You are on page 1of 14

UJIAN KURSUS: UNDANG-UNDANG PROSEDUR MAL, KOD KURSUS: LAW635

i) NAMA : SITI NUR FAREHA BINTI AB AZIZ


ii) NOMBOR PELAJAR : 2023783429
iii) KUMPULAN : LWD01A

SOALAN 1 : Sila jelaskan kesan penarikan balik kes tuntutan fasakh dan bagaimana
hendak memfailkan semula kes fasakh yang telah ditarik balik tersebut?
JAWAPAN
Penarikan kes tuntutan fasakh dilakukan oleh Plaintif di mana Plaintif boleh dengan
kebenaran Mahkamah pada bila-bila masa sebelum prosiding keseluruhannya atau
sebahagiannya dengan memberikan notis dalam Borang MS 19 kepada Mahkamah seperti
yang diperuntukkan dalam Seksyen 95 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003. Plaintif juga perlu menyerahkan sesalinan notis tersebut kepada Defendan.

Merujuk kepada Seksyen 95(2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
2003, jika Plaintif menarik balik mana-mana prosiding tuntutan tersebut dengan kebenaran
Mahkamah sebelum penghakiman seperti yang tertakluk kepada Seksyen 95(1) Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Defendan adalah berhak mendapat
kos prosiding.

Selepas notis penarikan balik kes difailkan, Mahkamah akan mengeluarkan perintah untuk
menutup kes tersebut. Bagi penyediaan borang MS 19, notis penarikan balik perlu meletakkan
tajuk am berserta nombor kes, nyatakan bahawa Plaintif akan menarik balik keseluruhan atau
nyatakan bahagian yang ditarik balik, kemudiannya ditandatangani dan difailkan di Mahkamah
dan perlu diletakkan kepada (i) pendaftar dan (ii) defendan/peguam syarie defendan.

Kesan penarikan balik prosiding telah diperuntukkan dalam Seksyen 96 Enakmen Tatacara
Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menjelaskan “Jika plaintif telah menarik
balik prosiding di bawah seksyen 95, dia tidak boleh kemudiannya membawa tindakan bagi
kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matannya adalah sama
melainkan jika Mahkamah telah memberikan kebenaran untuk memulakan prosiding yang
baru”.

Ketika pemfailan notis penarikan balik kes tersebut, notis tersebut perlu diletakkan bahawa
Plaintif mempunyai kebebasan untuk memfailkan semula sekiranya berniat untuk memfailkan
kausa tindakan yang sama selepas penarikan balik kes yang tertakluk kepada kebenaran
mahkamah.

1
Jika Plaintif telah menarik balik mana-mana prosiding tersebut, Plaintif adalah bertanggungan
untuk membayar apa-apa kos kepada Defendan dan jika sebelum kos yang diperintahkan
oleh Mahkamah dibayar dan Plaintif telah memulakan dan membawa tindakan yang sama,
Mahkamah boleh memerintahkan supaya prosiding dalam tindakan ini digantung sehingga
kos tersebut dibayar. Ia telah dinyatakan dalam Seksyen 97 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Defendan pula pada bila-bila masa menarik balik pembelannya atau sebahagian daripadanya
dengan memberi notis kepada Plaintif dan hendaklah dalam keadaan itu, dihalang daripada
membela prosiding itu atau mana-mana bahagian daripadanya mengijut mana-mana yang
berkenaan.

Untuk pemfailan semula kes fasakh yang telah ditarik balik tersebut dengan kausa tindakan
yang sama seperti yang tertakluk kepada Seksyen 96 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syariah (Negeri Selangor) 2003 adalah perlu mendapatkan kebenaran mahkamah. Ia perlulah
difailkan pada mahkamah yang lebih tinggi dan Plaintif perlulah mematuhi arahan dan perintah
prosiding yang telah diputuskan pada pemfailan awal sebelum ini. Permohonan pemfailan
semula boleh dilakukan secara lisan tetapi tertakluk dengan kebenaran mahkamah. Pemfailan
tuntutan fasakh akan difailkan melalui Saman dan Pernyataan Tuntutan seperti yang tertakluk
pada Borang MS 2.

