You are on page 1of 36

ELEKTROSTATIK

BAB 1 ELEKTROSTATIK
PENGENALAN

Kebanyakan kita telah terbiasa dengan kejadian bila sesuatu objek telah dicaskan.Bunyi letusan kadang-kadang boleh didengari apabila rambut yang panjang disikat dengan menggunakan sikat plastik atau apabila membuka pakaian yang diperbuat daripada bahan sintetik. Kadang-kadang percikan api boleh dilihat apabila pakaian ditanggalkan dalam tempat gelap. Semua keadaan tersebut berlaku adalah disebabkan oleh elektrik statik atau lebih dikenali sebagai elektrostatik. Elektrostatik melibatkan penghasilan cas-cas elektrik dan kesan-kesan cas-cas elektrik. Kesan bahaya elektrostatik antaranya ialah kejutan elektrik kecil kadang-kadang boleh dirasai apabila pintu kereta disentuh selepas melakukan perjalanan. Begitu juga, tangki petrol perlu didiscaskan terlebih dahulu sebelum petrol boleh dipam daripada tangki, jika tidak, setiap percikan api yang disebabkan oleh elektrostatik boleh menyebabkan letupan. Manakala kegunaan elektrostatik termasuklah pencetak laser dan mesin fotostat. Begitulah juga, stesen kuasa arang batu menggunakan pemendak elektrostatik dalam cerobong bertujuan mengumpul habuk yang banyak untuk mengelakkan ianya terlepas daripada ke atmosfera yang akan menyebabkan pencemaran. Elektrostatik berlaku disebabkan pemindahan elektron-elektron apabila bahan-bahan digosok. Dengan kata lain, elektrik statik merupakan lebihan atau kekurangan elektron-elektron pada permukaan suatu objek. Objek tersebut menyimpan tenaga elektrik. Objek yang bercas ini menghasilkan daya elektrik disekelilingnya. Objek-objek yang lain, sama ada, akan tertarik atau tertolak daripada objek yang bercas tersebut. Apabila dua objek bercas di dekatkan: objek-objek tersebut akan tertarik jika kedua-duanya mempunyai cas-cas yang bertentangan; objek-objek tersebut akan tertolak jika kedua-duanya mempunyai cas-cas yang sama. Oleh itu, objekobjek yang mempunyai cas-cas yang bertentangan akan menarik, manakala objekobjek yang mempunyai cas-cas yang sama akan menolak. Objek akan dicaskan jika ianya digosok. Objek yang dicaskan akan menarik objek yang lain seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

ELEKTROSTATIK
Pembaris plastik digosok pada kain bulu dan diletakkan dekat dengan satu aliran air yang kecil. Aliran air tersebut membengkok ke arah pembaris tersebut.

pembaris plastik aliran air kecil

Selepas menggosok perspeks dan letakkan ia berhampiran dengan bola tenis yang tergantung, bola tenis tersebut akan tertarik ke arah rod perspeks.

benang nilon bola tenis perspeks

Penjana Van de Graaff ialah mesin yang mengasingkan cas secara berterusan yang akan menyebabkan bahagian luar kubah logam dicas positif. Bilangan cas akan bertambah sehingga percikan bunga api melompat ke arah objek yang tidak dicas. Ketika cas bergerak melalui udara, bunyi crack akan kedengaran kerana udara menjadi panas dan berkembang dengan cepat.

kubah logam bunga api kon logam sikat logam getah pengguling plastik getah bergeser pengguling kaki penebat dibumikan

motor menggerakkan pengguling

Rajah 1.1

ELEKTROSTATIK
PENJELASAN TENTANG KESAN ELEKTROSTATIK

Kesan-kesan elektrostatik yang disebabkan oleh gosokan telah lama diketahui. Orang Greek (melebihi 3000 tahun yang lalu) telah memerhatikan apabila damar digosok dengan kain bulu, damar tersebut menarik zarah-zarah debu. Electricity dan electron merupakan dua perkataan yang berasal daripada perkataan Greek bagi damar iaitu elektron. Dalam abad ke-17 pula, didapati bahawa tolakan elektrostatik bagi dua objek bercas juga disebabkan oleh gosokan. Begitulah juga, pada abad ke-18 telah diketahui bahawa objek-objek boleh memberikan dua jenis cas yang berlainan. Penerbang layang-layang yang terkenal iaitu Benjamin Franklin merupakan orang pertama yang telah menggunakan perkataan cas positif dan cas negatif. Sekarang kita ketahui bahawa zarah-zarah terdiri daripada samada atomatom, molekul-molekul atau ion-ion. Setiap zarah-zarah ini pula terdiri daripada zarah-zarah yang lebih kecil iaitu neutron, proton dan elektron. Elektron mempunyai cas negatif dan proton mempunyai cas positif. Neutron pula tiada cas, jadi ianya adalah neutral. Dalam suatu atom, proton ditemui bersama dengan neutron iaitu berada berdekatan dalam kawasan yang terlalu kecil dan padat, yang dipanggil nukleus. Rajah 1.2 menunjukkan - elektron, + proton, o neutron. Manakala, elektron pula bergerak dengan cepat dalam ruang disekeliling nukleus.

