You are on page 1of 18

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

UNIT 5
ARUHAN ELEKTROMAGNET

5.1

PENDAHULUAN

Hampir 200 tahun yang lalu, Faraday mencari bukti untuk menunjukkan bahawa medan
magnet boleh menghasilkan arus aruhan. Beliau menggunakan radas seperti Rajah 5.1 di
bawah.
Bateri
Galvanometer
suis

Rajah 5.1: Karton uji kaji Faraday


{Gambar diambil daripada The 3rd Maxwell's Equation, http://www.maxwells-equations.com/faraday/faradayslaw.php (dicapai pada Jan 10, 2014).}

Tujuan radas ini adalah untuk mengesan kewujudan arus aruhan daripada elektromagnet yang
terhasil di X apabila suis ditutup. Perhatikan bahawa bahagian X dan bahagian Y tidak
tersambung.

Pembelajaran di unit yang lepas menceritakan tentang kewujudan medan magnet apabila
adanya arus elektrik mengalir di dalam konduktor. Inilah asas pencarian Faraday, iaitu
bolehkah arus terhasil daripada medan magnet?

Secara amnya, prinsip Faraday ini

mempunyai pelbagai aplikasi bagi kebolehgunaan kita, antaranya dalam penjanaan elektrik,
motor elektrik, transformer, mikrofon, dan sistem penyalaan enjin kereta.

Pada unit ini, kita akan menjawab persoalan itu dan mengetahui sama ada medan magnet
boleh menghasilkan arus atau tidak. Jika boleh apakah keadaan dan syarat-syaratnya?

107

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

5.2

Unit 5

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari unit ini, anda dapat:

5.3

menerangkan proses aruhan elektromagnet.

menyelesaikan masalah berkaitan hukum Faraday dan hukum Lenz.

menerangkan mengenai transformer dan arus ualang alik (a.u)

menyelesaikan masalah berkaitan transformer.

menerangkan mengenai sistem penghantaran kuasa elektrik.

menerangkan miskonsepsi dalam tajuk elektrik dan magnet.

D.G.E ARUHAN: HUKUM FARADAY DAN HUKUM LENZ

Pertimbangkan Rajah 5.2 yang menunjukkan uji kaji mudah mengenai aruhan elektrik.
0

(a)

(b)

(c)

Rajah 5.2: (a) Tiada gerakan relatif antara magnet dan gelung, tidak ada apa pesongan
jarum ammeter (b) magnet menghampiri gelung, jarum ammeter terpesong (c) magnet
menjauhi gelung, jarum ammeter terpesong pada arah bertentangan.

Pemerhatian (a): Didapati tiada gerakan jarum ammeter apabila tidak ada gerakan relatif
antara gelung dan magnet.

Pemerhatian (b) dan (c): Apabila suatu magnet digerakkan menghampiri dan kemudian
menjauhi

suatu gelung wayar, terdapat gerakan jarum galvanometer. Apabila arah

gerakan berubah, arah pesongan jarum berubah.

108

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

Kesimpulan: (i) Tidak ada arus yang dikesan di gelung jika tidak ada gerakan relatif
antara magnet, (ii) terwujud arus di dalam gegelung jika terdapat gerakan magnet, dan
(iii) arah arus yang terhasil itu berubah mengikut arah gerakan magnet.

Rajah 5.3 pula menunjukkan eksperimen jenis kedua, iaitu arus diaruhkan dalam gelung
kedua apabila suis dalam gelung X ditutup atau dibuka. Gelung X disambung kepada bateri
dan gelung Y disambung kepada galvanometer.
X

Bateri

Bateri

Galvanometer
suis

suis
Rajah 5.3: (a) menunjukkan dua gelung yang tidak disambung antara satu sama lain. Satu
gelung, iaitu X disambung kepada bateri dan gelung yang satu lagi, Y disambung kepada
galvanometer. (b) Karton bagi uji kaji (a)

Pada keadaan awal gegelung X yang disambung kepada bateri dengan suisnya dibuka
(off), seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.3(a).