2
SOALAN 2 : Nyatakan dua (2) keadaan yang membolehkan mahkamah membenarkan
pencantuman pihak-pihak dalam satu prosiding di Mahkamah Syariah

JAWAPAN
Merujuk kepada Seksyen 18 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
2003 telah memperuntukkan bahawa “Dua orang atau lebih boleh dicantumkan sekali dalam
satu tindakan sebagai plaintif atau defendan dengan kebenaran Mahkamah atau jika—

(a) tindakan-tindakan yang berasingan dibawa oleh atau terhadap setiap seorang daripada
mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan persoalan undang-undang atau fakta
yang sama akan timbul dalam kesemua tindakan itu; dan

(b) segala hak untuk mendapatkan relief yang dituntut dalam tindakan itu, sama ada hak-hak
itu bersesama, berasingan atau sebagai pilihan, adalah berkenaan dengan atau timbul
daripada transaksi atau siri transaksi yang sama.

Berdasarkan kepada keadaan diatas,keadaan yang membolehkan percantuman pihak-pihak


pada perenggan (a) adalah dimana ia menyatakan bahawa tindakan yang berasingan
telahpun difailkan dan dibawa terhadap Defendan di mana persoalan undang-undang dan
fakta kes adalah sama yang timbul dalam kesemua tindakan yang difailkan.

Untuk perenggan (b) peruntukkan Seksyen 18 diatas, ia memperuntukkan bahawa bahawa


relif yang dituntut dalam satu tindakan adalah timbul daripada satu transaksi yang sama
walaupun hak tersebut adalah secara bersesama, berasingan ataupun pilihan, maka
pencantuman pihak-pihak dibolehkan

Walau bagaimanapun, percantuman pihak-pihak perlu mendapat persetujuan daripada pihak-


pihak dan sekiranya Mahkamah mendapati bahawa tindakan percantuman tersebut boleh
menyulitkan defendan atau melengahkan perbicaraan atau menyusahkan, Mahkamah boleh
atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan defendan memerintahkan supaya diadakan
perbicaraan berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkan patut atau wajar.
Ia telah dinyatakan dalam peruntukkan pada Seksyen 18(2) Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

3
Salah satu contoh kes yang menggunapakai peruntukkan Seksyen 18 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 ini boleh diperolehi dalam kes Kerajaan Negeri
Terengganu lwn Y.A.M Tengku Ibrahim Bin Sultan Ismail Nasaruddin Shah yang
menghakimkan “… kami mendapati Responden bukanlah satu-satunya cucu SZAIII tetapi ada
23 orang lagi cucu baginda yang lain yang boleh menuntut harta pusaka SZAIII sebagai
Plaintif. Kami berpendapat inilah keadaan yang paling sesuai untuk membuat percantuman di
bahwa Sek. 18(1) oleh Plaintif….

Oleh yang demkian, untuk permohonan percantuman pihak-pihak, boleh dirujuk kepada
Seksyen 187 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 untuk
pemfailan permohonan interlokutori di mana sesuatu permohonan semasa apa-apa prosiding,
samada sebelum atau selepas penghakiman dibenarkan dibuat kepada Mahkamah secara
nyata atau secara tersirat, maka permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang MS49 yang
disokong dengan affidavit dan hendaklah melainkan jika diarahkan selainnya oleh
Mahkamah, didengar dalam Kamar di hadapan seorang Hakim.

Merujuk kepada Seksyen 187(2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003, setiap permohonan hendaklah menyatakan jenis perintah yang dipohon
secara am dan alasan-alasan bagi permohonan tersebut, dan merujuk kepada Seksyen
187(3) permohonan interlokutori ini adalah secara permohonan “ex-parte”. Oleh yang
demikian apabila prosiding percantuman ini dibenarkan oleh mahkamah, tajuk am pada
tuntutan perlulah dipinda.

Prosedur pemfailan permohonan percantuman adalah menggunakan Borang MS 49 dengan


memasukkan tajuk am, butiran perintah yang dipohon, dan alasan permohonan bersama-
sama dengan affidavit menurut Seksyen 190 dan 191 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syariah (Negeri Selangor) 2003, setiap permohonan interlokutori hendaklah disokong dengan
affidavit seperti yang terdapat pada Borang MS 26 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003. Selanjutnya, menurut Seksyen 114 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, apa-apa dokumen yang digunakan berhubung
dengan affidavit tersebut perlu dilampirkan sebagai ekshibit di mana ekshibit tersebut perlu
dikenal pasti melalui perakuan orang yang di hadapannya affidavit tersebut diangkat sumpah.
Perakuan tersebut perlulah mengikut format seperti yang tertakluk dalam MS 27.

