You are on page 1of 27

PEMANAS MUDAH ALIH

NURUL AZIMAH AHMAD ARZAAI

Laporan ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan


Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) Dengan Kepujian

Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer


Universiti Teknikal Malaysia Melaka

APRIL 2008
ABSTRACT

This Portable Warmer can warm bottles and baby food more accurately with
more consistent temperature. The warming chamber fits any bottle type also the cup or
mug. It use thermostat as the temperature selector device with the temperature range
from 37°C to 80°C. The thermostat also acts as the temperature regulator to maintain the
temperature at the desired value. Besides that, the Portable Warmer is able to display the
temperature on a 7-segment display. This project can be divided into three sections. The
first section is about the construction of the heating part for the warmer. The second
section discusses the construction of the temperature sensor with digital display while
the third section talks about the timer. By using this Portable Warmer, user can warm
drinks, baby food and formula even during on the go.
ABSTRAK

Pemanas Mudah Alih adalah sejenis alat untuk memanaskan botol susu, makanan
bayi dan minuman seperti kopi dan teh. Bekas pemanasnya boleh memuatkan pelbagai
jenis botol termasuk cawan. Ia menggunakan termostat sebagai radas pilihan suhu;
berjulat dari 37°C hingga 80°C. Selain itu, alat ini juga akan memaparkan suhu yang
dipilih pengguna pada paparan 7-segmen. Kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama membincangakan pembinaan pemanas yang akan digunakan pada
alat. Bahagian kedua pula menjurus kepada pembinaan litar pengesan dan paparan suhu.
Manakala bahagian ketiga berkaitan pembinaan pemasa. Dengan menggunakan alat in,
pengguna boleh memanaskan minuman dan makanan bayi dengan lebih mudah
meskipun ketika berada di dalam perjalanan.
BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Projek

Pemanas mudah alih merupakan sebuah alat yang boleh digunakan untuk
memanaskan susu, makanan bayi dan minuman seperti teh dan kopi. Ia bersais kecil dan
mempunyai termostat sebagai radas pilihan suhu. Selain itu, terdapat paparan suhu pada
badan alat.

Suhu makanan adalah penting untuk memastikan penghazaman bayi dan kanak-
kanak manakala. Terdapat sesetengah kanak-kanak yang tidak suka makanan mereka
dihidangkan sejuk dan terdapat juga golongan dewasa yang lebih gemar minuman
mereka dihidangkan panas.

Susu biasanya akan diisi ke dalam botol susu sebelum diberi kepada bayi atau
kanak-kanak. Terdapat dua kemungkinan; bayi atau kanak-kanak tersebut akan terus
meminumnya atau susu tersebut akan dibiarkan terlebih dahulu sebelum diberikan
kepada mereka. Apabila kemungkinan kedua berlaku, suhu susu tersebut akan menjadi
lebih rendah daripada suhu yang sepatutnya iaitu 37°C.
Cara pemanasan yang dicadangkan oleh sesetengah pihak pengeluar botol susu
ia]ah dengan merendam botol tersebut ke dalam air panas buat seketika. Cara yang
dicadangkan sesuai untuk digunakan ketika pengguna berada di rumah tetapi adalah
tidak praktikal untuk digunakan ketika berada di dalam perjalanan, di maria sumber air
panasnya yang terhad [I].

Dengan menggunakan pemanas mudah alih ini, susu, makanan bayi dan
minuman, dapat dipanaskan mengikut suhu yang sesuai dengan lebih tepat lagi.

1.2 Objektif Projek

Objektif pertama untuk projek ini ialah untuk menghasilkan satu sistem pemanas
yang boleh memanaskan botol susu, makanan bayi dan minuman seperti kopi dan teh.
Alat pemanas ini sesuai digunakan untuk pelbagai saiz botol, termasuk cawan dan
termos.

Objektif kedua projek ini ialah untuk menyediakan tiga pilihan suhu dan paparan
suhu pada badan pemanas. Pilihan-pilihan suhu ini disediakan untuk memudahkan
pengguna memilih suhu yang bersesuaian ketika memanaskan makanan bayi, botol susu
atau minuman.