Rajah 1.2 Kesemua atom dan molekul adalah neutral kerana kedua-duanya mempunyai bilangan elektron dan bilangan proton yang sama. Walau bagaimana pun, ion-ion adalah bercas kerana ion-ion tersebut mempunyai bilangan elektron tidak sama dengan bilangan proton. Contohnya, Rajah 1.3 menunjukkan suatu atom magnesium adalah neutral, manakala ion magnesium pula bercas iaitu +2.

ELEKTROSTATIK

Atom magnesium (simbol Mg) Ion magnesium (simbol Mg2+) mengandungi 12 proton dan 12 elektron mengandungi 12 proton dan 10 elektron. dan ianya adalah neutral. Bilangan proton Keseluruhannya terdapat 12-10 = 2 dan bilangan elektron adalah seimbang. proton yang lebih daripada elektron, jadi ion magnesium adalah positif.

Rajah 1.3 Bagi atom-atom yang mempunyai 2 atau lebih proton, terdapat daya tolakan yang kuat antara proton-proton di dalam suatu nukleus. Nukleus terikat dan padat pula menunjukkan bahawa terdapat daya tarikan yang dipanggil daya ikatan nuklear yang mengikat proton-proton. Daya ikatan nuklear lebih kuat berbanding daya elektrostatik yang bertindak untuk memisahkan mereka. Cas pada sebarang objek bergantung kepada bilangan cas positif dan bilangan cas negatif. Mengecas sesuatu objek diterangkan dengan menganggap terdapat elektron-elektron dalam zarah-zarah sesuatu objek. Apabila dua objek digosok bersama, elektron-elektron dipindahkan daripada suatu objek kepada objek yang satu lagi. Ia akan menyebabkan satu objek bercas positif dan satu objek lagi bercas negatif. Contoh 1.1 Apabila sehelai asetat (plastik lut cahaya yang digunakan pada overhead projector) disapu dengan kain bebas debu, asetat tersebut menjadi cas positif, seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.4.

ELEKTROSTATIK

kain bercas -ve gosokan elektron pada kain asetat bercas +ve

Kain dan asetat adalah Gosokan menyebab Asetat bercas positif dan kain neutral kerana cas positif dan kan elektron di bercas negatif. cas negatif seimbang. pindahkan dari asetat kepada kain.

Rajah 1.4 Apabila dua objek digosok bersama dan kedua-duanya bercas iaitu memperolehi cas-cas yang sama dan cas-cas yang bertentangan. Cas positif (proton) tidak bergerak. Hanya sebilangan kecil sahaja cas negatif (elektron) yang bergerak. Di makmal, menggosok rod kaca dengan sutera adalah kaedah yang digunakan untuk menghasilkan cas positif pada rod kaca, manakala menggosok rod ebonit (sejenis plastik hitam) dengan bulu binatang pula adalah kaedah yang digunakan untuk menghasilkan cas negatif pada rod ebonit tersebut. Tetapi, sekarang, asetat dan politena telah digunakan untuk menggantikan rod kaca dan ebonit. Apabila sehelai politena (yang digunakan untuk membuat beg plastik) digosok dengan kain bersih, elektron-elektron berpindah dari kain kepada politena, jadi, kain tersebut bercas positif dan politena bercas negatif. Dua objek yang bercas akan menarik atau menolak sesama mereka, bergantung kepada jenis cas-cas yang terdapat setiap objek. Hukum umum yang digunakan ialah: Cas yang tidak sama akan menarik dan cas yang sama akan menolak.

ELEKTROSTATIK
INSULATOR (PENEBAT) DAN KONDUKTOR (PENGALIR)

Kebiasaannya bahan yang digunakan dalam elektrostatik adalah penebat. Segala jenis plastik adalah penebat. Elektron tidak bebas bergerak melalui penebat. Manamana elektron yang dipindahkan ke atas permukaan penebat atau meninggalkan permukaan penebat, elektron tersebut hanya meninggalkan bahagian permukaan yang bercas. Bahagian lain permukaan penebat boleh disentuh tanpa memberi kesan kepada bahagian penebat yang bercas. Konduktor adalah bahan yang membolehkan elektron-elektron bergerak bebas. Logam merupakan konduktor yang baik. Grafit, sejenis karbon juga merupakan konduktor. Badan manusia, kayu dan air adalah konduktor yang lemah kerana ia mengandungi sejumlah kecil ion yang boleh bergerak dalam keadaan lembap. Konduktor juga boleh menghasilkan cas dengan menggosok, tetapi jika ia menyentuh konduktor yang lain, cas tersebut akan mengalir keluar. Bumi juga merupakan konduktor dan oleh kerana saiznya besar, ia merupakan tempat takungan cas yang besar. Konduktor yang bercas boleh didiscaskan dengan menyambungkannya kepada bumi. Contoh 1.2 Pembumian objek logam yang bercas positif, ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

Permukaan bumi

Objek yang bercas positif. Elektron di bumi tertarik kepada objek yang bercas.

Objek dan bumi disambungkan dengan konduktor. Elektron bergerak daripada bumi kepada objek sehingga objek menjadi neutral.

Kini objek menjadi neutral.

Rajah 1.5

ELEKTROSTATIK
Objek-objek yang bercas akan kehilangan casnya dengan cepat dalam keadaan yang lembap. Filem yang lembap akibat daripada kondensasi atau tangan yang basah membolehkan cas-cas mengalir ke bumi.