Suiz ditutup, terdapat arus mengalir di gelung tersebut. Semasa suis ditutup terdapat
pesongan jarum galvanometer dan jarum itu kemudian kembali ke tempat asal. Keadaan
ini bermakna kita dapat mengesan arus aruhan di gelung Y semasa suiz dibuka. Tetapi
apabila arus di gelung X mantap, tiada lagi arus aruhan di Y. Kemudian suis dibuka. Hal
yang sama terjadi, ada pemesongan di galvanometer semasa sius dibuka (tetapi
mengikut arah pemesongan berlawanan dengan semasa suis ditutup), kemudian jarum
itu kembali ke asalan. Dalam kes ke-2 ini, arus aruhan hanya dikesan semasa suis
dibuka dan ditutup. Pada keadaan arus di gelung X mantap, tiada arus aruhan dikesan.
Mengapa?

109

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

Kesimpulan: Pemesongan jarum galvanometer menunjukkan adanya arus


yang terhasil. Arus ini dinamakan sebagai arus aruhan, iaitu hasil
daripada wujudnya d.g.e aruhan di dalam gelung.

Dalam pemerhatian mudah, kita menyatakan bahawa arus aruhan terhasil apabila ada
gerakan relatif antara magnet dan gelung (Rajah 5.2) ATAU apabila suis dibuka dan
ditutup (Rajah 5.3). Tetapi untuk lebih memahami fenomena ini kita perhatikan
kesimpulan daripada kajian Faraday, beliau mendapati bahwa faktor yang menentukan
aruhan elektromagnet ialah kadar perubahan bilangan garis medan magnet yang
merentasi satah gelung, iaitu

D.g.e aruhan terhasil dalam gegelung apabila bilangan garis medan magnet yang
merentasi satah gelung berubah.

Ini bermakna, arus aruhan itu terhasil disebabkan berlakunya perubahan garis medan magnet
yang merentasi satah gelung itu. Untuk lebih faham lagi, dan bagi membolehkan kita kaitkan
dengan dua uji kaji ringkas itu, kita terlebih dahulu perlu memahami maksud garis medan
magnet yang merentasi satah gelung.

5.3.1

FLUKS MAGNET

Bagaimana kita dapat menggambarkan bilangan garis medan magnet yang merentasi satu
satah gelung. Untuk itu, kita diperkenalkan dengan suatu kuantiti fizik dinamakan fluks
magnet, . Fluks magnet ialah ukuran bilangan garis medan magnet melalui suatu luas
kawasan.
Secara matematik, fluks magnet, diberikan oleh
= BAkos

(5.1)

iaitu ialah sudut antara vektor B dan vektor A. Ini bermakna orientasi gelung memberi
kesan pada bilangan garis medan yang merentasi gegelung ( jika arah B adalah tetap)
110

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

Nota: B ialah medan magnet dan A ialah vektoran bagi luas. Arah A ialah normal kepada
satah luas.
Unit S.I bagi fluks magnet ialah T.m2 atau weber(Wb). Untuk menjelaskan persamaan di atas
pertimbangkan Rajah 5.4 dan Rajah 5.5 yang menunjukkan vektor bagi luas dan fluks
magnet.
A= vektoran bagi luas

90o

90o
Gelung berbentuk
segi empat

Luas Permukaan

Pandangan sisi

Rajah 5.4: Vektor bagi luas

Perhatikan bahawa vektor bagi luas, A adalah berserenjang dengan luas permukaan.
Seterus, katakanlah gelung segi empat itu dikenakan medan magnet seperti yang ditunjukkan
di dalam Rajah 5.5.

B
A

Rajah 5.5: Fluks magnet = BAkos

111

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

Seterusnya perhatikan beberapa orientasi satah gegelung dengan medan magnet yang
dikenakan secara seragam, iaitu ke arah +x. Rujuk Rajah 5.6 berikut:

B
A

=BAkos
(A dan B bersudut )

=BA
(A dan B selari)

=0
(A dan B bersudut tegak)

Rajah 5.6: Fluks magnet bagi orientasi gegelung yang berbeza dalam medan megnet
seragam

Rajah 5.6 menunjukkan bahawa apabila kita mengubah orientasi gegelung, maka nilai fluks
juga diubah. Adakah cara lain untuk mengubah fluks magnet? Pertimbangkan kembali hukum
Faraday.