1.3 Penyataan Masalah

Suhu makanan yang sesuai adalah penting untuk bayi dan kanak-kanak. Ia
penting untuk memastikan sistem penghazaman mereka berjalan lancar. Penghazaman
makanan berfungsi di tahap terbaik pada suhu badan iaitu 37"C, kerana enzim
penghazaman berfungsi secara optimum ketika suhu ini. Suhu yang rendah akan
melambalkan aktiviti enzim manakala suhu yang terlampau tinggi akan merosakkan
enzim. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memastikan susu dan makanan bayi
berada pada suhu yang sesuai.

Selain itu, terdapat juga sesetengah manusia yang alah terhadap makanan sejuk.
Ini terjadi apabila makanan sejuk tersebut merangsang otot bronkiol untuk mengecut.
Pengecutan ini akan menyebabkan saluran udara menjadi sempit dan akhirnya seseorang
itu akan mengalami masalah pernafasan.

Suhu yang paling sesuai untuk susu ialah 37"C, iaitu suhu badan manusia
manakala untuk bijirin, suhu yang diperlukan ialah di antara 40°C hingga 50°C. Terdapat
juga makanan bayi seperti Gerber yang perlu dipanaskan sebelum dihidangkan.

Pada kebiasaannya, ibu bapa akan terlebih dahulu menyediakan susu untuk anak
mereka sebelum memulakan perjalanan atau sebelum masuk tidur. Adalah agak sukar
untuk mengekalkan suhu yang sesuai pada waktu-waktu begini.

Masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan pemanas mudah alih ini. Ia
boleh digunakan untuk memanaskan botol susu, makanan bayi dan minuman seperti
kopi dan teh. Saisnya yang kecil memudahkan ia dibawa ke mana-mana dan ianya boleh
digunakan ketika di dalam perjalanan seperti di hotel dan di pejabat. Ia mempunyai
beberapa pilihan suhu dan pemasa yang akan mematikan pemanasan secara automatik
untuk mengelakkan pemanasan yang berlebihan.

1.4 Skop kerja

Terdapat beberapa had yang telah ditetapkan kepada Pemanas Mudah Alih ini. Suhu
yang dibekalkan adalah di antara 37°C hingga 80°C sahaja. Nilai minimum suhu ini
digunakan untuk memanaskan botol susu bayi dan nilai maksimumnya adalah untuk
pemanasan minuman seperti kepi dan teh. Litar projek ini akan dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu pemanas, pemasa dan pengesan suhu.
Alat ini menggunkan bekalan kuasa 240 VAC. Ia menggunakan plug top untuk
rnenyambungkan alat pada soket di dinding. Bekalan kuasa akan disambungkan ke
termostat dan kemudian ke pemanas.

Termosatat akan menyelaras nilai voltan agar pemanasan alat pemanas mencapai
suhu yang dikehendaki pengguna. Apabila suhu yang dikehendaki tercapai, pemasa akan
mematikan alat secara automatik.

Selain itu, alat ini juga turut mempunyai paparan suhu secara digital pada badan
alat. Pengesan suhu jenis LM35 akan disambungkan kepada pemanas. Bacaan suhu yang
diambil akan disambungkan kepada ADC dan seterusnya ke paparan 7-segmen.

1.5 Metodologi

1 Bekalan Kuasa

I Pilihan Suhu
I

I Terrnostat I Paparan 7-Segmen

?+ Elemen Pemanas

I Keluaran

Rajah 1.1: Gambarajah Blok


Dari Rajah 1.1 di atas, diketahui bahawa bekalan kuasa membekalkan kuasa
kepada tennostat. Termostat akan meyelaras nilai suhu agar suhu sistem berdasarkan
nilai penentu yang ditetapkan oleh pengguna. Selepas suhu tersebut dicapai, pemasa
akan mematikan alat secara automatik. Pengesan suhu akan mengambil bacaan daripada
pemanas dan memaparkannya pada paparan 7-segmen.

Bahagian pertama ialah mencari maklumat-maklumat dan litar-litar yang


bersesuai dengan projek ini. Litar dan maklumat yang diperoleh akan dibaca, dikaji dan
dipilih berdasarkan kesesuaian projek.