ELEKTROSKOP SEBAGAI ALAT PENGESAN CAS

Elektroskop adalah instrumen yang digunakan di dalam makmal sekolah untuk mengesan kewujudan cas positif dan cas negatif yang terdapat pada suatu objek. Struktur ringkas elektroskop ditunjukkan dalam Rajah 1.6. Elektroskop terdiri daripada piring sebatang logam dan piring yang logam dipasang pada bekas logam daripada penebat. Sekeping daun emas nipis dipasangkan di bekas bahagian bawah batang logam. Daun emas sangat ringan dan boleh naik (mencapah) atau jatuh (menguncup). Sebarang daya tolakan yang kecil antara batang logam dan daun emas akan menyebabkan daun emas menjauhi (mencapah) batang logam.
penebat

batang logam daun emas

Rajah 1.6 Untuk menguji samada sesuatu objek bercas atau tidak, dekatkan suatu objek perlahan-lahan pada piring logam elektroskop. Perhatikan pergerakan pertama daun emas. Jika suatu objek bercas, daun emas akan mencapah dan apabila rod dijauhkan daripada piring logam, daun emas akan jatuh.

ELEKTROSTATIK
Contoh 1.3 Rajah 1.7 menunjukkan sebuah elektroskop digunakan untuk menguji sama ada terdapat cas pada suatu objek.

Elektroskop neutral Rod didekatkan perlahan-lahan, daun emas perlahan-lahan mencapah kerana elektron ditolak dari piring turun ke daun emas. Lebihan elektron pada daun emas menyebabkannya mencapah. Rod dialihkan dan daun emas jatuh, elektron bergerak balik ke piring. Kedua-dua batang logam dan daun emas menjadi neutral dan daun emas jatuh ke bawah.

Rajah 1.7 Keseluruhannya, elektroskop tidak bercas, sebaliknya pemisahan cas diaruhkan dalam elektroskop apabila rod menghampiri piring. Aktiviti dalam Rajah 1.7 tidak menunjukkan samada rod bercas positif atau rod bercas negatif kerana elektroskop bertindak dalam cara yang sama bagi rod bercas cas positif dan rod bercas negatif. Elektroskop susah difahami jika digunakan dalam keadaan yang lembap. Ia akan menunjukkan keputusan yang tidak dijangkakan jika tidak diperhatikan betul-betul.

ELEKTROSTATIK
EKSPERIMEN MENGGUNAKAN ELEKTROSKOP

Elektroskop boleh dicaskan dengan cara pengaliran, misalnya sentuhan dengan objek yang bercas. Contoh 1.4 Rod yang bercas digolekkan berulang-ulang pada piring elektroskop boleh meninggalkan cas pada elektroskop apabila rod dijauhkan, seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.8.

Elektroskop neutral Rod didekatkan, elektron ditarik ke arah piring, meninggalkan batang logam dan daun emas bercas positif. Daun emas mencapah

Rod bersentuh; sesetengah elektron bergerak ke arah rod meneutralkan bahagian rod yang terletak di atas permukaan piring

Rod dijauhkan; elektroskop bercas positif, jadi, daun emas masih kekal mencapah.

Rajah 1.8 Elektroskop bercas dengan tanda cas yang sama dengan rod. Contohnya, rod yang bercas positif akan menghasilkan elektroskop yang bercas positif. Cara yang paling baik untuk mengecas elektroskop ialah melalui aruhan. Urutan bagi proses mengecas elektroskop bercas negatif ditunjukkan dalam Rajah 1.9.

ELEKTROSTATIK
rod bercas positif

Rod yang bercas positif didekatkan dengan elektroskop yang neutral. Daun emas mencapah.

Rod bercas di Piring disentuh dengan Tangan di jauhkan jauhkan. Daun jari, sementara rod yang daripada piring emas terus bercas positif didekatkan mencapah berdekatan dengan piring. kerana elektron Sesetengah elektron daripada piring daripada bumi bergerak ke merebak ke elektroskop melalui jari permukaan meneutralkan lebihan cas elektroskop ter positif pada batang logam masuk pada dan daun emas. Daun daun emas. emas jatuh. Elektroskop sekarang bercas negatif.

Rajah 1.9 Elektroskop bercas dengan cas yang bertentangan dengan cas pada rod. Manakala rod bercas tidak kehilangan casnya dan proses boleh diulang-ulang. Elektroskop boleh digunakan untuk menguji samada cas pada objek adalah positif atau negatif, iaitu elektroskop bercas hendaklah digunakan. Tanda cas pada elektroskop perlu diketahui. Jika objek yang diuji didekatkan pada elektroskop yang bercas dan daun emas semakin mencapah, maka cas pada objek adalah sama dengan cas pada elektroskop. Jika daun emas yang mencapah semakin berkurang, rod tidak semestinya mempunyai cas yang bertentangan dengan cas elektroskop kerana rod yang tidak bercas mempunyai kesan yang sama (cuba letakkan tangan berhampiran dengan

10

ELEKTROSTATIK
elektroskop yang bercas dan daun emas akan jatuh sedikit). Ujian yang pasti ialah apabila daun emas semakin mencapah kerana keadaan ini hanya berlaku apabila rod dan elektroskop mempunyai tanda cas yang sama. Jadual 1.1 menunjukkan cara menentukan samada cas pada objek adalah positif, negatif atau tidak bercas dengan menggunakan elektroskop. Jadual 1.1 Tanda cas pada elektroskop + + + atau Cas didekatkan pada piring + + Objek yang tidak bercas Daun emas mencapah Meningkat Meningkat Berkurang Berkurang Berkurang

