You are on page 1of 13

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

NOTA KURSUS 2
SEMESTER SEMESTER 2 (1DVM) SESI 2021/2022
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOD / KURSUS DEA 2342 BASIC OF ELECTRONIC ENGINEERING
KOMPETENSI 2. CAPACITOR

2.1 Capacitance, C
2.2 Construction of a capacitor
KOMPETENSI UNIT 2.3 Types of capacitor
2.4 Types of capacitor connection

Trainee must be able to:

▪ Apply basic electric and electronic law principle to solve electronic


HASIL PEMBELAJARAN circuit. (C3, PLO3)
▪ Differentiate between passive and active component in terms of
functionality. (P1, PLO1)
▪ Discuss semiconductor devices in terms of applications. (A2, PLO5)

TARIKH

MAKLUMAT CALON

NAMA

NO. KAD ANGKA


PENGENALAN GILIRAN

KELAS MUKA SURAT: 1 Drp : 13

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… …………………………………
(PENYELARAS KURSUS) (KETUA PROGRAM)
DEA 2342 / K 02 / NK 02 - 06

PENGENALAN KEPADA CAPACITOR (PEMUAT)

TUJUAN :
Capacitor merupakan salah satu komponen asas elektronik dan elektrik. Capacitor
diperlukan dalam litar yang mengalami perubahan medan elektrik samada pada bekalan
arus terus atau arus ulang-alik bagi mendapatkan voltan yang malar. Dengan pemasangan
capacitor voltan beriak dapat dikurangkan. Biasanya capacitor dipasang selepas bahagian
penerusan arus ulang-alik. Capacitor juga digunakan untuk mengurangkan kesan bunga api
pada berus karbon, menghalang arus terus yang tidak dikehendaki dan sebaliknya
membenarkan arus ulang-alik mengalir melaluinya. Capacitor juga boleh menentukan
kadaran frekuensi penjana, frekuensi radio atau digunakan sebagai pemula untuk
memutarkan motor aruhan dan sebagai pembetul faktor kuasa. Di samping itu capacitor juga
boleh digunakan sebagai pembekal tenaga elektrik jika berlaku penurunan voltan, tetapi
kadarannya tidak bertahan lama. Sungguhpun begitu voltan yang dikeluarkannya
mencukupi untuk mencetuskan litar-litar elektronikatau membaiki penurunan voltan yang
mendadak.

PENERANGAN :

• Capacitor ialah satu komponen penting dalam litar elektronik dan bertugas untuk
menyimpan cas dan menyahcas elektrik.
• Capacitor terdiri daripada dua plat pengalir yang berhadapan antara satu sama lain
serta dipisahkan oleh bahan penebat yang dinamakan “dielektrik”. Dielektrik yang biasa
digunakan ialah udara, kertas, mika dan sebagainya.
• Capacitor juga bekerja sebagai penapis (filter), menahan arus DC dan melepaskan arus
AC, sebagai penjodoh (coupling) dan melepaskan voltan yang tidak dikehendaki ke
bumi (by-pass).

BAGAIMANA CAS ELEKTRIK DISIMPAN

Rajah 2 (a) menunjukkan bateri yang disambung merentangi capacitor melalui suis. Apabila
suis ditutup Rajah 2 (b) punca elektrod positif bateri akan mengeluarkan electron dari plat A

2
DEA 2342 / K 02 / NK 02 - 06
dan ini menjadikan plat tersebut bercas positif. Elektrod negative bateri pula akan
mengarahkan electron ke

plat B dan menyebabkan plat B bercas negative pada jumlah yang sama banyak dengan
plat A. Pengaliran begini dikenal sebagai arus pengecasan. Arus ini akan terus mengalir
sehingga voltan yang merentangi capacitor sama dengan voltan bekalan (d.g.e) bateri.
Ketika ini capacitor itu dikatakan bercas penuh. Simbol cas ialah Q dan unitnya Coulomb.
Apabila capacitor mengeluarkan cas, beza upaya wujud di antara plat dan mengeluarkan
medan elektrik. Apabila suis dibuka pada Rajah 2 (c), capacitor akan cuba mengekalkan cas
dan medan elektrik antara plat (dalam elektrik). Medan elektrik ini akan menurun apabila
capacitor ini dinyahcas melalui rintangan beban Rajah 2 (d).

CAPACITANCE (KEMUATAN)

• Kemampuan capacitor menyimpan cas dikenali sebagai capacitance (C).


