You are on page 1of 21

SEPARUH PENGALIR E1002 / 1

uunitnit
1:1:
Mempelajari dan memahami
ciri-ciri dan sifat elektrik
separuh pengalir

Mentakrif separuh pengalir


dan menyatakan silikon dan
Germanium adalah bahan
separuh pengalir

Menyatakan ciri-ciri bagi


separuh pengalir jenis-N dan P
SEPARUH PENGALIR E1002 / 2

1.0 PENGENALAN

Unit ini merupakan unit permulaan bagi modul ini yang mengandungi 11
unit keseluruhannya. Diharap anda dapat memahami keseluruhan unit-
unit secara berperingkat.

Dalam unit ini, kita akan lebih membincangkan tentang ciri-ciri dan sifat
elektrik separuh pengalir kerana ia banyak digunakan dalam litar
elektronik dan sering bersangkutan dengan kehidupan harian kita.

Struktur atom adalah satu elemen terkecil bagi sesuatu bahan. Model
struktur atom telah diperkenalkan oleh Niels Bohr dalam tahun 1913.
Menurut model tersebut, elemen yang bercas negatif bergerak dalam
bentuk bulatan atau elips yang mengelilingi satu nukleas bercas positif.
( Rujuk Rajah 1.0a ) :

Elektron ( bercas negatif (-))

Nukleas i. Proton ( bercas positif + )


ii. Neotron ( Nuetral )

Rajah 1.0 : Elektron mengelilingi nukleas

….. Selamat Mencuba ……

1.1 APAKAH SEPARUH PENGALIR DAN CONTOH-CONTOHNYA :

Untuk memudahkan kita mengenali sifat separuh pengalir, kita harus


mengkaji struktur atom sesuatu bahan terlebih dahulu.
SEPARUH PENGALIR E1002 / 3

1.1.1 Struktur Atom

Dalam atom, terdapat maksimum 7 lapisan orbit ( atau petala ).


Setiap Lapisan dikenali sebagai lapisan K, l, M, N, O, P dan Q
( Atau 1-7 ). Bilangan maksima elektron dalam satu lapisan
ditentukan oleh rumus :

2 x n2 n ialah nombor kedudukan


lapisan

jadi … bilangan maksima elektron bagi setiap lapisan ialah :

Lapisan K ( 1 ) : 2 x 12 = 2
Lapisan L ( 2 ) : 2 x 22 = 8
Lapisan M ( 3 ) : 2 x 32 = 18
Lapisan N ( 4 ) : 2 x 42 = 32
Lapisan O ( 5 ) : 2 x 52 = 50
Lapisan P ( 6 ) : 2x 62 = 72
Lapisan Q ( 7 ) : 2 x 72 = 98

Contoh 1 :

Aluminium mengandungi 13 elektron jadi tentukan bilangan elektron


yang terdapat bagi setiap lapisan. :

Lapisan K : 2 elektron

+13 Lapisan L : 8 elektron 2 + 8 + 3 = 13

Lapisan M: 3 elektron
( bilangan maksima elektron yang boleh
diisi dalam lapisan ini ialah 18 tetapi
disebabkan baki elektron yang tertinggal
ialah 3 jadi elektron yang terdapat dalam
lapisan ini hanyalah 3 )
Tahukah Anda ?
….Bahawa ….jumlah bilangan
proton di nukleas dan elektron
yang mengelilingi nukleas bagi
setiap atom adalah sama.
Elektron
Nukleas :
Mengandungi
+1 Proton &
Nuetron
SEPARUH PENGALIR E1002 / 4
Lapisan yang paling luar bagi satu atom dinamakan lapisan valens
dan elektron pada lapisan ini dikenali sebagai elektron valens ( ia
merupakan pembawa arus ). Lapisan ini tidak akan memuatkan lebih
daripada 8 elektron valens. Bilangan elektron vales inilah yang akan
menentukan sifat elektrik sesuatu bahan.
( Rujuk jadual 1.0b ) :

Kandungan Sifat Catatan


Bahan

1 - 3 elektron Pengalir  Boleh mengalirkan arus elektrik.


valens  Mempunyai rintangan yang
rendah untuk memudahkan
pengaliran arus
 Atomnya cenderung untuk
melepaskan elektron valensnya
dan menjadi elektron-elektron
yang bebas bergerak dari satu
atom ke atom yang lain.

