You are on page 1of 20

Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan

Definisi
Satu proses pengawalan yang berlaku apabila pelajar menggunakan maklum balas yang
diperoleh untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin juga pertukaran dan
perubahan dalam apa-apa yang mereka fahami.
Prinsip-prinsip Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan:
1. Pentaksiran ini memberi peluang dan memberi maklum balas serta mencipta
peluang kendiri.
2. Pelajar hendaklah mengetahui dan memahami tentang apakah mereka cuba capai
dan apakah yang mahu mereka capai.
3. Menjadi sebahagian daripada perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran.
4. Perancangan hendaklah termasuk strategi bagaimana untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan dan kriteria yang hendak dicapai dalam sesuatu tugasan pelajar.
5. Penghakiman terhadap aktiviti yang dijalankan akan dibuat untuk mengetahui
sama ada pembelajaran boleh dipertingkatkan.
6. Pentaksiran ini adalah sebahagian daripada keperluan utama amalan di dalam
bilik darjah dan melibatkan kedua-dua kumpulan guru dan pelajar dalam refleksi,
dialog dan membuat keputusan
7. Guru hendaklah yakin tahu, dan bersedia dan memaklumkan pelajar tentang
komen yang telah dicatatkan, rasional pemarkahan dan gred yang telah diberikan
bagi memastikan pelajar melakukan tindakan penambahbaikan.
Ciri-ciri :
1. Proses yang memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing pelajar
membina, mempraktikkan atau menambahbaikan hasilan karya seni visual.
2. Guru boleh menggunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperoleh maklumat
tentang kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau
kekurangkan yang dihadapi.
3. Pendidik dan guru menggunakan informasi dan maklumat untuk memberi maklum
balas kepada pelajar bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka.
4. Maklumat dan informasi tentang proses pembelajaran pelajar akan diperoleh oleh
pendidik dan guru. Informasi ini dijangkakan menjadi asas bagi menentukan
apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkan pelajar maju ke tahap yang
seterusnya. Hasil maklum balas daripada pelajar akan menentukan kumpulan,
strategik arahan dan sumber yang dikehendaki.
Peranan guru dalam pentaksiran dan tindakan penambahbaikan:
1. Mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar.
3. Memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran.
4. Mencipta strategi pengajaran yang berlainan bagi membantu pelajar bergerak
maju dalam pembelajaran.
5. Menyediakan maklum balas dan arahan segera untuk penambahbaikan.
Cara-cara Melaksanakan Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan:
1. Guru memaklumkan kriteria penambahbaikan yang harus dititikberatkan dalam

sesuatu karya, contohnya guru boleh berbincang dengan pelajar mengenai unsurunsur seni dan prinsip-prinsip rekaan melalui penggunaan bahasa seni visual
yang mereka fahami ke atas produk hasil kerja yang ditaksirkan. Jika terdapat
kelemahan, maka guru boleh memberikan tindakan penambahbaikan terhadap
karya yang dipamerkan.
2. Guru menunjuk cara tentang bagaimana kriteria boleh dicapai melalui latihan dan
melibatkan pelajar dengan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya.
3. Guru menyediakan conton-contoh karya yang baik dan berkualiti untuk
membimbing pelajar dalam menentukan matlamat dan mencapai prestasi yang
diharapkan.
4. Guru memberi maklum balas tentang kelemahan karya pelajar untuk
ditambahbaikan, misalnya selepas pentaksiran karya pelajar dalam penggunaan
bahan dan alat seni visual, pelajar membuat tindakan penambahbaikan ke atas
karya mereka.
Kebaikan Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan:
1. Bagi meningkatkan motivasi dan komitmen untuk pembelajaran.
2. Apabila guru memberi komitmen terhadap pembelajaran sebagai tumpuan kepada
pentaksiran, mereka telah menukarkan budaya bilik darjah kepada satu kaedah
pengesanan prestasi kemajuan pelajar.
3. Guru menggunakan dan memaklumkan laporan prestasi kemajuan pelajar bagi
tujuan perkembangan yang berkesan dan bersistematik.

Pentaksiran Konsep kendiri


Pentaksiran Konsep kendiri
Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap
tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga
menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam
sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan
harga dirinya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap
pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu
atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal
keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian.
Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri. Carl
Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang
tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain
dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep
kendiri.
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat
konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:
tanggapan diri seseorang individu
proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi
seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal
tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.
Fungsi
Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri;
membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan
kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu;
memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi
pembelajaran seterusnya;
memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan
pencapaiannya;
mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan/kekuatan
dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran, dan
membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.
Kaedah:
1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya
guru hendaklah

meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaran


mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri.
melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen
seperti senarai semak atau alat rubrik
membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan kesannya terhadap
proses pembelajaran seterusnya;
2. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri segala
butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai
semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan)
membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh
pelajar tersebut.
Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri itulah
menjadi penilaian kendiri
Konsep Kendiri Positif
Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang
baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi
pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.
Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
Menghargai
Memuji orang lain
Puas hati dengan pencapaian
Murah hati
Mudah berkawan
Puas hati dengan dirinya
Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
Peramah
Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif
Cenderung untuk merasa salah
Takut kepada kegagalan
Sering merasa bimbang
Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil
Pencapaian akademik yang rendah
Tidak gemar kerja mencabar
Kurang keyakinan pada diri sendiri
Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas
Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti

You might also like