Bahagian kedua ialah membina litar pemanas di atas papan uji litar dan
pengujian litar. Litar pemanas ini terdiri daripada bakalan kuasa, termostat dan plat
pemanas. Apabila kuasa dibekalkan kepada litar, ia akan memanaskan plat pemanas
berdasarkan suhu yang ditetapkan pada termostat.

Bahagian ketiga ialah membina litar pegesan suhu dan pengujian litar. Pengesan
suhu akan diletakkan di dalam bekas pemanasan untuk memastikan suhu bahan telah
mencapai nilai yang dikehendaki. Litar akan disambungkan ke paparan 7-segmen.

Bahagian keempat ialah membina litar pemasa. Pemasa akan digunakan untuk
memutuskan bekalan kuasa apabila suhu yang dipilih pengguna tercapai.

Bahagian terakhir projek ini ialah menggabungkan ketiga-tiga pecahan yang


dinyatakan di atas iaitu litar pemanas, pengesan suhu dan pemasa untuk menghasilkan
produk akhir.

1.6 Ringkasan Tesis

Bab Satu laporan ini membincangkan pengenalan projek. Ia mengandungi


perkara-perkara seperti pengenalan projek, objektif projek, penyataan masalah, skop
kerja dan penerangan ringkas metadologi.
Bab Dua membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan latar belakang
penyelidikan. Antara kandungannya ialah penerangan mengenai perspektif dan kaedah
yang digunakan dalam penyelidikan, menunjukkan teori dan konsep yang telah
digunakan dalam penyelesaian masalah projek dan hipotesis kajian yang berkaitan
dengan metadologi projek.

Bab Tiga membincangkan metodologi kajian. Ia menerangkan kaedah dan


pendekatan yang digunakan di dalam penyelesaian masalah projek. Antara kandungan
utama bab ini ialah faktor-faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan kaedah dan
kelebihan kaedah yang dipilih berbanding kaedah-kaedah lain.

Bab Empat menyatakan keputusan dan perbincangan penyelidikan. Semua


penemuan dan keputusan analisis yang diperolehi akan dipersembahkan di sini.

Bab Lima membincangkan kesimpulan dan rumusan kepada kajian yang telah
dijalankan. Selain itu, cadangan untuk kajian lanjutan turut dinyatakan di sini.
BAB I1

KAJIAN LATAR BELAKANG

Bab ini membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan latar belakang


penyelidikan. Penerangan mengenai perspektif dan kaedah yang digunakan dalam
penyelidikan, menunjukkan teori dan konsep yang telah digunakan dalam penyelesaian
masalah projek dan hipotesis kajian yang berkaitan dengan metodologi projek akan
diterangkan secara mendalam di dalam bab ini.

2.1 Bahagian Pemanasan

Terdapat banyak peralatan di dalam rumah yang menggunakan konsep kerja


yang sama dengan pemanas mudah alih ini. Antaranya ialah seterika, periuk serbaguna,
alat pembakar roti dan alat pemanas air yang terdapat di dalam bilik air. Konsep kerja
yang digunakan ialah pengguna boleh menggunakan alat-alat ini berdasarkan suhu yang
dikehendaki mereka dengan menetapkan nilai tersebut melalui penyelarasan komponen
s e ~ e r ttermostat
i yang terdapat pada badan alat.
\ Termostat /

Rajah 2.1: Contoh Penggunaan Termostat

2.1.1 Alat Pembakar Roti

Terdapat pelbagai jenis alat pembakar roti di pasaran. Meskipun terdapat


banyak perubahan terhadap rupa bentuk alat ini, tujuan utamanya masih lagi sama; untuk
menghasilkan cara pembakaran roti yang mudah dan pantas. Menurut Diana Ross [2] di
dalam artikelnya yang bertajuk Toaster,
A toaster works by applying radiant heat directly to a bread slice. When the
hread's surface temperature reaches about 310 degrees Fahrenheit, a chemical
change known as the Maillard reaction begins. Sugars and starches start to
Laramelize - turn brown - and to take on intenseflavors.
Pengguna hanya perlu memasukkan roti ke dalam alat, turunkan pemegang, dalam
masa seminit atau lebih, roti tersebut sedia untuk dihidangkan.

