You are on page 1of 2

MUATAN HABA TENTU

1. Muatan haba tentu ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 Kg bahan sebanyak 1C. 2. Simbolnya : c

3. Unit SI: J kg C 4. Bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang kecil: a) Lebih cepat panas atau sejuk b) Contoh: Pekakas memasak diperbuat daripada logam atau bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang rendah kerana cepat panas walau pun haba yang diserapnya sedikit. 5. Bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang tinggi a) Lambat untuk menjadi panas atau sejuk. b) Memerlukan lebih banyak haba untuk menaikkan suhu. c) Penebat haba yang baik. Ia digunakan sebagai pemegang alatan memasak. d) Boleh menyerap haba yang banyak dengan kenaikan suhu yang sedikit. Misalnya air bertindak menyerap haba yang banyak sebelum ia mendidih, maka ia digunakan sebagai egen penyejuk dalam radiator kenderaan. e) Semakin tinggi muatan haba tentu bahan, maka semakin tinggi tenaga haba diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu sebanyak 1 C 6. Menyelesaikan masalah yang melibatkan muatan haba tentu. a) Hukum keabadian tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain. b) Tenaga haba diperolehi daripada perubahan tenaga yang lain. Misalnya daripada tenaga elektrik, tenaga kinetik atau tenaga keupayaan c) Tenaga elektrik bertukar kepada tenaga haba Tenaga elektrik = Pt Pt = mc d) Tenaga kinetik bertukar kepada tenaga haba Tenaga kinetik = mv mv = mc e) Tenaga keupayaan bertukar kepada tenaga haba Tenaga keupayaan = mgh

mgh = mc

APLIKASI MUATAN HABA TENTU 1. Air sebagai bahan penyejuk enjin kereta a) Enjin kereta menghasilkan tenaga haba yang sangat besar. b) Air dijadikan ejen penyejuk kerana muatan haba tentu air adalah tinggi. c) Ia dapat menyerap tenaga haba yang banyak daripada enjin lalu menghalang pemanasan enjin yang melampau.

2. Pekakas rumah dan peralatan memasak. a) Diperbuat daripada bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang rendah seperti keluli, tembaga dan aluminium. b) Ia mudah panas menyebabkan suhu naik dengan cepat. c) Bentuk tidak berubah walaupun pada suhu tinggi.

You might also like