Sesuatu permohonan interlokutori akan disifatkan sebagai telah dibuat apabila notis telah
difailkan dan dimeterai oleh seorang pegawai di pejabat Pendaftar dan ia tidak boleh dipinda
tanpa kebenaran atau perintah mahkamah menurut Seksyen 188 Enakmen Tatacara Mal

4
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Selanjutnya, hendaklah memberi notis kepada
pihak—pihak yang lain tentang pemfailan itu atau cadangannya hendak berbuat demikian.
Apabila permohonan tersebut difailkan dan diserahkan kepada Defendan maka perlu
menunggu tarikh pendengaran permohonan tersebut.

Menurut Seksyen 191 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003,
Salinan asal apa-apa dokumen yang hendak digunakan sebagai keterangan dalam prosiding
permohonan tersebut hendaklah didapati, dibawa dan Salinan mana-mana dokumen atau
mana-mana bahagiannya hendaklah dibekalkan bagi kegunaan Mahkamah dan diberikan
kepada pihak-pihak dalam prosiding tersebut.

5
SOALAN 3 : Nyatakan cara penyampaian sepina dan tempoh penyampaian sepina yang
boleh dianggap sah mengikut peruntukkan undang-undang yang berkaitan?

JAWAPAN

Sepina dalam kamus dewasn sebagai surat yang meminta seseorang saksi hadir untuk
memberi keterangan di mahkamah. Sepina ialah juga suatu perintah kepada seseorang untuk
hadir di Mahkamah Syariah pada hari yang telah ditetapkan untuk memberi keterangan. Pihak
yang memanggil saksi perlu membayar kos perbelanjaan saksi seperti yang diperuntukkan
dalam Seksyen 110 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Terdapat dua jenis sepina iaitu dikenali sebagai Sepina Ad testicandu maksudnya
memerlukan seseorang untuk hadir ke mahkamah dan Sepina duces tecum ialah memerlukan
dokumen sebagai keterangan dikemukakan ke mahkamah

Sebelum sepina dapat disampaikan kepada orang yang berkenaan, permintaan sepina perlu
dipohon dengan memfailkan di mahakamah dengan menggunakan Borang MS 20 yang
tertakluk kepada Seksyen 102 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003. Permohonan Permintaan sepina tersebut hendaklah mengandungi nama dan
alamat pihak yang meminta sepina itu dikeluarkan jika dia bertindak secara sendiri, atau nama
firma dan alamat perniagaan peguam syarie pihak itu.

Pengeluaran sepina adalah terlaksana sebaik saja sepina itu dimetrai oleh pegawai
mahkamah menurut Seksyen 102 (2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003. Sesuatu sepina hendaklah mengikut norang-borang yang telah ditetapkanh
di bawah Seksyen 102(3) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
seperti berikut :-

A) Sepina untuk mengemukakan keterangan pada Borang MS 21;


B) Sepina untuk mengemukakan dokumen pada Borang MS 22; dan
C) Sepina untuk mengemukakan dokumen dan memberi keterangan pada Borang MS
23.

Borang permintaan yang perlu difailkan ke mahkamah bagi tujuan permintaan kepada
mahkamah untuk mengeluarkan sepina dan kebenaran mahkamah diperlukan sebelum
sepina dikeluarkan. Sesuatu permintaan mestilah mengandungi nama penuh saksi yang
hendak sidepina, nombor kad pengenalan saksi tersebut, pekerjaan dan alamat lengkap
orang yang disepina.