5 – 8 elektron Penebat  Tidak boleh mengalirkan arus


valens elektrik.
 Mempunyai kerintangan yang
tinggi .
 Atomnya cenderung untuk
menerima elektron vales daripada
atom yang lain bagi memenuhkan
lapisan valens dan menjadikan ia
sebagai atom stabil dan mampu
menghindar dari sebarang aktiviti
elektrik atau kimia.

4 elektron Separuh  Keadaannya adalah di antara


valens pengalir perantaraan Pengalir dan
Penebat.
 Tidak mudah untuk
membuang / menerima elektron
valens daripada atom yang
lain.
SEPARUH PENGALIR E1002 / 5
1.1.2 Silikon Dan Germanium sebagai Contoh Separuh Pengalir.

Selepas ini kita akan melihat lebih lanjut mengenai separuh pengalir
kerana ia banyak digunakan dalam pembuatan komponen-
komponen elektronik (contohnya diod, transistor dan litar bersepadu).

Dalam pembuatan, dua bahan separuh pengalir yang sering


digunapakai ialah Silikon dan Germanium.

Cuba kita lihat struktur atom bagi Silikon dan Germanium. (Rujuk
rajah 1.2 dan 1.3).

lapisan valens
yang mengandungi
4 elektron valens 32
14

Rajah 1.2 Rajah 1.3


Struktur Atomik bagi Struktur Atomik bagi
Silikon Germanium

Dari rajah, kita dapat melihat pada lapisan terakhir (lapisan valens)
kedua-dua atom berikut mengandungi 4 elektron valens. Untuk
makluman anda, elektron valens adalah pembawa arus.

Seandainya satu-satu atom yang mempunyai 4 elektron valens ia


dianggap tidak stabil. Ia akan cuba melengkapkan elektron valensnya
dari 4 e.v ke 8 e.v dengan cara mengikut atom lain dan berkongsi
elektron. Perkongsian elektron ini disebut ‘ Ikatan Kovelen’.
SEPARUH PENGALIR E1002 / 6

1.1.2.1 Ikatan Kovalen :

Rajah 1.4 , menunjukkan susunan atom atom silikon.


(Oleh sebab keadaan yang menentukan sifat separuh
pengalir atau tidak adalah bergantung kepada
elektron valens di lapisan valens sahaja, maka kita
ringkaskan rajah dengan hanya melukis bahagian
lapisan luar sahaja)

Si Si Si

Si Si Si

Si Si Si

Rajah 1.4 : Ikatan Kovalen


Cuba anda bilang jumlah elektron yang terdapat pada
atom silikon di bahagian tengah yang telah berkongsi
semua elektronnya dengan atom jiran. Kita akan
mendapati ia kelihatan seolah-olah mempunyai 8
elektron valens.

Ini menjadikan setiap setiap atom itu stabil dan


ikatannya teguh. Ia akan berkelakuan seolah-olah
penebat pada suhu bilik. Tetapi terdapat beberapa
faktor yang dapat mengganggu kestabilan atom
tersebut iaitu : Faktor haba, kenaikan suhu,
bezaupaya dan proses serapan.

Seandainya satu voltan kecil diberikan melintasi


bahan ini, hanya arus kecil akan terbina ( sedikit
elektron terbebas ). Tiba-tiba suhu meningkat,
banyak elektron akan meninggalkan ikatan . Pada
masa yang sama voltan kecil tadi masih terus
dibekalkan, ini akan menyebabkan ada arus
mengalir ( pergerakan elektron bebas ). Pada masa
ini ia akan bersifat seolah-olah pengalir.
SEPARUH PENGALIR E1002 / 7

Jika dibandingkan diantara silikon dan germanium, silikon boleh


menerima haba yang lebih sebelum ia menjadi pengalir. Ini akan
dapat mengelakkan komponen yang menggunakan separuh pengalir
ini dari mudah rosak.