• Unit capacitance ialah Farad (F).
• Satu Farad menyimpan satu coulomb cas dengan bekalan voltan satu volt.
• Amaun cas Q yang tersimpan berkadar terus kepada voltan bekalan.
• Capacitance yang lebih besar boleh menyimpan cas yang lebih.

Cas, Capacitance dan Voltan


Q = CV di mana ; Q = cas tersimpan dalam coulomb
C = capacitance (Farad)
V = beza keupayaan merentasi capacitor dalam volt.

Tenaga Tenaga yang tersimpan dalam capacitor dapat dikira dengan :-


W = ½ CV2 di mana ; W = tenaga diukur dalam unit Joules
C = dalam Farad
V = dalam Volt

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Capacitance

Rajah 3 : Binaan Capacitor

3
DEA 2342 / K 02 / NK 02 - 06

Terdapat tiga faktor yang menentukan capacitance :-


1. Luas Muka Keratan
Jika luas muka keratan capacitor ditambah, nilai capacitancenya akan turut
bertambah, kerana plat yang luas dapat memegang lebih banyak electron dan sudah
tentu casnya bertambah besar.
C∝A
2. Jarak
Jika jarak di antara dua plat capacitor dijauhkan bererti capacitancenya berkurangan
kerana daya elektrik untuk menarik cas-cas di antara dua plat menjadi lemah.
Semakin dekat jarak antara dua plat, semakin banyak cas yang disimpan dan
semakin besar nilai capacitancenya.
C∝1/d
3. Dielektrik
Dielektrik ialah bahan penebat dan setiap jenis bahan mempunyai daya penebatan
yang berlainan. Oleh itu capacitancenya juga berbeza dan jelas menunjukkan
dielektrik mempengaruhi nilai capacitance. Faktor dielektrik dijadikan sebagai nilai
tetap (k) atau pemalar dalam perhitungan capacitance.
C ∝ A/d
C = kA / d
di mana ; d = jarak antara plat
k = pemalar dielektrik
A = luas muka keratan plat

Nilai pemalar k bergantung kepada jenis bahan dielektrik. Ia menggambarkan ciri-ciri


dielektrik dan dikenali sebagai ketelutan mutlak bagi dielektrik yang digunakan itu. k terdiri
daripada dua bahagian yang dikenali sebagai telutan hampagas (Eo) dan telutan bandingan
(Er).

VOLTAN KENDALIAN

• Selain nilai capacitor dalam farad, voltan kendalian capacitor juga perlu sesuai dengan
kadaran voltan yang hendak digunakan.
• Voltan kendalian ialah kadaran voltan maksimum yang mampu ditanggung oleh
capacitor tanpa merosakkan dielektriknya.

4
DEA 2342 / K 02 / NK 02 - 06
• Kadaran voltan ini biasanya dicatatkan pada capacitor seperti 10 DCWV (10 volt
kendalian arus terus) atau 400 V AC (400 volt arus ulang-alik).

• Nilai kadaran voltan ini bergantung pada jenis bahan dielektrik dan ketebalannya. Bagi
menampung voltan yang tinggi ketelapan dielektrik ini mesti ditambah.

JENIS-JENIS CAPACITOR
Capacitor terbahagi kepada tiga iaitu Capacitor Tetap, Capacitor Boleh Ubah dan Capacitor
Boleh Laras. Capacitor dikelaskan berdasarkan bahan dielektrik yang digunakan seperti
udara, seramik, mika, kertas dan elektrolitik. Pengelasan kadaran voltan kendalian juga
dicatatkan pada capacitor.

1. Fixed Capacitor (Pemuat Tetap)


Capacitor yang bernilai tetap telah disediakan pembuatannya, nilainya mungkin dituliskan
terus pada badan capacitor atau menggunakan kod warna.

• Capacitor Kertas
Capacitor ini paling banyak digunakan kerana harganya murah. Plat capacitor ini
dibina daripada jalur kerajang aluminium yang dipisahkan oleh dielektrik, kertas lilin
atau kertas tisu yang telah dibubuh minyak. Plat dan dielektrik ini akan digulung
kemas menjadi tiub. Seterusnya, tiub ini akan ditutup dengan lapisan lilin dalam
bekas kertas tebal atau logam plastic. Sambungan kaki capacitor dibuat pada
hujung setiap plat yang telah digulung. Bahagian lapisan luar jalur kerajang
biasanya dijadikan sambungan ke bumi dan ditandakan dengan jalur hitam pada
badan capacitor atau ditulis kerajang luar atau bumi. Capacitor ini biasanya
berkadar 250 pF hingga 10 µF pada voltan kendalian 150 kV DC. Capacitor yang
berkadar lebih 600 V menggunakan bekas logam yang berisi minyak.

