You are on page 1of 31

SEJARAH : HUBUNGAN ANTARABANGSA

BAB TIGA: UNDANG-UNDANG


ANTARABANGSA

DISEDIAKAN OLEH
JEFFERSON RICHARD
JAMILI SUMPO
MOHD LATIF
VIDEO
KONSEP UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

• Merujuk kepada undang-undang yang mengawal kegiatan-


kegiatan yang mempunyai keperibadian a/b.
• Penting dalam mengawal tindakan dan peranan yang dilakukan
oleh aktor-aktor dalam hubungan antarabangsa yang merentas
sempadan negara supaya tidak bercanggah dengan amalan di
sesebuah negara.
• Kewujudan sistem undang2 di peringkat a/b secara dasarnya
telah berjaya mengawal keamanan dunia terutamanya apabila
wujud pelbagai perkara yang bercanggah di antara negara
dengan negara lainnya di dunia.
• Kewujudan PBB misalnya telah berjaya memastikan undang-
undang a/b digubal dan dilaksanakan terutamanya dengan
kewujudan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The
Hague.
• Antara cabang undang2 a/b termasuklah dalam hal berkaitan
dengan undang2 jenayah a/b, penggunaan kekerasan,
kemanusiaan, laut, diplomatik, konsular, dan alam sekitar.
• Undang2 a/b digubal secara konvensyen iaitu persetujuan
daripada negara2 yang menyertainya. Selain itu, terdapat
beberapa unsur2 lain yang diterima sebagai undang2 a/b.
• Disebabkan undang2 a/b mengiktiraf kedaulatan sesebuah
negara, undang2 di peringkat a/b bukanlah bersifat campur
tangan ke atas urusan sesebuah negara, akan tetapi
dilaksanakan atas kepentingan yang bersifat sejagat.
• Oleh itu, walaupun persetujuan bersama menjadi asas penting
kepada penggubalan undang2 a/b, di sana masih terdapat
beberapa tindakan sepihak yang bersifat unilateral dalam
undang2 a/b.
PERANG ISREAL DAN
SYRIA
KONSEP UNILATERAL DALAM UNDANG-UNDANG
ANTARABANGSA
• Bermaksud sesuatu tindakan yang dilakukan secara sepihak oleh sesuatu
pihak ke atas pihak yang lain tanpa mendapatkan persetujuan daripada
pihak yang lainnya.
• Di peringkat PBB, satu konvensyen undang-undang telah dibuat yang
dinamakan sebagai “Unilateral Acts of The States”. Berdasarkan satu
Jawatankuasa Kerja bagi mengkaji undang ini (rujuk laman sesawang
PBB), jawatankuasa telah mengesyorkan kepada pertubuhan bahawa,
“tindakan unilateral adalah penting bagi memastikan undang2 keselamatan
a/b boleh menjamin kestabilan dalam hubungan di peringkat a/b.”
• Dalam hal ini, keputusan unilateral seringkali dilihat melalui keputusan
yang dibuat ke atas kepentingan a/b terutamanya dalam menyekat
pengayaan uranium dan pembangunan nuklear yang berisiko dari negara
tertentu. Iran misalnya telah menerima hukuman unilateral daripada PBB
disebabkan program pembangunan nuklearnya itu
KONSEP MULTILATERAL DALAM UNDANG-
UNDANG ANTARABANGSA
• Multilateral dalam konteks hubungan antarabangsa bermaksud
satu hubungan secara bersama beberapa pihak dalam
menyelesaikan sesuatu isu.
• Robert Keohane (1990) mendefinisikan multilateralisme sebagai
satu amalan yang menggabungkan polisi-polisi antara