6
Cara penyampaian sepina hendaklah disampaikan secara kediri orang yang disepina
melainkan mahkamah memerintah sebaliknya. Penyampaian tersebut dianggap sah jika
dilaksanakan dalam masa 12 minggu selepas tarikh sepina itu dikeluarkan. Ia adalah merujuk
kepada Seksyen 106 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Affidavit penyampaian hendaklah difailkan bagi membuktikan sepina tersebut telah


disampaikan secara kediri dengan sempurna. Afidavit tersebut difailkan bagi membuktikan
penyampaian sesuatu sepina mestilah menyatakan bila, di mana, bagaimana dan oleh siapa
penyampaian itu dilaksanakan selaras dengan peruntukkan Seksyen 111 Enakmen Tatacara
Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Format pemfailan affidavit adalah tertakluk
kepada Borang MS 26 dan perakuan ekshibit pada MS 27.

Tempoh masa untuk sesuatu sepina itu berkuat kuasa sehingga tamat pendengaran yang
mengkehendaki kehadiran saksi itu ataupun sehingga saksi itu dilepaskan oleh Mahkamah
atau mana yang mahkamah fikirkan wajar menurut Seksyen 107 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Walau bagaimanapun, merujuk kepada Seksyen 104 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syariah (Negeri Selangor) 2003 telah menyatakan bahawa bagi penyampaian sepina supaya
seseorang yang menerima sepina tersebut dianggap telah dipatuhi secukupnya jika dia boleh
mengemukakan dokumen atau benda ke mahkamah tanpa kehadiranya. Ketidakhadiran
Orang yang disepinakan tersebut tidak menjadi satu kesalahan dengan syarat dokumen
ataupun benda yang diminta itu boleh dikemukakan di hadapan mahkamah pada hari
tersebut.

Bagi Saksi yang gagal hadir dikira menghina mahkamah dan boleh dikenakan penalti denda
atau pemenjaraan kerana keingkaran hadir ke mahkamah. Waran boleh dikeluarkan sebagai
ganti atau tambahan kepada saman dimana di dalam Seksyen 51 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan Mahkamah boleh, dalam mana-
mana hal yang Mahkamah berkuasa mengeluarkan saman bagi kehadiran mana-mana orang,
setelah merekodkan alasannya, mengeluarkan waran untuk menangkapnya jika—

(a) sama ada sebelum atau selepas saman dikeluarkan tetapi sebelum masa yang
ditetapkan bagi kehadirannya,Mahkamah berpendapat ada alasan untuk
mempercayai bahawa dia telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman itu;
atau

7
(b) pada masa itu dia tidak hadir dan saman itu dibuktikan telah disampaikan dengan
sempurna dalam masa yang mencukupi bagi memastikan kehadirannya mengikut
saman itu dan tiada alasan munasabah diberikan bagi ketakhadiran itu.

8
SOALAN 4 : Azli dan Hana telah bernikah pada tahun 2000 dan tidak mempunyai anak
dalam perkahwinan mereka. Mereka tinggal di Shah Alam sepanjang perkahwinan
tersebut. Azli seorang Jurutera dan Hana tidak bekerja. Sepanjang perkahwinan Azli
telah menyediakan nafkah yang secukupnya kepada Hana. Pada bulan Januari 2022
Hana telah bertindak keluar dari rumah kelamin Ketika Azli keluar bekerja dan tanpa
pengetahuan Azli. Hana telah menetap di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan
membawa keluar kesemua dokumen-dokumen penting berkaitan harta milikan yang
diperolehi dalam perkahwinan kedua-dua pihak.

Dalam perkahwinan tersebut, Azli telah membeli 2 buah rumah, 3 kenderaan dan 1
bidang tanah yang mana telah didaftarkan atas nama Hana kesemuanya. Keseluruhan
pembayaran bagi hartaharta tersebut ditanggung oleh Azli sepenuhnya. Azli telah
berjumpa dengan anda untuk mendapatkan nasihat dan khidmat anda sebagai Peguam
Syarie.

a) Nyatakan tindakan anda untuk mewakili Azli di Mahkamah Syariah?

JAWAPAN
Sebelum perlantikan dilakukan, seseorang yang dilantik untuk mewaliki Azli dalam Mahkamah
Syariah perlulah mempunyai kelayakan menurut Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama
Islam (Negeri Selangor) 2003 yang selaras dengan pengertian yang diberikan dalam Seskyen
3 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 menyatakan bahawa
“Peguam Syarie” mempunyai erti yang sama diberikan kepadanya dalam enakmen
pentadbiran.