Sekarang capacitor moden ini menggunakan plastic bagi menggantikan kertas. Oleh
itu saiznya dapat dikecilkan dan ia tahan lebih lama. Antara penggunaan capacitor
ini termasuklah sebagai pengganding isyarat voltan dari satu peringkat ke satu
peringkat, membenarkan laluan arus terus yang tidak dikehendaki, menyekat arus
terus pada setengah-setengah litar, menyimpan cas dan pemisah fasa pada motor
aruhan.

• Capacitor Mika
Mutu capacitor ini amat baik. Platnya dibuat daripada kerajang logam yang
dipisahkan oleh lapisan mika. Setelah digulung kemas, capacitor ini akan diisi ke
dalam bekas plastic atau logam (biasanya aluminium). Capacitor ini berkadar 25 pF
hingga 0.25 µF pada kadar voltan kendalian 2 kV DC.

• Capacitor Seramik
Capacitance capacitor ini rendah. Ia biasanya dibuat dalam bentuk cakera atau rod.
Bahan seramik digunakan sebagai dielektrik, sementara dua filem perak yang
ditindih menjadi platnya.

Kadar capacitance capacitor ini di antara 0.5 PF hingga 0.1 µF pada kadar voltan
kendalian sehingga 500 V DC. Biasanya capacitor ini berwarna coklat atau hijau.
Nilai capacitancenya ditulis secara langsung pada badan capacitor itu supaya
mudah dibaca.
5
DEA 2342 / K 02 / NK 02 - 06

• Capacitor Elektrolit
Kadar capacitance capacitor ini besar iaitu di antara 1 µF hingga 1000 µF, pada
kadar voltan kendalian 600 V DC dan menurun ke 6 V DC dengan pertambahan nilai
capacitance.

Capacitor ini digunakan apabila capacitor lain tidak mempunyai kadaran capacitance
yang dikehendaki. Capacitor ini mempunyai kekutupan jika digunakan pada arus
terus. Dielektrik capacitor ini dibina daripada boraks, fosfat atau karbon.

Semasa bekalan dikenakan di antara kedua-dua plat capacitor elektrolit terjadi di


antara dua plat itu. Ini mengakibatkan satu lapisan nipis oksida wujud pada elektrod
positif. Lapisan ini bertindak seperti dielektrik di antara plat positif dan negative.
Capacitance yang tinggi mempunyai lapisan oksida yang nipis. Biasanya capacitor
ini berbentuk silinder. Bagi penggunaan voltan rendah biasanya badan capacitor ini
dibungkus dengan plastic.

• Capacitor Tantalum
Binaan capacitor ini serupa dengan capacitor elektrolit, bezanya hanya pada bahan
dielektriknya yang digunakan iaitu tantalum. Di samping itu pada ukuran fizikal yang
serupa dengan capacitor elektrolit, capacitor tantalum memberikan nilai yang lebih
jitu, stabil dan kurang arus bocor.

• Capacitor Mylar
Pada asasnya binaan capacitor ini serupa dengan capacitor kertas, bezanya bahan
dielektrik yang digunakan ialah mylar dan dibungkus dalam bekal plastic supaya
nilainya menjadi lebih baik.

• Capacitor Polycarbonate
Capacitor jenis ini menggunakan tebatan plastic. Capacitor jenis ini tidak disyorkan
dalam penggunaan berterusan dalam ‘Main Power Supply’

• Capacitor Polypropylene
Dibuat dari kerajang polypropylene disalut dengan polyester sebagai protection.
Kebocoran dielektrik rendah dan sesuai untuk penggunaan yang berterusan pada
voltan tinggi.

2. VARIABLE CAPACITOR (PEMUAT BOLEH UBAH)

• Capacitor boleh ubah yang paling banyak digunakan ialah capacitor udara.
• Capacitor ini mempunyai plat tetap dan plat boleh bergerak.
• Plat capacitor ini dipasang berselang-seli. Setiap pasang plat dipisahkan oleh bahan
dielektrik udara atau mika.
• Dengan menggerakkan satu plat bererti pemukaan plat (tetap) yang bertentangan
telah berkurangan dan seterusnya mengurangkan nilai capacitance.
• Capacitor jenis ini biasanya berkadar rendah (beberapa pikofarad).
• Contoh penggunaan capacitor ini ialah dalam litar penalaan radio bagi mendapatkan
frekuensi radio yang dikehendaki.