TABURAN CAS-CAS PADA PERMUKAAN KONDUKTOR

Apabila permukaan konduktor bercas, elektron-elektron merebak ke seluruh permukaan. Cas-cas kebanyakannya tertumpu di permukaan konduktor melengkung yang paling tajam. Contoh 1.5
cas-cas

cas-cas

cas-cas

kaki berpenebat

Rajah 1.10

11

ELEKTROSTATIK
Jika konduktor bercas itu berrongga atau berlubang seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.10, semua cas terkumpul pada bahagian luar (cas-cas yang sama menolak). Cas-cas tidak terkumpul pada bahagian dalam rongga. Prinsip ini digunakan untuk melindungi komponen-komponen yang mempunyai elektrostatik dalam set radio dan peralatan-peralatan elektronik yang lain. Contoh 1.6 Jarum kompas dipangsi atau dipasak, dan dawai halus dililit mengelilinginya mengikut bentuk seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.11. Apabila disambung antara pin yang menyokong jarum kompas dan penjana Van de Graaff, jarum kompas akan berputar. Jarum berputar kerana cas-cas pada hujung dawai didiscaskan dengan cepat ke udara pada hujung-hujung dawai.

jarum kompas lama dawai halus Penjana Van de Graaff arah putaran kaki berpenebat

Rajah 1.11 Hujung satu dawai halus yang disambungkan ke Penjana Van de Graaff juga boleh menunjukkan kesan pengumpulan cas dan ia mengesahkan kewujudan ion-ion positif dan ion-ion negatif dalam nyalaan api, seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.12.

jarum

Penjana Van de Graaff

lilin blok polistiren

Rajah 1.12

12

ELEKTROSTATIK
Nyalaan api telah terpesong ke dua-dua arah iaitu menghala dan menjauhi dawai tersebut. Ion-ion negatif dalam nyalaan api ditarik ke arah jarum positif. Ion-ion positif pula ditolak. Kewujudan kedua-dua ion-ion positif dan ion-ion negatif dalam nyalaan api menerangkan betapa senangnya untuk mendiscaskan elektroskop yang bercas dengan mendekatkannya kepada lilin atau mancis, tidak kira apa jenis cas yang terdapat pada elektroskop.

UNIT BAGI CAS

Unit cas ialah Coulomb (C). Coulomb sangat besar casnya berbanding dengan cas pada elektron. Robert Milikan (1868-1953), seorang ahli fizik berbangsa Amerika telah menemui elektron yang mempunyai cas negatif -1.6 X 10-19 C. Ini bermakna bilangan elektron bagi 1C ialah:

elektron.
Contoh 1.7 2 C = 2 x 6 x 1018 = 1.2 x 1019 elektron 0.5 C = 0.5x 6 x 1018 = 3 x 1018 elektron. Kuantiti cas yang lebih kecil boleh ditulis dalam unit nanoCoulomb (1nC = 10-9 C) atau microCoulomb(1 C = 10-6 C). Contoh 1.8 50 nC = 50 x 10-9 nC = 5 x 10-8 C Jadi, 50 nC = 5 x 10-8 x 6 x 1018 elektron = 3 x 1011elektron = 6 X 1012 elektron (1 = 10-6 x 6 x 1018 )

13

ELEKTROSTATIK
Daya-daya Antara Dua Cas

Charles Augustin de Coulomb (1736-1806), seorang ahli fizik berbangsa Perancis, telah mengkaji daya-daya antara dua cas dan telah menemui dua hubungan yang penting. Beliau mendapati besarnya daya antara dua cas pada suatu sfera bergantung kepada: a. b. Saiz cas (lebih banyak cas pada mana-mana sfera tersebut, lebih besar daya antara kedua-duanya), dan Jarak antara cas-cas(lebih jauh jarak antara dua cas, lebih kecil daya antara kedua-duanya) Coulomb juga telah menunjukkan bahawa: Daya antara dua sfera yang bercas berkadar terus dengan banyaknya cas pada setiap sfera. Jika cas-cas pada setiap sfera ialah q1 dan q2, maka F Contoh 1.9 Situasi dalam Rajah 1.13 menunjukkan jarak antara dua cas adalah sama.
Daya = 2F Daya= F Daya = 4 F

a.

q1 x q2

cas pada satu sfera menjadi dua kali ganda. Daya antara cas-cas juga menjadi dua kali ganda

cas pada kedua-dua sfera menjadi dua kali ganda. Daya antara cas-cas juga menjadi empat kali ganda.

Rajah 1.13

b.

Daya antara dua sfera yang bercas berkadar songsang dengan jarak kuasa dua antara dua sfera yang bercas. Jika jarak antara sfera ialah d dan saiz bagi daya ialah F maka F

14

ELEKTROSTATIK

Contoh 1.10 Situasi dalam Rajah 1.14 menunjukkan cas bagi setiap sfera adalah malar.

Daya= 16 F

Daya= 4 F

jarak antara kedua-dua sfera menjadi dua kali ganda. Daya antara cas-cas ber kurang sebanyak empat kali ganda (22).

