You are on page 1of 10

STUDYSMART

KIMIA TINGKATAN 4
BAB 2 : STRUKTUR ATOM
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5

Menganalisis jirim
Perubahan struktur jirim dan teori kinetic jirim
Mensintesiskan struktur atom
Memahami isotop dan menilai kepentingannya
Memahami susunan elektron bagi atom

2.1 MENGANALISI JIRIM


APAKAH ITU JIRIM?
Jirim adalah apa jua benda yang memenuhi ruang dan
mempunyai jisim.
TEORI ZARAH
Teori zarah menyatakan jirim terdiri zarah diskret yang sangat kecil. (Atom,
Molekul, Ion)
JENIS JENIS ZARAH
a) Atom
b) Molekul
c) Ion
A) ATOM
Atom adalah bahagian terkecil sesuatu jirim.
Atom bagi elemen yang sama mempunyai saiz yang sama. Saiz atom
berbeza mengikut jenis elemen.
Contoh :
M
g

Zn

Q1: Atom merupakan cas _________ (Positif/Negatif/Neutral)


B) MOLEKUL
Molekul terdiri daripada dua jenis atom atau lebih daripada satu atom
yang sama yang dipegang bersama oleh suatu ikatan kimia. Molekul juga
zarah yang tidak bercas
Examples :
Air, H2O
Karbon Dioksida, CO 2
Molekul
Klorin
O
H

C
l

C
l

Q2: Molekul merupakan cas _______. (Positif/Negatif/Neutral)

1
Study Smart
www.studysmart.page.tl

C) ION

Sebatian terdiri daripada atom atau kumpulan atom yang membawa cas
positif atau negatif..
Ion bercas positif dipanggil kation (kehilangan elektron)
Ion bercas negatif dipanggil anion (menerima elektron)
Contoh: Ion Oksigen
Ion Hidrogen
Ion hidroksida
2O

Ion yang mempunyai lebih daripada satu molekul atau elemen seperti
as OH-, SO42- dipanggil sebagai Ion Poliatomik
ELEMEN (UNSUR) DAN SEBATIAN
Jirim biasanya terdiri daripada unsur (Elemen) atan dalam bentuk
sebatian.
Unsur (elemen) adalah bahan yang tidak boleh dijadikan apa-apa jua yang
lebih mudah
atau diringkaskan lagi melalui sesuatu tindak balas kimia atau fizikal.
Unsur mempuyai hanya satu jenis atom sahaja. Unsur boleh
diklasifikasikan dibawah atom atau molekul.
Contoh Unsur: Magnesium;Mg , Natrium;Na , Sulfur;S , Hidrogen;H
Sebatian (compound) adalah bahan yang boleh dibuat kepada sesuatu
yang lebih kecil melalui tindak balas kimia.together
Sebatian terdiri daripada molekul atau ion.
Contoh Sebatian : Magnesium ialah Unsur ; Oksigen ialah Unsur Dengan
membakar pita magnesium, Magnesium akan bertindak balas dengan
oksigen dan membentuk sebatian magnesium oksida.
Magnesium
+
Oxygen,O Element = Magnesium oxide,
MgO Compound
M
g

M
g

Resapan
Zarah dari sebatian lain meresap di Antara celah celah zarah lain dan
mengisi ruang.
Contoh : Gas Bromin
Beberapa titis cecair bromin dimasukkan dalam sebuah baling gas dan
ditutup dengan segera dan dibiarkan beberapa minit. Satu lagi baling
berisi udara (kosong) diletakan diatas baling gas bromin. Perubahan warna
dalam kedua- dua baling dicatat apabila penutup dikeluarkan.

2
Study Smart
www.studysmart.page.tl

2.2 PERUBAHAN STRUKTUR JIRIM DAN TEORI KINETIK JIRIM


Jirim wujud dalam tiga keadaan yang berbeza iaitu :
a) Pepejal
b) Cecair
c) Gas
KEADAAN
Gambarajah

PEPEJAL

CECAIR

Susunan
Zarah

- Teratur dan sangat


rapat Antara satu
sama lain
- Tersusun padat
dan bersentuhan
Antara satu sama
lain dengan ruang
Antara zarah yang
kecil.