5.3.2

HUKUM ARUHAN FARADAY DAN HUKUM LENZ

Daripada eksperimen, Faraday merumuskan bahwa d.g.e aruhan dalam gegelung dengan
bilangan putaran N bergantung kepada

(a)

kadar perubahan bilangan garis medan yang melalui gegelung tersebut atau kadar
perubahan fluks magnet yang melalui gegelung tersebut, iaitu

(b)

bilangan gegelung N

Secara matematik ditulis sebagai

= N

(5.2)

112

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

iaitu ialah perubahan fluks magnet di gegelung untuk satu putaran. Bagi gegelung yang
mempunyai N putaran, jumlah perubahan fluks magnet ialah N. Ungkapan itu dinamakan
hukum Faraday. Tandaan negatif di persamaan memberikan maklumat mengenai polariti atau
arah d.g.e. Ianya diringkaskan oleh Hukum Lenz, iaitu

Arah arus aruhan adalah sedemikian rupa supaya kesannya menentang


perubahan fluks yang menghasilkannya.

Hukum Lenz merupakan suatu pernyataan prinsip keabadian tenaga.


Kembali kepada persamaan d.g.e aruhan, (hukum faraday), persamaan itu boleh ditulis
sebagai

= N

( BAkos)
= N
t
t

(5.3)

Kembangkan persamaan di atas, menjadi:

B
A
Kos
= N (Akos)
+ ( Bkos)
+ BA

t
t
t

(1)
(3)
(2)

(5.4)

Dapat diperhatikan bahwa terdapat tiga kuantiti yang berubah terhadap masa, yang
menghasilkan d.g.e aruhan, , iaitu
(1)

keamatan medan magnet

(2)

luas gegelung A dan

(3)

sudut .

Ungkapan (1) mewakili kadar perubahan fluks magnet dengan A dan malar.

Ungkapan (2) mewakili kadar perubahan luas permukaan gegelung dengan B dan
malar

Ungkapan (3) mewakili kadar perubahan sudut orientasi dengan B dan A malar.

113

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

Kesimpulannya, kita mempunyai tiga cara bagi mendapatkan arus aruhan, iaitu (1) ubah
medan magnet, (2) ubah luas permukaan (3) ubah orientasi atau mana-mana kombinasi (1),
(2) dan (3)

________________________________________________________________________
Latihan Penilaian Kendiri 5.1:

Mengikut pendapat anda, berdasarkan bersamaan (5.4), cara manakah yang paling mudah
untuk menghasilkan d.g.e aruhan (arus aruhan)? Terangkan
___________________________________________________________________________
CONTOH 5.1: FLUKS MAGNET

Rajah di bawah menunjukkan suatu gelung segi empat, dengan vektor luas, A diorientasikan
42 darjah daripada medan magnet, B. Kirakan fluks magnet dalam unit S.I.

B= 0.02T
A

6.8 cm

5.1 cm
Penyelesaian
Diberikan = 42o. Maka fluks magnet:
= BAkos = (0.02T)(0.051m)(0.068m)kos(42o) = 4.8 105 Tm2
___________________________________________________________________________

114

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

___________________________________________________________________________
CONTOH 5.2: DAYA GERAK ELEKTRIK ARUHAN
Suatu gegelung wayar mengandungi 20 lilitan dengan luas 0.0015 m2. Medan magnet
dikenakan secara bersudut tepat dengan permukaan gelung. Medan magnet awal ialah 0.050
T dan 0.10s kemudian, bertambah menjadi 0.060 T. Dapatkan purata dge aruhan yang terhasil
di dalam gegelung.

Penyelesaian:

Untuk menyelesaian masalah ini kita gunakan persamaan = N

dan = BAkos. Kita


t

perlu selesaikan persamaan ini. Medan magnet dikenakan secara bersudut tepat dengan
permukaan gelung, maka = 0. Diberikan A= 0.0015 m2. Bo = 0.050 T , B = 0.060 T dan t
= 0.10s

=N

dan

= BAkos

Dengan ini,

(BAkos()
t
BAkos Bo Akos
=N
t
B Bo
= NAkos

=N

= ( 20 ) 0.0015 m 2 cos ( 0 )

0.060 T 0.050 T
0.10 s

= 3.0 103 V

___________________________________________________________________________
CONTOH 5.3: HUKUM LENZ

Suatu magnet ditolak ke dalam gelung seperti Rajah di bawah. N=kutub utara dan S= kutub
selatan. Dapatkan arah arus aruhan yang terhasil dalam gelung tersebut.