Alat pembakar roti mula berkerja apabila operating lever atau pemegangnYa
diturunkan ke bawah. Pada ketika ini, suis akan tertutup dan litar tertutup dihasilkan.
Keadaan ini akan dikekalkan hinggalah suhu yang ditetapkan pengguna tercapai.
Apabila suhu tesebut dicapai, pemegang akan bergerak semula ke tempat asalnya dan
dalam masa yang sama bersentuhan dengan bahagian pelepasan. Bahagian pelepasan ini
akan bergerak sehingga menghasilkan litar pintas pada alat. Roti akan keluar secara
automatik, litar terbuka terhasil dan bekalan arus elektrik akan terputus. Alat kini telah
diset semula untuk penyediaan yang seterusnya.
Setiap pembakar roti mempunyai elemen pemanas yang akan melakukan kerja-
kerja pemanasan apabila bekalan kuasa dibekalkan. Elemen atau bahan yang berbeza
akan rnemberikan tindak balas yang berbeza terhadap aliran arus elektik. Bahan itu
dikatakan bukan konduktor yang baik sekiranya ia menghasilkan nilai rintangan yang
tinggi terhadap arus elektrik yang dibekalkan. Haba akan terhasil apabila terdapat arus
elektrik yang melalui eleman disebabkan oleh rintangan tersebut. Elemen pemanasan
yang baik mempunyai nilai rintangan yang tinggi. Aloi merupakan elemen yang terbaik
di dalam kumpulannnya. Ia merupakan hasil gabungan beberapa jenis besi seperti nikel-
kromium atau lebih dikenali sebagai Nichrorne.

R9JGt5 ~.e.m.b,.?h~(a~
Motor
Moving belt

Kaki

Rajah 2.2: Pandangan Bahagian dalam Pembakar Roti

Terdapat pengubah yang berbentuk bulat di bahagian luar badan pembakar roti.
Pengubah ini berfungsi untuk menentukan darjah kegaringan roti yang diingini
pengguna. Pengubah ini akan mengubah nilai rintangan pada eleman pemanas. Semakin
tinggi rintangan, semakin mudah untuk haba terhasil dan menyebabkan semakin cepat
suhu meningkat. Peningkatan suhu berkadar terus dengan peningkatan voltan.

Terdapat juga pembakar roti jenis automatik di mana, terdapat sedikit perbezaan
pads cars kerjanya berbanding pembakar roti jenis manual. Walau bagaimanapun,
Konscp ~zmanasanyang terhasil daripada arus elektrik di elemen pemanasan masih tetap
sama. Perbezaan utamanya ialah langkah yang diambil untuk mengawal kitaran
pembakaran. Terdapat penambahan suis termostatik atau pemasa yang akan mengawal
kitaran pembakaran secara automatik.

Suis termostatik yang biasa digunakan ialah dari jenis bimetalIic strip. Jalur
bimetallic sesuai digunakan untuk mengawal kitaran pembakaran kerana ianya sensitif
terhadap haba. Ia mudah untuk berubah bentuk apabila didekatkan dengan sumber haba.

ring

Rajah 2.3: Pemasa dan Jalur Dwimetal yang Terdapat di dalam Pambakar Roti
Selain pembakar roti jenis manual, semi-automatik dan automatik, terdapat juga
pembakar roti automatik yang dikawal oleh komponen-komponen elektronik seperti IC.
Sistem ini digelar sistem kawalan embedded. Sistem ini membolehkan penambahan
fUngsi slat tanpa perlu mengganti keseluruhan sistem. Ini akan mengurangkan berat slat
dan Penggunaa ruang komponen [3].
VDD ' ~ V D C
c' AC Ilne voltage

Rajah 2.4: Skematik Elektrik untu k Toaster Oven Control System Using

Sistem ini menggunakan system kawalan on-ofldi mana, apabila suhu pembakar
lebih rendah daripada nilai yang dikehendaki pengguna, pemanas akan dihidupkan.
Apabila nilai suhu mencapai nilai yang dikehendaki, pemanas akan ditutup secara
automatik. Pemanas tidak boleh mengubah kepadatan haba yang dihasilkan tetapi
berfungsi untuk menghidupkan atau mematikan alat [4].

Suhu yang dihasilkan akan berada di sekitar nilai yang ditetapkan.


Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan nilai pada suhu untuk menghidupkan alat dan
suhu untuk mematikan alat apabila sistem ini beroperasi. Perbezaan ini dipanggil
histerisis. Ia akan menghasilkan sedikit perbezaan di antara suhu yang dikehendaki
dengan suhu yang terhasil.
Desired
telnperature

Heating Time
timeor~t

Rajah 2.5: Kelakuan Sistem On-Off

Konsep pemanasan alat pembakar roti sesuai untuk diaplikasi kepada projek
tetapi jalur dwimetal yang digunakan sebagai pengawal kitaran alat adalah tidak sesuai
untuk digunakan kerana ia terlalu sensitif terhadap perubahan haba.

Sistem kawalan automatik dengan menggunakan MC9S08QD2 boleh


diaplikasikan kepada peyelidikan. Kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk
menyelesaikan masalah histerisis yang terhasil daripada sistem ini.

2.1.2 Seterika

Dari Rajah 2.6, dapat dilihat seterika hanya mempunyai beberapa elemen pada
bahagian pemanasannya. Ianya terdiri daripada bekalan kuasa (240V AC), yang
dibekalkan secara terus daripada sumber kuasa sefasa yang terdapat di rumah-rumah,
potentiometer atau termostat yang digunakan untuk menyelaras darjah kepanasan yang
dikehendaki dan elemen pemanasan.
p=yl Elemen Pemanas

Rajah 2.6: Litar Pemanasan Seterika

2.2 Hubungan di Antara Suhu dan Rintangan Logam

Salah satu cara utama untuk mengukur suhu melibatkan perubahan rintangan
pada bahan yang terlibat. Pengesan suhu akan ditempatkan di dalam kawasan di mana
suhu akan diukur dan bacaan suhu akan diambil. Selain itu, pengukuran nilai rintangan
iga boleh dilakukan untuk tujuan pengukuran suhu

.-., Antangan Logam Melawan Suhu

Logam ialah gabungan atom-atom di dalam pepejal di mana setiap atom berada
di dalam keadaan ekuilibirium serta mengalami getaran hasil daripada tenaga terma yang
dikenakan ke atasnya. Ciri utama logam ialah setiap atom meninggalkan satu elektron
yang dipanggil elektron valens dan bergerak secara bebas di dalam logam tersebut; di
maria ia menjadi satu ikatan elektron konduksi. Ikatan elektron valens dan ikatan
elektr01-1konduksi akan bertindih di dalam logam tersebut seperti yang ditunjukkan oleh
Rajah 2.7 (a).

Berbeza dengan logam, terdapat satu ruang kecil di antara tenaga ikatan d ~ k t r o n
valens yang terletak di bahagian atas berbanding tenaga ikatan elektron konduksi seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 2.7 (b). Bahan penebat pula mempunyai jarak yang besar
di antara ikatan elektron valens dan elektron konduksi, seperti yang ditunjukkan pads
Rajah 2.7(c). Apabila arus dikenakan terhadap sesuatu logam, arus tersebut akan dibawa
oleh ikatan elektron konduksi.

W W
A A
Kondl~ksi Kondlrksi
Pertindihan ~iWg
tiaclil A W ~ kecil {
Valens
Valsns

a) Logal11

Kondrrksi

hesar
Valens

C) Penebat

Rajah 2.7: Jalur-Jalur Tenaga Pepejal

Semasa elektron-elektron ini bergerak di keseluruhan logam, ia akan berlanggar


dengan atom-atom dan molekul-molekul pegun logam tersebut. Apabila terdapat tenaga
haba dikenakan pada logam, molekul-molekul di dalamnya bergetar, elektron-elektron
konduksi akan lebih cenderung untuk berlanggar dengan atom-atom yang bergetar tadi.
Ini akan menghalang pergerakan elektron dan penyerapan tenaga turut beraku.
Oleh yang demikian, rintangan logam merupakan satu fungsi getaran atom-atom
dengan suhu. Semakin tinggi suhu, atom-atom akan bergetar pada amplitud dan
frekuensi yang lebih besar, menyebabkan lebih banyak perlanggaran elektron lalu
menghalang pengaliran dan lebih banyak tenaga yang diserap. Di sini, dapat disimpulkan
bzihawa rintangan logam berkadar terus dengan suhu.
R(T) Graf Rilltangan Relatif Melawan Suhu
R(25*C)

