You are on page 1of 22

Fizik

Tingkatan empat
(bab empat : haba)

Nama : Nurul Najihah


Binti Bahrin
Kelas : 4 Ibnu Khaldun

4.1 KESEIMBANGAN
TERMA
KONSEP SUHU DAN HABA
1) SUHU

Darjah kepanasan suatu jasad


Darjah Celsius (C)
Diukur menggunakan termometer

2) HABA

Suatu bentuk tenaga yang boleh dipindahkan dari objek atau jasad panas
kepada objek atau jasad sejuk atau sebaliknya
Joule (J)
Tiada alat pengukuran tertentu

NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

HUBUNGAN DI ANTARA SUHU DAN


HABA
Semakin tinggi suhu objek , semakin besar kuantiti haba yang terkandung di
dalam objek tersebut

HUBUNGKAIT DI ANTARA CIRI CIRI


OBJEK DENGAN SUHU DAN HABA
Objek bersuhu tinggi
Mempunyai kuantiti haba yang besar
Cenderung untuk membebaskan haba
Objek bersuhu rendah
Mempunyai kuantiti haba yang kecil
Cenderung untuk menyerap haba

NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

PROSES UNTUK BERLAKUNYA


KESEIMBANGAN TERMA DALAM
OBJEK

- Objek berwarna merah ialah


objek bersuhu tinggi
manakala objek berwarna
biru ialah objek bersuhu
rendah
- Objek bersuhu tinggi
mempunyai kuantiti haba
yang besar
- Objek yang bersuhu rendah

- Apabila kedua-dua objek itu


disambungkan, berlaku pemindahan
haba dari objek bersuhu tinggi
kepada objek yang bersuhu rendah
- Pemindahan haba akan berterusan
di antara dua objek tersebut
sehinggalah kadar pemindahan haba
bersihnya mencapai nilai sifar
- Pada masa yang sama, objek yang
bersuhu tinggi akan berlaku
penurunan suhu manakala objek
bersuhu rendah akan berlaku

- Di akhir proses ini, keduadua objek akan mempunyai


bacaan suhu yang sama
- Manakala kadar pemindahan
haba bersih di antara dua
objek pula akan bernilai sifar
- Maka, kedua-dua objek ini
boleh dikatakan telah
mengalami keseimbangan
terma
NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

KONSEP KESEIMBANGAN TERMA


Definisi:
Satu proses pemindahan haba di antara objek/jasad sehinggalah ia mencapai suhu
yang sama dan kadar pemindahan haba bersihnya bernilai sifar
Aplikasi Keseimbangan Terma
1) Ketuhar Gelombang Mikro
- Haba akan dipindahkan dari ketuhar kepada makanan
- Pemindahan haba akan berterusan sehinggalah kadar
pemindahan haba bersihnya bernilai sifar
- Seterusnya suhu makanan akan sama dengan suhu
ketuhar yang telah ditetapkan
- Makanan akan mula dimasak apabila ia telah mencapai
keseimbangan terma

2) Peti Sejuk
- Haba berpindah dari makanan kepada udara sejuk di
dalam peti sejuk
- Pemindahan akan berterusan sehinggalah kadar
pemindahan haba bersihnya bernilai sifar
- Seterusnya suhu makanan akan sama suhu udara di
dalam peti sejuk
- Makanan akan kekal sejuk apabila ia telah mencapai
keseimbangan terma

NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

3) Termometer
- Digunakan untuk mengukur suhu jasad/objek
- Haba dipindahkan dari objek kepada bebuli
termometer
- Pemindahan haba akan berterusan sehinggalah kadar
pemindahan haba bersihnya bernilai sifar
- Cecair merkuri akan mengembang apabila
keseimbangan terma telah dicapai
- Cecair merkuri akan berhenti mengembang apabila
suhu objek sama dengan suhu merkuri
- Bacaan suhu objek dapat diambil pada skala
termometer

TERMOMETER CECAIR DALAM KACA


NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

Menentu ukur termometer


1) Ukur alur panjang ketinggian merkuri bagi takat lebur ais dan ditandakan
2) Ukur alur panjang ketinggian merkuri bagi takat didih air dan ditandakan
3) Semasa pengukuran, pastikan keseimbangan terma telah dicapai iaitu panjang
ketinggian alur tidak berubah
4) Beza panjang alur pada takat lebur dan takat didih dibahagikan dengan 100
bahagian

di mana T = suhu yang diukur


l () = panjang alur merkuri pada suhu tertentu
l (0)= panjang alur merkuri pada suhu 0 C
l (100)= panjang alur merkuri pada suhu 100 C