Jadi oleh kerana barangan pengguna memerlukan bekalan kuasa


masukan ( dan boleh menghasilkan haba ), kebanyakkan dari
komponen separuh pengalir diperbuat dari silikon.

Tips Penting :

Bilangan maksima elektron dalam satu-satu lapisan ditentukan


oleh rumus :
2xn2

Nilai elektron valens pada lapisan valens menentukan sifat sesuatu


bahan, samada pengalir, penebat atau separuh pengalir.
Pengalir : 1 – 3 e.v
Penebat : 5 – 8 e.v
Separuh Pengalir : 4 e.v

Sifat separuh pengalir berada di antara sifat penebat dan


Pengalir. Ia tidak mudah melepaskan elektron seperti Pengalir dan Ia
tidak mudah menerima elektron seperti Penebat.

Contoh 2 separuh pengalir yang sering digunakan ialah Silikon dan


Germanium.

Ikatan Kovelen ialah perkongsian elektron valens satu atom


dengan elektron valen atom jirannya.
SEPARUH PENGALIR E1002 / 8

 Sebelum anda ke input seterusnya, mari kita uji kefahaman


anda dalam input ini melalui soalan-soalan aktiviti dibawah

1a-1. Faktor apakah yang membezakan bahawa sesuatu bahan itu merupakan
pengalir, penebat atau separuh pengalir ?

1a-2. Padan suaikan gambarajah berikut dengan pasangan dan keterangannya .


L1 : __
L2 : __ -Ciri-cirinya berada di
Helium L3 : __ antara pengalir dan
mengandungi L4 : __ 3 penebat.
L5 : __
2 elektron. L6 : __
2 Ia tidak mudah
L7 : __ membuang atau
menerima elektron
PENGALIR valens dari atom lain.
L1 : __
Karbon L2 : __
L3 : __
mengandungi L4 : __
6 elektron L5 : __ - boleh mengalirkan
L6 : __ arus.
L7 : __ - Rintangannya
PENEBAT rendah
L1 : __ - Elektron bebas
L2 : __ senang terlepas dari
Germanium L3 : __ ikatan.
mengandungi L4 : __
32 elektron L5 : __
L6 : __
L7 : __
tidak boleh mengalirkan
SEPARUH arus.
L1 : __
Fosforus L2 : __
PENGALIR Rintangannya tinggi
L3 : __ Atomnya stabil
mengandungi L4 : __
15 elektron L5 : __
L6 : __
L7 : __
SEPARUH PENGALIR E1002 / 9
1a-3. Atom __________dan ____________ mengandungi ____ elektron valens
dan ia adalah ________________. Ia cuba menjadi stabil dengan
____________ elektron dengan atom lain.

1a-1. Faktor yang membezakan antara pengalir, separuh pengalir dan penebat
ialah bilangan elektron valens pada lapisan valens.

1a-2
L1 : _2_
L2 : _-_ -Ciri-cirinya berada di
Helium L3 : _-_ antara pengalir dan
mengandungi L4 : _-_ 3 penebat.
L5 : _-_
2 elektron. L6 : _-_
2 Ia tidak mudah
L7 : _-_ membuang atau
menerima elektron
L1 : _2_ valens dari atom lain.
Karbon L2 : _4_
PENGALIR
L3 : _-_
mengandungi L4 : _-_
6 elektron L5 : _-_ + - boleh mengalirkan
L6 : _-_ 6 arus.
L7 : _-_ - Rintangannya
PENEBAT rendah
L1 : _2_ - Elektron bebas
L2 : _8_ senang terlepas dari
Germanium L3 : _4_ ikatan.
mengandungi L4 : __
32 elektron L5 : __
L6 : __
L7 : __ SEPARUH
PENGALIR tidak boleh mengalirkan
arus.
L1 : _2
Rintangannya tinggi
Fosforus L2 : _8_
Atomnya stabil
L3 : _5_
mengandungi L4 : __ +
15 elektron L5 : __ 6
L6 : __
L7 : __