Rajah 2.8: Graf Rintangan Relatif Melawan Suhu

Graf pada Rajah 2.8 menunjukkan peningkatan rintangan dan suhu untuk dua
jenis logam. Perbandingan di antara rintangan melawan suhu dapat menunjukkan
perbezaan antara jenis-jenis logam. Logam yang mempunyai ketulenan yang tinggi,
mempunyai garis lengkung yang berulang. Oleh yang demikian, ia boleh digunapakai
untuk menentukan nilai suhu daripada bacaan rintangan bahan tersebut.
Nilai rintangan sesuatu logam boleh dinyatakan di dalam bentuk persamaan
sekiranya suhunya berada di dalam keadaan malar. Dari persamaan 2.1, dapat dilihat
bahawa nilai rintangan adalah dihasilkan oleh perubahan nilai resistiviti (p) logam
tersebut terhadap suhu [ 5 ] .
I
R = p -(T malar)
A

di maria R = rintangan (n)


1 = panjang (m)
A = luas (m2)
p = resistiviti ( a m )

2.2.2 Filamen

Filamen ialah seurat logam, yang biasanya dari jenis tugsten, di mana ia
digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada cahaya di dalam mentol dan kepada
haba di dalam peralatan tiub vakum.

Rajah 2.9: Filamen


Arus elektrik mengalir melalui filamen. Cahaya dan haba tehasil daripada
r~intanganelektrik oleh filamen tadi. Ia biasanya ditempatkan di dalam bekas vakum atau
di dalam bekas kaca yang tertutup untuk memastikan tiada gas yang bergerak-gerak dan
untuk memberhentikan pengoksidaan. Sejumlah kecil gas halogen boleh ditambah ke
dalam bekas tadi untuk memudahkan pemindahan atom-atom tungsten yang tersejat
kembali ke filamen, dan menghasilkan jangka hayat yang lebih lama sekiranya
digunakan pada suhu yang tingi.
Terdapat beberapa jenis filamen, iaitu:
1 . Voltan malar: Bekalan voltan yang malarltetap dibekalkan kepada filamen.
2. Arus malar: Bekalan arus yang tetap dan bekalan voltan yang berbeza
dibekalkan kepada filament.
3. Rintangan sesiri: Bekalan voltan yang dibekalkan adalah dua kali ganda dari
kadar voltannya. Sesiri perintang yang sama nilai dengan rintangan filamen turut
disertakan di dalam litar.

Hukum Ohm menyatakan kuasa yang diperolehi dari voltan malar ditentukan
dari v2/R, di mana R ialah nilai rintangan litar. Manakala, kuasa untuk arus malar ialah
I ~ R .Nilai
. rintangan filamen pula berubah mengikut nilai suhu di mana ia berkadar terus
dan perubahan suhu. Dengan yang demikian, bekalan voltan malar akan menghasilkan
kuasa maksimum apabila filamen sejuk, menjadi semakin bekurang apabila filamen
dipanaskan dan rintangannya bertambah. Bekalan arus malar akan menghasilkan kesan
yang bertentangan [6].

Masa Ims)

Rajah 2.10: Graf Masa Melawan Suhu untuk Filamen


Graf di atas menunjukkan suhu sebagai satu fungsi masa untuk ketiga-tiga jenis
bekalan kuasa. Didapati bekalan arus malar menghasilkan masa pemanasan yang lebih
lambat, tetapi tiada perubahan yang mendadak berlaku. Rintangan sesiri pula
rnenghasilkan kesan pertengahan di antara volatan dan arus malar, tetapi masih terdapat
sedikit perubahan yang mendadak. Voltan malar pula menghasilkan perubahan yang
mendadak di dalam perubahan suhunya.

2.2.3 Nikrom

Nikrom adalah sejenis wayar rintangan. Ia juga dikenali sebagai nikel-kromium,


sejenis aloi yang dihasilkan daripada nikel dan kromium. Ia terdiri daripada 80% nikel
dan 20 % kromium. Ia benvarna kelabu-perak dan tahan panas. Ia akan mula mencair
pada suhu 1400 "C.

