You are on page 1of 8

A.

Panduan Membeli Peti Sejuk

• Pilih saiz peti sejuk yang menepati keperluan keluarga. Peti sejuk 550W akan menggunakan tenaga
elektrik yang bernilai RM22.50 sebulan. Elakkan daripada membeli peralatan yang bersaiz terlalu
besar.

Jangan lupa untuk mengenal pasti Energy Efficiency Ratio (EER) bagi peti sejuk. Data pada plat nama
akan memberikan maklumat tentang penggunaan kuasa bagi peti sejuk.
8 Tips Guna Peti Sejuk Untuk Jimat Elektrik

Apapun, saya suka nak berikan jalan penyelesaian untuk cuba tanggani masalah ini. Mungkin dengan
lima tips guna peti sejuk ini, akan memberikan kesan yang positif ke atas bil elektrik rumah. Apakata
kita cuba, dan lihat samada ia ada memberikan kesan untuk bil elektrik rumah di masa akan datang.
Tak cuba tak tahu. Daripada buang masa kita menempelak orang lain, kita cuba pula cara lain yang
boleh kita lakukan .. ye tak?

Tips Guna Peti Sejuk Untuk Jimat Elektrik

Memastikan pintu peti sejuk sentiasa tertutup rapat. Untuk uji pintu peti sejuk samada tertutup
dengan sempurna, letakan sehelai kertas di pintu tersebut dan tutup, jika boleh ditarik keluar .. ini
bermakna getah pada pintu peti sejuk perlu diganti.

Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya freezer peti ais anda kosong,
isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

Pastikan anda maintain suhu penyejukkan peti sejuk anda, suhu dicadangakan untuk tempat
simpanan makanan segar adalah antara 37 ke 40°F = 3 darjah celsius dan 5°F = bawah -15 darjah
celsius untuk ruang beku. Namun begitu, kalau anda menggunakan peti sejuk dua pintu, atau freezer
asing, maka suhu yang sesuai untuk tempat freezer ialah pada 0°F = -18 darjah celsius.

Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.

Tutup makanan yang disimpan dalam peti sejuk di dalam bekas. Pendedahan makanan akan
menyebabkan kelembapan bertambah di dalam peti sejuk dan ia tidak bagus untuk pengudaraan
(sama konsep dengan air cond).

Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik di dapur
anda sebab jika cuaca panas, ia akan lebih menggunakan tenaga elektrik untuk menyejukkan suhu
dalam peti sejuk.

Jika peti sejuk ada ada frost, buang dan bersihkan.

Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.

Rasanya lima tips menggunakan peti sejuk ni semua orang boleh buat, kan? Kecualilah rumah anda
tidak ada peti sejuk...huhuhu...

Jom kita cuba tips di atas kalau belum lagi lakukannya, manalah tahu ... bil elektrik akan datang akan
turun sedikit dari bulan sebelumnya.

Sumber - 8 Tips Guna Peti Sejuk Untuk Jimat Elektrik

Terima Kasih Kerana Berkongsi

Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Follow us: hasrulhassancom on


1. Gunakan peti sejuk yang berlabel
cekap tenaga .Label cekap tenaga
yang 5 bintang lebih jimat penggunaan
tenaga berbanding label cekap tenaga 3 bintang
2.
B. Panduan Pemasangan

Peti sejuk dan penyejuk beku akan membebaskan haba ketika operasi penyejukan muatannya. Haba
ini perlu dinyahkan kerana jika tidak, kompresor bagi peti sejuk dan penyejuk beku ini akan
beroperasi lebih lama. Ini menyebabkan ia menjadi terlebih panas dan akan memendekkan jangka
hayatnya. la juga akan menggunakan lebih banyak elektrik dan akan lebih cepat rosak. Perkara yang
perlu diambil kira untuk pemasangan peti sejuk dan penyejuk beku:

Peti sejuk tidak seharusnya diletakkan di tempat yang panas seperti di tempat yang terdedah kepada
pancaran terus matahari atau berhampiran dengan dapur memasak.

Ruang disediakan di sekeliling peti sejuk termasuk di bahagian atas, belakang dan tepi bagi
membolehkan pengaliran udara

C. Panduan Operasi Dan Penyelenggaraan Peti Sejuk

Apabila hendak meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang kosongkan dan cuci peti ais.
Tutupkan suis dan biarkan pintunya terbuka.

Pastikan gelung kondenser sentiasa bersih. Habuk dan kotoran pada gelung kondenser akan
mengurangkan kecekapan peti sejuk.

Susun makanan di dalam peti sejuk supaya ada ruang di sekelilingnya bagi membolehkan pengaliran
bebas udara.

Sentiasa sejukkan makanan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Elakkan daripada kerap membuka ataupun sengaja membiarkan pintu peti sejuk terbuka.
PELABELAN KECEKAPAN TENAGA : SISTEM KADARAN BINTANG DAN LABEL

label2

Gambar: Label Tenaga Barangan Elektrik

Pelabelan Kecekapan Tenaga merupakan suatu alat penting untuk mendidik dan meningkatkan
kesedaran pengguna mengenai penggunaan tenaga bagi alat elektrik di rumah. Label kecekapan
tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk dan
mempromosikan alat eletrik cekap tenaga dalam pasaran. Pengilang perlu mematuhi piawaian dan
syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini
sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model yang di keluarkan.

Label kecekapan tenaga ini memberi maklumat kepada pengguna tentang penggunaan tenaga bagi
setiap peralatan elektrik. Label kadaran tenaga atau energy rating label menunjukkan anggaran
penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik berdasarkan sistem kadaran kecekapan tenaga.
Kadaran 1 hingga 5 ditunjukkan dalam label bermakna 1-bintang adalah yang paling kurang cekap
dan 5-bintang adalah yang paling cekap.

Label ini mengandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam bagi setiap
alat elektrik, berdasarkan keputusan ujian makmal yang diiktiraf. Maklumat yang disediakan akan
membantu pengguna untuk memilih model yang paling cekap tenaga semasa membuat pembelian
peralatan elektrik. Penggunaan peralatan elektrik 5-Bintang akan mengurangkan penggunaan
elektrik dan bil elektrik di rumah. Ini secara langsung akan menghasilkan pendapatan isi rumah boleh
guna atau disposable household income yang lebih tinggi terutamanya dalam jangka masa yang
panjang yang akan meningkatkan kualiti kehidupan.
Alat eletrik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi Kadaran Bintang kecekapan tenaga ialah
peti sejuk, penyaman udara, televisyen dan kipas yang digunakan di rumah.

You might also like