1a-3. Atom Germanium dan Silikon mengandungi 4 elektron valens dan ia adalah
tidak stabil. Ia cuba menjadi stabil dengan berkongsi elektron dengan atom
lain.
SEPARUH PENGALIR E1002 / 10
Sekiranya anda telah memahami semua penerangan dalam input ini, bolehlah anda teruskan
ke input hadapan. Tetapi …. Sekiranya tidak anda dinasihatkan berjumpa pensyarah anda
untuk mendapatkan penerangan tambahan kerana input hadapan adalah berdasarkan
pemahaman dari input ini.

1.2 CIRI – CIRI SEPARUH PENGALIR JENIS-N DAN JENIS-P.

Bahan jenis N dan jenis P sebenarnya terbentuk dari hablur germanium dan
Silikon yang dicampur dengan atom-atom bendasing.

Sebelum itu, untuk lebih memahami tentang pembentukan kedua-dua bahan


ini, eloklah kita perhatikan dahulu beberapa perkara asas yang perlu
diketahui bagi pembentukan bahan N dan P :

1.2.1 Pembawa Arus – Elektron bebas dan Hol :

Sekiranya Ikatan Kovalen terganggu kerana salah satu daripada


faktor yang disebutkan sebelum ini, terdapat elektron yang akan
terbebas dari ikatannya. ( rujuk rajah 1.5)

Hol

Elektron Bebas

Rajah 1.5 : Kejadian Pembawa Arus

Oleh kerana elektron bercas negatif, maka elektron bebas ini


dikenali sebagai ‘Pembawa Arus Negatif’.
SEPARUH PENGALIR E1002 / 11
Elektron yang terbebas akan meninggalkan ruang kosong yang kita
sebut sebagai hol. Ruang ini bercas positif, jadi ia disebut sebagai
‘Pembawa Arus Positif‘.

1.2.2 Semikonduktor Intrinsik :

Semikonduktor Intrinsik ialah semikonduktor tulin dan tidak


mengandungi unsur asing sedikitpun di dalamnya. Contohnya seperti
hablur Gemanium dan Silikon.

Semikonduktor Intrinsik ini tidak mempunyai sebarang keistimewaan.

1.2.3 Semikonduktor Ekstrinsik :

Bahan semikonduktor tulin seperti yang diterangkan diatas, sekiranya


dicampurkan dengan bahan asing, ia akan menjadi tidak tulin lagi.
Dalam keadaan ini ia akan menjadi bahan yang banyak
kegunaannya.

Proses percampuran ini dikenali sebagai ‘Proses serapan’. Iaitu


proses memperbanyakkan salah satu pembawa arus (elektron bebas
atau hol) dalam semikonduktor .

Bendasing yang digunakan dikenali sebagai Trivalens (mempunyai 3


elektron valens) atau Pentavalens (mempunyai 5 elektron valens).

Contoh bendasing Trivalens ialah Aluminium, Boron, Galium dan


Indium manakala contoh bendasing Pentavalens ialah Antimoni,
Arsenik dan Fosforus.

Semikonduktor Ekstrinsik banyak digunakan dalam pembuatan


komponen-komponen semikonduktor seperti diod, transistor dan litar
bersepadu.
SEPARUH PENGALIR E1002 / 12

1.2.4 BAHAN JENIS-N :

Ia berlaku apabila semikonduktor tulin (contohnya Silikon) diserapkan


dengan atom bendasing pentavalen (mempunyai 5 e.v)(rujuk rajah
1.6):

Si
Si Si Si
Elektron Bebas dari
atom arsenik
Si Ar Si Yang tidak
mempunyai
Si Si
pasangan
Si

Rajah 1.6
Silikon diserapkan dengan Arsenik

Empat daripada 5 elektron valens atom bendasing akan membentuk


ikatan kovalen dengan atom-atom silikon tetapi terdapat satu elektron
lagi yang tidak mempunyai pasangan.