sekumpulan tiga negara atau lebih dalam sesuatu perkara atau
isu.
• Di peringkat undang2 arabangsa, undang-undang yang bersifat
multilateral adalah undang2 yang dibuat secara bersama dan
dipersetujui oleh negara-negara ahli PBB yang
menandatanganinya.
UNDANG-UNDANG INI DIBUAT MELALUI
KONVENSYEN-KONVENSYEN KHAS PBB
SEPERTI:
1. Akta Konvensyen Geneva (1962), sebagaimana yang disemak pada tahun
1993, untuk memberi kesan undang2 kepada Empat Konvensyen Geneva
untuk Perlindungan Mangsa Perang tahun 1949;
2. Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna 1966), seperti yang dipinda
pada tahun 1999, untuk memberi kesan undang2 kepada Konvensyen
Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961;
3. Pengangkutan melalui Udara 1974, untuk memberi kesan undang2
kepada Konvensyen Warsaw 1929, sebagaimana yang dipinda oleh
Protokol Hague 1955 dan Konvensyen Guadalajara tahun 1961;
4. Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984, untuk memberi kesan
undang2 kepada peruntukan2 tertentu Konvensyen Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang2 Laut 1982.
5. Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992,
untuk memberi kesan undang2 kepada Konvensyen pada
Keistimewaan dan Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu 1946.
SUMBER UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA
• Terdapat tiga sumber undang-undang yang
digunapakai oleh undang-undang antarabangsa iaitu:
1. Triti
2. Undang-undang Adat Antarabangsa
3. Prinsip-prinsip Am Perundangan
1. TRITI
• Triti adalah merupakan perjanjian antara negara untuk
menguatkuasakan undang2 tertentu di peringkat a/b.
• Dalam amalan dunia moden, triti dilaksanakan dalam bentuk
konvensyen yang disertai oleh negara tertentu dan kandungan
undang2 digubal dan dipersetujui secara bersama.
• Contohnya, termasuklah Konvensyen Geneva iaitu satu
konvensyen yang meluluskan undang2 untuk melindungi
mangsa2 perang.
2. UNDANG-UNDANG ADAT ANTARABANGSA
• Seperti mana yang dinyatakan oleh ICJ dalam Nicaragua case,
undang2 adat ialah kesinambungan oleh dua elemen utama,
iaitu :
1. Objektiviti daripada praktis negara (state practice).
2. Subjektif yang dianggap sebagai penerimaan undang2 atau
juga dinamakan sebagai opinio juri.
• Keputusan2 kes mahkamah di peringkat a/b & tulisan para
cendakiawan juga dilihat sebagai sumber persuasif adat &
amalan undang2 a/b disamping sebagai bukti kelakuan negara
itu sendiri.
• Cubaan untuk menghuraikan adat & amalan undang2 a/b
diperkasakan selepas Perang Dunia Kedua dengan penubuhan
Surhanjaya Undang-Undang Antarabangsa (ILC).
• Adat yg telah dikodifikasikan itu dijadikan wajib dalam
mengintepretasikan sesuatu adat yang tersorok dalam sesuatu
perjanjian.
• Untuk negara yang tidak menjadi anggota bagi triti, kerja ILC
masih boleh diterima sebagai adat yg diaplikasikan terhadap
negara2 berkenaan.
3. PRINSIP-PRINSIP AM PERUNDANGAN