- Rapat antara satu


sama lain tetapi
tidak teratur
- Bersentuhan
Antara satu sama
lain tetapi tidak
tersusun padat
dengan ruang
Antara zarah yang
lebih besar
- Bergetar, berputar
dan bergelongsor
Antara satu sama
lain di dalam cecair

Pergerakan
Zarah

Daya Tarikan
Antara zarah
Kemampatan
Isipadu
Bentuk
Tenaga
Kinetik

- Bergetar dan
berputar pada
kedudukan yang
tetap
- Tidak bergerak
bebas
- Sangat kuat
- Paling rendah /
paling susah
dimampatkan
- Tetap
- Tetap
- Paling rendah

GAS

- Kurang kuat
berbanding pepejal
- Rendah / tidak
mudah
dimampatkan
- Tetap
- Mengikut bentuk
ruang
- Sederhana rendah

- Berjauhan Antara
satu sama lain
dalam susunan
yang rawak.

- Bergerak pantas,
bebas dan secara
rawak ke semua
arah, berlanggar
dan melantun
Antara satu sama
lain.
- Sangat lemah
- Paling tinggi /
mudah
dimampatkan
- Tidak tetap
- Tidak tetap
- Paling Tinggi

Proses perubahan struktur jirim

3
Study Smart
www.studysmart.page.tl

4
Study Smart
www.studysmart.page.tl

Lengkung Pemanasan

PEPEJA
L

AB

PEPEJA
L

PEPEJA
L
+
CECAI
R
PEPEJA
L
+
CECAI
R

B
C

CECAI
R

C
D

CECAI
R

CECAI
R
+
GAS

D
E

CECAI
R
+
GAS
GAS

Susunan zarah zarah adalah sangat padat teratur dan


terikat kuat.
Zarah zarah bergetar dan berputar pada kedudukan tetap
masing - masing
Naftalena menyerap haba dan menyebabkan zarah zarah
memperoleh lebih banyak tenaga kinetic dan bergetar secara
berputar dengan lebih cepat pada kedudukan tetap
Suhu naftalena meningkat
Naftalena menyerap haba
Getaran zarah zarah menjadi semakin cepat sehingga daya
tarikan antra zarah diatasi dan zarah zarah mula terpisah
Antara satu sama lain untuk membentuk cecair.
Semasa peleburan, segala haba yang diserap oleh zarah
zarah naftalena digunakan untuk mengatasi daya tarikan
Antara zarah.
Tenaga kinetic zarah tidak berubah dan suhu naftalena tetap
sama
Suhu tetap ini dikenali sebagai takat lebur naftalena.
Susunan zarah zarah tudak teratur walaupun bersentuhan
Antara satu sama lain. Zarah zarah bergetar, berputar dan
bergelongsor Antara satu sama lain di dalam cecair.
Naftalena menyerap haba dan zarah zarah memperoleh
lebih banyak tenaga kinetic untuk bergerak lebih cepat.
Suhu naftalena meningkat
Naftalena menyerap haba
Zarah zarah memperoleh cukup tenaga untuk mengatasi
sepenuhnya daya tarikan Antara zarah.
Zarah zarah mula berpisah Antara satu sama lain untuk
membentuk gas.
Semasa pendidihan, segala haba yang diserap digunakan
untuk mengatasi daya tarikan Antara zarah
Tenaga kinetic zarah tidah berubah. Oleh itu suhu naftalena
tidak berubah.
Suhu ini dikenali sebagai takat didih naftalena
Zarah zarah berada jauh Antara satu sama lain, bergerak
dengan cepat dan secara bebas ke semua arah, berlanggar
Antara satu sama lain dan berlantunan.
5
Study Smart
www.studysmart.page.tl

EF

GAS

Naftalena menyerap haba dan zarah zarah memperoleh


lebih banyak tenaga kinetic. Zarah zarah bergerak dengan
lebih bebas dan lebih cepat
Suhu naftalena meningkat