Sebelum seseorang tersebut dilantik sebagai peguam syarie untuk mewakili Azli dalam
tindakan ini, adalah terlebih dahulu dilafazkan wakalah oleh orang yang melantiknya. Lafaz
wakalah tersebut diterima oleh peguam syarie yang dilantik di hadapan Mahkamah atau
Pendaftar. Seksyen 34(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
memperuntukkan “Pelantikan seorang Peguam Syarie hendaklah dilafazkan oleh orang yang
melantiknya, dan diterima oleh Peguam Syarie yang dilantik sedemikian, di hadapan
Mahkamah atau Pendaftar”.

Jika sesorang peguam syarie telah menerima perlantikannya selepas wakalah dibaca oleh
kedua pihak (ijab qabul antara orang yang melantik dan orang dilantik) di hadapan Mahkamah
atau Pendaftar, adalah merujuk kepada Seksyen 34(2) memperuntukkan “(2) Jika seorang
Peguam Syarie telah menerima pelantikannya di bawah subseksyen (1), dia hendaklah,
sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu, memfailkan suatu wakalah dalam

9
Borang MS 5.” Maka peguam yang dilantik perlu memfailkan wakalah pada Borang MS 5.
Dalam Borang MS 5 perlu dimasukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan (Plaintif atau
Defendan), alamat penuh (Plaintif atau Defendan), nama peguam syarie yang dilantik, nama
firma dan alamat firma, dan tandatangan (Plaintif atau Defendan), serta peguam syarie yang
dilantik. Selepas lafaz wakalah selesai, pihak Mahkamah atau Pendaftar akan memeteraikan
wakalah tersebut.

Menurut Arahan Amalan No. 2 Tahun 2004 memperuntukkan … “Arahan Amalan berhubung
penggunaan lafaz wakalah di Mahkamah Rendah tidak boleh berurutan ke peringkat
Mahkamah yang lebih tinggi dan hanya sah digunakan sebagaimana tajuk prosiding itu sahaja
kecuali dinyatakan dengan jelas di dalam lafaz.” Oleh itu, jika wakalah dilafazkan di
Mahkamah Rendah Syariah untuk sesuatu prosiding, lafaz wakalah tersebut tidak boleh
berturutan ke mahkamah yang lebih tinggi.

Selepas wakalah difailkan, dilafazkan dan diterima serta diserahkan, Langkah selanjutnya
adalah memulakan tuntutan. Saman adalah suatu arahan atau perintah daripada mahkamah
kepada seseorang untuk mengadili sesuatu tuntutan atau pertuduhan secara rasmi di
mahkamah. Bentuk saman untuk prosiding mal adalah seperti yang di peruntukkan di dalam
Seksyen 8 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dimana saman
hendaklah dimulakanseperti borang MS2 dan disertakan dengan pernyataan tuntutan yang
memenuhi syarat sebagaimana Seksyen 63 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003. . Saman adalah satu dokumen pemula untuk sesebuah kes oleh itu
iainya harus dilengkapi dengan tajuk, dialamatkan kepada Defendan, tarikh pendengaran kes,
jam dan tempat persidangan mahkamah bermeterai oleh Hakim ataupun Pendaftar
Mahkamah. Saman juga haruslah mengandungi semua persoalan asas spesifiknya kepada
permohonan Plaintif bagi mahkamah untuk memberikah keputusan atau perintah mengikut
relief atau remedi yang dirasakan sesuai di mana dalam kes Azli adalah pemfailan tuntutan di
bawah Seksyen 60 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang
memperuntukkan kuasa mahkamah terhadap memrintah nafkah bagi isteri dan efek nusyuz.

Terdapat dua cara yang perlu digunakan dalam memulakan tindakan prosiding mal di
Mahkamah Syariah iaitu, saman di bawah Seksyen 7(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan Permohonan mengikut Kaedah Am di bawah Seksyen
7(2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

10
Tempoh sah saman adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11 (1) Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 iaitu setiap saman hendaklah sah
pada mulanya selama dua belas bulan bermula dari tarikh pengeluaran.

