You are on page 1of 33

PERSIAPAN SEBELUM

PERBICARAAN

YAA PROF ADJUNG DATO’ DR. HJ.


MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR

MAC 2021
KETERANGAN [S.100&101]

• Dua cara:
i. Lisan di Mahkamah terbuka
ii. Afidavit
SEPINA [S.102-111]

• Permintaan melalui borang MS20 difailkan di


Mahkamah mengandungi nama dan alamat
pihak yang meminta
• Bentuk sepina borang MS21, 22 dan 23 perlu
dimeteraikan
• Sepina dokumen – nama seorang sahaja,
hanya perlu kemukakan dokumen tanpa hadir
sendiri
(Sambungan)

• Kesilapan pada nama atau alamat dan


sepina belum disampaikan – boleh minta kali
kedua sepina yang dimeteraikan dan
dicatatkan perkataan “Dipinda dan dimeterai
semula”
• Penyampaian kediri dilaksanakan dalam
masa 12 minggu selepas tarikh disepina
(Sambungan)
• Tempoh kuatkuasa – hingga tamat pendengaran
keterangan saksi
• Pegawai Mahkamah tidak boleh disepina untuk kemukakan
rekod. Permintaan boleh dibuat melalui permohonan
kepada Pendaftar Mahkamah dan rekod tersebut tidak
boleh ditandakan.
• Banduan sebagai pihak dan saksi- notis permohonan ex-
parte. Borang MS24 dan perintah dalam borang MS25.
Kos membawa dibayar oleh Pemohon.
• Saksi tidak boleh dipaksa hadir sehingalah jumlah wang
yang munasabah telah ditawarkan kepada beliau
• Afidavit penyampaian – difailkan sebagai bukti
penyampaian sepina tadi telah disampaikan kepada saksi
AFIDAVIT [S.112-118]

• Maksud: dibuat dengan sumpah di


hadapan:
i. Hakim Syarie atau Pendaftar di Negeri Kelantan
ii. Hakim Syarie atau Pendaftar mengikut
kehendak kes di negeri-negeri lain di Malaysia
iii. kalau di oversea - Mana-mana pegawai Islam
Keduataan Malaysia atau Pejabat Pesuruhjaya
Tinggi Malaysia atau Konsulat atau Misi Tetap
yang diberi kuasa untuk mengendalikan
sumpah.
(Sambungan)
• Borang MS26, ketakakuran boleh diterima
mengikut budi bicara Mahkamah
• Exhibit dilampirkan untuk sokong afidavit
pemohon, dikenalpasti dan diperakui melalui
Borang MS27 (cth: sijil nikah)
• Kuasa Mahkamah menolak afidavit yang
sukar dibaca/ difahami dan cacat
• Afidavit yang telah difailkan tidak boleh
dipinda kecuali untuk betulkan kecacatan
bentuk/ kesilapan tulisan (spelling). fakta2
TIDAK boleh dipinda. Kemudian failkan
Afidavit Pembetulan
(Sambungan)

• Afidavit Tambahan boleh difailkan


sebelum perbicaraan tanpa kebenaran
mahkamah (tapi kalau eselepas
perbicaraan berjalan, kena minta
kebenaran)
• Bicara mula – tidak boleh fail kecuali
dengan kebenaran. Keengganan
Mahkamah berikan kebenaran tidak
boleh dirayu serta merta.
(Sambungan)

• Pemeriksaan balas [s.118 ]


• -2 cara:
i. Notis hasrat
ii. Kehendak Mahkamah
• Gagal hadir – tolak afidavit/ tidak
ambil kira
• Contoh notis
PENDENGARAN/ PERBICARAAN
[S.119-129]
• Lokasi :
• Saman – Mahkamah Terbuka
• Permohonan (Ms 3/ MS 49) – Kamar Hakim
• Kehadiran – sendiri, melalui peguam, penjaga ad litem
• Ketidakhadiran:
a. Buang tindakan – satu pihak pun tidak hadir
b. 121(1)(b) Mendengar and memtusukan tanpa kehadiran Defendan
dengan syarat ada bukti penyampaian dan sumpah istizhar Plaintif
c. Buang tindakan Plaintif dan dengar tuntutan balas Defendan – Plaintif
tidak hadir
d. Plaintif atau Defendan lebih seorang – boleh dengar terhadap yang hadir
dan yang tidak hadir boleh diputuskan mengikut a, b atau c.
(Sambungan)

• Budi bicara Mahkamah untuk perintah


tangguh.
• Penggantungan, penarikan balik, s.122
pembatalan atau pembuangan tidak
menghalang pendengaran dan
pemutusan tuntutan balas
• Set off bagi tuntutan bersama – jumlah
akan ditentukan
(Sambungan)

• Semasa perbicaraan Hakim perlu rekodkan:


