You are on page 1of 7

PENGGERA KEBAKARAN

-Penggera kebakaran ialah peranti yang digunakan untuk memberi amaran kepada kita tentang api. -Penggera kebakaran mempunyai sekeping jalur dwilogam yang akan dipanaskan semasa kebakaran. -Jalur dwilogam mengandungi dua jalur daripada logam yang berbeza yang mengembang pada kadar yang berbeza apabila dipanaskan.Contohnya,jalur dwilogam yang mengandungi loyang dan besi. -Jalur loyang akan lebih mengembang berbanding jalur besi mengakibatkan jalur tesebut membengkok ke arah kontak logam. -Apabila jalur dwilogam menyentuh kontak logam,maka litar akan menjadi lengkap.Arus elektrik akan mengalir melalui litar ini dan loceng elektrik akan berbunyi.

TERMOSTAT DALAM SETERIKA ELEKTRIK

-Termostat adalah alat yang digunakan untuk menyimpan perkakas atau tempat di suhu yang diperlukan. -Termostat digunakan dalam seterika elektrik, cerek elektrik, peti sejuk, ketuhar dan penghawa dingin. -Papan elektrik mempunyai termostat dwilogam yang berfungsi sebagai suis. -Apabila suhu sebuah seterika elektrik digunakan terlalu panas, tembaga di jalur dwilogam mengembang lebih daripada besi. Ini menyebabkan jalur dwilogam membengkok ke atas dan memecahkan litar. -Apabila Seterika elektrik sejuk, jalur dwilogam kembali ke kedudukan asal dan menutup litar. -Suhu yang diperlukan dikawal dengan menukar jurang antara jalur dwilogam dan titik kenalan.

APAKAH ITU HABA ???


-Haba ialah satu bentuk tenaga. -Haba merupakan sukatan jumlah kandungan tenaga kinetik zarahzarah dalam sesuatu bahan. -Haba bergerak hanya daripada bahagian yang lebih panas ke bahagian yang lebih sejuk, tidak sekali-kali sebaliknya. Pemindahan haba akan berterusan sehingga kedua-dua bahagian mempunyai suhu yang sama. Ini bermakna pemindahan haba hanya berlaku apabila terdapat perbezaan suhu. -Apabila tenaga haba dibekalkan kepada sesuatu bahan, ia menyebabkan: :suhu bahan meningkat :saiz bahan bertambah(pengembangan) :perubahan rupa bentuk sesuatu bahan -Kandungan haba di dalam sesuatu bahan bergantung kepada: :suhu - kandungan haba bertambah pada suhu yang lebih tinggi. :jenis bahan - bahan yang berlainan mengandungi tenaga haba yang berlainan pada suhu yang sama. :isipadu bahan - bahan yang mempunyai isipadu yang besar mengandungi lebih banyak haba. -Haba disukat dalam unit joule

Pengembangan dan Pengecutan Jirim


-Jirim menyerap haba apabila dipanaskan dan menyingkirkan haba apabila disejukkan. -Isipadu jirim berubah apabila ianya dipanaskan atau disejukkan.

Apabila dipanaskan:
Zarah jirim menyerap tenaga haba untuk menukarkannya kepada tenaga kinetik. Tenaga kinetik menyebabkan zarah bergetar dengan lebih cepat. Getaran ini menyebabkan zarah-zarah bergerak menjauhi antara satu sama lain. Dengan sebab itu, saiz dan isipadu jirim akan meningkat.

Apabila disejukkan:
Zarah jirim kurang bergetar dan kelajuannya juga berkurangan. Jarak antara zarah-zarah adalah mengurang. Ini bermakna bahawa saiz dan isipadu jirim juga turut berkurangan.

Contoh aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan dalam kehidupan harian


-termometer -ruang pada landasan kereta api -penggolek pada jambatan ketera api -bola ping pong yang kemek -penutup logam botol

Jambatan Keluli

-Keluli digunakan untuk membina jambatan kerana ia bahan yang amat kuat. -Walau bagaimanapun,jambatan keluli akan mengembang pada cuaca panas. -Oleh itu,jambatan keluli dibina dengan menyediakan sendi gelongsor dan ruang di satu hujung jambatan. -Ini membolehkan jambatan tersebut mengembang. -Pengguling dapat mengukuhkan hujung jambatan ini kerana membolehkan jambatan untuk mengembang dengan mudah ketika cuaca panas.

You might also like