Ini adalah antara Langkah permulaan yang perlu dilakukan dan difailkan oleh peguam syarie
yang mewakili Azli dalam tindakan dan tuntutan ini.

b) Bolehkah Azli memfailkan satu Permohonan Injunksi Harta walaupun pihak-pihak


masih belum bercerai. Nyatakan tatacara dan peruntukkan undang-undang yang
berkaitan dengan prosedur Injunksi Harta yang akan difailkan oleh Azli tersebut?

Dalam tindakan ini, perintah interim bermaksud perintah sementara. Mahkamah yang
mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk mendengar sesuatu perintah mengenai interim
adalah Mahkamah Tinggi Syariah dan mahkamah rendah syariah tidak mempunyai bidang
kuasa untuk mendengar permohonan ini. Ia telah diperuntukkan di bawah Seksyen 196
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Injuksi adalah remedi dalam bentuk arahan Mahkamah yang ditujukan kepada orang tertentu
samada menghalangnya daripada melakukan sesuatu (injuksi larangan) atau meneruskan
sesuatu tindakan atau mengarahkannya melakukan sesuatu tindakan.

Merujuk kepada kes Azrana binti Sidi Iwn Hisyamudin bin Mohd Alias @Ayit, Kes Semakan
No. 10000-003-0033-2018 telah merumuskan bahawa “Prosiding pendengaran suatu
permohonan interim lazimnya adalah ringkas iaitu sama ada pihak-pihak hanya diperlukan
untuk mengemuka/can hujah sahaja atau mengemukakan afidavit bagi menjelaskan serta
menjawab sesuatu isu yang dibangkitkan dalam permohonan interim tersebut. Ini bertepatan
dengan tujuan suatu perintah interim dikeluarkan iaitu untuk memberi hak sementara secara
segera kepada mana-mana pihak yang berkaitan, sementara menunggu kes utama
dibicarakan dan diputuskan. Mahkamah tidak akan melaksanakan proses perbicaraan penuh
sebagaimana kes-kes utama yang mana keputusan akan dibuat berdasarkan merit guaman”

11
Oleh kerana permohonan interim lazimnya dipohon bagi mendapat satu perintah yang bersifat
sementara secara segera kepada mana-mana pihak yang berkaitan sehingga permohonan
kes induk dibicarakan dan diputuskan maka permohonan interim adalah dipohon dengan
bersandarkan kepada kes induk di dalam isu yang sama.

Oleh kerana Azli perlu memfailkan injuksi harta, ia juga boleh merujuk kepada Seksyen 199
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menjelaskan
perintah penahanan mana-mana harta yang menjadi hal perkara kausa dalam tindakan ini.
Selain itu, ia juga telah dinyatakan dalam Seksyen 108 Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan (1) Mahkamah boleh, atas permohonan
mana-mana pihak kepada perkahwinan—

(a) jika sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri masih belum selesai di Mahkamah; atau
(b) dalam prosiding tersebut Mahkamah boleh membuat perintah di bawah seksyen 122,

mengeluarkan suatu perintah tegahan, menahan suami atau isteri, mengikut mana-mana
yang berkenaan, daripada melupuskan apa-apa harta yang telah diperolehi semasa
perkahwinan mereka berkuat kuasa jika Mahkamah berpuas hati adalah difikirkan perlu untuk
berbuat demikian.

(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dikenakan
hukuman sebagai suatu penghinaan kepada Mahkamah.

Dalam keadaan ini, Azli akan memfailkan kes induk di mana ia adalah mengenai nusyuz
seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 200 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003. Selepas saman dan pernyataan tuntutan untuk kes induk telah
difailkan, Plaintif berhak untuk memfailkan permohonan interim ex-parte dan ia boleh difailkan
sekali dengan perakuan segera dan bersama deraf perintah. Permohonan ex- parte hanya
boleh difailkan dalam keadaan yang mendesak, di mana dalam kes ini adalah dalam keadaan
yang mendesak kerana Hana telah keluar dari rumah kelamin dan Azli telah membeli 2 buah
rumah, 3 kenderaan dan 1 bidang tanah yang mana telah didaftarkan atas nama Hana
kesemuanya. Perakuan segera diperlukan sebelum apa-apa tindakan lanjut boleh dilakukan
oleh Hana.