6
DEA 2342 / K 02 / NK 02 - 06

3. ADJUSTABLE CAPACITOR (PEMUAT BOLEH LARAS)

• Capacitor boleh laras hanya membenarkan pelarasan capacitance pada nilai yang
kecil.
• Capacitor ini dibina sama seperti capacitor boleh ubah udara, hanya saiznya yang
kecil (dibina daripada dua plat yang dipisahkan oleh kertas mika).
• Jarak di antar plat boleh dikawal dengan memutarkan skru pelaras.
• Contoh capacitor boleh laras ialah Capacitor Trimmer.

SIMBOL KAPASITOR

7
DEA 2342 / K 02 / NK 02 - 06
SISTEM KOD KAPASITOR

Contoh 1 :

152 K = 15 x 100 = 1500 pF atau 0.0015 µF, ± 10 %

Contoh 2 :

759 J = 75 x 0.1 = 7.5 pF, ± 5 %

8
DEA 2342 / K 02 / NK 02 - 06
B. Kod Disk Ceramic Capacitors

9
DEA 2342 / K 02 / NK 02 - 06

C. Kod Warna Mica Capacitors

10
DEA 2342 / K 02 / NK 02 - 06
SAMBUNGAN LITAR CAPACITOR
A. Litar Siri
Jika capacitor disambung secara siri jumlah capacitance akan berkurangan kerana
sambungan itu seolah - olah seperti sebuah capacitor dengan platnya berada pada
jarak yang besar.
Jadual 2: Penyambungan dan Formula Bagi Pemuat Sesiri

Penyambungan Formula

Jumlah Capacitance (farad), CT

C1 C2

Jumlah Cas (coulomb), QT

QT = CT x VT atau QT = Q1 = Q2 = Q3 = …… = QN

Jumlah Tenaga (joule), WT

WT = W1 + W2 + W3 +…… + WN atau

WT = ½ QV, WT = ½ CV2, WT = Q2 / 2C

Contoh 1 :
Diberi voltan adalah 20 V, dapatkan :-
a) Jumlah capacitance, CT b) Jumlah cas c) Tenaga d) Voltan pada C1

Penyelesaian :-

a) 1 / CT = 1 / C1 + 1 / C2 + 1 / C3 c) WT = ½ CV2

= 1/ 5 µ + 1/ 2 µ + 1/ 3 µ = ½ x 0.97 µF x (20 V)2

= 0.97 µF = 194 µjoule

b) QT = CT x V d) VC1 = Q1 / C1

= 0.97 µF x 20V = 19.4 µcoulomb / 5 µ

= 19.4 µCoulomb = 3.9 V

11
DEA 2342 / K 02 / NK 02 - 06

B. LITAR SELARI
Capacitor yang disambung selari, jumlah capacitancenya akan bertambah kerana
gabungan itu seolaholah seperti sebuah capacitor yang mempunyai plat yang besar.

Jadual 3: Penyambungan dan Formula Bagi Pemuat Selari

Penyambungan Formula

Jumlah Capacitance (farad), CT


C1
C T = C1 + C2 + C3 + ……. CN

Voltan adalah sama pada pada setiap


capacitor selari dengan punca voltan.

Jumlah Cas (coulomb), QT


QT = CT x VT atau
C2
QT = Q1 + Q2 + Q3 + …… + QN

Jumlah Tenaga (joule), WT

W T = W1 + W2 + W3 …… WN atau

WT = ½ QV, WT = ½ CV2,
WT = Q2 / 2C

Contoh 1 :
Diberi voltan adalah 50 V, dapatkan :-
a) Jumlah capacitance, CT b) Jumlah cas c) Tenaga d) Cas pada Q1

Penyelesaian :-
a) CT = C1 + C2 c) W T = ½ C1 V2
= 1 µF + 1 µF = ½ x 1µF x (50 V)2
= 2 µF = 1.25 m joule

b) QT = CT x VT d) Q 1 = C1 x VT
= 2 µF x 50 V = 1µF x 50 V
= 100 µcoulomb = 50 µcoulomb

12
DEA 2342 / K 02 / NK 02 - 06

C. LITAR SIRI SELARI

Merupakan gabungan litar capacitor siri selari bagi mencari jumlah capacitance adalah
dengan menyelesaikan capacitor yang disambung secara selari kemudian dicampurkan
dengan yang siri.

Jumlah kemuatan dikira seperti berikut:-

Jumlah kemuatan dalam sambungan selari ialah :-


C2 + C3 = CA
10 pF + 20 pF = 30 pF

Jumlah kemuatan ialah

13

You might also like