Rajah 1.14 Hukum Coulomb menggabungkan dua hubungan iaitu F dan menghasilkan F = di mana k ialah pemalar, dan bersamaan dengan 9 x10 9 Nm2C-2. Contoh 1.11 Cas +l mC dan cas -2 mC dipisahkan dengan jarak 0.5 m. Daya antara kedua-duanya ialah menarik antara satu sama lain dan: F= = F = -72 x 10-3 N a. Tanda negatif bermakna menarik dan tanda positif bermakna menolak. Jadi, daya tarikan pada setiap cas ialah 72 X 10-3N. [1 mC = 1 x 10-3 C] q1q2 dan F ,

15

ELEKTROSTATIK
b. Walaupun kedua-dua cas tersebut tidak sama, ianya menarik antara satu sama lain pada magnitud yang sama (72 X 10 -3N).

Contoh 1.12 Dua cas yang sama +q, dipisahkan dengan jarak d, mempunyai daya tolakan F antara kedua-dua cas tersebut. Apakah daya yang baru apabila a. b. c. Kedua-dua cas digandakan dan pemisahan antara cas-cas tetap sama? Cas-cas tetap sama dan pemisahan antara cas-cas digandakan? Satu cas berubah menjadi +3q, dan satu lagi menjadi +2q dan pemisahan antara cas-cas tersebut menjadi setengah?

Penyelesaian Oleh kerana kedua-dua cas adalah sama, formula boleh ditulis:

= a. =4x = 4F (daya bertambah 4 kali ganda) b. F= = = (daya berkurang 4 kali ganda) (disebabkan jarak digandakan daripada d kepada 2d) (disebabkan setiap cas digandakan daripada q kepada 2q)

16

ELEKTROSTATIK
c. F= = = = 24F (daya bertambah 24 kali ganda) Hukum Coulomb adalah sama dalam bentuk Hukum Universal Kegravitian Newton. Bagaimana pun, Hukum Coulomb melibatkan cas manakalaHukum Universal Kegravitian Newton melibatkan jisim. Hukum Coulomb: Hukum Newton: F= F=
( )

(disebabkan jarak menjadi setengah, cas-cas bertambah menjadi 3q dan 2 q)

Dalam Hukum Kegravitian, daya-daya sentiasa menarik, tetapi dalam elektrostatik, daya-daya sama ada menarik atau pun menolak.

LATIHAN

a.

Rajah 1.15 menunjukkan turutan sebuah rod bercas negatif yang mengecas sebuah elektroskop yang neutral.Isikan tempat kosong bagi setiap rajah tersebut.

Rajah 1.15 a. cas pada piring _______, daun emas______. b. cas pada piring _______, daun emas ______. c. daun emas ______ d. cas pada piring _______, daun emas ______.

17

ELEKTROSTATIK
2. Rajah 1.16 menunjukkan dua tin logam, bersentuh dan tidak bercas berada di atas blok penebat. Rod bercas negatif dibawa dekat (tidak bersentuh) pada tin A.

tin logam

tin logam

blok-blok penebat

Rajah 1.16 Lakarkan dengan teliti taburan cas-cas positif dan cas-cas negatif pada turutan gambarajah yang ditunjukkan. a. Rod bercas negatif dibawa mendekati tin A.

b.

Tin B ditarik menjauhi tin A

c.

Rod dialihkan.

3. Dengan menggunakan dua tin yang sama bersentuhan seperti soalan 2, sebuah rod bercas positif dibawa mendekati tin B. Lakarkan dengan teliti taburan cas-cas positif dan cas-cas negatif pada tin apabila: a. b. c. Tin A dan B bersentuh Tin B ditarik menjauhi tin A. Rod dialihkan.

18

ELEKTROSTATIK
4. Rajah 1.17 menunjukkan menunjukkan turutan sebuah rod bercas negatif yang mengecas sebuah elektroskop yang neutral dengan aruhan. Lengkapkan pada elektroskop dan perkataan-perkataan berkaitan dengan rajah tersebut.

Rajah 1.17 a. cas pada piring _______, daun emas______. b. cas pada piring _______, daun emas ______, elektron bergerak______ c. cas pada piring _______, daun emas ______ d. cas pada piring _______, daun emas ______. e. cas pada piring _______, daun emas ______. 5. Jika jarak antara proton dan elektron ialah 3 x 10 -11 m, gunakan hukum Coulomb untuk mencari daya elektrostatik antara proton dan elektron (cas pada proton ialah 1.6 X 10-19C).

6.

Kirakan tarikan daya elektrostatik antara cas positif 8 x10-6 C dan cas negatif -5 x 10-6 C, apabila cas-cas tersebut dipisahkan pada jarak 6 x 10-2 m.

MEDAN ELEKTRIK

Seperti medan graviti, idea medan elektrik merupakan konsep yang berguna kerana membantu kita memahami cas-cas elektrik mengalamidaya

19

ELEKTROSTATIK
elektrostatik antara satu sama lain pada suatu jarak tertentu. Medan elektrik ialah kawasan suatu objek mengalami suatu daya elektrostatik yang disebabkan oleh objek tersebut telah dicaskan. Kawasan objek tersebut berkemungkinan kosong (vakum) ataupun dipenuhi dengan sesuatu bahan. Sebagai contoh, suatu medan elektrik wujud dalam ruang di sekeliling kubah penjana Van de Graaff dan dalam dawai logam apabila arus elektrik mengalir di sepanjang dawai tersebut. Walau pun medan elektrik tidak dapat dilihat, tetapi kesan daripadanya dapat dilihat. Di sekeliling objek yang bercas atau antara objek-objek yang bercas, terdapat suatu kawasan wujudnya suatu medan elektrik. Contoh 1.13 Medan elektrik yang berbeza boleh dihasilkan antara elektrod-elektrod logam yang disambung pada penjana Van de Graaff. Kesan bagi setiap medan magnet terhadap benih rumput tersebut dapat dilihat kerana benih-benih tersebut menyusun disepanjang garis medan yang dihasilkan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.18.
Penjana Van de Graaff elektrod benih rumput terapung atas kerosin