Lengkung penyejukan

GAS

KL

GAS

LM

GAS
+
CECAIR
GAS
+
CECAIR

CECAIR

MN

CECAIR

NO

CECAIR
+
PEPEJA
L
CECAIR
+

Zarah zarah berada jauh Antara satu sama lain, bergerak


cepat dan secara bebas ke semua arah, berlanggaran dan
berlantunan
Naftalena hilang haba kepada persekitaran.
Zarah zarah kehilangan tenaga kinetik dan mula bergerak
lebih perlahan
Suhu naftalena menurun
Zarah zarah bergerak sangat perlahan dan mula
mendekati satu sama lain sehingga bersentuhan untuk
membentuk cecair
Haba dibebaskan semasa kondensasi
Kehilangan haba kepada persekitaran semasa penyejukan
diimbangai sepenuhnya oleh kadar pembebasan haba
semasa kondensasi berlaku
Tenaga kinetik zarah tidak berubah
Suhu naftalena kekal malar (Takat didih)
Zarah zarah bersentuhan, bergetar, berputar dan
bergelongsor Antara satu sama lain di dalam cecair.
Zarah zarah tidak tersusun dengan teratur tetapi padat.
Cecair naftalena kehilangan haba kepada persekitaran
Zarah zarah kehilangan tenaga kinetik dan bergerak
perlahan.
Suhu naftalena menurun.
Zarah zarah bergerak sangat perlahan dan mengambil
kedudukan yang tetap, teratur dan sekata sehingga
menjadi pepejal.
Semasa pembekuan, haba dibebaskan.
Kadar kehilangan haba kepada persekitaran semasa
6
Study Smart
www.studysmart.page.tl

PEPEJA
L

O
OP

PEPEJA
L
PEPEJA
L

penyejukan diimbangi sepenuhnya oleh kadar pembebasan


haba semasa pembekuan naftalena.
Tenaga kinetik zarah tidak berubah.
Suhu naftalena kekal malar (Takat Beku)
Zarah zarah sangat padat dan tersusun atur, bergetar
dan berputar pada kedudukan yang tetap.
Naftalena kehilangan haba.
Zarah zarah kehilangan tenaga kinetik dan bergerak lebih
perlahan.
Suhu naftalena menurun

2.3 SYNTHESISING ATOMIC STRUCTURE


SEJARAH PERKEMBANGAN MODEL ATOM
MODEL ATOM

PERKEMBANGAN
JOHN DALTON (1805
Zarah asas paling kecil bagi semua
jirim dikenali sebagai atom
Atom dijangka merupakan sfera
kecil
Atom tidak boleh dibahagi kepada
zarah zarah yang lebih kecil
Atom bagi sesuatu unsur
mempunyai saiz, bentuk dan jisim
yang tetap
JJ THOMPSON (1897)
Elektron ditemui
Elektron merupakan zarah zarah
bercas negative dan terbenam
dalam sfera bercas positif
ERNEST RUTHERFORD (1911)
Proton ditemui
Proton bercas positif dan
membentuk sebahagian daripada
nukleus, pusat atom
Hambir semua jisim sesuatu atom
tertumpu pada nukleus yang halus
Nukleus dikelilingi elektron
elektron yang bergerak pada
kelajuan tinggi di kawasan luar
atom
NEIL BOHR (1913)
Petala elektron ditemui
Elektron hanya bergerak dalam
orbit tertentu yang mengelilingi
bahagian luar nucleus yang dikenali
sebagai petala elektron
Setiap petala elektron mewakili aras
tenaga tertentu dan boleh diisi
dengan bilangan elektron yang
7
Study Smart
www.studysmart.page.tl

tetap
JAMES CHADWICK (1932)
Neutron ditemui
Neutron adalah zarah neutral dalam
nucleus sesuatu atom
Jisim neutron dan proton adalah
hampir sama
ZARAH SUBATOM
Atom mempunyai tiga subatom:
a. proton,
b. neutron
c. elektron,
Particles
Proton
Neutron
Elektron

Symbol
P
n
e

Relative Charge
+1
0
-1

Mass
1
1
1/1840

NOMBOR PROTON DAN NOMBOR NUKLEON


Nombor proton (nombor atom) ialah bilangan proton dalam atom sesuatu
unsur. Simbol bagi nombor proton ialah Z
Nombor proton = bilangan electron (kecuali mempunyai cas negative atau
positif)
Jumlah proton dan neutron di sesuatu atom dikenali sebagai nombor
nucleon.