12
Merujuk kepada Arahan Amalan 5 tahun 2016 telah menyatakan garis panduan prosiding ex
parte injuksi. Merujuk kepada Seksyen 197 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa mengikut budi bicaranya
untuk memberikan apa-apa perintah interim atas apa-apa terma yang difikirkan patut dan
boleh memberikan apa-apa arahan tentang prosiding selanjutnya. Permohonan untuk
mendapatkan perintah interim hendaklah dibuat dalam Borang MS 50 dan disokong dengan
affidavit dan ekshibit yang berkaitan. Dalam borang permohonan perintah interim perlu
dinyatakan jenis permohonan yang dipohon dimana dalam kes ini Azli memohon untuk
injunksi harta dan juga alasan-alasan permohonan.

Permohonan ex parte ini akan didengar oleh Hakim dengan kadar segera dalam tempoh
24jam di mana Hakim haruslah meneliti dokumen-dokumen permohonan serta mendengar
merujuk kepada faktor-faktor yang dipertimbangkan. Dalam kes ini, faktor yang perlu diambil
kira oleh Hakim adalah (i) risiko ketidakadilan atau kerugian yang tidak boleh ditukar ganti
kepada pemohon adalah lebih besar sekiranya permohonan ex-parte tidak diluluskan; (ii)
permohonan ini adalah munasabah dan tidak boleh dilengahkan.

Apabila permohonan ex-parte telah dibenarkan, Hakim akan menandatangani deraf perintah
tersebut atau meminda dan mengubah, menambah apa-apa tindakan mengikut kesesuaian
dan memeterainya selepas pindaan dibuat. Perintah yang difailkan hendaklah mengandungi
(i) bahawa mana-mana pihak yang terjejas boleh mohon untuk mengenepikan perintah ex-
parte semasa pendengaran inter parte; (ii) pihak pemohon untuk membayar ganti rugi kepada
responden sekiranya perintah tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan; (iii) Tarikh pendengaran
inter parte perlu dinyatakan dalam perintah; (iv) tempoh kuat kuasa perintah ex parte adalah
selama 30 hari; (v) dan sekiranya kes induk belum difailkan perlu memfailkan dalam tempoh
14 hari perintah ex parte dikeluarkan.

Selanjutnya, Mahkamah semasa membenarkan perintah ex parte hendaklah menetapkan


Tarikh pendengaran inter parte dalam tempoh tidak lebih daripada 30 hari dan tidak kurang
daripada 21 hari. Pemohon iaitu peguam syarie Azli perlu menyerahkan kepada responden
notis permohonan ex parte, affidavit permohonan ex parte dan perintah ex parte dalam Tujuh
hari dari tarikh perintah. Penyampaian dokumen secara kediri perlu diserahkan merujuk
kepada Seksyen 41 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan
affidavit penyampaian perlu difailkan seperti yang tertakluk kepada Seksyen 49 Enakmen

13
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Sekiranya dokumen tersebut gagal
diserahkan dalam tempoh Tujuh hari, perintah ex-parte tersebut akan berakhir.

Selepas pihak responden menerima notis permohonan ex parte, affidavit permohonan ex


parte dan perintah ex parte daripada pihak pemohon, responden boleh memfailkan affidavit
jawapan bagi tujuan membatalkan/mengenepikan perintah ex-parte dalam tempoh 14 hari
dari Tarikh penerimaan dokumen. Tiada affidavit balasan boleh difailkan oleh pemohon
melainkan terlebih dahulu mendapat kebenaran mahkamah.

Selanjutnya, pihak-pihak akan memfailkan hujahan. Pada masa yang ditetapkan untuk
pendengaran inter parte, mahkamah boleh meneliti kesemua dokumen dan affidavit dan hujah
kedua-dua pihak samada mengenepikan atau meminda atau mengekalkan perintah interim
ex parte tersebut. Prosiding inter parte hendaklah disempurnakan sebelum tamat tempoh 30
hari perintah tersebut. Perintah yang difailkan adalah mengikut peruntukkan pada Seksyen
135 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan format perintah
yang hendak difailkan adalah mengikut format Borang MS 28 dengan memasukkan tajuk am
dan perintah yang dipohon serta pengindorsannya.

14

You might also like