Penambahan sejumlah kecil (<7%) kromium terhadap nikel mengakibatkan


penambahan sensitiviti aloi ini terhadap pengoksidaan. Ini terhasil berikutan kadar aliran
oksigen turut bertambah. Tetapi, keadaan ini akan terbalik sekiranya paras penambahan
kromium melebihi daripada 7% hingga ke 30%. Selepas paras ini, hanya sedikit
perubahan yang akan terhasil.

Rajah 2.11: Kesan Penambahan Kromium Kepada Resistiviti Aloi


Berikutan relatif rintangan nikrom yang tinggi dan ketahanan pengoksidaan pads
Suhu tinggi, ini menyebabkan ia sesuai dijadikan sebagai elemen pemanas. la biasanya
digunakan pada pengering rambut, ketuhar elektrik dan pembakar roti. Selain itu, ia
biasanya dibalut di gelungan wayar pada satu bahan rintangan terhadap elektrik, dan arus
akan dialirkan melaluinya untuk menghasilkan haba.

2.3 Pengesan Suhu

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengukur nilai suhu dan
setiapnya boleh digunakan untuk aplikasi yang berbeza-beza. Contohnya Thermal
Imaging (termografi, termologi dan penglihatan malam atau night vision) boleh
digunakan untuk pakaian samaran oleh pihak tentera [7].

Di antara pengesan suhu yang terdapat di pasaran ialah termistor (Thermally


Sensitive Resistance), termogandingan, infra merah, Resistance Temperature Detector
dan siri IC LM35 daripada National Semoconductor.

IC LM 35 iaiah sejenis pengesan suhu yang dikeluarkan oleh National


Semiconductor. Ia merupakan sebuah komponen yang mempunyai tiga kaki. Satu kaki
akan disambungkan ke sumber kuasa berjulat +5V hingga +20V, dan satu kaki lagi akan
dibumikan. Voltan pada terminal output berkadar terus dengan suhu dengan talaan 0.01
V bagi setiap satu darjah suhu. Contohnya, jika suhu ialah 68', voltan output akan
bernilai 0.68 V. LM 35 juga tidak memerlukan sebarang kalibrasi atau penambahan dan
mempunyai ketepatan +I-0.4"C pada suhu bilik.

Terdapat beberapa kelebihan IC ini berbanding pengesan suhu yang lain.


Antaranya ialah ia boleh mengukur suhu dengan lebih tepat berbanding termistor. Ia juga
a l ~ e u a pdan tidak akan terdedah kepada pengoksidaan. Selain itu, ia menghasilkan
xrnltnn
""I.....
n--- d - lebih tinggi berbanding termogandingan dan nilai voltan output
u tr~~ u tvang;
tersebut tidak perlu dikuatkan.
IS
SERIAL
DATA OUTPUT
1.28V
4 CLOCK

ENABLE
--
I 1 1 -
1
GND

Rajah 2.12: LM 35 Sebagai Pengesan Suhu

Dari Rajah 2.8, didapati LM 35 akan disambungkan ke perintang, IC voltan


rujukan iaitu LM 385 dan penukar analog ke digital; ADC 08031. IC voltan rujukan
merupakan sejenis komponen yang menghasilkan nilai voltan tanpa mengambil kira
beban peranti, variasi bekalan kuasa dan suhu. Ia disambungkan kepada ADC untuk
menetukan julat voltan input atau output.

ADC digunakan untuk menukarkan bacaan suhu yang diperolehi (analog) kepada
nilai digital untuk dipaparkan ke paparan 7-segmen. Output dari ADC ini akan
disambungkan ke penyahkod jenis selak BCD untuk membolehkan nilainya di baca oleh
paparan 7-segmen.