SIMBOL UNSUR
Hidrogen
Oksigen
Nitrogen
Sulfur
Magnesium

H
O
N
S
Mg

Aluminium
Natrium
Silikon
Kalsium
Iodin

Al
Na
Si
Ca
I

PERWAKILAN PIAWAI UNSUR

8
Study Smart
www.studysmart.page.tl

2.4 MEMAHAMI ISOTOP DAN MENILAI KEPENTINGANNYA


APAKAH ITU ISOTOP?
Isotop adalah atom atom yang mempunyai bilangan proton yang sama
tetapi mempunyai bilangan neutron yang berbeza.
Sifat kimia isotop tidak mempunyai sebarang perbezaan, tetapi sifat fizik
seperti ketumpatan, takat lebur dan didih mempunyai sedikit perbezaan.
Contoh : Isotop Hidrogen, Hidrogen , Hidrogen -1, Hidrogen -2

Contoh 2 : Karbon 12, Karbon 13, Karbon - 14

KEGUNAAN ISOTOP
Perubatan
Sinaran Gamma daripada Kobalt-60 digunakan untuk merawat penyakit
kanser tanpa pembedahan. Kaedah ini dikenali sebagai radioterapi.
Kobalt-60 juga digunakan untuk mensterilkan peralatan pembedahan
Pesakit kanser kulit boleh dirawat dengan mengunakkan sinaran beta
daripada isotope Fosforus-32 and strontium-90
Plutonium-238 digunakan sebagai bateri nuclear di dalam perentak
jantung.
Pertanian
Radioisotop juga digunakan untuk membunuh atau mensterilkan serangga
perosak.
Kadar metabolisma fosforus bagi sesuatu tumbuhan boleh dikaji dengan
menggunakan Fosforus-32.
Industri
Isotop Natrium-24 digunakan untuk memeriksa retakan atau kebocoran
pada paip logam bawah tanah.
Sinaran Beta digunakan untuk mengukur ketebalan bahan bahan plastik,
kertas dan lembaran logam.
Sinaran Gamma digunakan untuk memeriksa isipadu / kuantiti di dalam
makanan yang di-tinkan
Pengawetan Makanan
Sinaran Gamma dari Kobalt-60 digunakan untuk membunuh
mikroorganisma yang terdapat di sayur sayuran dan buah-buahan tanpa
mengubah kualiti, rasa, dan tekstur
Lain - Lain
Radioisotop Karbon-14 digunakan untuk usia fosil dan barangan zaman
purba dan artifak. (radiocarbon dating)
Plutonium digunakan untuk reaktor nuklear bagi penghasilan tenaga
elektrik.
9
Study Smart
www.studysmart.page.tl

2.5 MEMAHAMI SUSUAN ELEKTRON ATOM

Elektron biasanya bergerak dikawasan yang dikenali sebagai petala


electron
Petala pertama boleh menampung maksimum 2 elektron (duplet)
Petala kedua boleh menampung maksumum 8 elektron (oktet)
Petala ketiga da seterusnya boleh menampung 8 elektron / 18 elektron

Petala 3 : 8/18 elektron

Petala 2 : 8 elektron

Petala 1 : 2 elektron

Nukleus

Elektron valens ialah elektron yang terdapat di petala paling luar.

Contoh :
1. Atom Klorin , Cl
Nombor Proton: 17
Susunan Elektron : 2.8.7

10
Study Smart
www.studysmart.page.tl

You might also like