Contoh pengiraan

ATAU

Ciri-ciri termometer merkuri/alkohol yang terbaik


NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

Bebuli (bulb) termometer


nipis
Dinding kaca termometer
tebal
Diameter tiub kapilari kecil
Penggunaan
alkohol/merkuri
Bentuk merkuri adalah
melengkung

NAJIHAH BAHRIN 2014

supaya pemindahan haba ke bebuli dapat berlaku


dengan berkesan dan cepat
supaya haba tidak mudah hilang ke persekitaran
supaya termometer menjadi lebih peka
mempunyai takat didih yang tinggi
supaya haba dapat dipindahkan ke bebuli secara
seragam

MODUL FIZIK T4 BAB 4

4.2 MUATAN HABA TENTU


KONSEP MUATAN HABA
- Dua bekas diisi dengan jisim air yang
berbeza
- Bekas itu dipanaskan pada masa yang
sama sehingga kedua-duanya mencapai
suhu yang sama (contoh: 60 darjah
Celcius)
- Didapati bahawa pada akhir
pemanasan, bekas yang mempunyai
jisim air besar adalah lebih panas
berbanding bekas yang mempunyai jisim
air kecil
- Ini adalah kerana kuantiti haba dalam
bekas berisi dengan jisim air besar
mempunyai kuantiti haba yang besar
- Sudu logam dan sudu kayu
direndamkan pada masa yang sama ke
dalam satu bekas berisi air mendidih
- Didapati bahawa sudu logam akan
lebih cepat panas berbanding sudu kayu
- Ini adalah kerana kadar pemindahan
haba dipengaruhi oleh jenis bahan
-Kiub kuprum dan kiub kaca yang sama
jisim masing-masing dipanaskan dalam
masa yang sama dengan kuantiti haba
yang sama
- Didapati bahawa kiub kuprum
mengalami peningkatan suhu paling
besar berbanding kiub kaca
- Ini adalah kerana kadar pemindahan
NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

haba dipengaruhi oleh jenis bahan

MUATAN HABA
Definisi: Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu objek
sebanyak 1 C
Dipengaruhi oleh:
1) jisim objek
2) jenis objek
3)jumlah haba yang dibekalkan/diserap

MUATAN HABA TENTU


Definisi: Kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 kg objek/jasad
sebanyak 1 C atau 1 K
Unit:

HUBUNGAN DI ANTARA MUATAN


HABA DENGAN CIRI CIRI BAHAN
Bahan yang mempunyai
muatan haba tentu tinggi

NAJIHAH BAHRIN 2014

mengambil masa yang lama untuk


dipanaskan
sukar untuk mengalami kehilangan haba
dapat menyimpan haba dalam jangka
masa yang lama

MODUL FIZIK T4 BAB 4

Bahan yang mempunyai


muatan haba tentu rendah

mengalami perubahan suhu yang kecil


biasanya digunakan sebagai penebat
haba
mengambil masa yang singkat untuk
dipanaskan
mudah mengalami kehilangan haba
mudah sejuk kerana senang
menyingkirkan haba
mengalami perubahan suhu yang besar
sebagai pengalir haba yang baik

APLIKASI BAGI MUATAN HABA TENTU


PERALATAN MEMASAK

-Logam biasanya digunakan sebagai


peralatan untuk memasak
-kerana ia mempunyai muatan haba
tentu yang rendah dan cepat panas
-contoh: permukaan kuali dan elemen
pemanas pada cerek
-Pada pemegang kuali atau sudip, ia
menggunakan bahan bermuatan haba
tinggi
supaya bertindak sebagai penebat

SISTEM PENYEJUKAN ENJIN KERETA

-Bilah kipas mestilah besar


supaya dapat menyejukkan bilah-bilah
penyejuk pada radiator dengan cepat
-Bilah penyejuk pada radiator mestilah
kecil dan bilangannya banyak
-supaya dapat meningkatkan luas
permukaan bagi penyingkiran haba
dari enjin
-supaya dapat meningkatkan kadar
penyingkiran haba dari enjin

NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

-Cecair penyejukan di dalam radiator


menggunakan air
-kerana air mempunyai muatan haba
yang tinggi
-oleh itu, ia dapat menyerap haba dari
enjin dalam kuantiti yang besar
-Salur pengaliran air dalam enjin
mestilah bermuatan haba tentu tinggi
-supaya ia tidak mudah melebur
-Menggunakan termostat iaitu alat
kawalan suhu pada enjin
-supaya dapat mengesan tahap
kepanasan enjin

BAYU LAUT

-seterusnya mengawal kelajuan kipas


untuk penyejukan radiator
-Pada waktu siang, kawasan laut dan
kawasan darat akan menerima kuantiti
haba yang sama dari matahari
-Kawasan darat akan lebih cepat panas
kerana mempunyai muatan haba tentu
yang rendah
-Ini akan memanaskan lapisan udara di
daratan dan naik ke atmosfera
manakala udara sejuk di laut akan
bergerak menuju ke daratan
-Pergerakan udara dari laut ke daratan
akan menghasilkan bayu laut