115

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

Penyelesaian:

Untuk menyelesaikan masalah ini kita gunakan hukum lens: Arah arus aruhan
adalah sedemikian rupa supaya kesannya menentang perubahan fluks yang
menghasilkannya.

Apabila gelung ditolak ke dalam medan magnet, fluks magnet melalui gelung bertambah.

Medan magnet terhadap


permukaan gelung bertambah

Untuk mengurangkan fluks magnet ini, medan magnet dihasilkan oleh arus aruhan mesti
mengarah keluar daripada satah, maka arus aruhan melawan arah jam

Medan magnet oleh


arus aruhan

116

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

5.4

Unit 5

GENERATOR ARUS ULANG ALIK

Generator merupakan satu alat yang menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik. Satu
generator elektrik boleh menghasilkan sama ada arus terus (a.t) atau arus ulangalik (a.u).
Arus elektrik di rumah dan industri menggunakan arus ulangalik. Binaan skematik suatu
generator ditunjukkan di dalam Rajah 5.7.
Rotor

Satu putaran
lengkap

Gelung

cincin
gelincir

Stator
Masa
berus karbon

voltan a.u
(a)

(b)

Rajah 5.7 : (a) Suatu generator arus ulang alik (a.u) ringkas (b) D.g.e arus ulang alik (a.u)

Generator terdiri daripada suatu gegelung dawai yang berputar dalam medan magnet,
menghasilkan arus teraruh dalam gegelung dan seterusnya menukarkan tenaga mekanikal
kepada tenaga elektrik. Dua bahagian asas penting dalam sebuah generator elektrik adalah:
a) Bahagian medan magnet-pemegun (stator)
b) Konduktor yang boleh digerak untuk membolehkan berlakunya fluks magnetpemutar(rotor) atau angker

D.g.e teraruh di dalam gelung wayar boleh digunakan untuk menghasilkan kuasa elektrik.
Gelung wayar dipusingkan di dalam medan magnet oleh suatu faktur luaran. Pusingan gelung
wayar menyebabkan fluks medan magnet berubah, seterusnya menghasilkan suatu arus
aruhan dalam gelung wayar. Apabila gelung dipusingkan dengan laju sudut seragam, , maka
sudut, antara vektor luas, A dan medan magnet, B berubah dengan masa, iaitu = t.
Dengan itu fluks magnet diberikan oleh:
= BA kos = BA kos t

117

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

Mengikut Hukum Faraday, d.g.e aruhan bagi gelung yang berputar diberikan sebagai

= N

( BAkos)
= N
t
t

(5.5)

Nota: Perhatikan dalam generator elektrik, medan elektrik adalah seragam, luas gelung juga
adalah seragam, dan kita hanya mengubah sudut . Gelung mempunyai N lilitan

= NBA

( kost )
t

(5.6)

Secara matematik, jawapan bagi pembezaan di atas diberikan sebagai:


= NBA sin t

(5.7)

NBA ialah nilai d.g.e maksima, berlaku apabila sint = 1. Gantikan NBA=o, maka:
= o sin t

(5.8)

Nota: Perhatikan bahwa d.g.e maksima berlaku apabila t = 90o, 270o, iaitu apabila arah
vektor A dan B adalah berserenjang. Penghasilan output arus ulang alik ditunjukkan pada

Rajah 5.8 di bawah.


Pandangan melalui hujung gelung generator
= medan magnet

Rajah 5.8: Arus ulangalik untuk suatu pusingan lengkap gegelung.