• keterangan setakat yang didapati perlu
• penghujahan undang-undang termasuk apa-apa
bantahan terhadap keterangan
• Apa-apa memerhatian tentang tingkah laku saksi
dan perkara material yang lain
• Tandakan dokumen/ exhibit lain dan simpan
hingga habis tempoh rayuan
• Dokumen yang ditolak juga hendaklah ditanda
bagi tujuan pengenalpastian
SUSUNAN UCAPAN
• Plaintif/ Defendan buka kes sebelum
mengemukakan keterangan atau:
• Hakim boleh arahkan susunan ucapan, Cuma
yang memulakan berhak memulakan
penggulungan kes
• Bila PLaintif telah kemukakan keterangan
bagi kesnya, Hakim hendaklah memanggil
Defendan untuk buat pilihan samada:
a. Mengemukakan keterangan atau
b. Mengemukakan hujah tiada kes untuk dijawab
(Sambungan)

• Jika Defendah pilih a, Hakim hendaklah rekodkan


keterangan dan setelah selesai arahkan Defendan
membuat penghujahan menutup kesnya. Apabila
Defendan tutup kes, Mahkamah hendaklah arahkan
Plaintif mengemukakan hujah balas dan menutup
kesnya. Dalam keadaan ini juga, Mahkamah boleh
arahkan pihak-pihak failkan hujah bertulis mengikut
apa-apa sususnan dan dalam tempoh yang
ditetapkan.
(Sambungan)

• Jika Defendan pilih b, Hakim hendaklah rekodkan


hujah tiada kes untuk dijawab DAN memerintahkan
Defendan supaya mengangkat sumpah menafikan
tuntutan Plaintif DAN jika enggan, Mahkamah
hendaklah mendengar dan merekodkan hujah Plaintif
dalam menutup kesnya dan memerintahkan Plaintif
supaya mengangkat sumpah dan jika enggan,
Mahkamah hendaklah buang kesnya dan sekiranya
bersetuju, Mahkamah hendalah menbuang kes
Defendan dan membenarkan tuntutan Plaintif.
KUASA MAHKAMAH

Demi kepentingan keadilan, pada


mana-mana peringkat, Mahkamah
boleh memanggil pihak-pihak untuk
mengemukakan keterangan dan boleh
memeriksa mana-mana tempat atau
barang.
PERBICARAAN BELUM
BERAKHIR
• Dengan persetujuan pihak-pihak, Hakim
lain boleh menyambung dan
memberikan penghakiman.
• Jika tidak, perbicaraan semula akan
diadakan.
PENANGGUHAN DAN
PEMINDAHAN

Mahkamah boleh menangguhkan


perbicaraan dari masa ke masa dan
memindahkan lokasi perbicaraan dari
satu tempat ke tempat yang lain dan
juga boleh mengenakan syarat.
PENGHAKIMAN DAN
PERINTAH
• Penghakiman bertulis – tafsiran dalam s.2
• Disampaikan dalam Mahkamah Terbuka
kecuali prosiding permohonan di dalam
Kamar
• Hakim lain/ Pendaftar boleh bacakan
• Sebahagian daripada rekod
• Penghakiman persetujuan boleh direkodkan
pada bila-bila masa
(Sambungan)

• Mahkamah perlu tetapkan terma-


terma dengan jelas
• Tiga jenis perintah:
i. Perintah pembayaran
ii. Perintah menghendaki perbuatan
dilakukan
iii. Perintah menghantar serahkan
PERINTAH PEMBAYARAN
• Perintah pembayaran ansuran bermula daripada hari
pertama bulan berikutnya dan bulan berturutan.
• Penghutang Penghakiman (PHP) boleh memohon:
• Kebenaran bayaran secara ansuran
• Bayaran ansuran yang lebih rendah kalau ada perintah
bayaran ansuran
• Sekiranya perintah bayaran ansuran tertunggak
melebihi satu bulan, perintah dianggap terbatal dan
Pemiutang Penghakiman (PMP) boleh menjalankan
pelaksanaan ke atas semua amaun.
• Mana-mana pihak boleh memohon batal perintah
ansuran, tambah atau kurangkan amaun ansuran.
PERINTAH PERBUATAN

• Masa bila perbuatan perlu dilakukan perlu dinyatakan


dalam perintah
• Kalau tidak dinyatakan, 7 hari daripada traikh
penghakiman
• Penyampaian perintah/ penghakiman tidak perlu
kalau pihak/ peguam syarie hadir semasa
penghakiman dibacakan
• Tiada prosiding penangkapan dan pengkomitan
boleh diambil terhadap pihak yang tidak hadir/
diwakili sehingalah sesalinan perintah dan nois dalam
Borang MS28 disampaikan
PERINTAH MENGHANTAR
SERAHKAN