2.3.2 Termogandingan

Termogandingan merupakan gabungan dua jenis logam. Logam A dan B yang


berlainan jenis, digabungkan bersama pada bahagian hujungnya dan suhu dikenakan ke
atas bahan ini; d.g.e akan terhasil. Logam yang berbeza mempunyai tahap kepanasan
Yang berbeza. Elektron-elektron yang berada di kawasan yang lebih panas mempunyai
lebih tenaga berbanding elektron-elektron yang berada di kawasan yang lebih sejuk dan
mereka cenderung untuk bergerak ke kawasan yang sejuk. Apabila ini berlaku, beza
upaya akan terhasil. Fenomena ini digelar kesan Seebeck [8]. Logam yang sama jenis
tidak boleh digunakan kerana ia tidak akan menghasilkan suhu yang berbeza.
A

B
Gambarajah 2.13: Kesan Seebeck

Terdapat pelbagai jenis termogandingan. Jenis J, K, T dan E digunakan untuk


kegunaan awam manakala jenis R, S C dan GB pula digunakan untuk aplikasi pada suhu
yang tinggi. Setiap kalibrasi mempunyai julat suhu yang berbeza. Suhu maksima
termogandingan berkadar dengan diameter wayar logam yang digunakan untuk
membentuk termogandingan tersebut. Wayar yang terlarnpau kecil mempunyai
kebarangkalian untuk tidak mencapai suhu maksimanya.
2.3.3 Pengesan Suhu dengan Paparan Digital

. . . .

Rajah 2.14: Litar Pengesan Suhu dengan Paparan Digital


Litar 2.14 ini menggunakan bekalan kuasa 240VAC yang boleh diperolehi dari
soket saluran elektrik di rumah. Pengubah akan menginjap turunkan nilai tersebut ke
1 g v AC. Voltan akhirnya akan ditukarkan kepada arus terus (DC) melalui penerus. Litar
ini rnenggunakan IC LM 35DT sebagai pengesan suhunya. Pengesan ini akan
rnenghasilkan voltan keluaran dalam bentuk analog dan menghantar bacaan tersebut ke
IC ~ D C 0 8 0 4 .IC ini akan menghasilkan keluaran dalam bentuk nombor binari &bit
yang sama nilainya dengan nilai voltan masukan. keluaran dari ADC ini akan dihantar
ke LED. Selain menggunakan LED, keluaran dari ADC juga boleh disambungkan ke
paparan 7-segrnen [9]. Litar ini tidak dapat digunakan kerana tiada kemudahan untuk
memasukkan arahan pada ADC0804 di makmal UTEM.

2.4 Termostat

Termostat ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengawal atau menyelaras
suhu sesebuah sistem agar suhunya kekal menghampiri atau sama dengan nilai penentu
yang telah ditetapkan [I 01.

Terdapat pelbagai jenis termostat. Ada yang digunakan untuk kerja-kerja


mekanikal seperti termostat jenis bi-metal dan wax pellet. Termostat jenis bi-metal
merupakan sejenis injap automatik, di mana ia mengawal aliran berdasarkan suhu yang
ditetapkan. Manakala termostat jenis wax pallat digunakan di dalam kereta untuk
mengawal aliran penyejukan enjin.

Selain daripada termostat jenis mekanikal, terdapat juga termostat elektrik.


Temostat jenis ini dibahagikan kepada beberapa pecahan seperti jenis dua-wayar,
temostat milivot, 24 volt, termostat line voltage dan programmable thermostat.
2.4. Termostat Jenis Dua wayar

Termostat jenis dua-wayar banyak digunakan untuk peralatan di dalam rumah


eperti injap gas, kipas siling, peti sejuk, pembuat kopi, dan pengering rambut. Kuasa
yang dibekalkan kepada termostat bejulat daripada milivolt hinggalah ke 240 V.

Rajah 2.15: Mekanisme Termostat

1. Tuil kawalan nilai penentu.


2. Jalur dwi-metalik dilingkar menjadi gelung. Bahagian tengah gelung
disambungkan ke pemutar yang dihubungkan ke tuil(1).
3. Wayar mudah lentur. Wayar ini disambungkan ke injap kawalan pemanas.
4. Penghubung bergerak yang disambungkan ke jalur dwi-metalik.
5. Skru penghubung tetap. Ia disambungkan ke termogandingan dan ke slat
kawalan pemanas.
6. Magnet. Digunakan untuk memastikan sambungan penghubung yang baik
apabila penghubung ditutup. Ia juga membekalkan histeris kepada sistem untuk
mengelakkan kitaran pemanasan yang pendek.

You might also like