You are on page 1of 10

BAB 2: STRUKTUR ATOM

2.1 Konsep Asas Jirim


a) Maksud jirim = sesuatu yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
b) Jirim wujud dalam bentuk:

Atom = zarah yang paling kecil.


Molekul = zarah yang terdiri daripada dua atau lebih atom berpadu secara kimia.
Ion = terdiri daripada ion positif dan ion negatif.

c) Teori kinetik jirim:


 Jirim terdiri daripada zarah- zarah halus dan diskrit.
 Zarah bergerak secara rawak
 Perubahan keadaan jirim dan resapan merupakan bukti bagi teori ini.

d) Resapan berlaku apabila zarah-zarah sesuatu bahan bergerak melalui ruang diantara
zarah-zarah bahan lain.
 Gas > cecair > pepejal (kadar resapan)
 Semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar resapan.
 Semakin ringan jisim zarah, semakin cepat resapan berlaku.

hablur kalium
manganat

Pemerhatian Gas bromin yang berwarna Air di dalam tabung uji


perang mengisi kedua-dua menjadi warna ungu
balang gas selepas beberapa selepas beberapa jam.
minit.
Penerangan Zarah bromin bergerak secara
rawak/bebas dari kawasan
berkepekatan tinggi ke kawasan
berkepekatan rendah.

1
e) Perubahan keadaan jirim

f) Keadaan jirim

Keadaan jirim Pepejal Cecair Gas


Susunan zarah

Padat dan teratur padat tapi tidak berjauhan antara


teratur satu sama lain
Pergerakan Bergetar dan Bergetar, berputar Bergetar, berputar
zarah berputar pada dan bergerak ke dan bergerak
kedudukan yang seluruh cecair secara bebas
tetap
Daya tarikan Sangat kuat Sederhana kuat Sangat lemah
antara zarah
Kandungan Rendah Sederhana Paling tinggi
tenaga kinetik
zarah
Kadar resapan Rendah Sederhana Paling tinggi

g) Takat lebur = suhu malar apabila sesuatu bahan bertukar daripada keadaan pepejal
kepada cecair pada tekanan tertentu.

h) Takat beku = suhu malar apabila sesuatu bahan bertukar daripada keadaan cecair
kepada pepejal pada tekanan tertentu.

2
i) Lengkung pemanasan naftalena

j) Lengkung penyejukan naftalena

3
2.2 Perkembangan Model Atom

a) Zarah subatom

Zarah subatom Proton Neutron Elektron


Simbol p n e
Cas relatif +1 0 (neutral) -1
Jisim relatif 1 1 1/1840

b) Perkembangan model stuktur atom

Model Atom Dalton  John Dalton (1766 – 1844)


 Jirim terdiri daripada zarah yang dipanggil
atom.
 Atom = jasad berbentuk sfera yang kecil dan
tidak boleh dicipta, dimusnahkan dan dibahagi
lagi.

Model Atom Thomson  J.J. Thomson (1856 – 1940)


 Menemui elektron.
 Elektron = zarah yang bercas negative.
 Elektron bertaburan pada keseluruhan sfera
yang bercas positif.

Model Atom Rutherford  Ernest Rutherford (1871 – 1937)


 Nucleus sebagai pusat atom.
 Menemui proton di nukleus.
 Proton = zarah bercas positif.
 Kebanyakan jisim atom tertumpu di nukleus.

4
Model Atom Bohr  Niels Bohr (1885 – 1962)
 Elektron bergerak di sekeliling nukleus
mengikut petala elektron.

Model Atom Chadwick  James Chadwick (1891 – 1974)


 Menemui neutron di dalam nukleus.
 Neutron = zarah neutral.
 Hampir separuh daripada jisim sesuatu
atom adalah daripada neutron.

5
2.3 Strukrur Atom
a) Nombor Proton dan Nombor Nukleon
Apa yang
 Defenisi nombor proton dan nombor nukleon. kita perlu
 Menentukan nombor nukleon, nombor proton dan bilangan tahu ?
Elektron dalam sesuatu atom.
 Menulis perwakilan piawai bagi atom.
 Membina rajah struktur atom dan susunan elektron.

Definisi :

Nombor poton : bilangan proton di dalam nukleus atom

Nombor nukleon : Jumlah bilangan proton dan neutron di dalam nukleus atom

Nombor nukleon = nombor proton + bilangan neutron

Contoh Jadual 1 :

Apakah kesimpulan daripada jadual di atas ?

 Setiap atom adalah unsur yang berbeza dan mempuyai nombor proton yang berlainan.