118

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

Arah arus berubah secara berkala disebut arus ulang alik. Oleh kerana =2f, maka
persamaan di atas boleh ditulis sebagai
= o sin 2ft

5.5

(5.9)

TRANSFORMER DAN PENGHANTARAN KUASA

Tenaga elektrik dihantar menggunakan kabel penghantaran melalui suatu jarak yang jauh.
Keadaan ini akan menyebabkan kehilangan kuasa elektrik semasa proses penghantaran
tenaga melalui kabel penghantaran. Kehilangan kuasa elektrik diberikan oleh persamaan
(3.21):
P=I2R

iaitu I ialah arus elektrik melalui kabel dan R ialah rintangan kabel penghantaran. Rintangan
kabel penghantaran adalah tetap kerana ia lazimnya bergantung kepada bahan yang kita
gunakan. Hal ini bermakna bagi mengurangkan kuasa elektrik, nilai arus penghantaran mesti
dikurangkan.

Masalahnya, kuasa output generator ditentukan oleh (P=IV), dan bagi voltan yang tetap
(contohnya 120V), pengurangan nilai arus akan menyebabkan kuasa output juga berkurang.
Dengan itu, kita memerlukan sesuatu mekanisma supaya walaupun kita kurangkan nilai I
semasa penghantaran tenaga elektrik, kita masih boleh kekalkan nilai kuasa output akhir
diperingkat pengguna. Untuk itu kita gunakan suatu alat dinamakan transformer.

5.5.1

TRANSFORMER

Transformer merupakan suatu alat yang digunakan untuk menambahkan atau mengurangkan
voltan arus ulangalik. Ia terdiri daripada satu teras besi yang dililit dengan dua gegelung
dawai, iaitu gegelung primer dan gegelung sekunder.

119

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Gegelung
primer

Gegelung
sekunder
NP
lilitan

a.u

Unit 5

VS
(output)

VP
(input)

a.u
NS
lilitan
Gegelung
primer

Gegelung
sekunder

Teras besi

Rajah 5.9 : Transformer

Gegelung primer disambung kepada arus ulangalik, supaya arus yang berubah-ubah mengalir
di dalam gegelung primer tesebut dan menghasilkan fluks magnet yang berubah-ubah.

Fluks magnet yang berubah akan memotong gegelung sekunder melalui teras besi. Oleh itu
fluks magnet yang terangkai dalam gegelung primer dan gegelung sekunder adalah sama.
Perubahan fluks gegelung primer akan mengaruh d.g.e dalam gegelung sekunder dengan
frekuensi yang sama.

D.g.e teraruh dalam gegelung sekunder diberikan oleh:

Vs= N s

(5.10)

iaitu Ns ialah bilangan lilitan gegelung sekunder. Di dalam tranformer ideal, rintangan
gegelung adalah kecil dan boleh diabaikan. Perubahan fluks magnet di dalam gegelung
sekunder menghasilkan pengaruhan d.g.e balik. Nilainya bersamaan dengan voltan yang
dibekalkan oleh sumber voltan.

120

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

Maka

Vp= N p

(5.11)

iaitu Np ialah bilangan lilitan gegelung primer. Mendapatkan nisbah Vs terhadap Vp,
menjadikan:
Vs N s ( / t )
=
Vp N p ( / t )

atau

Vs N s
=
Vp N p

Jika transformer dianggapkan cekap (100%), kuasa input adalah sama dengan kuasa output.
Oleh kerana P=IV, maka

IpVp=IsVs

(5.12)

Persamaan di atas hanya benar jika kecekapan 100%. Biasanya transformer yang baik
mempunyai kecekapan melebihi 95%. Seterusnya

Ip
Is

Vs N s
=
Vp N p

Maka,
N
Vs= s
N
p

Vp dan

Np
Is=
Ns

I p

(5.13)

Dengan ini, kita dapat melihat kesan penggunaan transformer terhadap arus dan voltan yang
dikehendaki. Jika bilangan lilitan gegelung sekunder lebih daripada bilangan lilitan gegelung
primer, iaitu

Ns>Np, voltan

meningkat

(voltan

sekunder besar

daripada voltan

primer).Transformer menaik atau transformer injak naik. Tetapi arus sekunder berkurangan
dibandingkan dengan arus primer.

Keadaan sebaliknya bagi kes tranformer menurun atau transformer injak turun.