BAYU DARAT

-Pada waktu malam, kawasan darat


dan kawasan laut membebaskan haba
ke atmosfera
-Kadar pembebasan haba di laut
adalah lebih kecil berbanding di darat

NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

kerana air laut mempunyai muatan


haba tentu yang tinggi
-Oleh itu, lapisan udara di daratan akan
lebih cepat sejuk berbanding lapisan
udara di laut
-Seterusnya, udara di laut akan naik ke
atmosfera manakala udara sejuk di
darat akan bergerak menuju ke laut
-Pergerakan udara dari darat ke laut
akan menghasilkan bayu darat

DEMONSTRASI UNTUK MENENTUKAN


MUATAN HABA TENTU CECAIR ATAU
PEPEJAL

NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

4.3 HABA PENDAM TENTU


NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

KONSEP HABA PENDAM TENTU , L

HABA PENDAM TENTU PELAKURAN, Lf


Definisi : Kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah fasa bagi 1 kg pepejal
kepada cecair pada takat leburnya tanpa berlaku sebarang perubahan suhu
NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

HABA PENDAM TENTU PENGEWAPAN,


Lv
Definisi : Kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah fasa bagi 1 kg cecair
kepada gas pada takat didihnya tanpa berlaku sebarang perubahan suhu

APLIKASI BAGI HABA PENDAM TENTU


Penyejukan minuman

Pengawetan makanan di pasar

Pengukusan makanan

NAJIHAH BAHRIN 2014

Ais digunakan untuk menyejukkan


minuman
Haba dari minuman akan diserap
oleh ais yang mengalami haba
pendam tentu
Ais digunakan untuk mengawet
makanan seperti ikan dan sayuran
Ais akan menyerap haba dari
makanan untuk mengekalkan
kesegaran makanan itu
Makanan akan lebih cepat
dimasak apabila dikukus
Apabila makanan dikukus, wap air
akan membebaskan sejumlah
haba pendam kepada makanan
tersebut
Haba itu akan mengalir ke dalam
makanan

MODUL FIZIK T4 BAB 4

4.4 HUKUM-HUKUM GAS


SIFAT-SIFAT GAS DARI SEGI
PERGERAKAN MOLEKUL GAS
I.

Molekul gas bergerak secara rawak


dan saling berlanggar antara satu
sama lain dan juga dengan dinding
bekas yang diisinya

II.

Perlanggaran kenyal molekul-molekul


yang mempunyai jisim dan halaju ini
akan
menghasilkan perubahan momentum

III.

Perubahan momentum akibat dari


perlanggaran ini akan menghasilkan
daya impuls

IV.

Daya impuls yang bertindak ke atas


per unit luas permukaan dinding
bekas itu akan menghasilkan tekanan
gas

I.

Merujuk kepada ruang yang diisi oleh


molekul-molekul gas dalam suatu
bekas

Tekanan Gas

II.

Oleh itu, purata jarak di antara


molekul-molekul gas yang
menentukan isipadu gas itu

Isipadu Gas

NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

I.

II.

Suhu Gas

Merujuk kepada darjah kepanasan


yang dialami oleh molekul-molekul
gas
Apabila gas dipanaskan, molekul gas
akan bergerak dengan laju yang
tinggi kerana telah memiliki lebih
tenaga kinetik

HUKUM BOYLE
menyatakan bahawa:
Tekanan gas adalah berkadar songsang terhadap isipadu gas apabila suhu dan
jisim gas adalah malar

Rumu
s

Graf

NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

HUKUM CHARLES
menyatakan bahawa:
Isipadu gas ideal adalah berkadar terus dengan suhu mutlaknya apabila tekanan
dan jisim gas adalah malar

Rumu
s
Sifar mutlak
Sifar mutlak:
bernilai 0 K atau -273 C
suhu yang paling rendah boleh dicapai oleh skala pengukuran secara
teorinya, isipadu gas dan tekanan gas akan mencapai nilai sifar pada suhu ini
Suhu mutlak:
suhu pada skala Kelvin
unit: Kelvin (K)

Graf

NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

HUKUM TEKANAN
menyatakan bahawa:
Tekanan gas yang ideal berkadar terus dengan suhu mutlak gas apabila isipadu dan
jisim gas adalah malar

Rumus

Graf

NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

KELUK PEMANASAN BAGI


PELEBURAN DAN PENDIDIHAN AIS
/AIR
Suhu,
/C

10
0

-10
A

NAJIHAH BAHRIN 2014

MODUL FIZIK T4 BAB 4

Masa

You might also like