Rajah 1.18 Corak yang berbeza dapat dihasilkan bergantung pada bentuk-bentuk elektrod yang digunakan, seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.19.

dua rod

dua plat

sebatang rod dan elektrod membulat

dua elektrod membulat

Rajah 1.19

20

ELEKTROSTATIK
Benih-benih rumput antara elektrod ini terletak dalam suatu medan elekrik. Ia mengalami suatu daya yang menyebabkannya menyusun mengikut corak garis-garis medan, sama seperti corak yang dihasilkan oleh habuk besi dalam suatu medan magnet. Corak yang dihasilkan melalui dua elektrod membulat menunjukkan bahawa benih-benih tersebut tidak terjejas berada di bahagian dalam elektrod. Ini menjelaskan bahawa cas-cas elektrostatik tidak berkumpul pada konduktor bercas yang berlubang. Elektrod bahagian dalam menjadi pelindung elektrostatik supaya tiada medan elektrik pada elektrod bahagian dalam seperti yang ditunjukkan benih-benih yang bertaburan secara rawak.

GARIS-GARIS MEDAN ELEKTRIK

Medan elektrik boleh digambarkan melalui garis-garis medan. Garis medan elektrik merupakan suatu garisan bayangan yang dilukis dalam satu medan elektrik supaya arahnya pada mana-mana titik menunjukkan arah medan elektrik pada titik tersebut. Benih-benih dalam Contoh 1.13 terletak di sepanjang garisgaris medan elektrik.

Contoh 1.14
garis-garis medan selari garis-garis medan melengkung arah medan pada titik X arah medan pada titik X

Rajah 1.20

21

ELEKTROSTATIK
Dalam suatu medan yang seragam, garisan medan elektrik adalah selari dan dipisahkan pada jarak yang sama. Bagi garis medan yang melengkung, arah bagi medan pada mana-mana titik adalah di sepanjang tangen. Lihat Rajah 1.20. Suatu medan elektrik yang seragam terbentuk di dalam suatu dawai logam apabila dawai tersebut disambungkan pada terminal-terminal bateri. Arah suatu medan elektrik pada mana-mana titik ialah arah daya ke atas suatu cas positif yang kecil diletakkan pada titik tersebut. Oleh itu, garisan medan kadang-kadang dikenali sebagai garis-garis daya. Suatu garis medan membentuk laluan yang akan dilalui oleh cas positif yang kecil jika cas tersebut bergerak di bawah pengaruh medan elektrik. Contoh 1.15 Lakaran beberapa corak medan elektrik di sekitar objek bercas ditunjukkan dalam Rajah 1.21. Lakaran ini dilukis dengan memikirkan tentang arah suatu cas positif kecil akan bergerak.

a.sfera bercas positif

b. sfera bercas negatif

c.dua sfera bercas positif

medan lemah

22

ELEKTROSTATIK

medan kuat

cas positif kecil akan bergerak ke arah bertentangan

cas positif kecil akan bergerak menghala ke arahnya

d.dua sfera bercas negatif

e.dua sfera bercas yang berlawanan cas

f. plat-plat logam bercas yang selari.

medan lemah

medan lemah

medan seragam

medan kuat

medan kuat

Rajah 1.21 Corak dalam (f) menunjukkan medan magnet yang seragam antara platplat logam. Manakala, corak-corak yang lain adalah medan magnet jejarian kerana garis-garis medannya menghala keluar daripada, atau menghala ke arah cas-cas tersebut. Corak-corak dalam Contoh C menggambarkan fakta-fakta penting berikut:

23

ELEKTROSTATIK
a. Garisan-garisan medan tidak bersilang antara satu sama lain. Jika bersilang, ia menunjukkan suatu daya boleh mempunyai dua arah dalam satu masa, dan ini merupakan perkara yang mustahil berlaku. Kekuatan medan elektrik pada mana-mana titik ditunjukkan dengan jarak antara garis-garis medan tersebut. Medan paling kuat terhasil apabila garis-garis medan adalah rapat antara satu sama lain (garis-garis medan padat atau sempit). Garis-garis medan berkelakuan sedemikian seolaholah ia saling tolak menolak antara satu sama lain. Garis-garis medan bermula daripada, atau berakhir pada, permukaan bercas pada sudut tegak. Jika tidak daripada kedua-dua mula dan akhir, sesetengah medan disepanjang permukaan menyebabkan cas-cas bergerak ke atas permukaan bercas tersebut. Ini akan mengubah corak garis-garis medan sehingga garis-garis medan tersebut bersudut tegak dengan permukaan tersebut. Garis-garis medan berkelakuan seperti seolah-olah berterusan memendekkan panjang garis-garis medan tersebut.

b.

c.