• Prinsip2 am perundangan pula adalah prinsip2 yang wujud


dalam semua sistem perundangan yang diamalkan di dunia.
• Sesetengah kebiasaan undang2 a/b mencapai status kebiasaan
utama jus cogens dan berkuatkuasa keatas semua negara
dengan tiada pengecualian.
• Prinsip2 am semua sistem perundangan dunia juga diaplikasi
apabila diperlukan.
PRINSIP-PRINSIP UMUM DALAM UNDANG-
UNDANG ANTARABANGSA

1. Prinsip Undang-undang Awam Antarabangsa


2. Prinsip Undang-undang Khusus Antarabangsa
3. Prinsip Undang-undang Supranasional
1. PRINSIP UNDANG-UNDANG AWAM
ANTARABANGSA
• Undang2 yang mengawal hubungan antara wilayah dan
entiti a/b.
• Antaranya termasuklah undang-undang dalam
perjanjian, undang2 laut, undang2 jenayah a/b, undang2
perang, undang2 kemanusiaan dan undang2 hak asasi
manusia sejagat.
2. PRINSIP UNDANG-UNDANG KHUSUS
ANTARABANGSA

• Undang2 yang dikenali sebagai Private International Law atau


Conflict of Laws adalah berkaitan bidang kuasa khas terhadap:
1) Bidang kuasa antarabangsa dalam mengendalikan kes
2) Undang2 yang terpakai dalam kes2 yang diperdengarkan itu.
3. PRINSIP UNDANG-UNDANG SUPRANASIONAL

• Apabila terdapat sesuatu perjanjian dua pihak antara sesebuah


negara dengan entiti a/b yang lainnya, sekiranya undang2 di
negara tersebut adalah bercanggah dengan undang2 di
peringkat a/b, undang2 di negara tersebut adalah tidak terpakai
dalam mengendalikan sebarang kes2 berbangkit dalam
perjanjian tersebut.
MALAYSIA DAN UNDANG-UNDANG
ANTARABANGSA
• Walaupun undang2 a/b pada prinsipnya adalah untuk mengawal
undang2 di peringkat a/b, kedaulatan negara dalam menentukan
undang2 adalah mengatasi undang2 a/b tersebut.
• Seperti juga Malaysia, kebanyakan negara di dunia secara
dasarnya memberikan komitmen terhadap undang2 a/b atas
kerelaan mereka (dalam sesetengah hal dan menolak
sebahagian yang lain) dan ICJ sendiri berfungsi sekiranya
negara bersetuju untuk membawa kes atau pertikaian mereka
kepada badan kehakiman a/b tersebut.
• Abdul Ghafur Hamid (2006), Perlembagaan Malaysia tidak
seperti negara2 tertentu yang lain, tidak mengandungi sebarang
peruntukan yang menjadikan undang2 a/b perlu dianggap
sebagai undang2 negara atau diambil sebagai undang2 negara.
Walaubagaimanapun, sesetengah undang2 yang digunapakai di
Malaysia adalah selaras dengan amalan di peringkat a/b.
• Secara prinsipnya,undang2 a/b di Malaysia dikawal oleh
Persekutuan di bawah peruntukan Artikel 74 (1) yang menyebut,
“ Parlimen boleh membuat undang2 mengenai mana2 perkara
yang disenaraikan dalam Senarai Persekutuan dan Senarai
Bersama dalam Jadual 9.
• Berdasarkan “Senarai Persekutuan”, Parlimen berkuasa untuk
menggubal undang2 yang berkait dengan hal ehwal luar
termasuklah triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain.
• Oleh itu, walaupun badan eksekutif Persekutuan berkuasa
membuat triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain,
kuasa untuk meluluskan penggunaan undang2 a/b di Malaysia
secara prinsipnya terletak pada badan legislatif iaitu Parlimen.
• Disebabkan perlembagaan Malaysia tidak menyebut bahawa
undang2 a/b tergunapakai di Malaysia secara automatik, maka
undang2 a/b diterimapakai melalui statut atau Akta di Parlimen
samada digubal atau meminda akta sedia ada.
• Hal ini kerana, menurut Abdul Ghafur (2006), walaupun kerajaan
bagi pihak negara telah menandatangani persetujuan di
peringkat a/b,undang2 a/b tidak boleh mengatasi undang2
tempatan (jika bercanggah) kecualilah diluluskan di Parlimen.
BERIKUT ADALAH PERJANJIAN ANTARABANGSA YANG
MENYEBABKAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA
DITERIMAPAKAI DI MALAYSIA TERMASUK:
1. Akta Konvensyen Geneva (1962), sebagaimana yang disemak