Elektron ini akan terlepas dari orbitnya dan menjadi elektron bebas,
iaitu pembawa arus negatif. Sekiranya lebih banyak bendasing
pentavalen diserap maka lebih banyak lagi elektron bebas (atau
pembawa arus negatif )

Oleh sebab inilah bahan ini dinamakan Bahan jenis-N.

Pada suhu amat rendah pembawa arus majoritinya ialah Elektron


bebas.

Pada suhu bilik akan terhasil sedikit hol dan dikenali sebagai
pembawa arus Minoriti.
SEPARUH PENGALIR E1002 / 13

1.2.5 BAHAN JENIS-P :

Berbeza dengan bahan jenis-N, bahan jenis-P pula terhasil apabila


semikonduktor tulen diserapkan dengan bendasing Trivalens. (rujuk
rajah 1.7)

Si
Si Si Si

Si In Si
Hol
Si Si Si

Rajah 1.7
Silikon diserapkan dengan Indium

Dari rajah dapat kita lihat yang tiga atom silikon membolehkan satu
elektron valensnya membentuk ikatan kovelens tetapi satu lagi tidak
dapat kerana kekurangan elektron valens bendasing. Kekosongan ini
menyebabkan terbentuknya hol, iaitu pembawa arus Positif.

Lebih banyak atom bendasing trivalen diserap, makin banyak


pembawa arus positif, atas sebab inilah ia disebut bahan jenis–P.

Pada suhu amat rendah, pembawa arus majoritinya ialah hol-hol dan
pada suhu amat tinggi, pembawa arus minoritinya ialah elektron.
SEPARUH PENGALIR E1002 / 14

FAKTA KUNCI :
SEMIKONDUKTOR
Proses Serapan

SEMIKODUKTOR SEMIKONDUKTOR
INTRINSIK EKSTRINSIK

 Semikonduktor tulen yang


 Semikonduktor tulen bercampur dengan bendasing
 Cth: Silikon & Germanium
 Terdapat 2 jenis bendasing:
 Tidak istimewa

 Trivalens  Pentavalen
-atom mempunyai 3 e.v -atom mempunyai 5 ev
-Cth : Aluminium & Indium -Cth :Antimoni & Arsenik

Trivalen + Pentavalen +
Semikonduktor Semikkonduktor
Tulen Tulen

Bahan Jenis-P Bahan Jenis - N

Pembawa arus Majoriti – Hol Pembawa arus Majoriti


Pembawa arus Minoriti - Elektron -Elektron
Pembawa arus Minoriti - Hol

Persamaan Bahan Jenis N dan P :

- kedua-dua dibina daripada bahan mentah silikon atau germanium


- Kedua-dua dihasilkan melalui proses pendopan (serapan)
- Kedua-duanya mempunyai elekton bebas dan hol sebagai pembawa
cas.
SEPARUH PENGALIR E1002 / 15
SEPARUH PENGALIR E1002 / 16

 Anda telah sampai ke akhir unit 1b, mari kita uji kefahaman
anda dengan menjawab silangkata dibawah. Pastikan anda
tidak merujuk jawapan dibelakang sebelum anda selesai
menjawab :

1b-1 . Elektron bebas dikenali sebagai ‘ Pembawa Arus _____________’

1b-2 . Ruang kosong yang disebut hol dikenali sebagai ‘ Pembawa Arus
___________’

1b-3 . Bahan jenis–N dan P dapat dihasilkan melalui Proses __________.

1b-4 . Bahan jenis N dihasilkan melalui percampuran Semikonduktor tulen


dan bendasing _______________.

1b-5 . Bahan jenis P dihasilkan melalui serapan semikonduktor tulen dengan


bendasing _______________.

1b-6 . Untuk bahan jenis-N – Pembawa arus majoriti ialah _____________


Pembawa arus minoriti ialah _____________

2
4

6
SEPARUH PENGALIR E1002 / 17
SEPARUH PENGALIR E1002 / 18

 Sila semak jawapan anda, sekiranya anda tidak pasti pada


satu-satu perkara, cuba rujuk input semula untuk mencari
kepastian .