• Harta alih
• Perlu dinyatakan amaun wang yang perlu
dibayar sebagai ganti jika penghantar
serahan tidak perlu dibuat
• Kedua-dua jenis perintah di atas hendaklah
diberikan tarikh dan berkuatkuasa daripada
tarikh penghakiman/ perintah diberikan
RAYUAN

• Bagi semua rayuan (drpd MR kpd MT dan


selanjutnya ke Mahkamah Rayuan), notis
rayuan hendaklah diberi dalam Borang MS 29
• Rayuan yang dibuat boleh melibatkan seluruh
keputusan atau mana-mana bahagiannya –
s.139(3) perlu dinyatakan dalam notis rayuan.
NOTIS RAYUAN

• Hendaklah difailkan dalam tempoh 14 hari daripada


traikh keputusan dibuat – s.139(4). Setelah
menerima notis rayuan, Mahkamah berkenaan
hendaklah membekalkan kepada Perayu (selepas
bayaran dijelaskan),s atu salinan sah penghakiman
yang telah dibuat olehnya.
• Hendaklah disampaikan oleh Perayu kepada semua
pihak yang terlibat dalam rayuan itu atau kepada
Peguam Syarie masing-masing – s.139(8)
DEPOSIT

Mahkamah (dari mana rayuan itu dibuat)


hendaklah kemudian meminta deposit
(sejumlah wang) bagi menampung kos
menyediakan salinan rekod rayuan bagi
kegunaan Mahkamah yang mendengar
rayuan daripada pihak-pihak yang terlibat
dengan kes rayuan –s.139(7).
Petisyen rayuan

• Hendaklah diserahkan dalam 5 salinan kepada


Pendaftar dalam tempoh 14 hari daripada tarikh
penerimaan pemberitahuan siapnya salinan sah
penghakiman – s.141(1).
• Jika Perayu menghendaki salinan nota keterangan
yang dicatat oleh Hakim bicara, Perayu hendaklah
memasukkan petisyen rayuan dalam tempoh 14 hari
daripada tarikh notis siapnya salinan nota keterangan
diterima olehnya – s.141(1).
(Sambungan)

• Setiap petisyen rayuan hendaklah


menyatakan:
i. Isu ringkas keputusan yang dirayu
ii. Butir yang jelas mengenai undnag-undang atau
fakta yang menegenainya rayuan dibuat
iii. Semasa rayuan didengar, Perayu tidak boleh
merujuk kepada alasan-alasan lain selain apa
yang telah dinyatakan dalam petisyen
rayuannya itu, kecuali Perayu diberi izin oleh
Mahkamah yang mendengar
REKOD RAYUAN
• Perlu disediakan di bawah s.142(1)
• Mengandungi salinan perkara-perkara
berikut:
• Surat guaman yang berkaitan ( Pliding)
• Nota keterangan
• Alasan hukuam (penghakiman bertulis)
• Keputusan (lengkap merangkumi segala perintah
atau hukuman)
• Notis rayuan
• Petisyen rayuan (merangkumi alasan rayuan)
• Semua dokumen yang menjadi ekshibit dan
dokumen lain yang difikirkan berkaitan
(Sambungan)

• Bila rekod rayuan sudah siap, Mahkamah hendaklah


memaklumkan perkara itu kepada Perayu melalui
notis dalam Borang MS 32 - s.143(2)
• Apabila bayaran yang dikenakan telah dibayar oleh
Perayu, mahkamah boleh bekalkan salinan rekod
rayuan kepada Perayu (sebanyak mana olehnya) –
s.143(3).
• Satu salinan rekod rayuan hendaklah dihantar
olehMahkamah berkenaan kepada Pendfatar
Mahkamah yang boleh mendengar rayuan tersebut –
s.228(4)(b).
KESAN NOTIS RAYUAN

Notis rayuan yang difailkan tidak berkuatkuasa


menggantung pelaksanaan hukuman atau
perintah yang dibuat oleh Mahakamah
terhadapnya, tetapi Mahkamah boleh (atas
permohonan Perayu dan dengan sebab yang
munsabah) menggantung pelaksanaan
perintah itu tertakluk kepada syarat-syarat
yang difikirkan patut – s.229
KEPUTUSAN MAHKAMAH
MENDENGAR RAYUAN

• Apabila Mahkamah yang mendengar rayuan


telah membuat keputusannya dan ianya telah
dimaklumkan kepada Mahkamah dari mana
rayuan dibuat, Mahkamah itu hendaklah
melaksanakan semua yang diputuskan atau
diperintahkan oleh Mahkamah yang
mendengar rayuan tersebut – s.230
(Sambungan)

• Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah


yang mendengar rayuan tersebut
hendaklah disertakan dengan alasan-
alasannya – s.231(1)
• Suatu keputusan yang dibuat oleh
Mahkamah Rayuan Syariah adalah
muktamad – s.231(2)

You might also like