KEKUATAN MEDAN ELEKTRIK

Jika q adalah cas pada suatu sfera uji yang kecil mengalami daya di dalam medan elektrik, maka kekuatan bagi suatu medan elektrik (simbol ) dinyatakan sebagai

Unit bagi kekuatan medan elektrik ialah Newton per Coulomb, NC . adalah vektor. Arah adalah sama dengan arah bagi daya ke atas suatu cas positif kecil.
-1

Contoh 1.16

24

ELEKTROSTATIK
Suatu cas kecil, 2 elektrik. 10-9 C, mengalami suatu daya 1.5 10-4 N dalam suatu medan

Kekuatan medan elektrik ialah:

7.5

104 NC-1 mengikut arah daya. 10-6 C, diletakkan di dalam medan yang sama ialah

Daya ke atas satu cas, 6

7.5

104 6

10-6

0.45 N mengikut arah medan. Hukum Coulomb, (gantikan d dengan r) boleh diaplikasikan

pada medan di sekitar suatu cas Q. Biarkan suatu sfera uji bercas q diletakkan pada jarak r daripada Q seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.22

Rajah 1.22

Daya

ke atas q ialah

, boleh ditulis sebagai . Ungkapan

q, dan ialah magnitud

dibandingkan dengan

, menghasilkan

25

ELEKTROSTATIK
bagi kekuatan medan elektrik yang berpunca daripada suatu cas Q yang berada pada jarak r, dan merupakan satu hubungan songsang kuasa dua. Arah menghala keluar secara jejarian daripada Q. Contoh 1.17 menunjukkan kekuatan medan elektrik menjadi semakin kecil pada jarak-jaraksuatu objek bercas. Contoh 1.17 Untuk menentukan kekuatan medan elektrik yang berpunca daripada suatu cas Q, suatu unit cas uji q sebanyak 1 C boleh digunakan (walaupun fakta mengatakan ini adalah besar berbanding Q), seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.23.

Rajah 1.23 Pada titik A, suatu unit cas uji, q berada 1 m daripada Q, maka daya elektrostatik ialah:

[gantikan 2 C = 2 1.8 104 N (menolak)

10 C]

-6

tetapi ini bagi q = 1 C, maka kekuatan medan elektrik pada A ialah:

26

ELEKTROSTATIK

1.8

104 NC-1 (menghala keluar secara jejarian)

Manakala pada titik B, suatu unit cas uji, q berada 3 m daripada Q, maka daya elektrostatik:

2 oleh itu

103 N (menolak) 2 103 NC-1 (menghala keluar secara jejarian)

Kekuatan medan pada titik B adalah kali kekuatan medan pada titik A. In kerana 3 jarak kekuatan medan.

Dalam suatu kawasan dua cas elektrikyang berdekatan, medan elektrik pada mana-mana titik adalah disebabkan oleh kesan gabungan medan elektrik bagi setiap cas yang terpisah pada suatu jarak. Memandangkan adalah merupakan suatu kuantiti vektor, maka medan elektrik pada mana-mana titikadalah hasil tambah bagi dua medan elektrik.

Contoh 1.18

27

ELEKTROSTATIK
Dua cas elektrik Q1 dan Q2berada pada suatu kedudukan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.24 membentuk suatu medan elektrik pada titik A.

Rajah 1.24 Untuk mencari saiz medan elektrik pada titik A, maka medan elektrik pada titik A yang disebabkan oleh setiap cas Q1 dan Q2 adalah: E1yang berpunca dari Q1, ialah

27 NC-1arah timur E2 berpunca dari Q2, ialah

36 NC-1arah selatan

28

ELEKTROSTATIK

Kekuatan medan elektrik

pada titik A adalah hasil tambah vektor 45 NC


-1

dan

( 53.1

Oleh itu medan elektrik yang terhasil yang berpunca dari Q 1 dan Q pada A ialah 45 NC-1 timur 53.1 arah selatan.

TENAGA KEUPAYAAN ELEKTRIK

Sesetengah aspek medan graviti mempunyai persamaan dengan medan elektrik, misalnya, tenaga keupayaan elektrik dikembangkan daripada kerja yang dilakukan untuk menaikkan satu jisim, iaitu bertentangan arah dengan medan graviti bumi. Begitulah juga, simpanan tenaga keupayaan dalam suatu medan elektrik yang seragam akan dikembangkan melalui cara seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.25.

medan graviti seragam

medan graviti

Rajah 1.25

29

ELEKTROSTATIK
Suatu sfera uji kecil bercas q, mengalami suatu daya, q, dalam arah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.26. Jika cas q digerakkan pada jarak bertentangan dengan arah medan (seperti menaikkan jisim m yang bertentangan arah dengan medan graviti), kerja yang dilakukan bertentangan dengan daya, q, dan kerja ini disimpan sebagai tenaga keupayaan.

medan elektrik seragam

medan elektrik

Rajah 1.26 Kerja yang dilakukan bertentangan dengan medan elektrik, menggerakkan cas tersebut ialah: daya jarak , semasa

q q Kerja yang dilakukan disimpan dalam medan dan dikenali sebagai tenaga keupayaan elektrik. Contoh 1.19 Tenaga keupayaan elektrik tersimpan apabila suatu cas 25 C ditolak 2 cm bertentangan dengan arah suatu medan elektrik yang mempunyai kekuatan 3000 NC-1 ialah

3000 1.5

25 10-6 10-3 J

0.02

[2 cm = 0.02 m, 25 C = 25 10-6 C]

30

ELEKTROSTATIK

PERBEZAAN KEUPAYAAN ELEKTRIK

Jika persamaan

dibahagikan dengan q, kita akan dapat: [bahagikan kedua-dua belah dengan q]