pada thn.1993, untuk memberi kesan undang2 kepada Empat
Konvensyen Geneva utk Perlindungan Mangsa Perang thn.
1949;
2. Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna 1966), seperti
yang dipinda pd thn.1999,untuk m’beri ksan undang2 kpda
Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961
3. Pengangkutan melalui Udara 1974, untuk memberi kesan
undang2 kepada Konvensyen Warsaw 1929, sebagaimana yang
dipinda oleh Protokol Hague 1955 dan Guadalajara Konvensyen
tahun 1961;
4. Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984, untuk memberi kesan
undang2 kepada peruntukan2 tertentu Konvensyen Pertubuhan
Bangsa2 Bersatu mengenai Undang2 Laut 1982.
5. Organisasi A/b (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992, untuk
memberi kesan undang2 kepada Konvensyen pada
Keistimewaan & Kekebalan Pertubuhan Bangsa2 Bersatu 1946.
6. Akta Hubungan Konsular (Keistimewaan dan Kekebalan) 1999,
untuk memberi kesan undang2 kepada Konvensyen Vienna
mengenai Perhubungan Konsular 1963.
OLEH ITU, JELAS DALAM PRINSIP UNDANG-UNDANG
ANTARABANGSA MALAYSIA, ANTARA PRINSIP YANG
DIAMALKAN TERMASUKLAH:
1. Penguatkuasaan undang2 a/b adalah di bawah kuasa Parlimen
walaupun kerajaan berhak untuk mengadakan persetujuan dengan
mana2 konvensyen a/b yang menyebabkan kerajaan terikat dengan
mana2 undang2 antarabangsa.
2. Malaysia mengiktiraf sebahagian Undang2 A/b yang selaras dengan
undang2 negara dan tidak bercanggah termasuklah dalam
konvensyen Geneva, Warsaw, Vienna dll.
3. Malaysia mendukung undang2 a/b untuk keamanan dan kestabilan
dunia. Persetujuan untuk menggunakan khidmat Mahkamah Keadilan
A/b untuk menyelesaikan beberapa pertikaian seperti dalam isu
Pulau Batu Puteh dan Pulau Sipadan selepas perbincangan secara
diplomasi gagal.
4. Walaubagaimanapun, Malaysia berusaha untuk mengelakkan ICJ
terlebih dahulu dalam kes2 dengan negara jiran termasuklah dalam
kes Blok L dan M dengan Brunei dan Perjanjian Joint Venture
Malaysia-Thailand di Laut China Selatan untuk pendaratan petroleum
dan gas di Songkhla.
5. Walaupun Malaysia berhak menerima dan menolak beberapa
undang2 a/b, Malaysia tidak terlepas dari tribunal-tribunal khas
sekiranya melanggar undang2 a/b terutamanya dalam soal
keamanan dan konflik antara negara.
6. Dalam soal hak asasi manusia, walaupun Malaysia menerima
Pengisyhtiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) oleh PBB yang
mengiktiraf hak untuk bebas daripada kemahuan, bebas bersuara
dan bebas berkepercayaan, di sana unsur2 tempatan dan agama
masih dikekalkan dalam perundangan termasuklah ketegasan
terhadap ajaran2 sesat manakala agama minoriti adalah untuk
anutan dan tidak boleh disebarkan.
7. Malaysia menerima undang2 a/b berkaitan dengan
persempadanan a/b seperti undang2 laut (UNCLOS) dan
undang2 udara yang memberikan panduan kepada pelbagai
pertikaian di peringkat a/b mengenai perairan a/b sebelumnya.
8. Walaupun Undang2 a/b di bawah Chapter V turut mengiktiraf
kewujudan Israel sebagai sebuah negara, Malaysia menolak
pengiktirafan tersebut dan tidak menjalin sebarang hubungan
diplomatik dengan Israel. (dahulunya Malaysia juga enggan
mengiktiraf rejim aphartd di Afrika Selatan)
SOALAN UJI MINDA
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep Undang-
undang Antarabangsa?

2. Terangkan Konsep Unilateral dalam undang-undang


Antarabangsa.

3. Terangkan Konsep Multilateral dalam Undang-undang


Antarangsa.
KESIMPULAN
Undang-undang Antarabangsa sangat PENTING
Bagi memberi KEAMANAN, KEADILAN dan
Menjaga HAK ASASI MANUSIA, Politik, Ekonomi,
Sosial serta Menjamin Hubungan Serantau yang
erat di Antara Malaysia dan Negara antarangsa
Secara GLOBALISASI Keseluruhannya…….
VIDEO
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like