You are on page 1of 5

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Ke- 1 : Minggu Pertama : 31 Mac 2014 hingga 4 April 2014 : Minggu Pertama di SK Kapa Tamparuli, Tuaran, Sabah.

Pada minggu pertama praktikum yakni 31 Mac 2014 hingga 4 April 2014, saya dan rakan praktikum yang lain agak lewat untuk berjumpa dengan guru besar kerana perjumpaan kami terpaksa ditunda ke sebelah tengahari lantaran lawatan nazir ke sekolah berkenaan. Oleh hal demikian, urusan untuk mengurus bagi mendapatkan maklumat sekolah agak lambat. Tambahan lagi kerani sekolah mempunyai urusan di luar dan guru penolong kanan juga menghadiri kursus di luar sekolah. Namun, pada 1 April 2014, kami dapat mengumpul maklumat sekolah. Namun begitu, maklumat tentang aktiviti dan laporan kokurikulum sekolah tidak dapat diperoleh dalam minggu pertama praktikum. Sebaliknya, hanya dapat diserahkan kepada saya dan rakan-rakan yang lain pada minggu kedua lantaran guru berkenaan menghadiri sesi latihan bola baling.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : ..............................................

Tandatangan : ............................................... Nama Tarikh : ............................................... : ...............................................

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Ke- 2 : Minggu Kedua : 7 April 2014 hingga 11 April 2014 : Penggunaan Masa Yang Tidak Kondusif

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu kedua, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi. Masalah utama ialah penggunaan masa. Pada minggu ini saya tidak dapat menguruskan masa dengan lebih baik iaitu saya terlebih menggunakan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran sehingga menyebabkan saya terlewat keluar daripada kelas. Akibatnya guru yang akan mengajar pada sesi seterusnya akan terkurang masa yang telah ditetapkan. Sememangnya, amat sukar untuk saya mengawal kelas kerana ini merupakan kali pertama saya masuk ke dalam kelas dan membuat sesi P&P kepada pelajar. Selain itu, cabaran utama saya ialah mengatur aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya masa yang diperuntukkan cukup untuk saya.

2. Analisis

Pada 7 dan 8 April 2014 saya telah memasuki kelas tahun empat Gigih untuk mengajar subjek bahasa Malaysia . Aktiviti yang telah saya rancang dan jalankan memakan masa yang banyak. Akibatnya, saya sukar untuk mengawal pelajar semasa sesi aktiviti berkumpulan sehingga memakan banyak masa pada langkah tersebut. Saya akui belum menghafal nama murid dan menyebabkan saya sukar untuk mengingati dan memanggil murid menggunakan nama sebenar.

3. Cadangan Tindakan Susulan

i. Menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid. ii. Memberikan arahan yang jelas dan tepat sebelum memulakan sebarang aktiviti. iii. Menghafal nama murid bagi memudahkan memberi arahan atau larangan.

4.Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba dan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam masa tempoh seminggu. Saya akan cuba memahirkan diri untuk merancang sesuatu yang lebih menarik perhatian murid dan bersesuaian dengan tahap murid agar masa yang ditetapkan cukup bagi saya meneruskan proses P&P

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan Nama Tarikh

: ................................................ : ................................................ : ................................................

Tandatangan : ........................................... Nama Tarikh : ........................................... : ...........................................

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal 1. Masalah / Peristiwa

: Ke- 3 : Minggu Ketiga : 7 April 2014 hingga 11 April 2014 : Masalah membaca dalam kalangan Murid Tahun 4

Sesi persekolahan hanya berjalan selama empat hari sahaja bermula dari hari Isnin hingga Rabu. Masalah yang dihadapi ialah murid-murid Tahun 4 membaca teks petikan dengan cara seolah-olah menyanyi. Selain itu, terdapat segelintir murid yang tidak dapat membezakan penggunaan tanda baca noktah dan koma. 2. Analisis

Masalah ini berlaku kerana sudah menjadi tabiat mereka membaca secara beramai-ramai seperti menyanyi. 3. Cadangan Tindakan Susulan

i. Guru perlu bertindak segera dengan membetulkan teknik pembacaan murid. ii. Murid perlu didedahkan tentang cara-cara membaca dengan betul. iii. Guru perlu mengetengahkan aspek tanda baca noktah dan koma bagi memastikan mereka dapat membaca dengan intonasi yang betul dan lancar.

4.Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh semua murid sekolah rendah terutama sekali bagi murid Tahun 4 untuk membaca dengan intonasi yang betul, sebutan yang lancar serta dengan suara yang kuat.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan Nama Tarikh

: ................................................ : ................................................ : ................................................

Tandatangan : ........................................... Nama Tarikh : ........................................... : ...........................................

You might also like