N
E
S G
E A
R T T
A I R
P O S I T I F I
A P E N T A V A L E N
N A
H L
O E
E L E K T R O N B E B A S

Tahniah …..anda telah sampai ke penghujung unit 1. Sila terus


kebahagian penilaian kendiri untuk latihan-latihan menguji
kefahaman anda seterusnya …
SEPARUH PENGALIR E1002 / 19

PENILAIAN
PENILAIANKENDIRI
KENDIRI

 Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam


penilaian kendiri ini.. Pastikan anda menyemak jawapan di
belakang setelah anda selesai menjawab ….
 Selamat mencuba ……

SOALAN 1 :

Lukiskan rajah struktur atom bagi :


a) Germanium yang mempunyai no atom 32.
b) Silikon yang mempunyai no atom 14.

Serta nyatakan sifat bahan-bahan tersebut .

SOALAN 2 :

Apakah Ikatan Kovelen dan lukiskan rajah yang menunjukkan Ikatan kovelen bagi
Germanium.

SOALAN 3 :

Berikan 4 faktor yang membolehkan elektron terbebas dari ikatan Kovelen.

SOALAN 4 :

Untuk membolehkan bahan jenis N dan terhasil, semikonduktor tulen perlu


diserapkan dengan bendasing. Apakah bendasing itu dan terangkan setiap satu
dan berikan contoh rajah yang menerangkan semikonduktor tulen yang diserapkan
dengan salah satu bendasing.

SOALAN 5 :

Nyatakan pembawa arus majoriti dan minoriti bagi bahan jenis N dan P .
SEPARUH PENGALIR E1002 / 20

MAKLUMBALAS
MAKLUMBALAS
PENILAIAN
PENILAIANKENDIRI
KENDIRI

 Sila semak jawapan anda. Sekiranya terdapat soalan-soalan


yang anda tidak faham, anda harus berjumpa dengan
pensyarah anda untuk mendapatkan penerangan yang
lanjut.

JAWAPAN SOALAN 1 :

1.
32
14

Struktur Atomik bagi Struktur Atomik bagi


Silikon Germanium

Kedua-dua bahan adalah separuh pengalir kerana kedua-duanya


mempunyai 4 elektron valens. Sifat bahannya adalah ia tidak mudah
melepaskan elektron semudah pengalir dan ia juga tidak mudah menerima
elektron semudah penebat.

JAWAPAN SOALAN 2 :

2. Ikatan Kovelen ialah proses perkongsian elektron valens sesuatu atom


dengan elektron valens atom jirannya untuk membuatkan satu-satu atom itu
berada dalam keadaan stabil.

Si Si Si

Si Si Si

Si Si Si

Ikatan Kovalen
SEPARUH PENGALIR E1002 / 21

JAWAPAN SOALAN 3 :

3. Faktor yang membolehkan elektron terbebas dari ikatan kovelen ialah:

i. Haba
ii. Beza Upaya
iii. Kenaikan suhu
iv. Proses Serapan.

JAWAPAN SOALAN 4 :

4. Bendasing yang dimaksudkan ialah atom-atom lain yang mempunyai 5 dan


3 elektron valens. Kita namakan ia Bendasing Trivalens ( 3 e.v ) dan
Bendasing Pentavalens ( 5 e.v )
Contoh Bendasing Trivalens ialah Aluminium, Boron, Galium, Indium.
Contoh Bendasing Pentavalens ialah Antimoni, Arsenik, Fosforus.

Si Si
Si Si

Si In Si

Si Si Si hol

Silikon diserapkan dengan Indium

JAWAPAN SOALAN 5 :

5. Bahan Jenis N : Pembawa Arus Majoriti : Elektron Bebas


Pembawa Arus Minoriti : Hol

Bahan Jenis P : Pembawa Arus Majoriti : Hol


Pembawa Arus Minoriti : Elektron Bebas.

You might also like