121

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

___________________________________________________________________________
CONTOH 3: TRANSFORMER

Satu transformer mempunyai 50 lilitan di gegelung primer dan 100 lilitan di gegelung
sekunder. (a) Jika gegelung primer disambung kepada bekalan 120V, kirakan voltan
gegelung sekunder (b) jika operasi transformer diterbalikkan, iaitu bekalan 120V disambung
kepada gegelung 100 lilitan, kirakan voltan output.

Penyelesaian

(a)

N
Vs = s Vp = (2)(120) = 240V
N
p

(b)

N
1
Vs = s Vp = (120) =60V
N
2
p

___________________________________________________________________________

5.5.2

PENGHANTARAN KUASA ELEKTRIK

Rajah 5.10 menunjukkan suatu sistem penghantaran kuasa elektrik ringkas.


Talian penghantaran
voltan tinggi

Loji
janakuasa
Transformer
menaik

12 000 V

Transformer
menurun
(pencawang)

240 000 V

24 000 V

Transformer
menurun
Pengguna

240 V

Rajah 5.10: Sistem penghantaran kuasa elektrik


{Gambar diambil daripada OPUC Kids Corner, http://www.opuc.texas.gov/kidscorner_electricity_basics.html
(dicapai pada Jan 10, 2014).}

122

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

Transformer merupakan alat yang digunakan bagi mengurangkan kehilangan kuasa elektrik
semasa proses penghantaran melalui kabel dengan jarak yang jauh. Dengan menggunakan
transformer menaik, voltan ditinggikan dan arus dapat dikurangkan, bermakna kehilangan
kuasa dapat dikurangkan (Philang=I2R). Sampai kepada pengguna, voltan direndahkan
mengikut kesesuaian dengan transformer menurun.
___________________________________________________________________________
LATIHAN 5

1.

Rajah di bawah menunjukkan satu gegelung dawai yang diletakkan bersebelahan

dengan sebuah magnet. Penunjuk galvanometer terpesong apabila magnet ditolak masuk ke
dalam gegelung.

Bagamanakah pesongan jarum galvanometer boleh ditambah?

2.

Satu gelung dengan jejari 20 cm diletakkan di dalam medan magnet seragam dengan

magnitud B = 0.15 T dalam pelbagai orientasi. Kirakan fluks magnet jika vektor luas, A
gelung adalah:
(i)

selari dengan medan magnet B

(ii)

serenjang dengan medan magnet B dan

(iii)

berada pada sudut 40o dengan medan magnet B.

3.

Satu gelung segi empat diletakkan di dalam medan magnet seragam 0.25 T dengan

sudut 60o terhadap medan magnet tersebut. Kirakan luas gelung segiempat tersebut jika
jumlah fluks magnet yang terhasil ialah 0.5 T.m2.

123

SRF 3023 KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN, DAN GELOMBANG

Unit 5

4.

Nyatakan hukum Faraday.

5.

Satu wayar panjang dan gelung konduktor segi empat berada di satah yang sama.

Wayar lurus membawa arus malar, I seperti ditunjukkan dalam Rajah di bawah.
Arah gerakan wayar

Katakanlah wayar berarus itu digerakkan ke arah gelung segiempat. Nyatakan arah arus
aruhan yang terhasil di dalam gelung tersebut.

6.

Satu 6 V bateri disambungkan di bahagian gegelung primer sebuah transformer seperti

rajah di bawah. Berapakah bacaan voltan G merentasi gegelung B setelah suiz S ditutup.
Terangkan jawapan anda

7.

Transformer injak naik dibina supaya mempunyai voltan output 2200 Vrms apabila
gelung primer disambung merentasi sumber 110 Vrms.
(i)

Jika gelung primer mengandungi 80 lilitan, berapakah bilangan lilitan yang


diperlukan di gegelung sekunder?

(ii)

Jika arus dalam gegelung sekunder 1.50 A, apakah arus dalam gegelung
primer, anggapan keadaan unggul?

(iii)

Jika transformer mempunyai kecekapan 95%, apakah arus dalam gegelung


primer apabila arus sekunder 1.20 A?

124

You might also like