You are on page 1of 20

MUATAN HABA TENTU

Muatan haba tentu ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 Kg bahan sebanyak 1C.

. Unit SI: J kg C

Bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang kecil:

a) Lebih cepat panas atau sejuk b) Contoh: Pekakas memasak diperbuat daripada logam atau bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang rendah kerana cepat panas walau pun haba yang diserapnya sedikit.

Bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang

tinggi

a) Lambat untuk menjadi panas atau sejuk. b) Memerlukan lebih banyak haba untuk menaikkan suhu.

c) Penebat haba yang baik. Ia digunakan sebagai pemegang alatan memasak.

d) Boleh menyerap haba yang banyak dengan kenaikan suhu yang sedikit. Misalnya air bertindak menyerap haba yang banyak sebelum ia mendidih, maka ia digunakan sebagai egen penyejuk dalam radiator kenderaan.

e) Semakin tinggi muatan haba tentu bahan, maka semakin tinggi tenaga haba diperlukan untuk menaikkan

suhu 1 kg bahan itu sebanyak 1 C

Menyelesaikan masalah yang melibatkan muatan haba tentu.

Hukum keabadian tenaga


menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Tenaga haba diperolehi daripada perubahan tenaga yang lain. Misalnya, daripada tenaga elektrik, tenaga kinetik atau tenaga keupayaan

Tenaga elektrik bertukar kepada tenaga haba

Tenaga elektrik = Pt

Pt = mc

Tenaga kinetik bertukar kepada tenaga haba

Tenaga kinetik = mv

mv = mc

Tenaga keupayaan bertukar kepada tenaga haba

Tenaga keupayaan = mgh

mgh = mc

Bayu Laut

Pekakas rumah dan peralatan memasak.

APLIKASI MUATAN HABA TENTU


Bayu Darat

Air sebagai bahan penyejuk enjin kereta

a) Enjin kereta menghasilkan tenaga haba yang sangat besar. b) Air dijadikan ejen penyejuk kerana muatan haba tentu air adalah tinggi.

c) Ia dapat menyerap tenaga haba yang banyak daripada enjin lalu menghalang pemanasan enjin yang melampau.

BAYU LAUT a)

Daratan mempunyai muatan haba tentu lebih rendah daripada


air laut

menyebabkan suhunya meningkat lebih cepat. (Daratan lebih panas daripada laut) b) Udara di atas permukaan daratan turut menjadi panas dan bergerak ke atas. c) Udara sejuk dari laut bergerak ke permukaan daratan sebagai bayu laut.

a) Pada waktu malam, haba hilang dari permukaan daratan dan laut.

b) Air laut mempunyai muatan haba tentu lebih tinggi daripada daratan, maka ia lebih panas (lambat menjadi sejuk) daripada daratan. c) Udara panas di atas permukaan laut bergerak ke
d) Udara sejuk dari daratan bergerak ke permukaan laut sebagai bayu darat.

You might also like