Kuantiti yang ditunjukkan oleh ungkapan

ialah tenaga keupayaan yang

tersimpan per unit cas dan hanya bergantung pada kekuatan medan, , dan jarak yang digerakkan, . Ia tidak bergantung pada cas tersebut dan oleh itu ia merupakan sifat medan itu sendiri. Kuantiti ini dikenali sebagai perbezaan keupayaan elektrik (simbol b.u.) atau voltan (simbol )

Unit bagi perbezaan keupayaan elektrik ialah volt (simbol V).1 volt = 1 Joule per Coulomb, 1 V = 1 JC-1, iaitu apabila suatu cas 1 C bergerak melalui suatu b.u. 1 V, tenaga keupayaan berubah sebanyak 1 J. Di dalam suatu sel atau bateri, tenaga daripada tindak balas kimia dipindahkan kepada elektron. Sebagai contoh, satu bateri kereta 12 V memberi 12 J tenaga elektrik kepada setiap coulomb cas yang dihantar kepada suatu litar. Bagi tujuan pengukuran elektrik, sifar bagi keupayaan elektrik ialah bumi itu sendiri iaitu suatu objek bercas positif mempunyai keupayaan positif dan apabila objek tersebut disambungkan pada bumi, elektron-elektron bergerak daripada bumi kepada objek bercas positif tersebut sehingga objek itu menjadi neutral dan mempunyai keupayaan sifar, lihat Rajah 1.27.

31

ELEKTROSTATIK

keupayaan positif

elektron mengalir melalui dawai

Bumi pada keupayaan sifar

Rajah 1.27 Suatu objek bercas negatif mempunyai keupayaan negatif dan apabila objek tersebut disambungkan pada bumi, elektron-elektron bergerak daripada objek kepada bumi sehingga objek itu menjadi neutral dan mempunyai keupayaan sifar, lihat Rajah 1.28.
Keupayaan negatif

elektron mengalir melalui dawai

Bumi pada keupayaan sifar

Rajah 1.28 Apabila cas-cas positif bergerak dalam konduktor cecair atau konduktor gas, cas-cas positif tersebut bergerak daripada keupayaan yang lebih tinggi kepada keupayaan yang lebih rendah. Begitu juga tanah atau sepunya ialah istilah yang selalu digunakan dalam elektrik bagi titik dalam suatu litar elektrik yang mempunyai keupayaan sifar (simbol ). Jika titik itu disambung kepada bumi melalui sambungan bumi pada satu palam 3 pin, ia dipanggil bumi (simbol ).

32

ELEKTROSTATIK
KECERUNAN KEUPAYAAN

Definisi bagi kekuatan medan elektrik,

, susah untuk digunakan

secara eksperimen kerana sukar untuk mengukur cas secara terus. Untuk mengatasinya, persamaan boleh disusun semula untuk memberi:

Kuantiti dan boleh diukur dengan mudah menggunakan voltmeter dan pembaris, dan hasilnya, kekuatan medan elektrik lebih mudah dikira dalam keadaan praktikal. Kuantiti dikenali sebagai kecerunan keupayaan. Ianya kecerunan kerana ia merupakan ukuran perubahan keupayaan dalam suatu medan elektrik apabila suatu cas bergerak melalui suatu perubahan jarak, . Medan elektrik menghala ke arah yang berlawanan dengan arah keupayaan meningkat, lihat Rajah 1.29.
keupayaan meningkat

keupayaan tinggi

keupayaan rendah

Rajah 1.29 Jika bebas bergerak, cas-cas positif bergerak ke bawah pada kecerunan keupayaan daripada suatu keupayaan lebih tinggi kepada keupayaan yang lebih rendah, iaitu dalam arah medan elektrik (perlu diketahui bahawa arah medan elektrik ditakrifkan sebagai arah suatu cas positif akan bergerak), lihat Rajah 1.30.
medan elektrik seragam

bergerak dalam arah ditunjukkan

Rajah 1.30 Jika bebas bergerak, elektron-elektron bercas negatif bergerak ke atas pada kecerunan keupayaan berlawanan dengan arah bagi medan elektrik, lihat Rajah 1.31.

33

ELEKTROSTATIK

bergerak dalam arah

Rajah 1.31 Persamaan menghasilkan unit Vm-1 bagi kekuatan medan elektrik. Unit ini

sama dengan NC-1 seperti yang ditunjukkan berikut: [kerana V = JC-1 dan J = Nm] Contoh 1.20 Satu sfera polistirena bercas, disalut dengan cat berlogam, digantung antara dua kepingan bercas dalam jarak 2 cm, dengan b.u. 500V , seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.32. Sfera tersebut mempunyai cas -4 C.
benang penebat yang panjang

Rajah 1.32 Arah medan elektrik ialah dari kiri ke kanan (kerana cas uji positif bergerak daripada kepingan positif kepada kepingan negatif).

34

ELEKTROSTATIK
Kekuatan medan elektrik ialah

[2 cm = 0.02 m] 25000 Vm-1 (atau 25000 NC-1) Saiz dan arah bagi daya ke atas sfera ialah

25000 - 0.1 N

-4

10-6 [-4 C = -4

10-6 C]

Daya ialah 0.1 N ke kiri (arah berlawanan dengan arah ).

35

ELEKTROSTATIK

36

You might also like