWAPAN SOALAN 1 :

1.

32
14

Struktur Atomik bagi


Germanium

Struktur Atomik bagi


Silikon

Kedua-dua bahan adalah separuh pengalir kerana kedua-duanya


mempunyai 4 elektron valens. Sifat bahannya adalah ia tidak mudah
melepaskan elektron semudah pengalir dan ia juga tidak mudah menerima
elektron semudah penebat.
JAWAPAN SOALAN 2 :
2. Ikatan Kovelen ialah proses perkongsian elektron valens sesuatu atom
dengan elektron valens atom jirannya untuk membuatkan satu-satu atom itu
berada dalam keadaan stabil.
Si

Si

Si

Si

Si

Si

Si

Si

Si

Ikatan Kovalen
JAWAPAN SOALAN 3 :

E1002 / 21

SEPARUH PENGALIR

3. Faktor yang membolehkan elektron terbebas dari ikatan kovelen ialah:


i.
ii.
iii.
iv.

Haba
Beza Upaya
Kenaikan suhu
Proses Serapan.

JAWAPAN SOALAN 4 :
4. Bendasing yang dimaksudkan ialah atom-atom lain yang mempunyai 5 dan
3 elektron valens. Kita namakan ia Bendasing Trivalens ( 3 e.v ) dan
Bendasing Pentavalens ( 5 e.v )
Contoh Bendasing Trivalens ialah Aluminium, Boron, Galium, Indium.
Contoh Bendasing Pentavalens ialah Antimoni, Arsenik, Fosforus.
Si

Si

Si

Si

Si

In

Si

Si

Si

Si

hol

Silikon diserapkan dengan Indium


JAWAPAN SOALAN 5 :
5. Bahan Jenis N :

Pembawa Arus Majoriti : Elektron Bebas


Pembawa Arus Minoriti : Hol

Bahan Jenis P :

Pembawa Arus Majoriti : Hol


Pembawa Arus Minoriti : Elektron Bebas.

You might also like