 Semua atom mengandungi bilangan elektron dengan bilangan proton yang sama.

atom adalah neutral


Contoh Jadual 2 :

Mengapa bilangan proton klorin dan ion klorida adalah sama tetapi mempunyai bilangan elektron
berbeza ?

 Atom klorin menerima satu elektron untuk membentuk ion klorida.


 Ion klorida mempunyai satu elektron lebih daripada atom klorin

6
Mengapa bilangan proton dan neutron di dalam atom klorin dan ion klorida adalah sama ?

 semasa pembentukan ion daripada sesuatu atom, bilangan proton dan neutron di dalam
nukleus tidak berubah.

Kesimpulan

Bilangan elektron bertambah semasa pembentukan anion, iaitu ion negatif manakala
bilangan elektron berkurang semasa pembentukan kation, iaitu ion positif.

Perwakilan Piawai Bagi Atom Sesuatu Unsur :

 Atom boleh diwakili dengan menggunakan perwakilan piawai seperti dalam Rajah di bawah.

1) Atom natrium mengandungi 12 neutron dan 11 proton dalam nukleus.

a) Apakah perwakilan piawai atom natrium ?

Ujian
pantas b) Apakah nombor nukleon bagi atom natrium ?
!!!

c) Wakilkan natrium di dalam bentuk 𝐴𝑍𝑋 ?

2) Atom L mempunyai 13 nombor proton dan nombor nukleon 27.

a) Apakah nombor elektron atom L ?

Ujian
pantas b) Apakah nombor nuetron bagi atom L ?
!!!

c) Wakilkan L atom di dalam bentuk 𝐴𝑍𝑋 ?

7
Struktur Atom Dan Susunan Elektron

 Elektron sesuatu atom mengorbit mengelilingi nukleus pada petala masing-masing.


 Elektron akan memenuhi petala yang terdekat dengan nukleus dahulu. Apabila petala yang
terdekat dengan nukleus telah penuh, elektron akan diisi ke dalam petala yang berikutnya.
 Sifat kimia sesuatu unsur bergantung kepada bilangan elektron valens pada atom. Unsur yang
mempunyai bilangan elektron valens yang sama mempunyai sifat kimia yang sama.

Elektron pada petala ini


Contoh Unsur : Aluminium dikenali sebagai elektron
valens.
 Nombor proton aluminium ialah 13.
Maka aluminium mempunyai 13 elektron.
 Elektron bagi atom aluminium disusun dengan :

- 2 elektron diisi pada petala pertama.


- 8 elektron diisi pada petala kedua.
2.8.3
- 3 elektron diisi pada petala ketiga. Bil elektron valens =3

Rajah susunan elektron : Rajah struktur atom :

 menunjukkan nukleus dan susunan  menunjukkan bilangan proton dan


elektron bagi sesuatu atom. neutron di dalam nukleus serta susunan
elektron bagi sesuatu atom.

Rajah susunan elektron aluminium : Rajah struktur atom aluminium :

Ujian
pantas
!!!

8
2.4 Isotop
Apa yang
b ) Isotop dan Penggunaannya kita perlu
tahu ?
 Mendeduksi maksud isotop.
 Menghitung jisim atom relatif bagi isotop.
 Aplikasi isotop dalam pelbagai bidang.

Definisi :

Isotop : Isotop ialah atom-atom bagi unsur yang sama dengan mempunyai bilangan proton yang

sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.

Contoh :

Jisim Atom Relatif bagi Isotop :

Kelimpahan semula jadi ialah peratusan isotop yang wujud dalam suatu sampel semula jadi unsur,

Contoh :

 Klorin terdiri daripada dua isotop, 35 37 35


17𝐶𝑙 dan 17𝐶𝑙 . Kelimpahan semula jadi 17𝐶𝑙 ialah 75%
35
dan 17𝐶𝑙 ialah 25%. Hitungkan jisim atom relatif klorin.

Ujian
pantas
!!!

Jawapan : 35.5

9
Aplikasi isotop :

a) karbon-14 : untuk menganggar usia bahan-bahan artifak dan fosil purba.


b) Kobalt-60 : untuk merawat penyakit kanser.
c) Iodin-131 : untuk merawat penyakit tiroid.

Ujian 1. Apakah kegunaan isotop uranium-235 di dalam bidang nuklear ?


pantas
!!!
2. Nyatakan isotop yang digunakan dalam bidang kejuteraan untuk mengesan
kebocoran paip bawah tanah ?

10

You might also like