You are on page 1of 18

TERMOMETRI DAN

TERMOMETER

NURUL SYAMIMI BINTI MOHD ZUKI (S48504)

NURAINI BINTI RUSLAN (S48572)

NURUL ‘AIFAA ALIA BINTI ABDUL RAHMAN (S48550)


• Termometer adalah alat yang diletakkan bersentuhan dengan
objek atau bahan dan membenarkan keadaan keseimbangan
terma dengan objek atau bahan yang bersentuhan.
• Fungsi termometer memerlukan rekabentuknya mengandungi
sifat-sifat yang berubah dengan suhu.
• Contoh: Dalam termometer merkuri atau alkohol, sifat yang
dibenarkan untuk mengukur suhu dan perubahan suhu adalah
pengembangan terma cecair.
Termometri
• Ukuran suhu sistem atau keupayaan sistem untuk
memindahkan haba ke satu sistem lain.
• Pengukuran suhu adalah penting dalam pelbagai aktiviti harian
termasuk perubatan, perindustrian dan kajian saintifik.
Termometer
• Termometer adalah alat untuk mengukur suhu dengan
menggunakan bahan yang berubah bila dipanas atau
disejukkan.
• Dalam termometer merkuri atau alkohol, cecair mengembang
apabila dipanaskan dan mengecut bila disejukkan.
• Unit suhu: Farenheit (°F) atau Celcius (°C)
Keseimbangan dan Termometri
Keseimbangan Terma
• Dua objek dikatakan berada dalam sentuhan terma jika tenaga
haba boleh berpindah di antara kedua-dua objek itu.
• Apabila dua objek berada dalam keseimbangan terma, kadar
bersih pemindahan tenaga antara dua objek itu adalah sifar.
• Dua objek yang berada dalam keseimbangan terma
mempunyai suhu yang sama
Contoh:
Rajah di bawah menunjukkan 2 bongkah berada dalam sentuhan terma.
Mula-mula, suhu awal bagi kedua-dua objek adalah berbeza. Oleh itu terdapat pemindahan haba bersih daripada objek yang lebih
panas ke dalam objek yang lebih sejuk.
Selepas seketika, keseimbangan terma tercapai dan suhu kedua-dua bongkah menjadi sama. Pada masa itu, tiada pemindahan
yang bersih di antara kedua-dua bongkah.
Sebelum Keseimbangan Terma Tercapai

• Pada permulaan, suhu bongkah A lebih tinggi daripada suhu bongkah B.


• Terdapat pemindahan haba daripada bongkah A yang lebih panas ke dalam bongkah B yang lebih sejuk (1000J/s) dan juga
daripada bongkah B ke dalam bongkah A (200J/s) pada masa yang sama.
• Bagaimanapun, kadar pemindahan tenaga daripada bongkah A ke bongkah B adalah lebih tinggi daripada pemindahan tenaga
daripada bongkah B ke bongkah A.
• Akibatnya terdapat pemindahan tenaga haba bersih daripada bongkah A ke bongkah B. Suhu bongkah A semakin menurun
manakala suhu bongkah B semakin meningkat.
Selepas Keseimbangan Terma Tercapai

• Akhirnya, kedua-dua objek mencapai suhu yang sama, di mana kadar pemindahan tenaga daripada bongkah A ke
dalam bongkah B dan bongkah B ke dalam bongkah A adalah sama.
• Pemindahan tenaga haba bersih tidak berlaku daripada mana-mana objek.
• Ini dikatakan keseimbangan terma telah di capai.
Skala suhu
JENIS JENIS TERMOMETER
1)TERMOMETER DIGITAL DAN SENSOR

 Termometer yang hasil pengukurannya ditunjukkan dengan angka


elektronik secara digital.
 Sensor yang terdapat pada thermometer akan mengumpul maklumat

kemudian dipaparkan di skrin.


•Sesetengah model mempunyai ciri-ciri yang lain seperti memory
recall yang menunjukkan rekod bacaan terakhir.
•Termometer timpanik mempunyai sensor infrared yang merekod
haba badan melalui gegendang telinga.
•Terdapat beberapa jenis thermometer digital iaitu :
1. Termometer Thermocoupler
2. Termometer Resistansi Platinum
3. Termometer Non Contact Atau Inframerah
Kelebihan Kekurangan
 Mampu mengukur suhu tinggi.  Harga yang mahal.
 Mudah digunakan.  Sukar untuk dihasilkan.
Termometer inframerah tidak  Ukuran lebih besar.
memerlukan kontak dengan
permukaan yang perlu diukur.
2) TERMOMETER ANALOG

 Contoh : Termometer merkuri


 Termometer merkuri mengandungi sejalur kaca yang sempit, lebih kurang 12.7 cm
panjang dengan tanda-tanda di sepanjang satu atau kedua-dua belah
menunjukkan skala suhu dalam darjah Fahrenheit, Centigrade atau kedua-duanya.
 Cecair merkuri disimpan di dalam bebuli di hujung thermometer dan naik melalui
tiub kapilari apabila bersentuhan dengan sesuatu objek
Kelebihan Kekurangan
 Murah  Cecair merkuri berbahaya.
 Mudah disimpan dalam waktu  Mudah pecah jika tidak
yang lama. ditangani dengan baik.
 Tidak memerlukan bateri untuk  Tidak boleh mengukur suhu
berfungsi. yang sangat tinggi.
 Respon dan kecepatan
pengukuran rendah.
Aplikasi Dalam Peralatan Rumah
Ketuhar (Oven)
• Apabila makanan seperti kek atau roti yang
berada pada suhu yang lebih rendah
dimasukkan ke dalam oven, makanan itu
menyerap tenaga pada kadar yang lebih tinggi
daripada membebaskan tenaga.
• Oleh itu, suhu makanan itu meningkat naik.
• Selepas suatu masa, makanan itu mencapai
keseimbangan terma dengan ketuhar.
• Pada masa ini, pemindahan bersih tenaga
antara ketuhar dengan makanan adalah sifar.
Suhu makanan menjadi sama dengan suhu
ketuhar sehingga makanan itu masak.
Peti Sejuk (Refrigerator)

1. Haba akan berpindah dari makanan


kepada udara yang sejuk di dalam peti
sejuk.
2. Pemindahahan hab akan berterusan
sehingga kadar pemindahan haba bersih
bernilai sifar (0).
3. Suhu akhir makanan akan menjadi sama
dengan suhu udara di dalam peti sejuk.
4. Makanan akan kekal sejuk apabila telah
mencapai keseimbangan terma.
Termometer (Thermometer)

1. Termometer klinik diletakkan di bawah lidah


pesakit supaya terdapat sentuhan haba yang
baik antara termometer dengan badan
pesakit.
2. Termometer itu dibiarkan lebih kurang 1
minit untuk mencapai keseimbangan terma
dengan badan pesakit.
3. Selepas keseimbangan terma dicapai, suhu
termometer adalah sama dengan suhu badan
pesakit itu dan bacaan termometer adalah
sama dengan suhu badan pesakit.

You might also like