You are on page 1of 2

SATU MURID SATU POKOK

Masyarakat Melayu memang kaya dengan peribahasa.Salah satu peribahasa


yang harus tersemat dalam jiwa masyarakat saban hari sibuk dengan urusan
harian ialah “berat sama dipikul ringan sama dijinjing.” Peribahasa ini
jelas mengambarkan betapa pentingnya semangat dalam bergotong-royong
dalam melahirkan masyarakat yang sentiasa hidup saling membantu.

Pada minggu yang lepas, kawasan kediaman saya telah mengadakan aktiviti
gotong-royong yang melibatkan semua murid sekolah. Sejak awal pagi lagi
sebelum fajar menyingsing, kami telah berkumpul di dewan sekolah. Masing-
masing telah membawa peralatan yang akan digunakan untuk menjalankan kerja-
kerja membersihkan kawasan sekolah.

Sebelum memulakan kerja , Guru Besar sekolah kami sempat


menyampaikan sepatah dua. Beliau merakamkan rasa syukur beliau kerana
semua murid dapat hadir pada pagi ini dan berbilang kelas ataupun usia di bawah
satu bumbung untuk bersama-sama menjalankan aktiviti yang mendatangkan
banyak faedah ini. Sejurus selepas ucapan beliau ,aktiviti gotong-royong pun
bermula.

Murid sekolah menjalankan kerja-kerja membersihkan dan mengindahkan


kawasan sekolah dengan begitu gembira dan bersungguh-sungguh. Sementara
itu,beberapa orang murid perempuan juga menolong kami untuk membersihkan
kawasan sekolah. Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing` supaya kerja-
kerja yang diagihkan tadi dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Kira-kira jam 12 tengah hari, kawasan sekolah kami kelihatan begitu bersih
dan ceria. Walaupun kepenatan dan keletihan, namun kami tetap berasa gembira
kerana sekolah kami kini telah berubah wajah. Kami berharap aktiviti gotong-
royong ini dapat diteruskan sampai bila-bila masa kerana amalan ini dianggap
“tak basah dek hujan tak lekang dek panas.’’

You might also like